Thursday, December 24, 2009

Sup Ayam Cendawan

Posted by Mar at 12:00 PM
Banyak pulak entri pasal makanan dalam blog ni. Sebenarnya Mar dah tak tau nak update pasal apa. So, kita update la pasal masak memasak ni. Biasa la kan menu kena la tukar-tukar sikit nanti bosan pulak Encik Suami hari-hari dok goreng jer. Hari ni menu adalah sup ayam cendawan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, kulit kayu manis dan sup bunjut hingga naik bau dan sedikit garing. (Kalau berdiet tak payah tumis, lebur jer semua dalam air, tak payah guna minyak. Tapi sebab Mar nak masak kasi sedap untuk Encik Suami, Mar tumis tapi guna vegetable oil.)

2. Masukkan carrot dan kentang.
3. Masukkan air secukupnya. Tunggu mendidih.

4. Masukkan kiub ayam.

5. Masukkan cendawan yang diracik-racik.

6. Masukkan tomato yang dipotong 4.

7. Biar mendidih sekejap. Tutup api.



Encik Suami request nak makan dengan telur dadar. Jadi menggoreng la telur dadar sekejap sebelum dia makan. Telur dadar kosong jer. Dia tak nak letak bawang ke apa-apa. Senang kerja patik. Hehehe. Yang berdiet jangan makan telur dadar tau. Perhatikan minyak yang berlinangan itu. Kalau nak jugak, rasa la secubit buat hilang kempunan.

3 comments on "Sup Ayam Cendawan"

adikmanje said...

Mar...masih bersemangat tu...cayok..cayok....adik ni sampaikan hari ni dah bape ari pun luper...nampak sangat dah kantoi...huhuhu

Mar on 4:20 PM said...

mar pun selalu kantoi jugak tapi lepas rasa bersalah tu pndai2 la kan. kita x boleh nak stress sgt.kang kalau stress lagi byk nak mkn mcm2 hehe

wholesale salwar kameez catalogs on 7:35 PM said...

Banyak pulak entri pasal makanan dalam blog ni. Sebenarnya Mar dah tak tau nak update pasal apa. So, kita update la pasal masak memasak ni. kurti stitching design , online kurti stitching , Biasa la kan menu kena la tukar-tukar sikit nanti bosan pulak Encik Suami hari-hari dok goreng jer. Hari ni menu adalah sup ayam cendawan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal