Saturday, July 31, 2004

Fenomena AF Melanda Ranau

Posted by Mar at 3:21 PM 0 comments
"Sekarang ini Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno Ranau sudah menubuhkan sebuah tabung khas bagi mengumpul derma untuk membeli kad prabayar bagi mengundi Linda. Selain itu, di sini juga sudah ada kumpulan peminatnya sendiri, Linda Fan Club dan Linda United Voters."

(petikan dari akhbar Berita Harian, 31 Julai 2004)

Wah, hebat sungguh penangan si Linda terhadap penduduk Ranau, Sabah. Sampai ada tabung nak kumpul derma lagi. Tapi bila minta derma untuk bantu penduduk miskin, pesakit kronik, mangsa bencana...ramaikah yang sanggup bermati-matian begini?Tepuk dada tanya selera...

Friday, July 30, 2004

Encik Lecturer Ku Stress Rupanya...

Posted by Mar at 9:17 PM 0 comments
Kalau korang baca entry 23 Julai 2004, aku ada puji (baca:perli/mengumpat) pasal Mr. S yang tak muncul-muncul dalam kelas. Disebabkan bengang dengan Mr. S yang dah buat benda yang sama dua tiga kali, aku pun selalu la 'puji' Mr. S ni dengan kawan-kawan aku. Ditambah lagi bila Puan A bagitahu, masa hari Jumaat tu (23 Julai), dia tanya Mr. S, "Ramai ke student datang class?". Mr. S boleh jawab, "Tak ramai student datang". Padahal dia tak muncul pun hari tu. Sabar je la aku. Ciss.

Bila Mr. S masuk kelas hari Selasa berikutnya, dia bagitahu kononnya dia tersalah call student nak bagitahu yang dia nak batalkan kelas. Aku tak tahu sama ada dia just nak cover or memang betul. Wallahualam. Sesi 'puji-memuji' ni memang dah lama berlangsung antara aku dan kawan-kawan aku sebab Mr. S ni agak laser gak mulut dia + kuat membebel (atau 'mencarut' bak kata dia). Tapi kalau korang tengok muka dan gaya jalan dia...fuuuhh, pijak semut pun tak mati (sopan gila). Tapi bila dia buka mulut jer, macam berdas-das tembakan M16 terkena kat korang. Walaupun dia macam tu, aku suka gak masuk kelas dia sebab dia suka buat lawak melampau. So, taklah boring sangat kelas dia tu sebab ada hiburan-hiburan sampingan.hehehe

Hari Selasa tu jugak dia bercerita dengan kitorang pasal girlfriend dia (aku tak ingat macam mana boleh timbul cerita pasal girlfriend dia ni tapi ada sangkut-paut gak la dengan topik yang dia ajar hari tu). Dia cakap girlfriend dia ni satu hari hantar sampai 10 sms sehari. Antaranya sms yang dihantar ialah "dah bangun?", "dah mandi?", "dah pakai baju?", "sihat hari ni?" etc. Mr. S ni pulak jenis yang geli-geleman dengan benda-benda macam ni. Dia hanya akan jawab soalan-soalan yang dia suka sahaja.

Ada satu hari tu, girlfriend dia tu hantar sms bagitahu yang dia dah solat istikharah dan dia asyik nampak Mr. S dalam mimpi dia. Lepas tu dia siap suruh Mr. S solat istikharah jugak la. Mr. S aku ni bengang la. Dia kata apa hal la pulak nak suruh-suruh orang solat istikharah. Sampai satu tahap Mr. S aku ni dah naik stress dan tension. Dengan nada lawak dia cakap dia tension sampai rasa nak hantar surat berhenti kerja. Kronik betul la Mr. S ni. Last-last dia pergi jumpa kaunselor. Yang bestnya, kaunselor tu cakap kat dia, "Takpe S...biarkan perempuan tu. Perempuan tu gila". satu kelas bantai gelak sampai guling-guling bila dia dia cakap macam tu.

Sekarang baru la aku tau kenapa Mr. S kadang-kadang tak datang kelas or asyik marah-marah + membebel-bebel. Stress rupanya dia. Tak baik aku kan 'puji-puji' dia selalu. Sorry, Mr. S. Lain kali saya tak buat lagi.


p/s Mr. S, girlfriend Mr. S tu suruh solat istikhrah maknanya dengan kata lain dia suruh cepat-cepat masuk meminang. Haiyaaa...tu pun tak dapat tangkap ke? Slow la Mr. S aku ni. hehehe

Thursday, July 29, 2004

All The Love In The World

Posted by Mar at 8:41 AM 0 comments
(Lagu yang menjadi carta hitzMARsuka.fm bagi sepanjang bulan ini, mungkin tahun ini atau mungkin seumur hidupku ini.)

 
All The Love In The World 
The Corrs
In Blue (2000)

 

I'm not looking for someone to talk to
I've got my friends,
I'm more than okay
I've got more than a girl could wish for
I live my dreams, but it's not all they say 
Still I believe(I'm missing...)
I'm missing something real
I need someone who releases me (Don't want to wake...)
Don't want to wake up alone anymore
Still believing you'll walk in my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give all the love in the world 
I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't critisise it, I had no hesitations
My imagination just stole me away 
Still I believe(I'm missing...)
I'm missing something real
I need someone who releases me (Don't want to wake...)
Don't want to wake up alone anymore
Still believeing you'll walk in my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give all the love in the world  
Love's for a lifetime
Not for a moment
So happy, don't throw it away
I'm only human
And that's (?)brought colder(?)
With noone to love me that way 
I need someone who releases me (Don't want to wake...)
Don't want to wake up alone anymore
Still believeing you'll walk through my door
You'll reach for me and I'll know it's for sure
Then I'll give all the love in the world (Don't want to wake up alone anymore)
All alone(Don't want to wake up alone)
Just reach for me(Don't want to wake up alone)
Don't want to be alone(Don't want to wake up alone)
Don't want to wake up alone(Don't want to wake up alone)
Let me know it's sure(Don't want to wake up alone)
Still believe in someone(Don't want to wake up alone)
When you reach for me(Don't want to wake up alone)
Let me know it's for real[Fade]

Posted by Mar at 8:41 AM 0 comments

Bedsheet baru yang aku beli di Aussino, Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Cantik tak? Posted by Hello

Wednesday, July 28, 2004

Posted by Mar at 2:47 PM 0 comments

Jauh benor, kalo kat shah alam ke kat belakang rumah, bolehlah aku pergi. Posted by Hello

Habit

Posted by Mar at 2:33 PM 0 comments
Hari tu (23 Julai 2004), Mal (Detik Jantung Waktu) ada tulis tentang rambut dia yang makin menipis. Mungkin faktor usia atau terlalu banyak berfikir (taklah..you tak tua la Mal. You cuma bertambah matang dan berpengalaman jek.hehe.) Rambut aku pun makin menipis jugak. Tapi aku belum terlalu tua untuk jadi botak. Ah, tidaaaaaakk.... aku masih sayang mahkota kebanggaan setiap wanita ini. Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa kalau rambut aku makin nipis sebab memang silap aku. Aku gatal tangan. Dah jadi macam satu habit pulak. Tiap kali dok sorang-sorang sambil baca buku, tengok tv, menulis etc., tangan aku tak boleh duduk diam. Senyap-senyap tangan aku merayap ke kepala dan bermulalah aktiviti aku mencabut rambut gatal (kadang-kadang bukan rambut gatal pun aku cabut jugak). Mak aku selalu membebel (menyanyi rap) kalau aku cabut rambut kat rumah sebab nanti rambut aku tu bersepah atas lantai tapi kalau kat bilik aku kat Shah Alam ni, aku ada geng sebab roomate aku, Kak K pun sama spesis macam aku jugak. So, tak ada siapa nak bising kalau aku asyik sangat dengan aktiviti sihat waktu senggang ni.hehehe.

Satu lagi habit yang sukar aku tinggalkan ialah gigit kuku. Mak aku dah tak larat nak kata apa dah. Kalau ikutkan memang buruk benar rupanya kalau gigit kuku ni nak-nak kalau kat tempat public. Tapi tak boleh nak buat apa sebab benda ni bukan dibuat-buat, it's automatically terutamanya kalau aku dok sorang-sorang, tengah tengok tv, tengah excited/gabra etc. Disebabkan selalu gigit kuku, kuku aku tak pernah panjang dan kadang-kadang rupa dia macam kena gigit tikus (kalau aku tak sempat repair balik dengan nail clipper). Rasanya kalau aku pergi buat manicure, sure orang tu menyumpah aku sebab menyusahkan dan memeningkan kepala dia.

 
p/s Ada sesiapa yang ada petua/cadangan untuk aku kurangkan/lenyapkan terus habit aku ni?

 

DID YOU KNOW?
 
1. Hair is stronger than steel. It's also very elastic and difficult to destroy.

2. On an average, we have 100,000 strands of hair on our head.

3. Each grows for about 1,000 days at 1cm per month.

4. 50 to 100 strands fall off every day.

5. Hair begins to show signs of ageing when it reaches 7cm, according to a recent study by Lux.

 
(All facts and figures are provided by L'Oreal Professionel, Dr, Colin D'Silva for P&G Research & J.F. Lazartigue).

 

Tuesday, July 27, 2004

Posted by Mar at 1:34 PM 0 comments
Life is currently described as one of four ways:

As a journey, as a battle, as a pilgrimage, and as a race.

Select your own metaphor, but the finishing necessity is all the same.

For if life as a journey, it must be completed.

If life is a battle, it must be finished.

If life is a pilgrimage, it must be concluded.

And if life is a race, it must be won.

(J. Richard Sneed)
Posted by Mar at 1:12 PM 0 comments
Lupa nak bagitau korang, hari Ahad hari tu...at last aku pergi jugak ke majlis perkahwinan E atas sokongan Kucik, Jidol, Wawa, Iwan dan Ateh. Aku pasang badan tak ingat la nak pergi sana. Aku siap pakai kebaya nyonya warna hitam lagi. Control ayu gitu. Pakai kebaya tak boleh la nak terloncat-loncat. hehehe. Punya la nak cover frust, aku melaram bagai nak rak. Nasib baik member-member aku tak cakap aku buang tebiat sebab melawa bagai tak hendak.

Dan yang paling best or sadis sekali masa kitorang nak balik. Korang tau tak, aku bukannya salam ucap tahniah ke apa kat E tapi aku boleh pegi salam siap cium pipi lagi kat wife si E tu. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh melakukan aksi-aksi terlampau tu. hehehe. Wei, aku bukan berlakon la. Aku ikhlas dan tiba-tiba jer rasa nak cium pipi dia. Tahniah, I kerana telah menjadi permaisuri di hati E. Semoga berkekalan hendaknya.

Cukup-cukup la tu cerita pasal E ek. Cerita banyak-banyak boleh bikin aku melankolik nanti. Haa..Malam ni aku dapat invitation daripada Fakulti Sains Gunaan untuk attend dinner yang diadakan khas untuk pelajar dengan CGPA 3.00 ke atas. Melaram sakan aku lagi sekali malam ni :). Almaklumlah, dengar cerita nanti aku kena enter frame kat pentas nak ambil sijil Anugerah Dekan yang aku dapat semester lepas. Jangan aku terjelepok kat pentas tu nanti sudah. Suspen ni. So, hari ni aku puasa satu hari, kosongkan rongga-rongga mana yang patut, nanti malam boleh cover makan sampai pengsan.Save budget makan aku hari ni. Alhamdulillah.

Monday, July 26, 2004

Galeri Petronas

Posted by Mar at 8:32 AM 0 comments
GALERI PETRONAS... Ini adalah salah satu tempat wajib aku pergi setiap kali menjejakkan kaki ke KLCC (tapi dah lama benar aku tak ke sana). Galeri ini mempamerkan pelbagai jenis dan bentuk seni daripada pelbagai media. Di sinilah aku sebagai seorang insan yang kerdil cuba menghayati karya seni sama ada dari anak tempatan mahupun karya seni antarabangsa; seni tradisional mahupun seni moden. Aku bukanlah insan yang dilahirkan dengan bakat seni yang semulajadi. Bakat seni aku diasah dan aku taklah sehebat pelukis dan penggiat seni tanah air tetapi aku sangat meminati dan gemar mengikuti perkembangan seni itu sendiri. Tak kiralah sama ada seni lukis, seni halus, seni tampak, seni reka, seni muzik, senibina, seni persembahan dan sebagainya. Galeri Petronas merupakan salah satu sumber ilmu seni dan salah satu cara untuk aku mengekspresi minat aku yang mendalam terhadap seni.

Galeri Petronas dibuka dari hari Selasa hingga Rabu dan ditutup pada hari Isnin. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma. Terletak di Lot 341-343, Level 3 Suria KLCC, Galeri Petronas sentiasa segar dan tidak pernah putus dengan pameran seni yang pelbagai. Galeri Petronas mempunyai lebih 1000 koleksi lukisan, foto, bahan bercetak, arca, tekstil, kostum, kraftangan dan seramik dari Malaysia dan luar negara. Melalui koleksi-koleksi ini, Petronas telah memainkan peranan dalam memelihara pusaka warisan seni di samping menyokong perkembangan seni di Malaysia.

Sejak 1993, Galeri Petronas telah menganjurkan banyak pameran dan menerima beribu pengunjung. Ini secara tidak langsung telah merealisasikan matlamat mereka untuk menyediakan sebuah pusat seni bertaraf dunia sekaligus menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang tahu menghargai seni budaya.

Di samping pameran yang menjadi aktiviti utama di sini, Galeri Petronas turut mengajurkan program seperti bengkel seni, demonstrasi, kelas seni, tayangan video, ceramah dan seminar berkaitan seni. Semua aktiviti dan acara ini terbuka kepada orang awam dan dibuat untuk memenuhi minat dan citarasa semua lapisan
masyarakat.

Terbaru, Galeri Petronas sedang mempamerkan German Drawings & Prints (1895-1906). Pameran ini telah pun bermula 10 Julai yang lalu dan bakal berakhir 8 Ogos ini.

(Untuk maklumat lanjut tentang Galeri Petronas, sila layari http://www.galeripetronas.com.my/)

Sunday, July 25, 2004

AF2 - My latest Top 5

Posted by Mar at 9:16 AM 0 comments
Selepas menonton Konsert AF2 minggu ke-7 malam tadi, berikut adalah senarai Top 5 aku :

1. Zahid
2. Bob
3. Linda
4. Farah
5. Kaer / Mas

(Senarai Top 5 aku mungkin akan berubah berdasarkan prestasi dan persembahan pelajar pada minggu-minggu berikutnya.)

Sedikit komen aku tentang Mas :
Level of confidence Mas malam tadi mencapai tahap yang tertinggi berbanding konsert-konsert sebelum ini. Keyakinan inilah yang aku cari-cari dalam diri Mas. Congratulations, Mas. Tapi malangnya suara Mas kedengaran sedikit sumbang pada bahagian-bahagian tertentu lagu. Mas kena really workout on her vokal, polish mana yang patut. Keunikan vokal dah ada pada dia, terpulang pada dia untuk menggunakannya ke tahap paling maksimum. Mas perlu banyak berlatih dan memberi lebih tumpuan dalam kelas vokal Cikgu Siti Hajar. Mas tak perlu risau tentang sokongan. Ramai yang menyokong dia. Mas hanya perlu pamerkan persembahan yang mantap agar dapat menutup mulut-mulut yang sering mengutuk dirinya. All the best, Mas!

TRILOGY

Posted by Mar at 12:17 AM 0 comments
Is "3" the magic number?

Birth + Life + Death

Courtship + Love + Marriage

Star Wars Trilogy
(pre and post 21st century)

Han Solo + Princess Lela + Luke Skywalker

Lord of the Rings
(Frodo Baggins has three friends)

ARCHITECTURE + INTERIOR + THE EVER VARIANT = HUMAN EVENT


Saturday, July 24, 2004

Posted by Mar at 11:26 PM 0 comments
"If you are intelligent and know how to apply your intelligence, you can accomplish anything."

-Bill Gates

Selamatkah kita di negara sendiri?

Posted by Mar at 9:48 AM 0 comments
Keganasan sekarang ada di mana-mana. Jangan cerita tentang keganasan di Baghdad. Itu semua kita dah memang sedia maklum. Kat negara kita sendiri dah makin menjadi-jadi kes-kes keganasan. 3R (rogol, ragut, rempit). Kes bunuh, pukul, samseng dan macam-macam lagi. Daripada budak sekolah rendah, sekolah menengah, remaja, orang dewasa toksah cakap la. Sampaikan orang tua yang jalan pun dah goyang masih tak mahu insaf dan bertaubat.

Dulu kita dikejutkan dengan kes seorang budak membunuh anak kepada guru tuisyennya. Lepas tu ada pulak kes Mohd Farid dibelasah sampai mati oleh senior sebab cerek (benda remeh). Baru-baru ni pasal kes Darren yang dibunuh sebab mempertahankan kekasih dia. Terbaru sekali (kelmarin), Nur Sofina disembelih oleh jiran sekampungnya yang menghadapi masalah mental tanpa sebab yang diketahui.

Peristiwa-peristiwa di atas terlalu sadis bagi aku. Nyawa mereka diambil sewenang-wenangnya. Apakah hak orang tersebut untuk membunuh orang lain sesuka hati? Mereka bukan Allah. Allah yang Maha Berkuasa. Kerana marah, tak puas hati, kecewa atau apa alasan sekalipun, mereka tak ada hak untuk buat begitu. Pukul, membunuh, belasah orang, bukannya penyelesai masalah. Atau mereka hanya fikir itu sahaja penyelesaiannya? Itu sahaja cara untuk lepaskan rasa marah dan tekanan?

Ini tidak adil pada mangsa-mangsa tersebut. Mereka tak bersalah. Mereka teraniaya. Mereka terlalu muda untuk meninggalkan alam ini. Keluarga masih memerlukan mereka. Negara masih menagih khidmat mereka. Kita telah kehilangan banyak bakal profesional yang akan menerajui negara. Tolonglah berfikir sebelum bertindak. Lepaskankanlah marah dan tekanan dengan cara yang sihat bukannya membabi buta.

Friday, July 23, 2004

Bila lecturer aku nak insaf ni?

Posted by Mar at 9:32 AM 0 comments
Ingat tak hari tu aku cakap aku dah insaf taknak tuang class lagi. Lautan api pun sanggup aku renangi. Pagi ni Shah Alam hujan lebat gila. Aku ada kelas pukul 8 pagi. Lepas bersiap-siap aku terus berpayung-payungan menuju ke bus stop. Walaupun berpayung, baju dan beg aku basah juga. Tak apa, demi menuntut ilmu, lautan api pun sanggup kurenangi. Inikan pula hanya hujan. Kuatkan semangatmu, Mar (chewah). Dah dua bas terlepas sebab sesak sangat macam sardin barulah aku dapat naik bas yang ketiga. Aku naik bas tu dan berdiri kat tangga bas. Takde tempat nak berpaut, aku pun pegang jer mana besi yang aku rasa kukuh. Janji dapat sampai kelas (bersemangat waja betul aku hari ni..Mak aku mesti bangga kalau tahu anak dia macam ni.. hehehe).

Bila sampai kat kelas, tak ramai yang datang. Mungkin sebab hujan diorang jadikan alasan. Aku pun terus duduk dan ambik buku untuk revise sikit-sikit. Mana la tau kot ada Kuiz Pop Yeh-yeh kang mampus aku. Baca punya baca, selak punya selak, mengumpat punya mengumpat (atau "mencarut" bak kata lecturer HRM aku, Mr. S) aku pun dah naik mengantuk. Mr. S tak gak sampai-sampai. Aku dah naik muak. Aku cakap dengan senior aku yang duduk kat belakang aku, "Bila kita nak berangkat meninggalkan majlis ni?". Dia cakap, " Apa kata junior berangkat dulu. Kalau senior yang berangkat dulu nanti lecturer marah sebab senior ajar yang tak elok kat junior. So, korang berangkat dulu kitorang menurut perintah."  Last-last sebab dah bengang sangat kot sebab bangun pagi-pagi tapi lecturer tak datang, ada budak-budak kat belakang class dah angkat kaki meninggalkan majlis. Aku pun apa lagi..tak cukup kaki mengikut la. hehehe.

Hai...sabar je la aku. Aku dah insaf dan tengah bersemangat nak belajar hari ni, alih-alih takde class la pulak. Cheh. Ooohh... aku lupa. Hari tu Mr. S pernah cakap, " Awak semua kena datang class. Jangan suka ponteng class. Tak elok. Nanti miss banyak lecture, susah. Saya tak datang tak apa." Bila la Mr. S nak insaf macam aku gamaknya.... 

Thursday, July 22, 2004

Kenapa dengan aku ni?

Posted by Mar at 1:56 PM 0 comments
Korang ingat tak pasal jari aku yang luka hari tu? Sampai hari ni luka tu tak kering-kering lagi. Kadang-kadang still ada keluar darah sikit-sikit. Nak menaip pun susah. Terpaksa guna sebelah tangan or jari telunjuk yang luka tu diganti dengan guna jari hantu. Bila nak baik entah luka aku ni. Mungkinkah luka di jari yang tak mahu kering itu simbol kelukaan di hati aku?

Pagi tadi aku sempat jumpa Assoc. Prof. S untuk hantar sinopsis proposal projek yang dia minta kelmarin. Tapi ada ammendment la pulak. So, terpaksalah aku ammend dan tambah apa yang patut. Besok aku akan hantar terus pada Mr. K. Assoc. Prof. S siap suruh aku buat prototype lagi untuk proposal aku tu. Tapi bila dia tengok aku buat muka seposen dia pun terus nak selamatkan keadaan dan akan minta kawan dia di FRIM untuk buatkan prototype tu. Lega... (assignment aku dah berlambak-lambak dah ni. Mana nak pergi beronggeng dengan kawan-kawan lagi...hahaha).

Semalam aku pergi Mid Valley dengan Izati tapi hampa sebab Jusco dan Metrojaya tutup (Jusco tutup sebab nak kira stok, Metrojaya buka untuk ahli sahaja). Tapi elok juga. Kalau tak sure rabak poket aku semalam dok shopping kat situ. Padan muka diorang sebab dah terlepas seorang customer yang hebat macam aku.hehehe. Tapi kehampaan kitorang terubat bila dapat tengok wayang kat GSC. Kitorang tengok cerita Mean Girls (heroin dia yang berlakon Freaky Friday tu-sapa entah nama budak perempuan tu). Cerita pasal budak sekolah yang ada geng-geng sendiri (click). Ada dua geng yang utama. Si Izati dok bayangkan yang jadi geng plastik tu geng 3 Serangkai kat dalam class kitorang dan geng heroin tu geng kitorang la.muakaka. Aku suka kau Izati sebab imaginasi kau terlalu tinggi.hahaha

p/s Nak pergi ke taknak E kahwin hujung minggu ni. Kucik dan Jidol dah sibuk ajak aku pergi dengan diorang ni. Kalau aku pergi nanti kena nangis-nangis sambil nyanyi lagu Tenda Biru pulak nanti. Any suggestion? Should i go?

Wednesday, July 21, 2004

Glamournya Aku

Posted by Mar at 9:32 AM 0 comments
Mesti ada orang yang rasa nak humban aku kat kat Sungai Klang bila dengar statement tu ek. Relax la..sapa lagi nak berbangga dan puji diri aku kalau bukan aku sendiri. Nak harap korang puji...haram...

Apsal aku cakap aku glamour? Bukannya sebab aku dah ada blog ni (takde blog pun aku glamour..muakaka). Semalam lecturer aku, Assoc. Prof. S call aku. Mula-mula dia call aku lebih kurang pukul 4 petang. Bila aku tengok no. dia appear aku malas nak angkat sebab aku takut dia nak lecture atau marah aku sebab aku tuang class lab dia hari ni (hujan lebat la, sampai banjir...tongkang aku pulak rosak, tak dapat nak pergi class). So, aku pun buat bodoh je la. Dalam pukul 6 macam tu dia call aku lagi. Apahal pulak la orang tua ni agaknya (aku cakap dalam hati). Aku angkat telefon dan bercakap dalam nada yang paling sopan sekali (kalau mak mertua dengar sure terpesona punya).

Rupa-rupanya dia cari aku sebab nak bagitahu aku tentang IID 2004 (competition related to science, technology, inovation, design dan ntah apa-apa lagi. Aku pun tak sure sebab tak tengok lagi notice board pasal tu). Dia suruh aku participate sebab mungkin dia dah impress dengan proposal final project aku (bab impress tu aku tambah sendiri bukan statement dia.. :). So, dia suruh aku prepare sinopsis proposal aku tu dan submit kat dia before 24 Julai 2004. Heemmm, ok, boss. I'll submit it as soon as possible.

p/s Apa hadiah untuk competition tu ek? BMW? Porsche? Banglo? Percutian ke Paris? (cheh berangan je aku tapi kalau dapat laptop ke digital camera ke..jadi la. Benda free memang saya tak tolak.

 
Moral of the story : Kalau dah tuang class tu tak payah la nak takut-takut atau buat bodoh. Buat berani tapi pengecut, buat malu jer (aku cakap pasal diri aku la tu). Lain kali buat-buat pandai sikit takpun belajar-belajar la jadi aktres antarabangsa supaya senang berlakon depan lecturer. Heemmm, orang dah buat salah kan, macam tu la. Takut tak bertempat. Tiba-tiba aku insaf takkan ponteng class lagi. Lepas ni lautan api pun sanggup aku renangi (nak kena beli baju kalis api ni + repair tongkang aku yang rosak tu-nanti banjir senang).

Tuesday, July 20, 2004

Jejak Kasihan

Posted by Mar at 1:44 PM 0 comments
Hari ni (baru sat tadi) ada adengan melodrama (kononnya la...). Jejak kasih antara aku dengan member sekolah rendah aku dulu, Mohd Rashidi Abdullah (rasanya macam ni la kot ejaan nama dia, sorry beb kalo silap sebab aku tak obses dengan nama penuh orang macam ko) . Dah lebih 11 tahun tak jumpa, this is the first time we all bole terserempak balik. Dan yang lebih gempak, we are studying in the same faculty (Faculty of Applied Science) Dah nak grad dah aku baru la aku tau ada kroni dan kaum kerabat rupanya kat sini. Apsal selama ni aku tak pernah nampak ko? Ko jadi Hollow Man ke?
 
Tadi masa aku berjalan di kawasan fakulti, aku terdengar ada orang panggil nama aku. Siap nama penuh dengan nama Abah aku sekali. Dalam hati aku kata, siapa pulak yang mereng dok panggil aku ni. Glamour ke aku siap ada orang dok terjerit-jerit nama aku, hehehe. Rupa-rupanya mamat ni. Mula-mula aku tak cam sangat dia sebab sekarang dia dah makin tua (hahaha). Matang la kononnya. Cheh. Lepas tu bersembang panjang la kitorang. Cerita-cerita lawak zaman purba start la keluar balik. Yang pasti sekarang dia yang dah pandai dok buli aku padahal zaman dulu-dulu aku selalu buli dia. Nampak tak perubahan antara kitorang? Aku semakin menginsafi diri dan menjadi wanita Melayu terakhir tapi dia dari lelaki Melayu terakhir dah jadi lelaki Melayu tak sedar diri (gurau jer, jangan marah...nanti ko makin tua). So, dah mintak no. telefon aku tadi, apalagi, bila nak makan busat? Setakat mintak no. telefon aku nak call tanya khabar, baik tak payah. Buang masa aku jer. Tekak aku macam dah teringin sangat nak merasa ko belanja. Bila lagi?

Monday, July 19, 2004

CCTV

Posted by Mar at 1:56 PM 0 comments
Bila ada kes jenayah, mulalah orang dok sibuk-sibuk dan bising-bising nak guna CCTV (Closed Circuit Television). Kononnya boleh mengawal kadar jenayah tersebut. Terbaru orang sibuk nak guna CCTV untuk banteras jenayah ragut. Dulu masa kes Canny Ong, orang sibuk nak pasang CCTV kat parking lot bawah tanah. CCTV ni memang bagus kalau kita benar-benar menggunakannya. Ini tak, ada sesetengah premis tu cuma letak jer CCTV tu kat situ sebagai perhiasan tapi langsung tak berfungsi (oohh..CCTV tu sebahagian daripada accessories untuk cantikkan kedai dia gamaknya). Ingat tak kes pelakon Nasha Aziz? Ada orang gunakan CCTV untuk "intai" segala aktiviti dia di rumah (ni kes menyalahgunakan la pulak).
 
Aku pun ada cerita jugak pasal CCTV ni. Tapi bukanlah kontroversi macam kes Nasha tu. Tapi ala-ala mencabul hak asasi aku sebagai manusia la jugak. Selepas menamatkan pengajian diploma aku pada April 2002, aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebagai perekabentuk dalaman (interior designer). Masa mula-mula masuk aku langsung tak tahu hal ini (almaklumlah, baru-baru masuk kan macam blur sikit so tak perasan apa yang ada dalam office tu). Selepas 2/3 hari aku perasan yang staff kat office tu kengkadang nampak macam mengelak dari sesuatu. Rupa-rupanya barulah aku tahu yang diorang tu semua taknak dilihat oleh kamera. Dalam office tu dipasang dengan CCTV untuk melihat aktiviti pekerja mereka (baca:untuk pastikan pekerja tak menular).
 
Masa tu aku pelik sungguh. Sebabnya, setahu aku orang pasang CCTV untuk tujuan keselamatan tapi di sini lain pulak ceritanya. Dah jadi macam program reality tv la pulak (ala-ala Akademi Fantasia). Oleh sebab kehadiran CCTV tersebut di pejabat ini, maka timbullah satu fenomena yang melanda di kalangan staff di sini iaitu fenomena berlakon, control cun, bohong sunat dan seangkatan dengannya. Dan aku pulak sejak bekerja di sana dah pun mula belajar menjadi aktres bertaraf antarabangsa,hehehe. Dan yang paling best, bila boss takde, kami pun mengintai kat bilik boss dan tengok view yang dirakamkan oleh CCTV itu dan mengenalpasti view yang tidak dapat dirakam. Lalu, kawasan rahsia yang tak dapat dirakam CCTV itu menjadi tempat lepak, mengumpat, menular, menyorok etc.
 
Entahlah. Aku rasa kewujudan CCTV tu bukannya memberi impak positif tetapi lebih banyak negatifnya. Tiada keikhlasan wujud antara majikan dan pekerja. Tiada rasa hormat pada majikan dan macam-macam lagi walaupun tujuan asal majikan tersebut mungkin baik supaya anak buahnya tidak curi tulang waktu bekerja. Tapi bagi aku perkara ini mengongkong pekerja untuk menjalankan tanggungjawab lalu menyebabkan ketidakselesaan waktu bekerja seterusnya menghasilkan kualiti kerja yang tidak mencapai tahap yang paling maksimum.
 
Ini pendapat aku. Tak tau la pulak bagi orang lain. Sekarang aku tak tau la sama ada syarikat tersebut masih menggunakan CCTV untuk tujuan tersebut atau tidak sebab selepas aku resign dulu aku dengar mereka dah pindah ke pejabat baru. Macam-macam hal kan...
 
 

Terluka

Posted by Mar at 9:40 AM 0 comments
Tarikh : 19 Julai 2004 (Isnin)
Masa : 3.34 am
Tempat : Bilik aku
Situasi: Mamai, ngantuk, rasa dah nak tidur sangat tapi kerja tak siap lagi. Pagi ni nak hantar, lalu, aku terpotong jari telunjuk lantas memancutkan darah merah cair (kenapa aku cakap cair? Sebab sampai sekarang masih meleleh walaupun dah kurang sikit berbanding awal pagi tadi).



Bawang Putih si Bawang Merah,
Dua beradik berlainan ibu,
Luka di jari nampak berdarah,
Luka di hati tak siapa tahu :-).


Moral of the story : Kalau dah ngantuk tu, tidur jer. Tak payah la nak main-main pisau lagi. Pegi jer main dengan bantal peluk.

Sunday, July 18, 2004

Posted by Mar at 9:03 AM 0 comments
He, who will not reason, is a bigot ; he, who cannot, is a fool; and he, who dares not, is a slave.

- William Drummond, British writer (1585-1649)

Saturday, July 17, 2004

Senibina Constructivism

Posted by Mar at 11:59 PM 0 comments
Dulu masa aku belajar di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibina Dalaman, antara subjek yang perlu aku ikuti ialah subjek "History of Art and Architecture". It's quit an interesting subject. Aku belajar tentang senibina Islam, Roman, Gothic, Baroque, Renaissance, Rococo, Arts and Crafts, Art nouveau, Bahaus, Art Deco dan segala macam mak nenek lagi. Selain tu ada juga diajar tentang senibina dan cara hidup pada zaman tamadun Mesopotamia, Egyptian, Greek dan Roman.

Antara salah satu yang aku minat ialah senibina constructivism. Senibina ini muncul pada awal abad ke-20 (somewhere in 1918). Waktu itu Rusia mengalami revolusi sosial yang hebat akibat pemerintahan komunisme (fahaman kebendaan, rasionalisme, humanisme yang menafikan hak-hak manusia sebagai individu dan menafikan keperluan manusia kepada agama). Fahaman ini berteraskan pencapaian suatu konsep kesamarataan masyarakat, pembasmian ke atas hak-hak individu dan penyusunan sistem pengeluaran yang bersifat kolektif. Ciri yang paling utama dalam komunisme ialah perjuangan untuk mencapai kebebasan masyarakat melalui penindasan individu. Sumber kekayaan dan punca pengeluaran berada dalam tangan pemerintah.

Hasil-hasil karya seni dan senibina constructivism banyak dipengaruhi oleh pergerakan revolusi sosial. Ia bermula dengan karya-karya lukisan yang kemudiannya berkembang kepada rekabentuk senibina. Hasil-hasil karya ini menggambarkan cetusan perasaan rakyat terhadap cengkaman komunisme. Antara pelopor kepada perkembangan senibina constructivism di Rusia ialah Vladimir Thatin, Kasimir Malerich dan Aleksandr Rodchenko. Hasil karya mereka mencapai penghayatan seni yang tinggi kerana terbentuk secara semulajadi berdasarkan pengaruh revolusi sosial.

Umumnya, senibina constructivism mengambil elemen-elemen geometrik yang sangat ekstrem bentuknya. Rebentuk senibinanya langsung tidak menggunakan bentuk atau imej organik. Elemen geometrik yang ekstrem ini merupakan pengaruh dari pergerakan revolusi sosial yang berlaku akibat pemerintahan komunisme itu tadi. Penggunaan elemen geometrik itu tadi tidak terbatas pada facade(bahagian hadapan) bangunan sahaja tetapi meliputi hingga ke ruang dalaman (interior space). Jalinan dan susunan (penggunaan) elemen geometrik tersebut adalah tidak tersusun (bebas dan tidak terhad) tetapi masih mengutamakan fungsi serta mempunyai maksud dan nilai penghayatan seni yang tinggi. Mereka memperjuangkan suara rakyat melalui rebentuk senibina bangunan. Bahan utama yang biasa digunakan dalam senibina constructivism ini ialah besi, aluminium, zink dan kayu.

Antara nama-nama arkitek yang berusaha memperkembangkan idea-idea baru yang menerapkan elemen-elemen constructivism dalam karya seni dan rekabentuk senibina pada hari ini ialah Frank O.Gehry, Daniel Libeskind, Rem Koolhaas, Peter Eisenman, Zaha M.Hadid dan Morphosis.


(diadaptasi dari nota "History of Art & Architecture" - Encik Hamidon Abdullah)

Kenangan

Posted by Mar at 3:59 PM 0 comments
Teringat kisah dulu-dulu. Yang manis, yang pahit. Kalaulah dapat diputar kembali waktu itu, ingin sekali aku lakukan yang lebih baik, melakukan perkara yang tak sempat aku lakukan, menarik kembali perbuatan/keputusan yang tak sepatutnya aku buat...

Malangnya, semua tu dah berlalu. Takkan dapat ditarik kembali...


Memory

(Daylight, see the dew on a sunflower
And a rose that is fading
Roses wither away
Like the sunflower I yearn to turn my face to the dawn
I am waiting for the day.)

Midnight. Not a sound from the pavement.
Has the moon lost her memory?
She is smiling alone.
In the lamplight the withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan.

Memory. All alone in the moonlight
I can smile at the old days,
I was beautiful then.
I remember the time I knew what happiness was,
Let the memory live again.

Every street lamp seems to beat a fatalistic warning.
Someone mutters and a street lamp gutters and soon it will be morning.

Daylight. I must wait for the sunrise,
I must think of a new life
And I mustn't give in.
When the dawn comes tonight will be a memory too
And a new day will begin.

Burnt out ends of smokey days, the stale cold smell of morning.
The street lamp dies, another night is over, another day is dawning.

(Sunlight, through the trees in summer
Endless masquerading
Like a flower as the dawn is breaking
The memory is fading.)

Touch me. It's so easy to leave me
All alone with the memory
Of my days in the sun.
If you touch me you'll understand what happiness is.
Look, a new day has begun.



By Andrew Lloyd Weber, based on T. S. Eliot's poem.


Friday, July 16, 2004

Semoga Kau Bahagia....

Posted by Mar at 11:26 PM 0 comments
Aku baru menerima sepucuk kad jemputan perkahwinan dari dia. Dia yang pernah aku puja dalam diam. Yang telah mencuri hati aku dan keluarga aku tapi aku yang tersalah anggap.. silap aku mungkin kerana terlalu mengikut perasaan (aku tak salahkan kau E). Dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan pujaan hatinya minggu depan. Di atas kad itu tertulis ....menjemput... Cik Marliza & Boyfriend. Mungkin dia menyindir atau mentertawakan aku dengan tulisan itu. Aku masih sendiri E. Aku tak kesal hidup sendiri begini kerana aku gembira menikmati kehidupan yang Allah kurniakan ini. Semoga kau berbahagia di samping orang yang kau sayang. Tahniah. Aku takkan mungkin sanggup hadir ke majlismu. Biarlah kawan-kawan yang lain meraikan hari gembiramu tapi bukan aku....



Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku


Penyanyi : Sheila Majid
Lagu : Mac Chew
Lirik Sheila Majid

Zen Interiors

Posted by Mar at 4:46 PM 0 comments
Semalam masa kat library aku jumpa satu buku yang agak menarik perhatian aku dan patut aku kongsi dengan korang semua. Tajuk buku tu 'Zen Interiors' yang ditulis oleh Vinny Lee. Buku ni secara keseluruhannya menceritakan tentang konsep dan inspirasi yang diambil dari prinsip Zen serta applikasinya di dalam senibina dalaman.

Perkataan Zen itu sendiri membawa maksud dua unsur dalam kehidupan yang bertentangan tetapi memerlukan di antara satu sama lain. Dengan kata lain ia juga merujuk kepada konsep Ying dan Yang (seperti lelaki dan perempuan, cas postif dan cas negatif).Umumnya, elemen dalam Zen boleh dikategorikan sebagai seimbang (balance), harmoni dan ringkas (simplicity). Berdasarkan tiga unsur ini, Vinny Lee menggunakannya sebagai konsep asas dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih moden dan segar melalui pengcahayaan, pemilihan fabrik dan penggunaan warna. Jelas dilihat bahawa frasa "Less is More"(Mies van der Rohe-arkitek Jerman), minimalism, asli(pure), kepentingan fungsi sangat menjadi nadi utama dalam konsep Zen ini.

Warna-warna yang digunakan dalam senibina dalaman Zen sangat natural (semulajadi). Warna-warna seperti warna putih, warna kayu, warna krim menjadi latar utama dalam sesebuah ruang manakala perabot-perabot yang digunakan hanyalah yang asas sahaja di samping satu atau dua warna lain sebagai unsur penegasan (focal point). Sesebuah perabot atau barangan yang digunakan harus mempunyai fungsi yang jelas. Fungsi lebih diutamakan manakala nilai estetiknya hanya akan timbul dengan sendiri tanpa dirancang. The aesthetic value only comes when the function play its role.

Tiada hiasan yang berlebihan diapplikasikan di sini, everything straight to the point (tak ada bunga-bunga cinta atau bunga-bunga silatnya). Segalanya mudah, ringkas, praktikal. Sangat sesuai untuk mereka yang memang ingin lari dari keriuhan, kesesakan, kesibukan, huru-hara di luar. Konsep Zen dalam senibina dalaman ini seolah-olah menjadi satu terapi terhadap minda dan jiwa. Apabila kita berada di dalamnya seolah-olah seperti melalui satu proses meditasi yang menenangkan.

Semoga Panjang Umur, Abah

Posted by Mar at 4:26 PM 0 comments
Hari ni, 16 Julai 2004, ulangtahun kelahiran Abah yang ke 59 tahun. Semoga Abah panjang umur serta dikurniakan kesihatan yang sihat. Abah, i seldom say this magic words to you but for this special day, i want u to know that i really love you.

Thursday, July 15, 2004

GERAM

Posted by Mar at 5:32 PM 4 comments
Aku baru sat tadi habis class Dr. M (class Strength & Testing). Habis jer class tadi ketensionan dan kegeraman aku dah capai tahap melampau. Dah sampai tahap macam nak bunuh diri..oppss..mana bole. Aku belum nak mati lagi. Amalan pun tak cukup. Apa aku nak jawap dalam kubur nanti. Aku tukar. Ketensionan aku dah sampai tahap macam nak menjerit sampai terkeluar anak tekak. Tension,tension, tension. Geram, geram, geram.

Puncanya bila Dr. M bagi kitorang kuiz sebelum class dismissed. Dia kata Pop Kuiz, patutnya ala-ala pop yeh yeh la. Kacang goreng ke kacang kuda ke kacang rebus ke. Ni tak. Soalan dia buat aku mencakar tanah jawab tadi. Eh, silap. Bukan cakar tanah. Mencakar simen dan konkrit. Korang bayangkanlah macam mana aku cakar simen dan konkrit tu tadi. Yang aku geram sebab semua benda yang dia dah ajar dalam masa sebulan ni dicampur-adukkan dalam satu soalan Pop Kuiz tu (menyampah aku perkataan Pop Kuiz tu). Kalau korang nak tau subjek ni memang subjek calculation sahaja. Mereng otak aku sekejap tadi. Rasa cam nak nangis pun ada.

Yang buat aku risau lagi bila ramai senior aku terpaksa repeat paper ni sebab fail semester lepas. Bertambah-tambah la lagi kerisauan dan ketensionan aku. Betul buat aku jiwa kacau. Satu lagi bila aku dah nampak dah yang Dr. M ni agak kemut bila tang bagi markah. As an example, ari tu jawapan kuiz aku memang betul tapi sebab unit aku tukar (lb.in aku tukar jadi N.m) dia tolak 2 markah. Banyak tu padahal aku rasa kesilapan tu bukannya besar sangat pun. Entah la. Harap-harap takde mimpi ngeri yang akan berlaku semester ni. Dr. M, tolong la jangan dera jiwa dan batinku... :-(

Makan AF, Tidur AF, Minum AF.....

Posted by Mar at 8:05 AM 0 comments
Deman AF melanda lagi. Macam demam EURO dan World Cup jugak. Kat mana-mana semua orang dok bercakap pasal AF2. Bercakap seolah-olah macam kenal benar dengan bebudak AF2 tu. Tak terkecuali aku la tu. Demam dari bulan lepas sampai la ni tak kebah-kebah lagi. Tapi aku sure sangat bukan aku sorang yang kronik macam tu. Contoh yang paling dekat Mak dan Abah aku. Mak aku tu aku boleh terima lagi sebab dia senang sikit terpengaruh dengan aku. Yang tang Abah aku tu yang aku musykil sikit. Dia yang tak berapa berkenaan sangat dengan hiburan kat Malaysia ni pun dah addicted to AF2. Kengkadang tu detail info yang aku tak tau pun dia yang lebih tau. Kronik tak kronik jugak la Abah aku tu. Mak aku pulak sejak aku start lecture kat Shah Alam ni dan tak berkesempatan follow Diari AF2 (dapat tengok recap jer every Saturday kat Astro@15) dengan rela hati tanpa diminta dah jadi pelapor peribadi aku walaupun hanya sekadar laporan tertunda. Tu baru insan-insan yang ada dalam rumah aku jer tu. Belum lagi aku buat survey kat luar sana.

Dulu masa AF1, aku taklah addicted sangat. Sebab contestant AF1 tak berapa berbakat dalam nyanyian atau bakat diorang biasa-biasa jer. Mungkin bakat diorang dalam bidang lain. Contohnya Nana (sekarang dah jadi DJ Radio ERA), Atie (bakat dalam lakonan) dan Liza (sekarang pembuka kotak Roda Impian). Yang paling menonjol dan berbakat besar hanyalah Vince (pada pandangan aku la). So, persaingan dalam AF1 tak berapa sengit sangat sebab kita dah boleh agak siapa akan jadi juara.

Compare to AF2, peserta kali ni kebanyakannya punya bakat yang unik dan tersendiri. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Persaingan lebih hebat. Siapa juara belum boleh kita jangka lagi. Kat bawah ni pamdangan aku tentang peserta-peserta AF2 (termasuk yang dah tersingkir).

Farah : Suara dia lunak, sedap didengar cuma dia kena kurangkan menjerit bila nada tinggi sebab jeritan dia tu kadang-kadang merosakkan lagu dan gegendang telinga aku.

Zarina : Dia glamour sebab kisah cinta dia dengan Khai (AF1). Suara dia ok, tersendiri. Dia jugak nampak confident bila atas pentas.

Mas : Suara dia unik. Husky voice. Cuma dia kurang confident. Kerana kurang confident la Mas takkan termasuk dalam top 5 aku sebab bila dia kurang confident segala persembahan dia nampak tak kena walaupun aku tau dia boleh buat. You should be more confident Mas!

Linda : Dia berbakat dan cantik. Dia special sebab dia wanita yang boleh bermain gitar. Itu kelebihan dia berbanding peserta AF2 yang lain.

Nurul : Dia termasuk dalam senarai orang pertama yang sepatutnya tersingkir tapi malangnya dia tetap ada dalam AF2 sampai hari ni. Pelik kenapa orang vote dia. Attitude dia dalam class pun dah buat aku mual. Dia masuk class dengan muka mengantuk, muka sakit, macam tak interested nak belajar. Persembahan dia apatah lagi. Suara dia sangat-sangat biasa. Tak ada apa pun yang istimewa.

Edlin : Dia pun antara dalam senarai yang terawal akan keluar (jangkaan aku masa dia belum terkeluar). Tapi bagi aku dia better compare to Nurul. She improved a lot. Especially masa dia nyanyi lagu Kau dan Aku (Ning Baizura). Dia punya suara cuma perlu diasah lagi.

Zahid : Dulu dia bukan favourite aku. Sejak konsert minggu lepas aku letak dia di ranking pertama. Dia bukan aje talented tapi yang buat dia best ialah dia very cheeky and witty. Sangat menghiburkan. He born to be an entertainer.

Kaer : Dulu dia favourite aku. Sekarang pun favourite gak tapi dia jatuh no. 2 selepas Zahid. Suara dia best, mantap tapi tak konsisten dan paling teruk masa konsert minggu lepas. Nasib dia cute sangat, so ada gak sebab untuk orang vote dia. Kalau korang nak tau, kakak Kaer tu senior aku masa buat Diploma in Interior Design kat UiTM Shah Alam (bangganya ada kaitan gak la sikit-sikit dengan Kaer yang cute tu..kihkihkih...buleh tumpang glamour skit..ahaks).

Adam : Klon Yusry/KRU. Kelebihan dia hanya pada showmanship yang hebat dan menghiburkan. Itu sahaja. Dia takkan masuk dalam top 5.

Bob : Dia berbakat. Suara dia lunak dan merdu. But this is Malaysia yang mana orang-orangnya masih melihat pada fizikal penyanyi itu bukan setakat bakat jer. Orang takkan vote dia kerana alasan itu + sikap bossy dia dalam AF2.

Anding : Suara dia biasa sahaja. Mungkin dia tak sesuai jadi penyanyi. Lakonan mungkin? Tapi peribadi dia baik dan banyak membantu rakan lain masa dalam AF2 sampaikan Edlin pun jatuh hati kat dia.hehehe

Fitri : Fashion designer yang handsome. Lebih baik dia concentrate pada butik dia. He can't sing. Takde stamina, tercungap-cungap.


TOP 5 AKU :
1. Zahid
2. Kaer
3. Linda
4. Zarina
5. Farah / Mas

AFUNDI Zahid
AFUNDI Kaer

Wednesday, July 14, 2004

Posted by Mar at 3:27 PM 0 comments

iron lady's daughter Posted by Hello
Posted by Mar at 3:26 PM 2 comments

najib's son Posted by Hello
Posted by Mar at 3:26 PM 0 comments

invitation card Posted by Hello

Anak TPM kahwin dengan anak Iron Lady

Posted by Mar at 3:14 PM 0 comments
Dua minggu lepas (kalau tak silap) Abah aku dapat jemputan attend wedding reception anak TPM (Dato' Seri Najib Tun Razak)kahwin dengan anak Iron Lady (Datuk Maznah Hamid). Abah aku dapat jemputan tu sebab sepupu aku (anak Ayah Alang aku) kahwin dengan adik pada husband Iron Lady tu. Bukan la sebab Abah aku ni VIP. Tapi yang tak bestnya aku tak dapat ikut sebab dia jemput suami isteri jer bukan kaum kerabat satu kampung. So, hampa la aku sebab tak dapat tumpang glamour menyelit kat majlis yang grand tu. Sebab Mak aku kesian kat aku, Mak aku pun bagi la bunga telur (bukan bunga telur sebenarnya tapi bunga sabun - bukan bole makan pun) yang dia dapat tu kat aku supaya aku cepat kawin...hehehe.Takde la. Yang last tu aku tambah sendiri (aku belum miang lagi nak kawin). Gambar yang korang tengok ni gambar yang aku scan dari invitation card diorang.

Semalam gemuk, hari ni kurus

Posted by Mar at 8:35 AM 4 comments
Waaaahh...mesti berpusu-pusu semua orang nak tau ubat menguruskan badan jenama apa yang boleh buat camtu. Macam ni ceritanya. Alkisahnya, dulu semalam (kelmarin kot), aku dan Kak K (roomate aku) tengah bersantai-santaian atas tilam dalam bilik. Tetiba dia kata badan aku sem ni dah naik sikit compare to last sem. Dia kata especially kat bahagian lengan. Dia kata lengan aku dah membesar. Ah sudah...orang tua ni(umur dia 36 tahun, anak dua tapi perasan umur 17.cheh) buat aku gabra jer. Aku tau la dia tu perasan badan dia mcm Miss Universe. Sabor jer la. Sukati hang la Kak K. Mungkin dia saja cakap macam tu supaya dia dapat geng untuk temankan dia pergi gym. Cheh, taktik la tu kot. Tapi mungkin gak badan aku dah naik. Ish..tak leh jadi ni.

Keesokan harinya, tengah aku bersiap nak pegi class, tetiba dia kata, "Eh, Mar. Mar nampak kurus la. Mar dah kurus la." Orang tua ni mereng, mabuk atau angau kat laki dia kat kampung? Semalam dia gak yang berdebat dengan aku kata badan aku dah naik. Hari ni dah cter lain pulak. So, sapa-sapa yang rasa diri dia tu dah gemuk dan sibuk-sibuk nak cari ubat kurus, aku syorkan pegi jumpa Kak K. Sebabnya keesokan harinya korang mesti jadi kurus (pada pandangan mata dia jer la kot).

Tuesday, July 13, 2004

Yang Ditunggu Tak Kunjung Tiba

Posted by Mar at 3:25 PM 0 comments
Sepatutnya pagi tadi aku kena buat presentation. Tapi tunggu punya tunggu lecturer aku tak sampai-sampai. So, hampa la aku sebab sia-sia jer malam tadi aku pulun gila-gila prepare untuk presentation tu. Tapi aku nak share dengan korang satu benda. Aku dapat quote ni dari artikel (by Andrew A.L. Tan, New Straits Times, 3 July 2004) yang patut aku present tu.


It is our attitudes, not our aptitudes, that determine our altitudes!

Nak sekeh kepala aku?

Posted by Mar at 2:52 PM 0 comments
2 minggu lepas aku, Izzati, Aishah terserempak dengan lecturer Marketing kitorang semester lepas. Kitorang pun tegur la dia. Lepas tu dia kritik (macam dalam AF & Malaysian Idol la pulak) lepas sorang..sorang..kitorang punya jawapan exam sem lepas tu dia komen. Sampai kat aku dia cakap camni, "Ha,hang lagi satu. Sekeh kepala baru tau. Hang jawab final exam bagus tapi test yang awal-awal hang tak score saya tak bleh nak bagi hang A. Saya cuba dok korek mana-mana patut pun tak takleh nak tolong. Sayang la...apa la hang ni." Hemmm, untuk paper Marketing aku dapat A-. En. Z, kalau tak jumpa, korek la sampai jumpa. Takpun buat-buat la jumpa. Sikit je lagi tu nak tukar jadi A (sayang semuanya, sudah terlambat..-nyanyi mcm lagu shidee tu). Ala En. Z.. dengan kengkawan (upps..student) pun nak berkira. Sedekah-sedekah la sikit kat saya. Saya dah 10 hari tak makan.hehehe

MELAYU

Posted by Mar at 1:19 PM 2 comments
Abah aku Melayu. Mak aku Cina+Melayu. Datuk (sebelah Abah) aku Melayu. Opah (sebelah Abah) aku Melayu. Datuk (sebelah Mak) aku Melayu. Nenek (sebelah Mak) aku Cina. Darah Cinanya sikit benor. So, aku dikira orang Melayu walaupun kengkadang bila aku pegi supermarket minah yang promote syampu tu asyik-asyik dok cakap Cina dengan aku. Dulu aku memang aku tak paham sepatah haram tapi sejak dua menjak di'paksa' ambik 3rd Language (aku ambik Bahasa Mandarin), adalah 2/3 perkataan yang aku bole tangkap sebab depa ckp laju sangat.

Aku bukan nak cakap pasal Bahsa Mandarin yang aku belajar tu (lain kali ada masa aku ajar korang skit-skit) tapi aku nak cakap pasal Melayu dan perkataan Melayu tu. Kalau korang perasan, perkataan Melayu tu sedikit sebanyak bawak unsur dan maksud negatif dalam kehidupan kita. MELAYU. Perkataan layu tu sendiri kita selalu kaitkan dengan lemah, hampir mati, perlu disiram, perlu dibaja, kering, kontang etc. Orang Melayu la tu. Lemah, takde semangat, malas, harapkan bantuan aje bla3. Bukan la aku kutuk bangsa aku sendiri. Tapi sekadar mengingatkan jer.

Aku ada satu cadangan kat sini. Perkataan Melayu tu kita kena tukar. Tukar jadi perkataan yang lebih positif sikit supaya dapat mengubah minda dan sikap orang kita. Sebabnya, kalau dah dok 24 jam asyik layu..layu...layu...maka jadi layu la. Cuba tukar jadi Me'segar' ke, Me'fresh' ke, Me'bijak' ke, Me'rajin' ke..bla3 yang nampak positif sikit. DBP ada apa-apa komen atau cadangan?

p/s DBP mungkin dah haramkan aku dari berkumandang di mana-mana radio, TV sebab guna bahasa rojak. Aku ni kira glamour ala2 Anita Sarawak dan Ruffedge la jugak ek :-).

Sunday, July 11, 2004

Kurung & Kebaya.... Pakaian Tradisional Kebanggaan Kita

Posted by Mar at 12:43 PM 3 comments
Kenapa aku tiba-tiba rasa nak tulis pasal baju kurung dan kebaya?Sebabnya aku rasa ni la pakaian yang paling cantik dalam dunia. Very classic and elegant. Daripada makcik-makcik pakai untuk pegi ke sawah (of course la dalam kurung versi ke sawah..) sampai la ke mak-mak datin pakai untuk majlis-majlis formal yang glamour gitu. Yang pasti, kurung dan kebaya adalah pakaian yang menjadi pilihan dan sentiasa dekat di hati kita. Tak kira la orang tu Melayu, Cina, India etc. Semua dah makin gemar dan selesa dengan pakaian ni.

Tak lama dulu aku pernah baca dalam buku Baju+sarung:Pemakaian Satu Bangsa terbitan Balai Seni Lukis Negara. Buku ni bercerita pasal baju kurung, baju kebaya dan baju kurung lelaki (baju melayu la tu). Baju kurung aje ada 4 jenis (baju kurung teluk belanga, cekak musang, kurung kedah dan kurung moden). Baju kebaya pulak ada macam-macam jenis. Antara yang aku ingat baju kebaya labuh, kebaya nyonya, kebaya pendek, kebaya bandung etc.

Apa beza baju kurung dengan baju kebaya? Baju kurung selalunya ada pesak kat kiri dan kanan baju (bahagian badan). Cara nak pakai pulak kena sarung ikut kepala. Baju kebaya pulak selalunya ikut potongan badan. Lepas tu kena pakai dengan kerongsang (atau butang) kat bahagian depan baju. Ada orang kata pakai baju kebaya kita akan nampak lagi seksi walaupun takde bahagian badan yang terdedah pun (tu orang cakap la..). Apa-apa pun memang baju kurung dan kebaya ni memang manis untuk dipakai. Bila kita pakai, automatically si pemakai akan nampak sweet, ayu and attractive. Fabrik yang sesuai pulak tak terbatas kat satu jenis aje. Kita boleh guna sutera, songket, cotton, batik, broked dan macam-macam lagi.

Bagi aku pulak baju kurung adalah baju yang paling cost effective. Dengan hanya satu baju, aku boleh sarung baju tu untuk pegi class, kenduri kawin, pegi office, pegi shopping, pegi pasar etc. Nampak tak berapa banyak masa dan duit dah aku jimat kat situ. Takyah la aku nak pening-pening kepala tiap-tiap kali ada function yang memaksa aku untuk pergi :-).

Saturday, July 10, 2004

Di Manakah Keadilan?

Posted by Mar at 7:08 PM 2 comments
Masa cuti semester yang lepas, aku call X(classmate aku masa buat diploma di Shah Alam dulu). Dia bagitau aku Y(juga classmate kitorang dulu) bakal mengajar di sebuah IPTA di Perak. Aku jadi terkejut beruk. Camner dia boleh dapat peluang mengajar kat sana sedangkan dia hanya berkelulusan diploma dan tiada pengalaman kerja. Kalau dia ada pengalaman kerja berpuluh-puluh tahun mungkin aku boleh consider lagi.Takkanlah hanya kerana husband dia lecturer kat sana dia dapat peluang yang memang susah nak dapat tu? Bagi aku ini tak adil. Aku dengan kengkawan yang lain mcm Mimie, Jidol & Kucik yang sekarang ni dok tonggang terbalik nak dapatkan segulung ijazah ni pun tak tentu lagi bole mengajar di IPTA tu dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda kami bila grad nanti sebab setahu aku la, nak jadi lecturer kat sana sekerang-kurangnya mesti ada Masters.

Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Life is so cruel. Orang lain terpaksa berhempas-pulas berusaha nak baiki kehidupan tapi ada setengah orang senang-senang je dapat segala yang dia nak dengan sekelip mata jer. Terlalu emosional ke aku? Cemburu ke aku dengan dia? Mungkin tu dah rezeki dia... (ayat nak menyedapkan hati yang selalu aku cakap kat Kak K, Mimie & Kucik)...


p/s Misi mendapatkan bed sheet aku berjaya. Malam ni aku mungkin bakal bermimpi yang indah-indah :-)..

Misi Merealisasikan Mimpi yang Indah

Posted by Mar at 7:07 PM 2 comments
Aku baru beli magazine EH! keluaran Julai (cover gambar Zizan & Melissa yang iklan PONDS tu). Kat dalam tu terselit la pulak katalog AUSSINO. Selak punya selak.. aku sudah berkenan dengan dia punya bed sheet. Boleh juling bijik mata aku sebab semuanya aku berkenan. Aku nekad nak pi beli gak. At least dapat satu ok la. Boleh la aku bermimpi yang indah-indah..muakaka. Tapi masalah yang paling kritikalnya sekarang...semester ni aku dah berazam taknak/takleh belanja suka-suka hati sebab aku nak simpan duit untuk buat thesis & final project sem depan. Camno nak buat ni.

Akhirnya Kini Pasti....

Posted by Mar at 7:05 PM 2 comments
At last aku terjebak jugak nak menenyeh kat dunia blog ni. Ni semua gara-gara obses sangat kat Jongkang Jongket (Mat Jan), Detik Jantung Waktu (Mal) & Marliza's Heartbeat (Marliza - nama dia sama dengan nama aku... :-). OBSES??? Atau sebenarnya aku jealous dengan depa semua ni + nak tunjuk la konon yang aku ni bukannya kronik sangat buta ITnya...hehehe. YES!! I did it! (dengan nada riak macam yang selalu Mat Jan buat).
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal