Monday, July 19, 2004

CCTV

Posted by Mar at 1:56 PM
Bila ada kes jenayah, mulalah orang dok sibuk-sibuk dan bising-bising nak guna CCTV (Closed Circuit Television). Kononnya boleh mengawal kadar jenayah tersebut. Terbaru orang sibuk nak guna CCTV untuk banteras jenayah ragut. Dulu masa kes Canny Ong, orang sibuk nak pasang CCTV kat parking lot bawah tanah. CCTV ni memang bagus kalau kita benar-benar menggunakannya. Ini tak, ada sesetengah premis tu cuma letak jer CCTV tu kat situ sebagai perhiasan tapi langsung tak berfungsi (oohh..CCTV tu sebahagian daripada accessories untuk cantikkan kedai dia gamaknya). Ingat tak kes pelakon Nasha Aziz? Ada orang gunakan CCTV untuk "intai" segala aktiviti dia di rumah (ni kes menyalahgunakan la pulak).
 
Aku pun ada cerita jugak pasal CCTV ni. Tapi bukanlah kontroversi macam kes Nasha tu. Tapi ala-ala mencabul hak asasi aku sebagai manusia la jugak. Selepas menamatkan pengajian diploma aku pada April 2002, aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebagai perekabentuk dalaman (interior designer). Masa mula-mula masuk aku langsung tak tahu hal ini (almaklumlah, baru-baru masuk kan macam blur sikit so tak perasan apa yang ada dalam office tu). Selepas 2/3 hari aku perasan yang staff kat office tu kengkadang nampak macam mengelak dari sesuatu. Rupa-rupanya barulah aku tahu yang diorang tu semua taknak dilihat oleh kamera. Dalam office tu dipasang dengan CCTV untuk melihat aktiviti pekerja mereka (baca:untuk pastikan pekerja tak menular).
 
Masa tu aku pelik sungguh. Sebabnya, setahu aku orang pasang CCTV untuk tujuan keselamatan tapi di sini lain pulak ceritanya. Dah jadi macam program reality tv la pulak (ala-ala Akademi Fantasia). Oleh sebab kehadiran CCTV tersebut di pejabat ini, maka timbullah satu fenomena yang melanda di kalangan staff di sini iaitu fenomena berlakon, control cun, bohong sunat dan seangkatan dengannya. Dan aku pulak sejak bekerja di sana dah pun mula belajar menjadi aktres bertaraf antarabangsa,hehehe. Dan yang paling best, bila boss takde, kami pun mengintai kat bilik boss dan tengok view yang dirakamkan oleh CCTV itu dan mengenalpasti view yang tidak dapat dirakam. Lalu, kawasan rahsia yang tak dapat dirakam CCTV itu menjadi tempat lepak, mengumpat, menular, menyorok etc.
 
Entahlah. Aku rasa kewujudan CCTV tu bukannya memberi impak positif tetapi lebih banyak negatifnya. Tiada keikhlasan wujud antara majikan dan pekerja. Tiada rasa hormat pada majikan dan macam-macam lagi walaupun tujuan asal majikan tersebut mungkin baik supaya anak buahnya tidak curi tulang waktu bekerja. Tapi bagi aku perkara ini mengongkong pekerja untuk menjalankan tanggungjawab lalu menyebabkan ketidakselesaan waktu bekerja seterusnya menghasilkan kualiti kerja yang tidak mencapai tahap yang paling maksimum.
 
Ini pendapat aku. Tak tau la pulak bagi orang lain. Sekarang aku tak tau la sama ada syarikat tersebut masih menggunakan CCTV untuk tujuan tersebut atau tidak sebab selepas aku resign dulu aku dengar mereka dah pindah ke pejabat baru. Macam-macam hal kan...
 
 

0 comments on "CCTV"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal