Monday, December 21, 2009

Dating dengan Cik Ina di Ampang Waterfront

Posted by Mar at 12:21 PM
Lepas Encik Suami makan semua we all pun siap-siap la nak keluar. Sambil tunggu bininya ni bersiap, Encik Suami layan bola, Malaysia vs Laos. Dia cakap dia tak kira nak pergi kedai yang ada tayang bola jer.

So, sampai kat Ampang Waterfront we all pun intai-intai la kedai mana yang ada tayang bola. Akhirnya we all decide untuk lepak kat Kosas River Bank (KRB). We all order air dulu sebab Cik Ina belum sampai. Encik Suami order teh tarik. Mar order jus belimbing tanpa ais dan tanpa gula.

Tunggu punya tunggu Cik Ina pun sampai dengan lenggang kangkungnya. Encik Suami saja kenakan Ina dok ambik gambar dia menuju ke meja kitorang siap dengan flash sekali dah jadi ala-ala kat red carpet pulak. Duduk jer jenuh si Ina fikir nak makan apa. At last dia order air bandung cincau dan meatball platter selepas termakan hasutan kitorang tentang kesedapan meatball itu. Minah tu siap order soya cincau pulak lepas makan tapi at last tak habis sebab kekenyangan melampau. Tapi meatball platter order 2 jer. 1 untuk Ina dan 1 lagi untuk Encik Suami dan bininya. Tak boleh nak tahan bila tengok kesedapan meatball itu. Mesti nak cucuk seketul dua jugak kalau tak nanti teringat-ingat bawak dalam mimpi. Hehehe. Alasan sungguh kan. Sebab tu order satu share berdua supaya boleh control portion. Hehehe.


Bila meatball sampai jer terus we all belasah tak toleh kiri kanan punya. Meatball platter tu diorang serve dengan sos blackpepper, sos cili, sos tomato, fries dan coleslaw. Licin licau pinggan meatball kami kerjakan. Tiba-tiba....


.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........

Huwaarrrggghhh lupa nak ambik gambar meatball ituuuuuu!!!!!!!!!!!!



Frust ok sebab awal-awal memang dah aim nak ambik gambar meatball tu tapi sebab nafsu tak tertahan-tahan nak makan meatball, langsung lupa pasal nak ambik gambar. Lepas tu sedih dan frust gila. Encik Suami kata, "Pergilah order lagi satu." Dah tak payah, tak payah. Diet kan. Redha sajalah. Huwaaarrrgggghhh.

Muka Mar yang frust sebab tak dapat ambik gambar meatball




Muka Ina tukang belanja yang sedang menggelakkan daku

2 comments on "Dating dengan Cik Ina di Ampang Waterfront"

noradzlina.kamdani on 5:43 AM said...

ala..biasak le...lupe..kengkadang pun dh selamat hadam dlm perut br teringat, tp len kali amik ye gambo meatball tu bunyi jek dh sedap...apataha lg ble dpt tgk gambokn...perghh

Mar on 8:32 AM said...

memang sedaaappp...hingga menjilat jari. hehe

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal