Monday, December 07, 2009

Makan 6 kali sehari????

Posted by Mar at 1:23 PM
Alyn, coach Mar kat CF kata sehari kena makan 6 kali. Tapi bukan la melantak tak ingat dunia kan enam-enam kali tu. Maksud dia, breakfast, lunch and dinner memang wajib kena ambik. Ambik makanan yang sihat la kan. Avoid terus yang berminyak dan berlemak. Even sos cili pun tak boleh. Bila Mar cerita dengan dia pasal sandwich Mar tu, dia cakap roti wholegrain tu dah betul, sayur-sayur pun dah betul tapi tang mayonis dan sos cili sangat tak betul. Dia suruh tukar letak ayam rebus sekeping kecil, kecil saja tau (potong kecil-kecil masa nak makan). In between breakfast, lunch and dinner tu kalau lapar dia suruh makan epal hijau atau guava atau granola bars cap Natural Valley. Tapinya granola bars tu Mar try flavour apple crisp rasa sangat manis di lidah Mar. Sedap tu memang tersangat sedap la tapi rasa macam manis sangat di tekakku ini. So Mar takkan ambik lagi kecuali kalau mengidam nak makan benda manis baru nak makan.



Picture from http://www.wencle.com/images/SSL22379.jpg



Jadinya, maksud Alyn kat situ makan 6 kali untuk elakkan perut rasa lapar. Alyn kata jangan sekali-kali biar perut lapar dan jangan sekali-kali skip waktu makan sebab nanti end up kita akan makan dengan sangat pelahap pada waktu makan seterusnya. Kalau dah ambik makanan (breakfast / lunch / dinner), tapi sejam atau 2 jam lepas tu lapar, silalah kunyah buah epal hijau atau guava tadi sebab dua buah ni agak mengenyangkan (banyak serat kot) dan kurang kalori. Kalau nak makan granola bars tu jangan pulak telan sampai 6 ketul. Tu melantak namanya. Makan patah sikit-sikit. Manis weeiii.. I tak tahan. Tapi sedaaaaapppp.

Lagi satu Alyn cakap 1/2 jam sebelum tidur pastikan perut tak rasa lapar atau tak kosong. Kunyah la guava atau epal hijau tu. Atau Mar rasa minum air banyak sikit pun ok kot. Alyn kata supaya besok pagi masa bangun ada tenaga sebelum breakfast dan Mar rasa ini pun untuk elakkan kita rasa nak makan macam-macam masa breakfast tu. Secara tak langsung dapat mengelakkan diri daripada makan makanan berat macam nasi lemak, roti canai, nasi goreng etc.

6 comments on "Makan 6 kali sehari????"

Ida chubby on 3:47 PM said...

Nanti leh share tips2 dari Cf tu lagi yer hehehe...kalo mayonis yang less fat leh tak? ida ni kalo makan sayur mesti nak kena letak mayo atau sos..x leh makan gitu2 jer :P

Mar on 3:52 PM said...

kalau ikut kata coach mar dia tak bagi letak mayonis ke apa2 dressing pon tapi td mar letak skit lada sulah..black pepper pn ok kot (hehehe memandai jer kan).

kalau tekak takleh terima letak jer la sikit kot mayonis tu tapi lps tu workout kena lebih sikit la lepas tu

takper ida...bnda2 ni bkn boleh mndadak sgt..kena slow2 baru tekak serasi kan kan kan

Mia-Ina on 7:16 PM said...

saya suke tips ni....tu la kdg2 bile makan roti...rs nak letak @ cicah pe2x..aduhai, moga kuat smgt la kte semua ye..

Mar on 7:49 PM said...

bila cicah2 tu yang sedap mia...tabahkan la hati2 kita ni ya hehe

ummu_hanis on 1:58 PM said...

wah diet jugak ye. CF tu ape ek? akak diet jugak. dah 2 bulan. dan dah turun 8kg. tapi diet sendiri saje. jaga pemakanan dan senaman. jom kite sama sama diet.

Mar on 2:05 PM said...

kak, CF tu celebrity fitness. gym kat wangsa walk mall.bestnyaa akak dah turun 8kg..2 bulan jer tu. Mar dulu berat 87kg sekarang dalam 75kg camtu. tu pon turun naik jugak sbb byk cheating sana sini. sebab tu lambat dan liat nak turun.hehe.jom kita sama2 diet..yeayyy

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal