Wednesday, December 30, 2009

Spaghetti Carbonara ke Alfredo ni?

Posted by Mar at 12:26 PM
Abang Encik Suami call kata nak datang rumah melawat Mak. Masa dia call hampir pukul 5pm. Katanya nak datang lepas Maghrib. Melompat we all buat decision nak hidang apa untuk diorang nanti. Mar ingat nak bakar muffin jer. Guna strawberi yang beli kat Cameron Highlands hari tu. Tapi Encik Suami beriya suruh buat spaghetti carbonara. Mar tak pernah pun masak carbonara ni. Selama ni pernah makan kat kedai jer. Maknanya kena cari resepi la kan. Tiba-tiba teringat kat resepi Seafood Alfredo dalam blog Adieha. Cari punya cari jumpa la kat http://adieha.blogspot.com/2009/09/adiehas-seafood-alfredo.html. Nak buat carbonara tapi guna resepi alfredo? Apa cerita? Belasah jer la janji rupa dan rasa lebih kurang sama. Hahaha.

Lepas baca resepi Adieha tu, Mar pun tulis la barang apa yang Encik Suami kena pergi beli. Ada barang yang dah ada kat rumah. Ada yang tak ada. Jadi Encik Suami kena pergi Giant dan beli barang-barang ni:

Whipping cream
Grated parmesan cheese
Udang
Cendawan butang
Spaghetti


Sementara Encik Suami pergi Giant, Mar pun buat la muffin. Strawberry muffin la kononnya. Guna resepi hari tu tapi adjust sikit memandai-mandai sebab yang hari tu punya chocolate chip muffin kan macam keras sikit. Lepas tu Mar letak sikit strawberi yang dipotong kecil masuk dalam susu dan blend sekali. Muffin kali ni ok, tak keras tapi sebab letak kepingan strawberi kat atas tu menyebabkan muffin terasa masam sikit kat bahagian atas. So, potong mood sikit la.

Bila Encik Suami balik dari Giant, dia pun nak tak nak kena jadi assistant Mar la kan. Masa dah sangat suntuk. Kang orang dah datang tapi makanan tak siap pulak lagi. Hehehe.

Lepas masukkan muffin dalam oven, Mar pun start la rebus spaghetti dulu. Sementara spaghetti lembut, Mar pun sediakan la bahan-bahan. Mar tak ikut exactly sukatan yang Adieha bagi tu. Agak-agak jer lebih kurang. Lauknya Mar letak isi ayam, cendawan butang dan udang. Oregano Mar tak letak pun. Cara memasak Mar ikut jer cara Adieha tu cuma sukatan sedikit menderhaka sebab malas nak sukat. Mar serve spaghetti tu dengan salad dan tomato yang dihiris-hiris.

Hasilnya, sangat sedap hinggakan abang Encik Suami tanya ni beli yang Prego tu ke? Sentap I ok. Susah payah cari resepi ni, ada ke tuang dari Prego yang dia cakap. Hahahaha. Anyway, thanks sangat-sangat dengan Adieha atas resepi tu.

Mar makan jugak spaghetti tu tapi tak berani ambik banyak-banyak. Ambik sikit jer lepas tu cover dengan tomato dan salad yang banyak. Kalau ikutkan nafsu melantak ni memang nak jer letak banyak-banyak dalam pinggan kan. Tapi kang tension sebab menyesal. Jadi pandai-pandai la control. Hehehe.



11 comments on "Spaghetti Carbonara ke Alfredo ni?"

suami keliru said...

Aik!.. bkn abang ke yg masak, sayang tlg? Hmmm...

Mar on 6:49 PM said...

yooorrr lah tuuuu :P

::@.L.I.N:: on 11:20 PM said...

hahaha..sama2 masak ler tu iyer tak.... macam cabonara...tapi ntah ler..kena tanya pakar

::@.L.I.N:: on 11:21 PM said...

hahaha..sama2 masak ler tu iyer tak.... macam cabonara...tapi ntah ler..kena tanya pakar

Mar on 11:23 PM said...

alin, ada org kata carbonara diorang letak telur kat dalam kuah tu. mmg betullah tu kena tanya yg pakar. nmpak sgt mar ni tak pakar hehehe

idahani on 8:42 AM said...

yerlah mar..nak sedap bukan kena ikut sukatan sgt pun..cuba dan cuba n men campak lagii sodap..hehehehe

Mar on 8:45 AM said...

sangat setuju dgn ida...yg campak2 tu la paling afdhal hehehe

Ida chubby on 9:10 AM said...

ayat derhaka tu x ley blah hahahaha...sedapnyeee laa wakk :)

Mar on 9:30 AM said...

cuba laaa...confirm sedapp.. hehehe

adieha on 8:08 PM said...

same-same.. hahah.. ni tuan resepi sudah dtg menjenguk! :))

Mar on 10:55 PM said...

adieha, thanks sangat2. berbaloi betul ikut resepi tu. sangat sedaaaapppp!! nyam2

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal