Wednesday, December 28, 2005

Posted by Mar at 11:06 AM 0 comments
Aku tak tau apa motif terselindung Jay.
Sejak akhir-akhir ni dia suka tanya aku soalan pelik-pelik.

Jay : Ko tau cakap Cina tak?

Aku : Mencarut boleh la.

Dan aku pun menjawab dengan pelik juga.

--------------------------------------

Kelmarin.
Dia (bukan Jay) SMS aku.

Jangan ganggu I lagi.
Jangan cari I lagi.
I hate people used me.
Your problem is not mine anymore.
You insulted me.


Jelas.
Terang.
Sumpah aku tak akan cari dia lagi.
Pergi mampus.

Malam tadi.
Dia SMS aku (lagi?)

I menyesal cakap macam tu dengan u semalam.
Please pick up the phone.
Please.
Please.


Sekarang.
Aku rasa nak mencarut.
Dalam semua bahasa.

Friday, December 23, 2005

Hari-hari Yang Beku

Posted by Mar at 9:01 AM 0 comments
Ahad ni Hari Krismas. Office aku dah serupa macam di Kutub Utara. 'Salji' di mana-mana. Di celah-celah workstation, di siling, di lantai. Pokok Krismas tak usah cakap la. Macam-macam aneka benda yang digayutkannya. Sampai naik senget aku tengok pokok tu. Satu saja yang tak ada. Kotak hadiah. Kalau ada, mahu aku kebas satu bawak balik.

Semalam Farah mengadu dia sejuk sangat.

Farah : Aku sejuk la wei. Sejuk sampai pening kepala ha.

Aku : Kau nak tau tak kenapa kau sejuk?

Farah : Kenapa?

Aku : Tu, 'salji' sana, 'salji' sini. Tu sebab sejuk. Kau lupa ke. Kita kan kat North Pole ni.

Farah : Waaaaahhhhh, pandainyaaaaaa. Aku lempang kang.

Tapi aku pun perasan juga yang sejak diorang dok lekat kapas kat merata tempat ni, air-cond kat office makin sejuk melampau pulak. Aku rasa la kan, kapas-kapas ni semua dah kena sumpah jadi salji. Nak sangat salji kan. Nah, rasakan la.

Aku, tengah menggigil-gigil sambil ketawakan Farah yang lupa bawa jaket.

Thursday, December 15, 2005

Gigiku Sakit

Posted by Mar at 11:44 PM 0 comments
Gigiku sakit.
Sakitnya gigi.
Gigi.
Yang letaknya dalam mulut.
Terlekat dengan gusi.
Bukan kumpulan Gigi dari Indon.
Kalau Arman dari kumpulan Gigi, itu hebat.
Cool.
Bukan sakit.

Sekarang aku rasa nak korek gigi aku yang sakit tu.
Sekarang aku rasa nak gigit-gigit, nak siat-siat gusi di bawah gigi yang sakit tu.
Sekarang aku rasa nak tanggalkan gigi dan gusi aku supaya aku boleh tidur dengan lena.
Sekarang aku rasa nak sumbat ais banyak-banyak dalam mulut supaya gusi aku rasa kebas.
Supaya tak perlu rasa sakit yang terlampau ini.

Malangnya aku tak buat semua tu.
Gigiku sakit.
Masih sakit.
Aku telan 2 biji Panadol (lagi).
Untuk hilangkan rasa sakit.

Mak kata sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak.
Mak kata dia tak menangis waktu beranakkan aku.
Tapi Mak kata dia menangis bila sakit gigi.
Sekarang aku sakit gigi.
Sakit yang lagi sakit daripada sakit beranak, tahu.
Itu kata Mak.

Friday, December 09, 2005

Marah Yang Merah

Posted by Mar at 11:19 PM 0 comments
Aku rasa terlalu marah.
Sangat marah.
Umpama gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda sedang menghembuskan debu-debu hitam 120 tahun dulu.
Menunggu masa untuk meledak dan menghamburkan lahar panas.

Emosi ini sukar dikawal.
Jika alat kawalan ASTRO itu mampu aku tekan-tekan untk mengawal emosi aku, sudah lama aku tekan.
Malangnya emosi ini bukan siaran ASTRO yang boleh aku tukar siarannya sesuka hati aku.

Saat ini hanya airmata mampu mengawal emosi dan kemarahan itu.
Menenangkan kekacauan ini.
Setiap kali duduk di tikar sembahyang warna coklat pemberian Mak, mata ini pasti berkaca.
Setiap kali helaian Al-Quran berkulit hijau yang sudah pun penuh debu akibat kelalain tanggungjawab diri pada Pencipta itu aku buka, airmata itu luruh juga.

Di pejabat aku lebih banyak diam. Termenung. Murung.
Ida tanya, " Kau kenapa? Meroyan ke? Post-natal blues?"

Oh, bukan Ida.
Aku tak pernah kahwin apatah lagi beranak.
Mana mungkin aku meroyan.
Mana mungkin aku dilanda post-natal blues.
Tapi aku suka dengar lagu blues.
Kadang-kadang.

Tuesday, November 29, 2005

Pusing

Posted by Mar at 9:58 AM 0 comments
Kepalaku pusing. Pening.

Lalu aku rebahkan kepala ke atas bantal bersarung fabrik ungu yang aku beli setahun dulu di Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Yang dulu cantik dan terang warnanya tapi kini sudah mula pudar, sepudar ingatannya pada aku, mungkin.

Kepalaku pusing. Pening.

Hasrat hati hanya satu. Mahu melelapkan mata agar rasa sakit ini hilang. Berbiji-biji Panadol sudah aku telan minggu ini tapi seolah-olah sudah tiada kesan terhadap aku. Sampai bila aku harus tanggung kesakitan tak berpenghujung ini? Sampai bila? Sampai mati?

Kepalaku pusing. Pening.

Aku terbayang dia di Melbourne sedang tersenyum girang bersama yang tersayang, isteri dan anak (anak-anak, mungkin?). Aku cemburu? Ya, cemburu. Tapi sakit kepala ini mengatasi rasa cemburu itu.

Kepalaku pusing. Pening.

Sekarang aku rasa loya, seperti mahu muntah.

Monday, November 28, 2005

Posted by Mar at 10:07 PM 0 comments
Semalam aku menculik teka-teki daripada blog Ayah. Dengan bangga dan niat untuk membuli Athirah aku pun tanyakan soalan teka-teki pada Athirah. Dia bagi jawapan yang salah dan aku gelakkan dia sepanjang hari hingga buat dia geram dan rasa seperti mahu telan aku. Kononnya mahu makan aku seperti 7 makan 9.

Atas rasa geram yang melampau dia pun cuba bagi teka-teki pada aku.

Athirah: Kalau semua binatang dalam dunia jadi ikan, ikan jadi apa?

Aku: Ikan jadi ikan la. Buat apa dia nak tukar-tukar.

Athirah: Salaaaaaahhhh. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi banyaklah. Hahahahaha

Selepas Athirah menggelakkan aku hingga mencapai kepuasan paling hakiki, dia tidak lagi rasa mahu menelan aku. Yang aku nampak, selepas itu dia asyik menelan nasi beriani lauk ayam masak merah dengan air sirap.

Mar - 1
Athirah - 1

Monday, November 21, 2005

Posted by Mar at 8:09 AM 0 comments
Shah Jahan membina Taj Mahal tanda cinta buat Mumtaz Mahal.
Itu romantis.
Kata orang.

----------------------

Otak berkata,
"Jangan"

Hati berkata,
"Mahu"

Dan akhirnya otak menguasai hati.
"JANGAN"

Otak menang, hati kecewa merintih (seperti selalu).

"Kau pernah kata pada aku kita mesti ikut kata hati," fikiran tiba-tiba bersuara.

"Ikut kata hati, mati. Ikut rasa, binasa. Mari kita ikut kata otak," fikiran sendiri menjawab.

Dan hari ini, aku di sini. Monotonous seperti selalu.

----------------------

Shah Jahan membina Taj Mahal tanda cinta buat Mumtaz Mahal.
Itu romantis.
Kata orang.

Sunday, November 20, 2005

Prof TJ

Posted by Mar at 11:19 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Dia
Pensyarah aku
Lama dulu

Wednesday, November 16, 2005

Posted by Mar at 10:00 PM 0 comments
Cuti sekolah.
Mak Athirah kerja.
Mak Athirah suruh Athirah tengokkan separuh akhir Juara Lagu 2005.
Athirah tengok.
Athirah seronok.
Athirah seronok tengok Mawi.

Mak Athirah balik kerja.
Mak Athirah tanya, "Siapa yang menang tadi, Athirah?"
Athirah jawab pantas, "Mawi!"
"Lagi?" Mak Athirah tanya lagi.
"Entah" Athirah jawab sambil angkat bahu.
Mak Athirah ambil suratkhabar sambil sebut nama artis satu per satu.
"Ning Baizura?"
Geleng.
"Waheeda?"
Geleng.
"Ruffedge?"
Geleng.
"Habis tu siapa?"
"MAWI"

Sejak Mawi ada, artis lain semua jadi halimunan agaknya.

Thursday, November 03, 2005

Malam Raya Itu

Posted by Mar at 11:06 PM 0 comments
Nafas makin sesak

Bila rindu mengasak

Sunday, October 30, 2005

Bila Raya Menjelma

Posted by Mar at 9:59 AM 0 comments
Bila Raya datang ada saja masalah yang perlukan duit lalu-lalang di depan mata aku. Sengaja menonjolkan diri cuba menarik perhatian. Kadang-kadang rasa seperti sungguh celaka. Hah, kasar sungguh bunyinya kan. Sejak kebelakangan ni celupar sungguh mulut aku. Mungkin mulut aku ni perlu dicubit sampai merah macam yang Mak pernah buat masa zaman aku masih memakai pinafore sekolah warna biru tua dulu tiap kali aku tersebut perkataan "bodoh" bila bersembang dengan Nor (yang sekarang kerja di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak). Nor, aku rindu zaman kita gaduh-gaduh, tarik-tarik rambut, baling-baling pasir, main konda-kondi, main batu seremban, panjat pokok ambil buah belimbing, ambil buah ceri. Rindunya aku pada zaman tu Nor. Zaman-zaman tu tak kira hujan, panas berdenting, ribut taufan kita tetap dok seronok dengan aktiviti entah apa-apa tu kan.

Kelmarin, satu-satunya kasut elok yang boleh aku pakai ke pejabat telah terkopak tapaknya. Sudah terlalu nazak. Hanya menunggu masa saja. Aku ambil cow gum, sapu pada tapak kasut. Ketuk-ketuk sikit. Aku selamat sampai rumah dengan jaya & gayanya. Semalam aku pakai lagi kasut tu. Dan tapaknya tertanggal lagi. Mungkin kali ni aku perlu hantar ke wad ICU.

Bukan aku tak mahu hantar kasut tu pada Abang Indon tukang kasut. Aku malu sebenarnya. Bulan lepas aku ada hantar kasut untuk dibaiki tumitnya yang dah tertanggal. Tak sampai seminggu tumit tu tertanggal lagi tapi kali ni hanya sebelah sedang yang sebelah lagi masih mantap. Sudahnya sebab malu nak hantar pada Abang Indon tukang kasut dan takut nanti diejeknya aku (walau sebenarnya Abang Indon tukang kasut bukannya heran pun) bahawa aku ni berat sebelah sebab hanya sebelah saja tumit yang tertanggal, aku hanya biarkan kasut tu tersadai di belakang pintu. Dan hari berikutnya aku lanjan kasut yang satu itu hingga kali ini tapaknya pula tertanggal.

Mak kata, "Beli la kasut baru. Yang kedekut sangat tu kenapa?"

Bukan kedekut Mak. Berjimat. Kalau asyik beli kasut baru, bila nak kayanya supaya dapat beli kamera DSLR yang harga ribu-ribu tu. Simpan duit untuk beli DSLR tapi asyik kena jolok kad di ATM untuk beli kasut. Sungguh tak berbaloi.

Tak apa. Tengah hari nanti aku akan pergi jumpa Abang Indon tukang kasut dan minta bantuan kecemasan daripada dia. Aku harap Abang Indon tukang kasut tak balik Indon Raya ni. Aku doakan Abang Indon tukang kasut akan berjaya dan sukses macam Datuk Jimmy Choo. Amin.

Thursday, October 27, 2005

MAJMUK

Posted by Mar at 12:40 AM 0 comments
Lebih 100 tahun dahulu, Yap Ah Loy berdiri tegak berganding bersama Raja Abdullah memerhati buruh mereka melombong bijih timah di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Bersama memajukan Kuala Lumpur. Memajukan perusahaan lombong bijih timah. Sungguh harmoni kan. Masyarakat Malaysia memang harmoni.

Isnin lepas Surjeet tanya aku, "Puasa tak hari ni?"

"Puasa la." Aku jawab penuh yakin walau hakikatnya aku tak berpuasa lantaran "anak bulan Syawal aku" telah kelihatan lebih awal.

"Laaaaa, Melayu ke? Ingatkan Cina." Jejaka Melayu berjambul blonde itu tiba-tiba bangun menonjolkan kepalanya ke arah aku.

Patutlah selama ni dia macam takut-takut nak balas senyuman aku atau berbual dengan aku. Seolah seperti tikus mondok yang takutkan kucing jahat di Lorong Chow Kit. Dia ingatkan aku Cina. Habis tu kalau Cina tak boleh nak berkawan ke?

Lebih 100 tahun dulu pun Yap Ah Loy boleh berkawan dengan Raja Abdullah (walau mungkin masing-masing punya kepentingan sendiri), takkan kita yang sekarang hidup 100 tahun kemudiannya nak jadi manusia dalam tempurung. Duduk dalam kepompong sendiri saja.

Apa yang aku melalut ni. Bengang sangat ke aku bila jejaka Melayu berjambul blonde tu ingat aku Cina? Mungkin ini bengang yang berlarutan daripada insiden amoi jual syampu dekat Giant membebel cakap Cina kat aku yang sepatah haram aku tak faham.

Heyyy..., ya, Nenek aku Cina. Nenek aku tak tahu cakap Cina. Aku lagi la tak tahu cakap Cina. Yang kau membebel tak tentu arah dalam bahasa yang aku tak faham ni kenapa ha?????

Aku rasa macam nak terajang kat amoi tu. Biar dia rasa sakit macam sakit perut yang aku tahan masa tu. Susah. Menstrual pain ni betul-betul buat hormon-hormon aku jadi huru-hara. Tak pasal-pasal jejaka Melayu berjambul blonde dan amoi jual syampu jadi bahan melepaskan kemarahan aku dalam blog ni. Heyyy, Mar. Masyarakat Malaysia hidup dengan harmoni. Kita kan masyarakat majmuk. Cuba mesra sikit.

Eeeemmm...kalau Raja Abdullah dan Yap Ah Loy tak jumpa bijih timah di Kuala Lumpur lebih 100 tahun dulu, apa akan jadi pada Kuala Lumpur sekarang ya? Mungkin aku perlu pinjam mesin masa Tok Rimau untuk lakukan eksperimen tu.

Tuesday, October 25, 2005

KAD HIJAU ITU

Posted by Mar at 1:13 AM 0 comments
Baru terima kad ucapan Hari Raya daripada dia. Kad panjang warna hijau bercop syarikat tempat dia bekerja di Subang Jaya. Ada orang cakap aku patut gembira menerimanya kerana itu menandakan dia masih ingat pada aku. Tapi rasanya aku lebih gembira jika dia tidak hantar langsung pada aku. Bukan membenci tapi kurang gemar.

*Kak Kay, you know who that person. You just mentioned his name.

Thursday, October 20, 2005

MENDUNG

Posted by Mar at 10:36 AM 0 comments
Dalam tempoh tidak sampai 24 jam aku dihujani dengan beberapa berita sedih yang agak mengejutkan. Malam tadi Kak Long Nazlin telefon Mak. Katanya Wan Alang perlu dibedah segera berikutan ketumbuhan otaknya sudah mencapai ke tahap yang paling serius. Jika tidak dibedah Wan Alang mungkin akan lumpuh. Satu kejutan buat kami saudara-mara sebab selama ini Wan Alang memang sihat orangnya tapi tiba-tiba dimasukkan ke wad kerana sakit kepala yang berlarutan dan terus sahaja doktor mengesahkan yang Wan Alang ada ketumbuhan otak yang sudah sangat serius. Pagi ini Wan Alang akan menjalani pembedahan. Kami saudara-mara mengharapkan yang terbaik untuk Wan Alang. Semoga pembedahan itu berjaya.

--------------------------------------------------

Pagi ini terima SMS dari Mak.

"Datin Seri Endon isteri Pak Lah meninggal."

Aku buka televisyen dan dan radio. Semua siaran memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran. Hati tiba-tiba jadi sayu. Kesian Pak Lah. Kehilangan isteri tersayang. Hajat hati Datin Seri Endon balik ke Putrajaya kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarga tapi Allah lebih menyayangi beliau sebelum sempat Aidilfitri menjelang.

Bila online pagi ini pula terbaca berita pemergian anak Kak Max ke rahmatullah. Baru semalam aku ucapkan tahniah pada Mat Jan di blognya. Hari ini ucapan takziah pula aku tulis di blognya. Semoga Kak Max sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali. AL-FATIHAH.

Monday, October 17, 2005

Syurga & Neraka

Posted by Mar at 9:37 AM 0 comments
Membaca tulisan Rosie Haslinda Nasir mengenai kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said kepadanya dalam majalah InTrend keluaran Oktober membuatkan aku terdiam seketika.

"Di mana-mana tempat kerja ada nerakanya. Kitalah yang harus mencipta syurganya."

Ya, aku sedang cuba mencari "syurga" itu. Buat masa sekarang "syurga"nya hanyalah sewaktu aku menerima gaji setiap bulan :)

Wednesday, October 12, 2005

HARI INI DALAM SEJARAH

Posted by Mar at 10:34 PM 0 comments
Bulan puasa kali ni banyak betul dugaan yang aku hadapi. Semalam Abah & Mak pergi rumah Nenek untuk berbuka. Aku malas nak ikut sebab kelmarin aku dah pergi. Masa Abah & Mak sibuk-sibuk nak keluar rumah, aku pun sibuk-sibuk keluar nak siram pokok bunga. Nak ambil hati Mak la konon. Dengan senang hati aku siram pokok bunga sambil menyanyi sambil melambai-lambai kat Mak & Abah. Siap siram pokok aku pun bergegas masuk rumah.

Aku buka. Tak boleh. Aku tekan lagi. Masih tak terbuka. Ah, sudah. Aku kena kunci kat luar rumah. Sekeping syiling pun tak ada dalam poket seluar untuk aku telefon Mak. Aku gabra. Panik. Aku jalan laju dengan harapan jalan sesak & aku sempat untuk kejar Mak & Abah. Harapan aku punah. Lebih 1km aku berjalan jalan semakin lengang. Kereta-kereta berjalan perlahan. Sah memang aku takkan dapat kejar Mak.

Bertenang. Jangan gabra. Jangan panik. Aku tunggu teksi. Tahan teksi. "Ampang Jaya," sambil aku menonong duduk di belakang. Apek pemandu menolak untuk hantar aku. Dia tak mahu lalu sana. Aku dah rasa nak nangis. Turun dari teksi. Terus tahan teksi lain. Juga tak mahu. Tahan lagi. Tak mahu juga. Aku berjalan lagi ke depan menuju ke jambatan dengan harapan di situ ada teksi yang mahu membawa aku ke Ampang Jaya.

Aku tahan teksi. Semua tak mahu berhenti. Aku tahan lagi. Satu teksi berhenti."Saya nak ke kanan." Hampa. Semua teksi yang berhenti bagi alasan yang membuatkan aku terasa sungguh sadis. "Saya tak mahu pergi sana." "Nanti saya balik tak ada orang nak naik teksi saya. Rugi."

Satu jam menunggu. Aku putus harapan. Aku ambil keputusan balik saja ke rumah. Aku layan perasaan jiwa lara di padang permainan kanak-kanak. Bosan. Hampir Maghrib aku jalan balik ke rumah. Rumah sebelah-sebelah semua gelap. Nak pinjam telefon pun tak dapat. Aku duduk depan pintu rumah. Bersila. Bersandar pada pintu rumah.

Azan Maghrib berkumandang. Air mata mengalir. Berbuka dengan air paip yang aku guna untuk siram pokok tadi.

2 jam menunggu aku dengar kereta Abah masuk dalam pagar rumah.

"Eh, kenapa duduk kat luar?" Aku menonong masuk. Aku tau kalau aku buka mulut air mata pasti terhambur keluar. Jadi, kontrol ayu, Mar.

"Hehehe. Abah terkunci pintu ke tadi? Hehehe"

Abah gelakkan aku? Itu yang aku dapat? Sabar jer la. Cakap banyak pun tak guna. Buat aku nagis jer nanti.

HARI INI DALAM SEJARAH

Sunday, October 09, 2005

CADANGAN DITOLAK

Posted by Mar at 2:38 PM 0 comments
Orang kata telefon bimbit satu keperluan yang wajib. Hari-hari kita kena guna. Macam makan. Hari-hari kita kena makan. Kalau kita tak makan kita akan pengsan, mati, dehydration dan sebagainya. Itu kata orang la bukan kata aku sebab bila aku tak guna telefon aku tak pengsan, mati atau dehydration pun.

Telefon bukanlah benda yang praktikal untuk aku. Rasa macam satu benda yang membazir pun ada juga. Telefon aku bukannya kerap sangat berbunyi. Dalam sehari ada la 2 atau 3 kali berbunyi. Itu pun yang telefon ialah Mak aku, Mak aku dan Mak aku yang sangat rajin membuat rondaan berkala melalui telefon. Selebihnya aku akan gunakan telefon awam untuk buat panggilan sebab bukan ada duit pun dalam telefon aku. Aku sedang berkira-kira untuk humbankan saja telefon Nokia 8250 ini ke laut atau kalau ada yang nak beli aku tolak RM50.

Kelmarin Ina suruh aku telefon Restoran Tupai-Tupai untuk buat reservation. Aku selongkar phone book Nokia 8250 aku dan buat reservation.

Oh ya, aku masih perlukan telefon sengal ni sebagai buku panduan telefon.

Cadangan menghumban Nokia 8250 ke laut ditolak.

Saturday, October 08, 2005

Gadis Berbaju Biru

Posted by Mar at 2:57 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com
Kucik, Mar, Fahmi, Edan, Syed, Jidol

Hari Rabu aku terima kiriman gambar-gambar waktu buat diploma di UiTM, Shah Alam daripada Fahmi. Aku belek-belek. Kemudian aku email Fahmi.

"Waaaaaahhhh, kurusnya Mar masa tu kan. Hahahaha."

Fahmi balas.

"Eeeeemmm, tau takpe. Habis tu tak reti-reti nak jogging ke apa yang patut???"

Aku : Tengok la kalau rajin atau ada orang yang sanggup bagi sokongan moral kat aku.

Thursday, October 06, 2005

UJIAN BULAN RAMADHAN

Posted by Mar at 12:57 AM 0 comments
Berhenti Berharap
Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Dengan mampu menerangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

KENAPA ADA DERITA
BILA BAHAGIA TERCIPTA
KENAPA ADA SANG HITAM
BILA PUTIH MENYENANGKAN...

Chorus:
Aku pulang...
Tanpa dendam
Kuterima.. kekalahanku

Aku pulang...
Tanpa dendam
Kusalutkan.. kemenanganmu

bridge:
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita



Hari pertama Ramadhan aku diuji dengan suatu perkara yang cukup memebuatkan aku mengalirkan airmata di pejabat pagi tadi. Tandas pejabat di tingkat 10 itu menjadi teman setia mendengar tangisanku. Hati, sabarlah. Ujian ini hanya sedikit. Allah menyanyangiku. Sebab itu aku diuji sebegini. Redhalah. Redha itu ubat penenang yang paling mujarab.



Harapan Ramadhan
RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Thursday, September 29, 2005

Posted by Mar at 9:42 PM 0 comments
Aku senyum penuh penuh ikhlas sebagai tanda hormat dan cuba berlaku sopan terhadap teman sekerja. Mukanya terus-menerus mencuka dan berpaling seolah aku insan halimunan yang tiada perasaan. Aku tahu aku tak cantik. Muka aku penuh jerawat. Badan aku gemuk. Tapi hina sangatkah aku hinggakan senyuman aku pada dia dibalas sebegitu rupa?

Hati, sabarlah. Sedapkan hatimu. Mungkin dia punya masalah yang mengganggu fikiran.

Wednesday, September 28, 2005

MIMPI YANG TAK SUDAH

Posted by Mar at 10:10 PM 1 comments
Mimpi Yang Tak Sudah
(IBNOR RIZA)
Habsah hassan
Adam ahmad

Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menanti ku
Atau jelmaan titi kenangan
yang bernama pengalaman

Siapakah diantara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah
Mimpi yang tak sudah

Saturday, September 24, 2005

JOM TENGOK GAMBAR

Posted by Mar at 1:40 PM 0 comments
Klik di sini.

Tuesday, September 20, 2005

AKU YANG GILA TV

Posted by Mar at 9:30 AM 0 comments
Rancangan yang PATUT ditonton minggu ini:
1. DESPERATE HOUSEWIVES (oh Mike the plumber....miss u so much)
2. MENCARI CINTA (supaya keesokan harinya boleh adakan sesi istimewa dengan teman sepejabat untuk kutuk-mengutuk famili orang tu yang perasan macam bagus sangat dan sempurna sangat sampai kritik orang lain itu ini begitu begini, hahaha)

Rancangan yang TAK PATUT ditonton minggu ni:
1. MALAYSIAN IDOL GRAND FINALE 2005 (Farah dah terkeluar. Tak payah la tengok. Aku hanya nak tengok Nita & Farah jer dalam Grand Finale. Memandangkan Malaysian Idol dah jadi rancangan lawak macam ni, tak payah la tengok rasanya. Nanti buat sakit hati jer kalau tetiba mamat Daniel tu menang. Menyampah)

Thursday, September 08, 2005

SIBUK KONON

Posted by Mar at 10:55 AM 0 comments
MAR SIBUK STOP TAK SEMPAT UPDATE BLOG STOP DIA KONVO 12 SEPTEMBER SESI PETANG STOP DI UITM SHAH ALAM STOP JEMPUT DATANG STOP

Friday, August 26, 2005

Musim Orang Kahwin

Posted by Mar at 12:12 AM 0 comments
Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Hassanal Bolkiah

Normala Samsudin & Datuk Seri Azmi Khalid

MAR****MO***** & (identiti masih dirahsiakan)

* Almaklum, sekarang kan cuti sekolaaaaaaaaaahhh. Tahniah buat semua pasangan terutama pasangan yang ketiga itu. :lol. Hahahaha

Monday, August 22, 2005

UNGU VIOLET VS GOL & GINCU

Posted by Mar at 7:06 PM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Aku benci dengan Ungu Violet. Bukan sebab filem itu membosankan tapi kerana penamatnya yang membuatkan aku rasa nak hantuk kepala pengarah dan penulis skripnya ke dinding. Penamatnya buat aku marah. Aku menangis beriya-iya kerana aku fikir penamatnya begitu. Tapi rupanya mereka mempermain-mainkan perasaan dan emosiku. Pembaziran air mata telah berlaku di situ. Aku benci. Paling benci bila taktik penamat cerita begitu setaraf filem Bollywood. Come on la. Banyak cara lain nak tunjuk happy ending yang lebih natural dan tidak hipokrit. Tipah tertipu rupanya.

Image hosted by Photobucket.com

Mujur bila menonton Gol & Gincu aku tidak diperlakukan sebegitu. Aku teruja menonton Gol & Gincu kerana pengarahnya Bernard Chauly. Bernard Chauly adalah pengarah bagi drama Multimedia Super Cintun. Drama yang aku tonton tanpa muak dan jelak walau telah berulangkali ditayang di NTV7. This film reflected teenager's life without propaganda and hypocrital agenda. It gave a very high impact to my heart and emotions, and not forgotten in a very natural way. Superb. Kau tak akan rasa mengantuk, meluat mahupun malu untuk mengaku filem ini filem Malaysia. Percayalah. Bernard Chauly & team, you all did a very good job. Congrats.

*Tapi rasanya aku masih meletak kedudukan Multimedia Super Cintun di atas Gol & Gincu. Gol & Gincu masih tidak dapat menandingi Multimedia Super Cintun. Bila NTV7 nak ulang-tayang Multimedia Super Cintun lagi ek?

Wednesday, August 10, 2005

JEREBU

Posted by Mar at 10:13 AM 0 comments
Dalam perjalanan balik ke rumah kelmarin....

Aku : Waaaaaahhhhhh, macam kat Genting Highland la. Nampak tak theme park tu. Haaaa, tu roller-coaster. Flying-coasteeeerrrrrr.

Mak : Mabuk ke? Gian nak pergi Genting la tu. Orang tak nampak jalan ni tau tak. Kelabu asap jer ni.

Wednesday, August 03, 2005

Seringgit Yang Bodoh

Posted by Mar at 12:23 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Minggu lepas aku dapat surat ni. I came all the way from KL to Shah Alam hanya kerana seringgit itu. Hampir 2 jam habis di tengah jalan. Tambang pergi balik pun lebih mahal daripada seringgit yang diminta tu. Apa nak buat kan? Kalau ada bayaran secara online atau pos bolehlah aku buat dari KL saja. Terang-terang dia tulis kat situ secara TUNAI di Kaunter pada waktu pejabat. Bayaran melalui pos tidak akan diterima. Nasib baik aku di KL yang tak berapa jauh dari Shah Alam. Macam mana kalau ada pelajar yang ada nun jauh di Sabah atau Srawak? Nak beli tiket kapal terbang pergi balik hanya kerana seringgit?

Apalah sengal sangat diorang tu. Zaman teknologi serba canggih ni masih tak mahu mempraktikkan kemudahan yang ada. Masih mahu menggunakan cara manual zaman kuno yang menyusahkan semua orang. Oh ya, aku lupa mereka memang suka buat kerja susah dan menyusahkan orang.

*Padan muka aku sebab tak semak baki denda tertunggak sebelum balik bercuti dulu.

Image hosted by Photobucket.com
Heyyyyy, aku dah bayar tau seringgit tu. Kalau aku tak dapat konvo, siap la encik-encik semua. Grrrrrr.

Monday, August 01, 2005

Posted by Mar at 8:25 AM 0 comments
“Kerajaan memutuskan harga runcit diesel dinaikkan 20 sen lagi seliter, petrol naik 10 sen seliter dan harga runcit LPG bertambah lima sen satu kilogram, berkuasa hari ini. Dengan kenaikan itu, harga Semenanjung bagi seliter Petrol RON 97 meningkat kepada 162 sen, Petrol RON 92 (158sen), diesel (128.1sen) dan LPG (145sen).” -Berita Harian 31 Julai 2005

Mungkin hasrat itu perlu ditangguhkan dulu. Perlu dipertimbangkan 40/50 kali lagi. Tapi siapa yang nak hantar aku balik rumah tiap-tiap malam? Ada yang sudi? Hahahahahahahah.


*Oit, oit, jangan lepas ni tambang bas naik harga lagi sudah. Takkan aku nak jalan kaki atau beli basikal pulak. Lagipun aku dah lupa la cara nak naik basikal sekarang.

Wednesday, July 27, 2005

Sabar Jer La

Posted by Mar at 10:19 AM 0 comments
Sejak kerja, aku selalu balik lewat malam. Lewat malam maksudnya di sini ialah lewat di mana tiada lagi pengangkutan awam yang boleh aku naik untuk pulang ke rumah. Almaklum saja, driver aku juga punya keluarga dan perlu masa untuk berehat. Takkan la aku nak jadi "majikan" yang tak berperikemanusiaan pulak kan. Ahaks.

Minggu lepas aku menyuarakan pada Mak yang aku fikir aku perlu ada kenderaan sendiri untuk kemudahan aku kalau aku perlu balik lewat malam macam ni. Mak pun boleh guna kalau aku tak balik malam, tak payah la take turn dengan Abah nak guna kereta macam sekarang. Dengan kata lain, kiranya aku sudah mahu mula membuat hutang. (Bukankah kita bekerja ni untuk bayar hutang kan? Kalau macam tu mari kita jangan berhutang kerana tanpa hutang kita tak perlu bekerja. Hahahahahahaha.)

Cadangan aku pada Mak aku hanya mahu membeli kereta yang kecil dan murah sahaja. Kalau dapat Kancil atau Kelisa pun kira dah cukup baik Alih-alih Mak cakap, "Tak nak la. Nak kereta import. Chevrolet ke." Demand tak hengat. Ada ke patut?


SOALAN : BOLEHKAH MAR MEMANDU KERETA?

Untuk keterangan lanjut sila rujuk di sini. Hahahaha.

Wednesday, July 20, 2005

Posted by Mar at 11:11 AM 0 comments
Semalam balik dari office pukul 12.30 malam. Dengan kata lain aku terlepas menonton Desperate Housewives dan Mencari Cinta.

Oleh yang demikian, hari ni aku FRUST MENONGGENG.

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 16, 2005

Happy 60th Birthday, Abah

Posted by Mar at 5:23 PM 0 comments
Hari ni birthday Abah yang ke-60. Malam tadi aku pening nak tulis apa dalam kad.

Nak tulis "Dearest Abah" tak sesuai pulak. Kad ini aku kongsi dengan Mak. Nak tulis "From Mar & Mak" pun kurang sesuai juga.

Alih-alih aku tulis jer "Lots of love from Zah & Mar." Lepas tu aku cakap dengan Mak, "Macam berbini dua pulak Abah ek. Bini-bini berkongsi bagi kad. Hahaha." Mak bengang, "Muluuuuuuuuttttttt."

Gurau-gurau la Mak. Tu la, semalam orang nak beli dua kad tak nak. Nak kongsi la konon. Kan dah pening dah ni. Hehehe.

Sunday, July 10, 2005

Setahun Sudah Berlalu

Posted by Mar at 12:00 AM 0 comments
Pejam celik. Pejam celik. Dah setahun rupanya usia blog ini. Bermula dengan hanya sebagai pembaca, aku akhirnya terjebak dengan dunia penulisan blog. Tiga blog pertama yang aku jumpa dan bertanggungjawab mempengaruhi aku dalam dunia blog ini ialah Mal (Detik Jantung Waktu), MatJan(Jongkang Jongket) dan Am (Marliza's Heartbeat). Dari blog merekalah aku kemudian menjelajah ke banyak blog lain yang akhirnya menjadi kawan-kawan aku juga. Sempena ulangtahun pertama blog ini, aku berasa sangat terharu dan berbesar hati kerana Mal dan Mat Jan, penulis dua blog pertama yang aku ikuti telah sudi menulis sedikit kata-kata untuk aku jadikan panduan dan pembakar semangat. Aku cuba menghubungi Am melalui email tetapi tiada respon dari Am. Mungkin beliau sibuk atau alamat emailnya sudah tidak aktif lagi.

Istimewanya tiga insan ini adalah kerana beberapa sebab. Mal (Detik Jantung Waktu) adalah orang pertama yang menggalakkan aku untuk membuka blog sendiri. Mal jugalah orang pertama yang mengajar aku bagaimana untuk meletakkan gambar dalam entry. Blog Mat Jan pula adalah blog yang berjaya membuat aku rasa gembira dan mula menghargai kehidupan sebagai pelajar apatah lagi dengan latar persekitaran kami yang lebih kurang sama iaitu di UiTM, Shah Alam. Blog Mat Jan penuh dengan jenaka sinis yang penuh informasi. Ia umpama ubat ketawa dan ubat penenang di kala gundah. Manakala blog Am pula aku tertarik untuk terus mengenalinya melalui blog kerana nama kami yang sama. Kami juga belajar di tempat yang sama (walau tak pernah bersua) serta membaca majalah yang sama. Lebih menarik lagi apabila Am turut menyumbangkan artikel untuk majalah tersebut. Aku tumpang bangga dengan bakat penulisan Am.

Terima kasih kepada Mal dan Mat Jan kerana sudi menyumbangkan sedikit tulisan sempena ulangtahun pertama blog ini. Terima kasih pada semua pembaca dan kawan-kawan yang masih sudi menjengah ke blog ini walaupun jarang dikemaskini. Selamat ulangtahun pertama buat blog ini. Semoga blog ini akan terus wujud pada tahun-tahun yang mendatang.

-------------------------------------

Cempaka Sari dalam jambangan!

Mar mengingatkan saya pada ketika saya mula-mula menulis. Apa yang hendak di tulis, apa yang perlu dicoretkan setiap kali pelawat menjenguk rumah tidak berpintunya itu. Cempaka sari makin subur dan mewangi, setelah setahun menghadirkan diri. Menulis adalah terapi yang hebat sebenarnya. Merakam kehidupan, walau sekecil mana tumpuan tetap memberi impak yang tinggi pada khalayak pembaca.

Saya teringat buku “Prozac Nation” tentang gadis yang mempunyai masalah kejiwaan dan ingin membunuh diri. Pasti hidupnya akan lebih bermakna jika dia tahu meluahkan perasaan dan menemui medium seperti blog ini. Atau paling tidak memerlukan kos menulis ‘surat kepada bulan’ seperti satu drama yang ditayangan di TV baru-baru ini.

Khalayak penulis blog semakin meningkat di luar sana, tidak terkira. Namun blog seperti Cempaka Sari tetap akan diingati pengunjung kerana ia menampilkan kejujuran dan menilai kehidupan ini dari sudut yang berbeza. Hidup perlu diteruskan setiap hari, sebagaimana kita mengunjungi blog-blog kegemaran setiap awal pagi sebagai tonik penyeri kehidupan.

Untuk Mar - Selamat Ulang Tahun Cempaka Sari yang Pertama. Moga terus rajin menyalin rasa kemanusiaan pada bait-bait kata.

Ikhlas
Azhan A. Kamal
Detik Jantung Waktu


-------------------------------------

Setahun. 12 bulan. 52 minggu. 365 hari. 8,760 jam. 525,600 minit. 31,536,000 saat. Kenapa aku mulakan dengan angka-angka itu?

Ada dua sebab.

Pertama: Aku nak beritahu orang usia blog Mar sudah mencecah angka-angka tadi.

Kedua: Aku nak beritahu orang yang aku pandai matematik.

Mar terpengaruh untuk menulis blog setelah membaca blog Jongkang Jongket (Mat Jan), Detik Jantung Waktu (Mal), dan Marliza's Heartbeat. Aku pula terpengaruh untuk membaca blog Mar setelah Mar mengaku secara terbuka yang aku idolanya dan dia peminat fanatikku… dalam arena blog.

Aku mengkagumi blognya. Bukan sebab dia Presiden MJFC, tapi sebab jarang-jarang ada blog perempuan yang informatif dan kritis. Aku masih ingat lagi di awal-awal kelahiran blognya, dia menghidangkan kita dengan entry informatif ilmiah tentang baju kurung & kebaya, serta senibina constructivism. Juga ulasan kritis tajam menikam terhadap isu Puteri UMNO Ranau buat tabung khas untuk afundi Linda AF.

Entry favourite aku adalah “kasut kaca Cinderella”, yang bersifat “kontra kepada kepercayaan popular”. Sama seperti entry “T-Rex Bukan Pemangsa” oleh Dobot dan “Melepas BATOK di Tangga” oleh Moplantai (sekadar menyebut beberapa contoh).

Petikan: “Charles Perrault yang menulis kisah Cinderella ini pada tahun 1697 telah tersalah anggap dengan menulis dan mengatakan bahawa “vair” (bulu putih) adalah “verre” (kaca). Ini bererti bahawa kekeliruan antara perkataan “vair” dan “verre” telah membuatkan kasut bulu Cinderella telah ditukarkan menjadi kasut kaca tanpa disedari.”

Aku sangat suka membaca entry-entry sebegini -- yang selalunya kita dapat dari buku atau majalah -- daripada blog. Seharusnya penulis-penulis blog lain mencontohi Mar. Selain berkongsi kisah hidup sehari-hari, kongsilah juga benda-benda ilmiah yang kita baca.

Mar juga dikenali kerana ulasan siri tv Explorace. Seperti mana kita teringat Sultanmuzaffar bila menonton Akademi Fantasia, begitu jugalah kita teringat Mar bila menonton Explorace.

Dan blog Mar bukan calang-calang pelawatnya. Dibaca dan dikomen oleh pelakon Azhar Sulaiman, Vernon Kedit (manager Ning Baizura), dan seorang peserta Explorace (aku lupa nama dia).

Aku harap, Mar masuk JURING musim depan. Peserta JURING memerlukan pencabar yang gagah perkasa seperti Mar.

Di luar blog, aku pernah jumpa Mar tiga kali. Kali pertama, ketika majlis konvokesyen aku. Mar bagi hadiah buku, yay! Kali kedua, ketika malam Merdeka tahun lepas. Kali ketiga, ketika Diablog II: Menjadi Blogger Super.

Selamat Happy Birthday kepada blog Mar. Teruskan perjuangan dan jangan lupa bayar zakat. Majulah blog untuk negara.


- MAT JAN -



Saturday, July 09, 2005

Posted by Mar at 9:41 AM 0 comments
Linked:
1/5
slamat mlm mar,i tahu u tgh lena at this moment & i hope u mimpi yg indah2.i tk blh tdo. i trfikir dosa2 i pada u. i tahu i brdosa sbb meranapkan impia

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:00

Linked:
2/5
n u...i beri harapan kosong.entah la mar, ssh utk i xplain apa yg ada dlm hati i.ssh utk jadi org spt i. sbgai **..i mmg sygkn u. malu utk d

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:10

Linked:
3/5
iucapkan tapi itulh hakikatnya.** trlalu sygkn u mar...sbb 2 dia trpaksa mghilangkn diri. dia myakitkn hati & kecewakan prasaan u, so that u can hate

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:15

Linked:
4/5
& left him. tk ada cara lain mar. syg prlu pengorbanan & he really minta maaf krn singgah & mcuri hati u. cinta itu buta...krn cintalh ** buta & tk seda

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:20

Linked:
5/5
r sapa dirinya. dia trlalu mabuk & kemaruk dgn kasih syg u. dia trlalu terseksa until now, ssh utk mlupakan yg trsyg..tapi prcintaan ni mmg tk blh diteruskan

Sender:
+6012xxxxxxx
Sent:
9-July-2005
02:24:25





* Rasanya diam itu lebih baik kan?

Sunday, July 03, 2005

Posted by Mar at 2:08 PM 0 comments
After almost 3 years, yesterday we met for the first time.

Friday, June 24, 2005

Posted by Mar at 1:27 AM 0 comments
Minggu ni aku dalam mood zaman kanak-kanak.Macam-macam lagu dok terngiang-ngiang dalam kepala aku.


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung
Hidung... hidung... hidung



Ada sesiapa nak tambah lagu lain? Yang lagu naik keretapi pergi Kuala Lumpur terselit bawah dapur tu macam mana ek? Ada yang tau tak?

Thursday, June 23, 2005

Posted by Mar at 8:50 AM 0 comments
Teringat lagu zaman kanak-kanak tapi kali ini dengan versi baru.


Assalamualaikum
Kom apa?
KOMBAT
Bat apa?
BATMAN
Man apa?
MENTOL
Tol apa?
TOLAK
Lak apa?
LAKSA
Sa apa?
SEPAK
Pak apa?
PAKCIK
Cik apa?
CICAK
Cak apa?
CAWAN
Wan apa?
WANTAN MEE, BUKAN HOKKIEN MEE LA MANGKOOOKKK.

Aku order wantan mee, dia pergi hantar hokkien mee. Aku tahu la dia Melayu tapi kalau dah terpampang menu ko makanan Cina, ko kena tahu la makanan apa yang aku order tu. Bukan main boooo jerrrr.


*Dah 3 malam aku mimpikan dia. Entah kenapa agaknya.

Tuesday, June 07, 2005

Alas Meja & Abah

Posted by Mar at 6:40 PM 0 comments
Masa kenduri kahwin Yah minggu lepas, warna temanya hijau. Hijau sana. Hijau sini. Hijau situ. Hijau sinun. Abah pun sibuk berbaju Melayu hijau. Entah kenapa, mungkin dia perasan yang dia bapak pengantin agaknya. Bapak pengantin pun tak pakai baju Melayu hijau. "Over-shadowed" betul la Abah aku ni.

Acu : Baju Abah Mar dengan alas meja tu lebih kurang sama jer.

Aku : Tu la pasal. Confuse jadinya. Ni alas meja ke Abah - Abah ke alas meja - Alas meja ke Abah - Abah ke alas meja.

Abah : Amboiiii. Sumpah jadi alas meja kang baru tau.

Monday, May 30, 2005

MAJLIS PERKAHWINAN YAH & RIZAL

Posted by Mar at 10:48 PM 0 comments
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN YAH (SEPUPU MAR) DI SINI

Thursday, May 26, 2005

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Malam tadi jumpa Zed Zaidi.

Mak "over-excited". Almaklum, dia peminat setia drama telenovela-panjang-berjela SEMBILU.

Mak : Tak "shooting" ke hari ni?

Zed Zaidi : Tak. Besok baru "start".

Hati Mak berbunga riang.

Tuesday, May 24, 2005

Akademi Fantasia 3

Posted by Mar at 2:13 AM 0 comments
DIALOG 1

Aku : Mak dah demam ke?

Mak : Belum lagi. Baru dedau-dedau jer.


DIALOG 2

Abah : Linda Jasmine tu makin lawa ya sekarang.


DIALOG 3

Athirah : Kak Long, semalam Adam nyanyi lagu apa?

Aku : Aiyoooooo, Adam tu tahun lepas punya cerita laaaaa.


NOTA :
Tiada langganan siaran ASTRO di rumah Athirah. Harap maklum.

Friday, May 13, 2005

Tentang Dia & Konsep

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Mungkin agak terlewat bagi aku untuk membuat ulasan tentang filem ini. Tapi tak salah rasanya kan kerana ini sekadar ulasan peribadi aku. Kalau kau mahu baca, teruskan. Kalau sudah jelak, berhenti saja di sini.

Ina kata filem ini membosankan. Mak menitiskan air mata di hujung cerita walaupun cuba menafikannya. Perasaan aku sangat neutral sebaik melangkah keluar dari panggung (Mahu menangis khuatir diejek. Mahu ketawa khuatir pula dianggap mengejek. Jadi aku ambil jalan tengah.) Abah pula masih sedang berkira-kira untuk mendapatkan VCD cetak rompak dari sebuah lokasi yang sengaja dirahsiakan. Hahaha.

Bagi Ina filem ini sangat membosankan mungkin kerana jalan ceritanya bergerak terlalu perlahan (Memandangkan Ina seorang gadis ceria, gemar membuat lawak sarkastik dan suka bergosip, aku fikir filem ini tidak menepati jiwanya). Bila aku mengatakan filem ini bergerak terlalu perlahan tidak bermakna filem ini lemah dan gagal. Apa yang berlaku di sini ialah filem ini bergerak perlahan kerana itu adalah konsep filem ini. Untuk konsep, filem ini layak mendapat gred A.

Filem ini bercerita tentang kesedihan dan kekecewaan. Tentang kesuraman jiwa 3 watak utamanya. Gadis yang kecewa kerana dilaknati sahabat sendiri yang menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya. Rudi yang meratapi dan menyesali kematian adiknya yang tak mampu dia selamatkan di samping berperang dengan penyakit kronik yang dihidapi. Serta Randu yang hampir putus asa kerana usaha mendapatkan cinta Gadis selalu saja gagal biarpun berkali-kali mencuba. Jadi, mood ketiga-tiga watak utamanya serta keseluruhan jalan cerita berkisar hanya pada kesuraman dan kesedihan. Ini sekaligus meletakkan filem ini sebagai sebuah filem yang sangat menepati konsep yang cuba diketengahkan. Suram. Sedih. Hilang. Kesal. Kecewa. Perkataan-perkataan inilah yang bermain dalam seluruh isi filem ini.

Sebab itu dalam filem ini dapat dilihat yang visualnya bermain dengan pencahayaan yang suram dan gelap. Tona warna keseluruhan babak juga lebih kepada warna-warna gelap seperti biru tua dan hitam hatta hampir kesemua pakaian/kostum watak-wataknya juga bermain hanya sekitar warna-warna ini sahaja (Kalau dalam roda warna, ia adalah dalam kategori warna sejuk.)

Satu yang istimewa tentang filem ini ialah setiap babak, perlakuan dan aksi pelakon ada simboliknya yang tersendiri. Kamera berpusing-pusing mengelilingi Gadis di tengah kota yang lengang. Hasilnya, ia memberi satu gambaran gelodak jiwa Gadis ketika itu. Kota lengang = kematian/kehilangan Rudi. Kesan kamera yang berpusing-pusing pula menggambarkan betapa kacau-bilau dan gundah-gulananya jiwa Gadis ketika itu kerana kematian Rudi dan dihimpit rasa bersalah yang teramat. Satu lagi ialah simbolik tulisan luahan hati dan harapan Gadis lalu dijadikan kapal terbang kertas. Ia seolah gambaran harapan Gadis yang menggunung tinggi seolah-olah mahu menerbangkan kapal terbang kertas itu terus ke langit tapi yang pasti kapal terbang kertas itu akan jatuh terhempas jua. Serupalah seperti berangan-angan kosong. Angan-angan yang sudah pasti tidak akan jadi kenyataan (Contoh, mendapatkan semula bekas kekasihnya).

Di akhir cerita, Gadis bangkit lalu membuang semua kapal terbang kertas yang dibuatnya sewaktu melalui fasa kemurungan dan kekecewaan (dikhianati kekasih) menandakan yang dia tak mahu lagi hidup dalam angan-angan yang tak pasti sebaliknya mahu meneruskan hidup dalam dunia realiti. Masih ingat tak dengan filem Perempuan Melayu Terakhir? Aksi di mana Eizlan Yusof mendayung sampan ke arah masjid tapi sampannya seolah tidak bergerak dan tidak mahu bergerak. Simboliknya Eizlan (aku tak dapat ingat nama wataknya dalam filem itu) masih belum mendapat hidayah untuk bertaubat atau hatinya masih sebal atau belum terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Apabila simbolik-simbolik ini difahami dengan mudah, skrip panjang berjela yang membosankan sudah tidak perlu lagi. Mudah bukan? Filem bermain dengan visual. Sama seperti lukisan. Kita lihat, dalami dan fahami. Tanpa kata-kata pun mesejnya boleh disampaikan. Bukan seperti drama radio yang hanya bermain dengan kesan bunyi dan kata-kata. Untuk drama radio, ya, skrip yang jelas serta kesan bunyi yang tepat sangat perlu agar maksud dapat disampaikan secara terus.

Sedih dan suram. Inilah mood dan konsep yang cuba dibawa dalam filem Tentang Dia. Mood dan konsep ini berjalan di atas landasan yang betul dari awal hingga akhir cerita. Kalau adapun unsur komedi dan lawak jenaka, ia sekadar sebagai menu sampingan seperti telur masin atau ikan masin yang mana kehadirannya atau ketidakhadirannya langsung tidak menjejaskan keseluruhan menu. Kalau ada, ia menambahkan kelazatan tapi kalau tiada, tetap tidak menjejaskan rasa dan zat dalam menu utama tadi.

Bagi aku, filem ini konsepnya sangat kuat (Aku tak berani komen aspek lain kerana kurang arif tentang ilmu filem secara mendalam). Konsep bagi aku sangat penting dalam semua kerja seni. Konsep dianggap sebagai garis panduan dalam melakukan sebarang kerja seni agar ia tidak tersasar dari landasan dan arah tujuan. Apabila sesuatu kerja seni itu tiada konsep dan mengambil pendekatan caca-marba atau rojak, fokus dan matlamat asal pasti akan tersasar. Filem perlu ada konsep. Album perlu ada konsep. Rancangan TV, drama, teater, konsert, cerpen, majalah, lukisan, komik hatta majlis perkahwinan juga ada konsep tertentu (Contohnya perkahwinan dalam taman, moden, tradisional). Semua itu perlu ada konsep yang jelas. Perhatikan, seorang pelukis yang baik pasti keluar dengan siri lukisan yang berpaksi pada suatu konsep atau tema setiap kali melakukan pameran. Sebagai contoh, tema lukisan kali ini mungkin menekankan unsur geometrik dan untuk siri lukisan akan datang mungkin ia keluar dengan sentuhan alam semulajadi. Perhatikan pula konsep sebuah majalah ini. Lihat, aku sendiri tak dapat mengklasifikasikan majalah ini sebagai majalah genre apa. Aku namakan majalah ini sebagai majalah M*ngg* (Kau tahu kan majalah ni?). Konsep majalah ini agak kacau-bilau. Di celah-celah gossip artis ada gambar separuh bogel wanita dan lelaki. Di sebelah foto “hebat” itu muncul pula pelbagai hadis Nabi. Kau mahu klasifikasikan ia sebagai apa? Hiburan + porno + agama? Ya, mungkin itu strategi pemasaran yang mahu mengaut/menarik perhatian beberapa kategori golongan sasar (meluaskan target market + menambah bilangan pembeli dan pembaca) tapi persoalannya, sesuaikah ketiga-tiga itu diletakkan sekali?

Tentang Dia :

Berjaya dengan konsep yang jelas dapat dilihat melalui visualnya.

Jalan cerita yang sederhana. Tidak terlalu ringan atau tidak terlalu berat (Pendekatan yang paling selamat rasanya. Sama seperti yang dilihat dalam Sepet.)

Gagal membuat aku menangis mungkin kerana hari tu aku terlalu gembira kerana masuk panggung dengan baju baru + cermin mata baru + tiket wayang free.

Nota :
Menonton Sepet, aku menangis 2 kali.

Wednesday, May 11, 2005

Muak

Posted by Mar at 11:47 AM 0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Setiap kali nak log-in Yahoo Mail, mesti terpaksa berdepan dengan perempuan ni. Mesti kena jumpa perempuan ni. Mesti kena tengok muka dia. Mesti kena menghadap muka dia. Tak pasal-pasal setiap kali nak log-in Yahoo Mail, aku terpaksa la berlakon tersipu-sipu malu sebab dia asyik dok pandang aku. Bosan la. Tak ada privacy langsung. Bosan ah.

Sunday, May 08, 2005

Bukan Malas Tapi...

Posted by Mar at 3:32 AM 0 comments
Bukan sebab malas.

Bukan sebab sibuk mengorat Ustaz Zul atau Cikgu Yomayadi (Perhatian : Dua-dua sudah berpunya ya. Tertutup peluang pada semua yang berhajat nak buat menantu or nak buat bakal suami terutamanya Mak aku dan Kak Sal. Hahaha. Jangan marah yer, Kak Sal. Gurau jer.)

Bukan sebab teruja atau sangat terharu hingga keras jadi batu kerana komen-komen dari pelakon handsome Azhar Sulaiman dan Vernon Kedit (pengurus Ning Baizura) tentang entri ini dan ini.

Hi...thank you for watching my show....

azhar
azhar sulaiman | 06.05.05 - 1:56 pm | #



Thank you.

I printed out this page and showed it to Ning. She cried.

Thank you so much. Your words touched her.

Vernon (Ning's manager)
Vernon Kedit | Homepage | 22.04.05 - 5:53 am | #



Tak..tak. Aku tak keras sampai tak boleh pegang keyboard sebab baca tulisan-tulisan tu.

Tapi sebenarnya aku tersangat la "busy" (typical reason for not updating your blog. Hehehehe).

Tambahan pula otak aku terlampau sibuk memproses kemasukan data yang terlampau banyak sejak balik dari Melaka Isnin lepas. Banyak yang aku belajar dan explore sejak balik dari Melaka. Antaranya ialah :

Sejak balik dari kenduri rumah Pak Bear..

dan

Sejak balik dari KLD untuk Projek Basah 2.1..

Aku bukan saja belajar perkataan Arab seperti “mamnuq” (kan Kak Sal kan).

Tapi aku juga telah explore satu lagi keajaiban handphone nazak aku di mana rupanya bila kita set handphone dalam silent mode, alarm clock tetap berbunyi mengejutkan semua penduduk Taman Sri Keramat hingga menyebabkan Abah kau (Abah aku sebenarnya) murka hingga terasa mahu mencurahkan sebaldi air ke muka aku kerana aku tidur bagaikan malam tiada penghujung.

Nota :
Aku tulis situ handphone nazak dengan harapan menggunung tinggi agar ada yang nak sponsor aku beli handphone baru. Hahaha.

Aku tak update blog tapi aku update fotopages tau. Meh kita tengok gambar di sini.

Terima kasih pada ND yang menumpangkan “kasih”nya hingga aku sampai ke kenduri Pak Bear dan selamat sampai ke muka pintu. Arigatohozaimas, ND san.

Wednesday, April 27, 2005

Ustaz Zul dan Cikgu Yomayadi

Posted by Mar at 4:53 PM 0 comments
Semalam Mak cuti sebab nak selesaikan urusan income tax di Bangunan MPA*, Pandan Indah. Disebabkan Mak cuti, pukul 3 petang, aku, Mak dan Abah pergi ke sekolah Athirah di Bukit Inda*. Athirah ada sukan sekolah semalam. Malangnya, dia sangat kecewa sebab kalah. Nampaknya strategi Athirah dan kawan baiknya Dini mengadu dan merayu pada Ustaz untuk mengeluarkan seorang ahli kumpulan yang dianggap akan menyebabkan kekalahan pada kumpulan mereka, tak menjadi. Mereka tetap kalah juga walaupun ahli kumpulan yang seorang itu telah disingkirkan. Hanya dapat hadiah saguhati (Walaupun saguhati, medal yang dia dapat tu dibawa sampai tidur).

Dalam perjalanan balik ke rumah Nenek, kami berhenti di kedai Bakso sebab Busu dan Pak Usu nak belanja kitorang semua makan Bakso sebab datang memberikan sokongan moral pada anaknya yang seorang tu (walaupun kitorang tak sempat tengok Athirah lari, hehehe). Sambil menunggu Bakso sampai ke meja, Mak sibuk berborak dengan Athirah.

Mak : Athirah, yang pakai seluar merah asyik terjerit-jerit marah korang tu siapa?

Athirah : Tu la Ustaz Athirah. Nama dia Ustaz Zul. Yang lagi sorang tu Cikgu Yomayadi.

Mak : Yomayadi? Fuyoooo, macam nama Jepun la. Ustaz dengan Cikgu Yomayadi tu dah kahwin ke belum?

Athirah : Entah. Tak tau.

Mak : Nanti Athirah tanya la dengan Ustaz dengan Cikgu Yomayadi tu. Dah kahwin ke belum? Kalau belum , cakap la saya nak kenalkan dengan Kak Long saya.

Athirah : Ok.

Aku : Eh, apasal tanya Ustaz dengan Cikgu Yomayadi jer. Tanya la kat semua cikgu lelaki kat sekolah tu :P (Aku tak pasti sama ada Mak aku ni bergurau ke perli. Sabar jer la ek.)



NOTA :

Dini ialah sahabat baik Athirah. Anak kepada pelakon Didie Alias dan Ridzuan Hashim. Athirah kawan baik dengan anak selebriti laaaaaa. Fuyooooo. Nanti nak suruh Athirah mintakkan autograph la macam ni.

Ustaz ialah guru kelas Athirah. Dulu bila kitorang tanya, “Ustaz Athirah tu muda ke tua?”. Athirah jawab, “Alaaaaaa.. Dia macam Pak Long.” Padahal Ustaz tu muda belia lagi. Athirah ni dah rabun gamaknya.

Cikgu Yomayadi tiada langsung rupa Jepun walaupun nama mengalahkan orang Jepun.

Kak Long ialah panggilan Athirah pada Aku.

Pak Long ialah Abah aku.

Monday, April 25, 2005

Latte@8

Posted by Mar at 11:51 AM 0 comments
Minggu lepas. Hari Khamis. 11.45 malam. Waktu orang lain lena diulit mimpi, aku masih berjaga menonton televisyen. Menonton rancangan yang pernah aku tonton buat pertama kalinya lama dulu lantas aku terus tertarik dan jatuh hati. Gelagat pengacaranya yang selamba dan sinis paling aku suka. Malangnya itulah sekali aku menontonnya tanpa aku ketahui hari dan waktu siarannya. Mungkin sebab banyak sangat tertelan semut hitam aku jadi pelupa macam ni. Cheh.

Akhirnya, minggu lepas, hari dan waktu siaran rancangan tu dapat aku kenal pasti. Yeaaaaa!!!!

Rancangan : Latte@8
Pengacara : Jason Lo
Waktu Siaran : Setiap Khamis, 11.45 malam

Jason Lo :
Malaysia got 1 casino. We should build 2. Kiyasu la them. Why don’t they just build 3? Opppsss... no land :)


Jason, i really like your jokes. Keep it up.

Thursday, April 21, 2005

Why?

Posted by Mar at 5:13 PM 0 comments
MEH LA KLIK SINI<<<<<<------FOTOPAGES UPDATED!!!!





Anwar Robinson & Nadia Turner

Last week, my favourite American Idol contestant, Nadia Turner was voted out. I’m really (really) sad. She has such a wonderful voice and full of confidence. She was born to be an entertainer. Born to be a performer. Born to be a star. She has her own style and personality especially with her Afro look hairstyle. Every week,her performance was very energetic and never failed to make me enjoy. With her sweet smile, she is one of my favourite to be in top 3 of American Idol besides Bo Bice (last week was in bottom 3) and Anwar Robinson.

And just now, ANWAR ROBINSON WAS VOTED OUT. What can I say? American, you were not doing your job well. So sad. For me, the scenarios between American voters and Malaysian voters (in Akademi Fantasia) are just the same. Pathetic.

What a mournful starts on my birthday eve. :(

Tuesday, April 19, 2005

PROJEK BASAH 2.0 : Jiwaku Dah Kental

Posted by Mar at 2:17 PM 0 comments
KLD kekal di hatiku..
Daku bakal merinduimu..

Image hosted by Photobucket.com

Inilah barisan JALAN
Yang ikhlas berJALAN
Siap sedia berJALAN
Untuk ibu berJALAN

Sebelum kita berJALAN
Jangan harap kami JALAN
Inilah sumpah pendekar JALAN
Menuju medan JALAN

Andai kata kami JALAN semua
Taburlah bunga di atas JALAN
Kami mohon JALAN
Malaysia berJALAN

Semboyan telah berJALAN
Menuju medan JALAN

(lagu versi KLD waktu nak ke lokasi War Game... paling aku suka)

Wednesday, April 13, 2005

Wo!!!

Posted by Mar at 8:43 PM 0 comments
Wo!!! Tu tajuk album Zahid. Aku nak beli CD tu tapi aku menjalankan edisi menghasut Mak supaya dia yang beli CD tu. Mak tanya kat abang handsome kedai Speedy kat Ampang Point (kedai Speedy ke?tak ingat la nama kedai apa tah). Abang handsome kata CD Zahid dah habis. Sold out. Tanpa pengetahuan aku, rupanya Abah pulak tanya kat abang handsome "Bila stok baru sampai?". Abang handsome jawab, "Tak tau". Aku, hampa :(

Wo!!! Beberapa hari aku tak jenguk ke blog sendiri rupanya ada 2 komen yang hebat, pedas dan tajam menikam.

Mula-mula komen entry aku tentang filem Sepet.

Si Putih kata :
Wei,,aku dh tgk citer sepet..tak best betul,,,dahla blue plak tu...naper la ko kata filem tu kononnye filem mlysia yg pling best la,,apa la...gila aper...cub la ko piki sikit mar oiii....

Aku jawab :
Ini semua soal rasa dan selera. Rasa dan selera aku jauh berbeza dgn rasa & selera kau. Aku hormati rasa & selera kau dan kau juga patut hormati rasa & selera aku . ok? :)

Lepas tu Malek (peserta Explorace musim kedua) pulak komen entry Explorace episod 4. Episod mencarut paling banyak. Cuba kau bayangkan orang yang kau kutuk-kutuk dalam blog dan gelakkan masa tengok Explorace baca blog kau. Hehehehe. I'm speechless. Blushing. Malu...malu... No heart feeling ya Malek.

Malek kata :
(Masa scuba diving)
Tolong sikit! eez yg volunteer utk scuba diving tu. she's a much better diver, and the point is we want to win this race - not proving a point. masa training the day before, saya asyik la terjerumus ke dasar laut atau naik ke permukaan tanpa boleh mengawal 'altitud'

Malek kata:
(Masa di Muzium)
Pembetulan: fido yang cakap saya lari ke sana ke mari macam monkey.

Malek kata:
(Masa di Pulau Duyong)
Eh, kena penalti lah. hukumannya saya kena berlari. fido dpt naik basikal tu, cari tempat 'pak lah tukang' (bot)

Aku : (Speechless)


Aku suka komen-komen pedas dan tajam menikam seperti ini. Komen terhadap tulisan dan pandangan aku (bukan komen yang menghentam peribadi dan diri aku, ok). Sebabnya, bila aku baca komen-komen macam ni aku boleh react dan kata "Wo!!!" walaupun aku belum dapat beli album Wo!!! lagi. Eh, silap, Mak aku sepatutnya.

*Sesiapa yang baik hati bolehlah start kumpul duit sekarang untuk beli CD Wo!!! (hadiah lain pun aku terima jugak) sempena birthday aku 9 hari lagi. Hehehehe.

Sunday, April 03, 2005

Kicap atau Air Sejuk?

Posted by Mar at 11:40 AM 0 comments
MEH LA KLIK SINI<<<<<-----FOTOPAGES UPDATED!!!



Nak kata aku angau,
aku tak bercinta atau dilamun cinta.

Nak kata aku nervous,
final project presentation dah lama berlalu.

Nak kata aku tak cukup tidur sebab study,
semester ni aku tak ada final exam.

Nak kata aku takut,
tak ada kucing, tikus atau hantu dalam rumah aku.

Nak kata aku risau,
aku bukan nak kahwin minggu depan.

Tapi yang peliknya, semalam, instead of tuang kicap atas nasi, aku pergi curah air sejuk atas nasi. Alaaaaaaaaahaaiiii.

Wednesday, March 30, 2005

Hujan Pasti Berhenti

Posted by Mar at 1:00 PM 1 comments
1 2 3.. Do Re Mi
Apa nak jadi.. Alif Ba Ta A B C
Apa nak jadi.. akan terjadi
Hujan pasti berhenti..


Kawan : Kalau kau anggap hujan tu umpama air mata kau, aku rasa takkan berhenti sebab kau kalau tengok cerita Melayu yang tak berapa nak sedih pun kau nangis jugak.

Aku : Cheh... itu kes lain maaaaa. Itu menghayati cerita namanya :p


1 2 3.. Do Re Mi
Apa nak jadi.. Alif Ba Ta A B C
Apa nak jadi.. akan terjadi
Hujan pasti berhenti..

Monday, March 28, 2005

Posted by Mar at 12:19 AM 0 comments
Hati menangis siapa yang tahu.....

Tuesday, March 22, 2005

Periuk Kera

Posted by Mar at 2:33 AM 0 comments
Zurina tengah buat presentation kat depan. Furniture yang dia buat buat berasaskan kepada konsep pitcher plant.

Aku : Eh, pitcher plant tu pokooookkkk.... Alaaaaa pokok apa tu. Lupa pulak aku apa namanya. Haaaaaaa niiii.... mangkok monyet. Kan?

Izati : Wooooiiii, periuk kera la.

Orang lain buat presentation kat depan, aku dengan Izati ketawa terkekeh-kekeh kat belakang hanya kerana periuk kera dah jadi mangkok monyet.

*Aku kena kutuk lagi. Kalah lagi. Aku memang kena makan kacang cerdik ke lepas ni?

Izati - 2
Mar - 0

Sunday, March 13, 2005

Athirah Oh Athirah

Posted by Mar at 8:55 PM 0 comments
MEH LA KLIK SINI <----- FOTOPAGES UPDATED!!!!!!

Image hosted by Photobucket.com

Mak dia baru masukkan dia ke kelas sempoa.

"Heyyy, bukan kelas sempoa la. Kelas mental arithmetik."

Dia marah bila aku cakap tu kelas sempoa. Yaya, kelas mental arithmetik. Minggu ni dia ajar Abah aku tentang mental arithmetik. Minggu depan giliran aku pula dipaksa mengikuti kelas mental arithmetik kelolaan dia.

Mak Athirah :
Kita tengok dalam masa 6 bulan ni macam mana prestasi Athirah. Efektif ke tak kelas ni. Kalau tak cukup hari Sabtu, kelas hari Ahad pun Athirah pergi jugak.

Athirah :
Haaaaaaaa!!! Habis tu bila masa kita nak pergi Giant??????

Nota :
Giant adalah pasar raya besar (baca:shopping complex paling hebat dalam dunia bagi Athirah).

Friday, March 11, 2005

Makan kacang untuk jadi pandai

Posted by Mar at 11:21 AM 0 comments
Izati bersungguh-sungguh bercerita dengan aku. Dia dengan kawan-kawan serumah dia dok ketagih dan asyik mengunyah “kacang cerdik” dua tiga menjak nih. Dengar jer perkataan “kacang cerdik”, aku tergelak terkekeh-kekeh. Dia bengang. Untuk menambahkan bengang dia, aku bersuara.

“Habis sekarang ni ko dah jadi “cerdik” la ni yer?” Izati tersenyum-sumbing sambil memukul-mukul lengan aku.

“Kacang cerdik tu kacang pistachio la. Apa kuno sangat ko ni?” Izati bersuara dalam nada bengang melihatkan aku yang masih ketawa terkekeh-kekeh.

“Lorrr, cakap la kacang pistachio. Kacang cerdik mana la aku tau. Well, I was born in London. Cakep Mlayu saya tak fahem,” aku membalas dengan nada minah saleh sesat di Kuala Lumpur.

“Berlagak nak mampus. Meluat aku dengar. Nanti ko Mar. Ada peluang nanti aku balas dendam cukup-cukup.” Izati masih tak mengalah.

24 jam berlalu. Izati masih tak puas hati dengan aku akibat ditertawakan tak ingat dunia di khalayak ramai. Dia masih berdendam dengan aku. Masuk ke kelas, dia tanya 3 orang classmate kitorang,

“Korang pernah dengar “kacang cerdik” tak?”

“Pernah. Kacang cerdik tu kacang pistachio.” Ah sudah. Depa 3 orang tau kacang cerdik tu kacang apa rupanya. Aku pulak makin jadi tak puas hati melihatkan Izati tersenyum bangga hingga aku rasa ingin serkup muka dia dengan baldi.

Kerana rasa malu + tak puas hati yang teramat, aku bertanya pada 12 orang di jabatan aku termasuk junior, senior dan lecturer aku tentang kacang cerdik. Perhatikan di situ. Dua belas orang. Akibatnya aku pula ditertawakan mereka-mereka ni. Sahih diorang memang tahu kacang cerdik tu apa. Aku jer yang tak tahu. Kali ni aku rasa macam muka aku yang patut diserkup dengan baldi.

Mungkin lepas ni aku kena selalu makan “kacang cerdik” supaya aku jadi lebih cerdik :).

Izati – 1
Mar – 0

Round 2 is coming!!!

Posted by Mar at 9:53 AM 0 comments
Explorace Season 2. Kalau Explorace All Stars umpama pemanas enjin, episod semalam umpama episod untuk menarik nafas seketika selepas tercungap-cungap selama 6 minggu berturut-turut. Pusingan kedua / semi final masih belum bermula. It will only starts next week. Episod kali ini hanya sekadar memaparkan recap on previous episode, sneak preview of Round 2, temuramah bersama team yang berjaya dan yang tewas, pengalaman pahit / manis / masam / masin etc juga temuramah bersama keluarga, kenalan , peminat dan penyokong para peserta.

Berikut adalah lokasi bagi pusingan kedua yang akan bermula minggu hadapan :

Vietnam : Hanif & Narin vs Malek & Faezah
Australia : Azura & Azira vs Haslina & Vanessa
Bali : Amir & Dani vs Philip & Godwin

*Oooohhh, rupanya Hanif tu dah kahwin. Ingatkan Hanif & Narin tu ada hubungan yang ehemmm…ehemmm. Ramalan Nujum Pak Belalang aku kurang berkesan ler kali ni nampaknya :).

Thursday, March 03, 2005

Macam-macam

Posted by Mar at 11:50 PM 0 comments
Mula-mula dia appoint junior aku untuk jadi Pengarah Program tanpa berbincang sepatah haram pun dengan Majlis Tertinggi dalam persatuan di jabatan aku ni. Tahu-tahu Pengarah Program (yang tak pernah sekalipun attend meeting persatuan) dah dilantik, tempat dah ditetapkan, tarikh dah ditentukan. Fine. Dia Presiden. Dia ada hak nak buat sebarang keputusan. Aku hanya Naib Presiden. Hanya kuli batak dia. Dia umpama Raja, aku hanyalah rakyat jelata yang menurut perintah (heyy, patutnya aku jadi Memanda Menteri la).

Kemudian dia kata semua perkara dah settle. Dia hanya suruh aku uruskan soal publisiti dan promosi manakala seorang lagi rakan dalam Majlis Tertinggi diminta menguruskan soal pengangkutan. Publisiti dan promosi serta pengangkutan. Hanya itu sahaja tugas yang dia arahkan Majlis Tertinggi selesaikan. Dia kata yang lain-lain sudah diuruskan. Tak perlu risau apa-apa. Bagus kan kerja dia.

Tup-tup, 2 minggu selepas tu, dia conduct satu lagi meeting dan arahkan semua Majlis Tertinggi persatuan di jabatan aku ni untuk laksanakan pelbagai jenis tugas yang sebelum ni dia tak pernah sebut pun. Mana pergi Pengarah Program dan kuncu-kuncunya. Dah berpaling tadah? Atau dah menyorok dalam almari sebab menyampah kerja dengan dia? Tu, belum lagi masuk sesi mengadu dan membodek dengan lecturer menuduh kami-kami ni tak bertanggungjawab melaksanakan tugas konon. Naikkan la, harumkan la nama ko sorang. Nama kami-kami ni biar busuk macam taik. Kau nak sijil? Ambik la. Tak heran. Kami-kami buat kerja bukan untuk sijil tapi sebab tanggungjawab, mangkok. Kau ingat kami macam kau yang gila kuasa dan kedudukan. Memburuk-burukkan orang kononnya macam kau sorang saja la manusia paling baik dalam dunia. Akhirnya mintak tolong jugak dengan kami-kami yang yang tak bertanggungjawab ni. Tiba-tiba saja semua perkara yang dah diselesaikan kononnya tu sebelum ni diletak atas bahu kami-kami ni. Hampeh. Nak start all over again dalam masa yang sangat terhad? Lantak la. Ya, ya. Kami rakyat jelata yang menurut perintah.

Kita tutup cerita tu. Marah-marah pun tak guna. Tugas aku kena promosikan majlis ni supaya semua junior-junior teruja untuk hadir (dengan kata lain, dipaksa datang,hehehe). Aku pun bertungkus-lumus la buat poster, kad jemputan di celah-celah assignment, tesis dan projek aku yang bertimbun-timbun tu. Aku cetak 2/3 keping, buat photocopy 20 keping, dengan senang hatinya. Dalam aku senang hati tu,boleh pulak aku dapat berita tarikh event ditukar sewenang-wenangnya tanpa inform aku tentang perubahan tu. Dan yang buat aku sakit hati tu,aku tahu tentang perubahan tarikh tu dari mulut orang lain. Bukan dari mulut dia. Mangkok. Nasib baik aku hanya cetak 2/3 keping dan selebihnya aku photocopy jer. Kalau aku buat printing untuk 20 keping macam mana? Nasib baik tak tempah banner (budget ciput nak banner mendenya). Kalau dah tempah banner, siapa nak tanggung kerugian tu? Jawab. Tak pasal-pasal hari tu aku serang dia via SMS (depan-depan aku tak berani, hehehe). 2/3 hari dia malu-malu badak nak bercakap dengan aku (mungkin takut aku tembak dia kot).

Majlis ni sebenranya untuk kami yang dah nak grad ni. Kami nak grad, kami buat majlis sendiri. Buat majlis untuk meraikan diri sendiri la kiranya ni. Lepas tu siap beli hadiah untuk diri sendiri supaya malam tu kononnya ada la orang nak sampaikan hadiah untuk kami yang bakal grad ni. Tak thrill langsung sebab awal-awal dah tahu apa hadiah tu.Hentam sajalah labu.

Besok majlis tu. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Lepas ni tak payah la aku menghadap muka Tuan Presiden yang bijak bistari tu lagi.Penat la bekerja dengan hamba Allah sorang tu.


Ni lah dia poster yang sepuluh kali ubah tu. Ubah tu, ubah ni. Ubah tarikh, ubah bayaran bla..bla..bla. Fed-up aku. Last-last aku buat hitam putih. Senang. Lepas tu nak buat photocopy jugak. Yang nampak hitam putih jer.


Ni kad jemputan untuk setiap pelajar.


Ni tag untuk urusetia majlis. Sebenarnya aku yang beriya nak buat. Hamba Allah tu bukan suruh pun. Bukannya apa. At least buat macam ni, rasa dihargai la sikit urusetia yang bertungkus-lumus anjurkan majlis ni. Cantik tak cantik belakang kira. Ni kerja nak cepat siap.


Yang ni special request dari urusetia. Depa beriya nak pakai bunga malam tu. Nak tempah mahal nak mampus. Aku pun volunteer la nak tolong buat. Aku charge murah jer sebab aku tau budget sangat la ciput. Kerja amal jariah la kiranya ni padahal aku ada berlambak assignment tak siap lagi. Takpe, asalkan diorang happy, ok la kan. Besok kalau diorang tak pakai bunga aku tu, aku sumbat kat mulut diorang. Hehehehe.


*See, aku pandai gubah-menggubah. Ada sesiapa nak buat tempahan? (or ada sesiapa nak masuk meminang aku?)Hehehe

They surrender in the middle of the race??Why?

Posted by Mar at 11:46 PM 10 comments

Yohanis & Bulan


Narin & Hanif

Explorace. Episod semalam adalah yang terakhir bagi pusingan pertama. Kali ni yang beradu tenaga ialah Yohanis & Bulan serta Hanif & Narin. Hanif & Narin ialah standby team yang menggantikan Aszmy & Faizah yang menarik diri.

Lokasi kali ni bertempat di Negeri Sembilan. Starting point ialah di Taman Seni Budaya, Muzium Negeri di Seremban. Yohanis & Hanif were taking Route 1 while Bulan & Narin were taking Route 2.

Route 1, dari Taman Seni Budaya, Yohanis & Hanif dikehendaki pergi ke Jelita Ostrich Farm dengan menaiki bas. Lari punya lari ke Terminal Bas, pusing punya pusing dalam Terminal Bas, diorang pun dapat naik atas bas untuk ke sana. Dalam bas, Yohanis kalut merayu-rayu akak dalam bas supaya bunyikan loceng untuk dia kalau dah sampai. Si Hanif sibuk pulak minta abang driver bagitahu dia kalau dah sampai. Gabra siut kalau terlepas, boleh meroyan dibuatnya. Hahaha.

Sampai di Jelita Ostrich Farm, mereka diberi soalan. Soalan untuk Hanif, “ Sukan Malaysia (SUKMA) yang keberapakah yang diadakan di Negeri Sembilan?”. Jawapan : Yang ke-10. Soalan untuk Yohanis, “Bunga apakah yang melambangkan identiti Negeri Sembilan?”. Jawapan : Bunga tanjung. Both of them failed to give the right answer. Padahnya, mereka perlu menunggang ostrich.

Seksa jiwa raga dibuatnya bila tengok diorang masa ni. Bayangkan ostrich yang agak bulat bentuk badannya dengan leher yang panjang, bila ditunggang, sahih la badan takkan duduk seimbang menyebabkan Yohanis jatuh beberapa kali di tengah jalan memaksa dia mengulang semula tunggangannya. Lain la kalau menunggang kuda, badan kuda panjang dan lebih tegap. Nasib menyebelahi Hanif kerana sampai ke garisan penamat dengan hanya sekali tunggangan walaupun ala-ala macam nak jatuh jugak la dia masa tu.

Sampai di garisan penamat, mereka perlu mencari kunci kandang di bawah rimbunan rumput-rumput kering. Sekali lagi dengan mudah Hanif berjaya mencari kunci tersebut dan malang seribu kali malang buat Yohanis yang terpaksa punggah dan punggah dan punggah lagi tapi tak jumpa-jumpa. Tapi aku rasa masa ni Yohanis sebenarnya hilang fokus sebab penat tadi tak habis lagi kot.

Dengan kunci yang mereka dapat tu, mereka dikehendaki membuka kandang ostrich dan memasukkan 2 ekor ostrich ke dalam kandang. Untuk task ini, Yohanis sekali lagi terpaksa menghadapi cabaran hebat bila ostrich tu taknak masuk kandang. Sahih ostrich yang dia dapat tu degil hingga membuatkan Yohanis tersangat la depress.

Selesai task di Jelita Ostrich Farm, Yohanis & Hanif menuju ke Stesen Komuter Seremban (kalo tak silap). Nasib baik la ada driver yang tolong hantar diorang ke sana, kalau kena basikal ke jalan kaki ke, mahu Yohanis mengamuk kat situ sebab marah dia dengan sang ostrich tadi pun tak habis lagi. Dari Stesen Komuter Seremban mereka membeli tiket untuk ke Stesen Nilai. Sampai di Nilai, mereka perlu ke sebuah balai polis untuk dapatkan basikal.

At last, terpaksa jugak berbasikal ke Nilai 3. Syurga beli-belah untuk wanita. Di Nilai 3, ada task menanti di Suria Silk House. Yohanis dan Hanif perlu mengalihkan 20 gulung kain dari lori ke dalam kedai dan menyusunnya di display area. Jangan korang ingat kain tu dalam gulungan yang kecik-kecik dan comel-comel jer. Satu gulungan kain jer beratnya hampir 20-30kg. Kalau 20 gulung dah berapa kilo tu. 400-600kg. No wonder Yohanis sampai cedera di kaki.

Selesai task di sana, mereka pergi pulak ke Kedai Permaidani Raja. Di sini, mereka dikehendaki mencari Golden Key di bawah setiap carpet dalam kedai tu. Kedai carpet tu besar maaaaa. Carpet dia pun banyak maaaaaa. Mau nangis tu nak cari. Selak punya selak sampai berselerak macam baru kena rompak la kedai tu dibuatnya. Agaknya dalam hati tokei kedai tu, nak ajer dia cekik budak berdua ni. Pekerja-pekerja kat situ sure la menyumpah sebab nak kena kemas balik karpet-karpet yang dah bersepah tu. Nasib ler. Tak dapek nak nolongnya (lokasi kat Negeri Sembilan, so, kena ada dialek Nogori sikit).

Dari Nilai 3, Yohanis dan Hanif berbasikal semula ke Stesen Komuter Nilai untuk ke Eagle Ranch Resort di Port Dickson.

Route 2, dari Taman Seni Budaya, Narin dan Bulan berlari ke KTM Seremban untuk menaiki komuter menuju ke Tiroi. Malang bagi Narin, walaupun meninggalkan Bulan jauh di belakang, tapi dek kerana komuter yang memang sejak azalinya lembab, last-last dia terpaksa naik komuter yang sama dengan Bulan. Sia-sia berlari bagai tak hendak tadi. Frust dibuatnya. Sabar, Narin. Aku faham kerana aku selalu mengalaminya. Mungkin masa tu kau rasa nak belasah driver komuter tu. Kan Narin kan?

Sampai di Stesen Tiroi, mereka berbasikal ke Kampung Pelegong. Sampai di Kg. Pelegong, mereka diberi soalan. Soalan untuk Bulan, “Berapakah panjang pantai Port Dickson?”. Jawapan : 18km. Soalan untuk Narin, “Datuk Mohamad Hassan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan yang keberapa selepas merdeka?”. Jawapan : Yang ke-5. Dua-dua tak tau jawapan tapi belasah jer bagi jawapan jugak. Dan yang bestnya, jawapan-jawapan yang diorang bagi tu betul. Hebat. Mantap sungguh tembakan mereka.

Selesai menjawab soalan, Bulan & Narin perlu ke Ladang Getah Mat Dabal. Di sini mereka berdua dikehendaki mengutip 15kg getah beku / getah lantun. Narin mendahului di sini bila dia terlebih dahulu menyelesaikan task ini walaupun ketinggalan di belakang Bulan sebelum ini. Mungkin Narin teringat pesanan ibunya iaitu, “Bayangkan bau getah yang busuk ni bau duit”, menyebabkan Narin bersemangat menyelesaikan task tersebut serta meraih RM30 setelah menjual getah-getah tu. Malang buat Bulan kerana terpaksa berpatah-balik 3 kali kerana getah beku/getah lantun yang dikutipnya tak cukup 15kg.

Jauh meninggalkan Bulan, Narin terus menuju ke Stesen Komuter Tiroi. Sekali lagi Narin dilanda sakit hati yang terlampau bila komuter yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Ibarat menunggu kucing bertanduk, Narin sekali lagi rasa mahu menampar pula driver komuter tersebut (ni telahan aku jer ni sebagai penyedap rasa). Ditambah pula, waktu menunggu tu Narin ternampak Bulan sedang menuju ke Stesen Komuter Tiroi. Tapi akhirnya Narin menarik balik perasaan nak menampar driver komuter itu lalu timbul pula rasa ingin belanja driver komuter tu makan roti canai dan teh tarik kerana komuter tiba-tiba muncul dan terus meninggalkan Bulan yang tak sempat menaiki komuter tersebut. Kalau Bulan pandai, dia sepatutnya menarik perhatian driver komuter tu dengan aksi-aksi kelam-kabut dan berkejar-kejaran supaya driver tu tunggu dia. Kenapa? Tak percaya? Aku pernah buat apa. Berjaya taktik tu. So, sesiapa nak cuba, silakan. Tiada bayaran tambahan dikenakan.

Sampai di Stesen Komuter Seremban, Narin dan Bulan dikehendaki ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dengan menaiki bas. Kali ni mereka berdua terpaksa berdepan dengan kerenah driver bas pulak. Bas yang dinaiki Narin boleh berhenti lama (bukan sekejap) di stesen minyak untuk mengisi petrol. Bas yang hendak dinaiki Bulan pulak, sedang melakukan aktiviti apa tah (berehat-rehat sat kot) dalam bas dan belum lagi mahu bergerak sedangkan itulah satu-satunya bas yang boleh dinaiki. Dua-dua situasi ni aku pernah alami. Boleh terbakar jiwa dibuatnya. Nak-nak kalau aku dah memang lambat. Boleh meroyan maaaa. Hehehe.

Di PUSASDA, Narin dan Hanif perlu berlari mengelilingi padang kawad dalam keadaan yang panas terik dan kemudian mencari tag Explorace yang ada pada anggota-anggota tentera yang sedang buat latihan kawad tu. Ramai maaaaaaa, bukan 2/3 orang jer. Mau berpinar la nak cari mana tag tu. Tu belum lagi kena sergah dan tengking dengan abang askar yang sorang tu untuk mintak izin ambik tag. Boleh luruh jantung kalau kena tengking macam tu hari-hari. Kecut-kecut perut Narin masa tu.

Lepas dapat tag, kena cari pulak Golden Box dalam takungan air pancut di tugu peringatan Muzium Tentera Darat. Tengah-tengah panas macam ni, kalau berendam dalam air syok jugak. Itulah yang diorang terpaksa buat untuk cari Golden Box punya pasal. Selam punya selam barulah jumpa.

Dah jumpa Golden Box, kena pulak cari kad yang tertera nombor pendaftaran trak tentera dalam terowong yang bisa memeningkan kepala tu gara-gara terdapat banyak sangat lorong-lorong sempit yang mengelirukan. Dengan adanya kad nombor pendaftaran tu, diorang pun cari la trak tersebut dan ditumpangkan untuk menuju ke Meeting Point di Eagle Ranch Resort.

Di Eagle Ranch Resort, Narin dan Bulan menunggu pasangan masing-masing. Hanif tiba dahulu menyebabkan Bulan tak keruan dan menangis kerana Yohanis tak muncul lagi. Task yang menanti di sini ialah mendapatkan dua dayung yang telah digantung di pokok. Cara mengambil dayung yang pertama ialah dengan membaling kapak ke arah tali dan menjatuhkan dayung tersebut. Cara kedua ialah memanjat tali dan menarik tali untuk menjatuhkan dayung tersebut. Cara kedua tu tersangat la mencabar hingga menimbulkan amarah dan kecewa Hanif. Dan di sinilah juga Yohanis dan Bulan membuat keputusan yang agak drastik dan mengejutkan iaitu menarik diri dari pertandingan kerana mereka merasakan tidak berdaya lagi untuk melakukan task tersebut.

Penarikan diri Yohanis dan Bulan secara automatik memberikan kemenangan buat Hanif dan Narin namun task-task yang berikut tetap diteruskan oleh Hanif dan Narin. Mereka berkayak ke Pulau Asam, mengambil 2kg “buah tanah”. Kemudian berbasikal ke Teluk Kemang, mengambil pelampung di tengah pantai, masukkan pelampung ke tiang dan akhirnya menuju ke Pantai Cahaya Negeri bertemu Daphne.

Tahniah buat Hanif dan Narin.

Jadi 6 pasangan yang akan ke pusingan kedua ialah Amir & Dani, Haslina & Vanessa, Malek & Faezah, Philip & Godwin, Azura & Azira serta Hanif & Narin. Congratulations!!

Friday, February 25, 2005

Sepet yang Indah dan Menyenangkan

Posted by Mar at 1:22 AM 0 comments


Aku menonton Sepet tengah hari semalam. Aku tengok Sepet bukan sebab mata aku sepet :). Aku sanggup pergi tengok Sepet sorang-sorang hanya kerana dua sebab. Pertama kerana Yasmin Ahmad. Kedua kerana Sharifah Amani.

Aku melangkah masuk ke TGV KLCC dengan harapan menggunung tinggi. Takut juga kalau kecewa maklum saja sebab kadang-kadang apa yang kita dengar hanya indah khabar dari rupa.

Hampir 2 jam di dalam panggung, aku keluar dengan tersenyum puas dan bangga. Kali ni aku tak malu mengaku ini filem Malaysia. Kau tengok filem ni kau akan nampak Malaysia. Bukan seperti kau pergi ke Purajaya tapi kau seperti berada di negara lain kerana sebahagian besar bangunan kerajaannya tak nampak langsung identiti Malaysia. Forget it. Ni dah masuk cerita lain.

Filem Sepet ialah filem tentang kita. Tentang apa yang kita buat hari-hari. Dalam filem ni kau takkan dengar dialog skema seperti “Saudari, boleh saya berkenalan dengan saudari?” atau “Statistik menunjukkan bahawa ramai pengedar VCD haram terdiri daripada gangster bla..bla..bla..pungkok hang” atau “Malam ini sungguh indah. Bintang-bintang bercahaya. Bulan tersenyum bla..bla..” Yang kau dapat lihat dan dengar ialah dialog-dialog yang biasa kau dengar hari-hari. Ringkas, padat dan bahasa tubuh yang sudah cukup buat kau turut sama merasai jiwa dan perasaan watak-watak dalam filem ini. Sepet akan buat kau menangis dan juga ketawa.

Menonton filem Sepet, aku menangis dua kali. Pertama, bila Orked balik ke rumah dengan hampa, sangat risau dan sangat sedih bila gagal mengesan Jason di mana-mana. Kedua, bila Jason berpesan pada Yam (Adibah Noor) supaya memberitahu Orked yang dia sayangkan Orked.

Sepet ialah filem Malaysia. Jujur. Tidak berpura-pura. Sangat dekat di hati kita. Filem ini ada jiwa. Ada rasa. Ia segar. Ia hidup. Ia tidak kaku, tidak beku, tidak mati. Ia bukan filem plastik. Ia penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Ia tentang realiti kehidupan. Filem ini sangat Malaysia. Aku suka. Sangat suka. Kalau kau rasa filem Ada Apa Dengan Cinta itu filem cinta yang hebat. Sepet is much more better than that.

There’s only two things that keep annoying me. First, a group of women @ makcik-makcik behind my row asyik dok bergelak-ketawa sepanjang menonton filem tu. Scene yang tak sepatutnya ketawa pun depa dok ketawa terkekeh-kekeh. Sekejap-sekejap, eeeeeee...ooooo..uuuuu. Sangat menyakitkan hati aku.

Second, sampul surat Ah Loong @ Jason kepada Orked bertukar-ganti. Dua kali. Mula-mula masa mak Orked bagi surat pada Orked (masa tu Orked baru balik dari mencari Jason), sampul suratnya lain. Masa Orked nak baca surat tu dalam bilik, sampul suratnya jadi lain. Second,surat lain pulak, masa Orked ambik dari laci, sampul suratnya lain. Masa dia nak baca surat tu dalam kereta on the way ke airport, sampul surat bertukar jadi lain. Tapi bagi aku tu perkara kecil jer berbanding kehebatan sebenar filem ini. Kesilapan kecil macam tu masih boleh dimaafkan. Cuma aku hairan jugak kenapa mata aku tajam sangat semalam? Sebab aku pakai contact-lens baru kot. Hehehehe.

Aku sangat suka suka intro filem ini. Aku suka scene duduk di bus stop berserkup kepala dengan plastik dalam hujan. Aku suka scene duduk di hujung jeti menghadap tasik. Aku suka scene duduk beramai-ramai di tangga menyikat rambut. Aku suka scene Jason mencari bunga kesukaan Orked. Banyak yang aku suka. Mungkin aku perlu menonton sekali lagi sebab aku tak puas menonton hanya sekali. Kali ni aku akan pastikan makcik-makcik tu tak ada dalam panggung :).

Go and watch this film and you’ll know how I feel. Perasan yang sangat indah dan menyenangkan :).

Nangis, nangis dan nangis

Posted by Mar at 1:13 AM 0 comments

Baya & Viji


Azura & Azira

(Malas nak tulis banyak sebab episode kali ni tak se”best” episode minggu lepas. Aku masih dibayangi keseronokan menonton episode minggu lepas dan minggu sebelumnya. Lagipun minggu ni tak ada mamat cute and handsome. Hahaha.)

- Viji tak sepatutnya lari pergi ke baldi setiap kali dapat lokan yang dia cari tu. Memadai simpan jer dalam poket macam yang Azura buat. So, save time. Eeemm, maybe Viji ingat dia dah mendahului di depan Azura, so boleh berlengah-lengah kot tapi tak ke memenatkan tu. Banyak lagi task menunggu maaaaa.

- Baya seorang yang sangat mengikut emosi. Dalam kesemua task yang dia lakukan berseorangan, dia menangis. Mula-mula masa memanjat kat Grand Old Lady. She is fear of height. Dia nangis. Then masa nak angkat anak buaya pun dia nangis. Dia wasting time dengan menangis sepanjang masa. Menangis jer dah sejam. Mana nak menjerit-jerit lagi. Mana nak terlompat-lompat lagi. Dah makan berapa jam dah tu? Dia membiarkan ketakutan menguasai diri. Dia menangis, menangis dan menangis. Aku rasa kalau dia tahan air mata dia dan tak menangis mungkin dia akan perform lebih baik. Dia melakukan kesilapan besar kerana membiarkan air matanya sendiri membunuh rasa yakin dan berani dalam dirinya. But still respect dengan dia sebab managed to complete that task.

- Satu yang aku belajar dari episode Explorace kali ni (atau lebih tepat dari Baya), air mata tu pembunuh sebenarnya. Ia membunuh semangat. Ia membunuh keyakinan. Dan kalau kau masih ingat aku pernah tulis tentang dialog dalam drama Multimedia Super Cintun, “Air mata hanya akan membunuh rasa cinta.” See, it’s true right. Air mata adalah pembunuh. Mungkin lepas ni aku kena kurangkan menangis :).

- I was wondering, teruk sangat ke rasa Manok Pansoh dan Umai tu sampai one of the twin sister tu muntah terbelahar? Eeeemmm…

- Buat Azura & Azira, dah pulangkan ke bendera Sarawak yang korang pinjam tu? Tapi rasanya tak payah pulangkan pun tak apa kot. Suruh diorang beli lain la. Bendera tu macam dah ala-ala pudar jer. Tak patriotik la kalau guna lagi. Hehehehe.

-Jong yang diorang buat tu cantik. Nak mintak satu boleh? Kalau nak suruh aku pi beli kat Sarawak, entah tahun bila ler gamaknya :(.

Lupa nak bagitau, the twin sisters will go to the next round. Congratulations, girls.

Friday, February 18, 2005

Mimpi

Posted by Mar at 12:58 AM 0 comments
Kelmarin aku mimpi. Aku mimpi melawat Kak Max
bersalin kat hospital. Bukan aku seorang. Bersama segerombolan Gejuis yang lain. Aku tak perasan siapa yang ada sebab mimpi aku versi blur dan kelabu. Almaklum saja aku memang rabun dan bila tidur aku tak pakai contact-lens mahupun cermin mata. Mungkin lepas ni bila tidur aku kena pakai cermin mata untuk dapatkan view mimpi yang lebih jelas dan terang umpama menonton VCD yang original bukan versi cetak rompak yang kabur macam ni :).

Tapi yang pasti semua sakan bergambar tak hengat dengan Kak Max di wad bersalin. Tu sebab aku confident dan berani cakap tu bebudak Geju, almaklum saja Geju dan kamera mana boleh dipisahkan. Lagi pulak macam mana aku boleh menyelit pergi melawat Kak Max kalau bukan ada kaitan dengan Geju. Ye tak? Kat hospital mana? Aku tak tau (tapi aku rasa mungkin kat Kedah kot, tak pun area utara sana la kot). Anak lelaki ke anak perempuan? Aku tak tau. Mimpi aku tak bagitau. Bila? Pun aku tak tau. Tiada date and time diprogramkan dalam mimpi aku tu. Aku bukannya masuk dalam time-machine macam Michael J.Fox dalam “Back to the Future” tu. Aku hanya bermimpi. Mimpi aku tak habis kat situ. Ada sambungan lagi.

Lepas pergi melawat Kak Max dan ‘baby’nya kat hospital, geng-geng Geju menghadiri satu majlis. Jangan tanya aku majlis apa. Aku tak sure. Tidak dinyatakan. Nak kata majlis kahwin mungkin jugak sebab semua pakai glamer habis. Warna temanya biru muda ala-ala warna biru Ke*dilan tu. Lepas tu ada gadis-gadis cantik bagi bunga telur. Sahih la ni majlis orang kahwin. Tapi yang aku pelik tiba-tiba Cik Nana muncul dan round meja untuk lucky draw. Musykil. Ni majlis kenduri kahwin or gathering Geju?

Jam loceng handphone uzur dan nazak aku menjerit-jerit mintak dimatikan. Aku terjaga. Mimpi tamat.

Persoalannya :
Kalau ni gathering Geju, waaaahh sungguh hebat dan menarik. Gathering Geju round satu Malaysia. Ala-ala road tour gitu. Best.

Kalau kenduri kahwin, kenapa tiba-tiba Cik Nana muncul untuk upacara lucky draw?

Kalau kenduri kahwin, siapa yang kahwin? Eeemmmm... kahwin kat Kedah or area utara sana. Sahih la orang utara yang kahwin kan.

Pada firasat aku la kan, orang yang kahwin ni, kalau tak Mat Jan, Purbe. Kalau tak Purbe, Kelambu. Kalau tak Kelambu, Kak Pnut . Eh silap. Kak Pnut dah kahwin. Hehehe. Ya, ampuuuuunnn, Kak Pnut. (sekadar menyebut beberapa nama Gejuis yang aku tau berasal dari utara).

Pada firasat korang, siapa?

Mabuk Raya

Posted by Mar at 12:32 AM 0 comments

Nydzam & Muche @ Shahriza


Godwin & Philip

Explorace kembali selepas bercuti sakan sempena Raya Cina minggu lepas. There’s no Explorace last week. This week mereka ke Perlis. Philip & Godwin vs Muche & Nydzam (a standby team setelah Muhammad & Pie menarik diri). Kempunan aku nak menengok Encik Doktor beraksi :(. I’ve never been to Perlis before, so no more mengarut-ngarut dan melalut-lalut pasal pengalaman aku macam kat Terengganu dulu.

Starting point di Padang Besar. Godwin & Muche was taking Route 1 while Philip & Nydzam was taking Route 2.

Route 1. Godwin & Muche was heading to Gua Kelam for their mental task. Mentang-mentang Perlis ni kecik, TV3 betul-betul dera dua-dua kumpulan ni. Hanya basikal dan kaki sendiri menjadi kenderaan rasmi mereka sepanjang episod kali ni. No wonder insiden kekejangan kaki berulang-kali menimpa peserta-peserta malang ini :).

At Gua Kelam, Godwin & Muche was given a question. Both of them managed to answer the questions. I cant exactly remember the question. Tapi yang aku ingat (rasanya la), soalan untuk Muche, “Apakah nama bandar diraja Perlis?”, (jawapan : Arau). From Gua Kelam they have to cycle to Kg. Wang Kelian melalui laluan gelap di dalam Gua Kelam. Mereka perlu mencari Tasik Timah Tasoh untuk task seterusnya.

On the way ke sana, ada satu aksi selamba si Godwin. Godwin berhenti kat satu tempat ni sebab nak tanya arah jalan ke Tasik Timah Tasoh. Kebetulan tempat ni tengah buat open house Hari Raya. Dia dengan tak malunya mintak izin nak join makan sekali kat situ. Dengan senang hati dia enjoy beraya sakan seolah-olah dia sedang “Cuti-cuti Malaysia”. Cheh. Dah ler Tasik Timah Tasoh tu dia tak tau kat celah mana letaknya, boleh pulak senang hati dia makan sampai kenyang kat situ dulu. Lawak..lawak.. Sesuka hati dia jer buat task tambahan sendiri. Aiyoooo..this is race maaaaa. Wake up beb. Tapi dia memang cute and selamba jer buat camtu. Hahahaha. Patutnya ada anugerah peserta Explorace paling selamba. For sure si Godwin boleh menang.

Godwin sampai sesat-sesat lepas tu cari Tasik Timah Tasoh tak jumpa-jumpa sedangkan Muche dah pun sampai dan meneruskan task seterusnya. Sahih la si Godwin dah mabuk ketupat. Kalau team Godwin kalah ni sure la dia kena sumpah 77 keturunan oleh si Philip.

Di Tasik Timah Tasoh, mereka perlu mendayung sampan mengambil 20 ekor ikan di dalam sangkar yang diletakkan di tengah tasik. Dayung jangan tak dayung, moga bertemu si ikan duyung :). Godwin masih mabuk ketupat sebab tak habis-habis mengucap “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” pada petugas di check point ini. Parah si Godwin ni. Then, diorang kena bawa pulak ikan-ikan tadi ke Kg. Wang Mu.

Di Kg. Wang Mu, Godwin & Muche perlu menyediakan ikan pekasam bermula dari menyiang ikan, menyediakan bahan-bahan untuk diperap (goreng beras, tumbuk beras) hinggalah kepada memerap ikan (bahan untuk memerap ikan ialah beras yang ditumbuk tadi, garam dan air asam jawa). Mereka tak perlu tunggu 5 hari untuk tunggu ikan-ikan tu siap diperap tapi mereka perlu mencari Golden Key dalam perigi tempat memerap ikan pekasam tu (takde la dalam sangat perigi tu tapi mungkin baunya agak mencabar rongga hidung la kot sebab tempat tu tempat memerap ikan untuk selama 5 hari). Bukan main hulur-hulur tangan jer tau cari Golden Key. Diorang siap kena masuk dalam tu. Ala-ala berendam dalam bath-tub kat hotel 5 star gitu :). And one more thing, perigi tu bukannya ada air semata tapi ada ikan-ikan yang diperap selama berhari-hari. Terseksa ikan tu dibuatnya bila dikirai-kirai oleh mereka berdua ni. Lepas dapat Golden Key, diorang mandi-manda sat kat depan perigi tu untuk hilangkan bau-bauan dan kegatalan yang melanda anggota badan.

Then, diorang kena makan pulak nasi bersama ikan pekasam yang sungguh menyelerakan tu. Pesta makanan betul buat si Godwin. Cadangan aku, mungkin lepas ni Godwin sesuai untuk diserapkan menjadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan TV3.

Selesai task di Kg. Wang Mu, barulah mereka meneruskan perjalanan ke Meeting Point di Pusat Khidmat YB Khairi, Kg. Mata Ayer. Sebelum meneruskan perjalanan, Godwin sempat berpesan dengan Pak Jamil, tuan punya tempat membuat ikan pekasam tu, “Pakcik, ikan tu nanti jual mahal sikit tau.” Geli-geleman aku mendengarnya. Eeeeee tak sanggup rasanya nak makan ikan yang siap ada bau badan dan tapak kaki diorang tu. Pakcik, Godwin tu mabuk ketupat. Jangan dengar cakap dia :).

On Route 2, Philip & Nydzam perlu ke Perlis Plantation Berhad dengan menunggang basikal. Sampai di sana, perlu menjawab soalan yang disediakan. Philip gagal menjawab soalan dan bahananya dia terpaksa memotong dan mengumpulkan 7 ikat tebu (1 ikat = 26 batang) yang belum dibakar manakala Nydzam perlu melakukanya dengan kuantiti yang sama tetapi terhadap tebu yang sudah siap dibakar. Mungkin tebu yang dah dibakar ni miangnya kurang sikit kot daripada yang belum dibakar (I’m just guessing, correct me if I’m wrong).

Task seterusnya menanti di Snake & Reptilia Farm. Berkayuh-kayuhan basikal sekali lagi. Nasib la kan, dapat lokasi di Perlis, negeri tekecil di Malaysia. So, TV3 hanya bagi basikal kerana kekecilan negeri ini. Di Snake & Reptilia Farm takdak lain la, depa dok main dengan ulaq. Mula-mula ambik klu dalam karung berisi ular. Lepas tu ambik pulak Golden Box kat dalam sebuah bilik yang didiami beberapa ekor ular. Since Nydzam seriau dengan ular, this task was so challenging for him. Masa nak keluar dari bilik tu, sikit lagi dia tak kena patuk dengan ular tu padahal ular tu memang dah usha kaki dia dah masa tu.

Habis task di sini, barulah mereka ke Pusat Khidmat YB Khairi di Kg. Mata Ayer bertemu dengan pasangan masing-masing. Di sini mereka perlu beraksi dalam perlawanan tomoi menentang wira tomoi di sini. Perlawanan mengambil masa 2 minit setiap seorang. Medic team tak menang tangan masa ni. Mana yang kejang kaki, mana yang kaki melecet. No, no. Bukan wira tomoi yang tercedera. Kalau wira tomoi yang cedera, haruslah diorang bunuh diri akibat keaiban yang maha hebat begitu. As usual la, peserta yang cedera :).

Selesai perlawanan tomoi, kedua-dua kumpulan dikenakan penalti (penalty untuk apa aku tak sure, mungkin sebab kalah dengan wira-wira tomoi tu kot) iaitu menendang batang pisang hingga patah. Bukan..bukan.. Bukan tendang hingga kaki mereka patah. Tendang hingga batang pisang tu patah. Mungkin lebih adventure lagi kan kalau tendang hingga kaki diorang patah. Hehehehe.

Selesai task di sini mereka menuju pula ke Kg. Ngulang menggunakan kaki sendiri, bukan kaki partner mereka :). Again, Godwin & Nydzam mengalami kekejangan kaki. Kalau episod sebelum aku gelar Episod Mencarut Paling Banyak, mungkin episode kali ni perlu digelar Episod Kejang Kaki Bahana Mengayuh Basikal Tak Henti-henti.

Sampai di Kg. Ngulang, mereka semua perlu mencari kunci basikal yang terdapat pada “orang-orang” (patung yang letak kat sawah padi tu) yang bertopi kuning. Lepas dapat kunci barulah diorang boleh gunakan basikal tu untuk ke Finish Line di Dataran Sg. Kechor. Waktu berbasikal ke Finish Line, Nydzam terpaksa menggunakan kaki Muche untuk mengayuh basikal akibat kekejangan kaki yang dialaminya. Kasihaaaan.

Guess. Who win this race? Hahahaha. Kumpulan mabuk ketupat dan gemar membuat task tambahan yang menang. Tak sia-sialah Godwin mengambil tenaga tambahan menjamu selera di jamuan Hari Raya sebagai tetamu tak diundang. Namun hasilnya tetap mantap. Mereka tetap di depan mendahului Nydzam dan Muche. Congratulations to Philip & Godwin, you’ve made it to 2nd round!

Monday, February 14, 2005

Bagai Anak Ayam Kehilangan Bapak Ayam

Posted by Mar at 1:54 PM 0 comments
Encik Lecturer / Supervisor / Advisor aku cuti sakit 3 bulan. Daku terkapai-kapai. Uwaaaaaaaaaaa. Siapa nak bagi markah tesis aku ni? Sia-sia aku mengipas dan meng"air-cond" Supervisor aku selama ni. Inikah balasan yang harus aku terima. Tidaaaaaaaakkkkkkkk.

Encik Ketua Program, jangan tolak saya sana sini macam bola naaaaaaaaa.

I Dont Need Any Valentine's Day Wishes From A Married Man

Posted by Mar at 1:06 PM 0 comments
Gila. Dia memang gila. Aku benci dia. Aku marah. Aku rasa nak lempang dia. Dia suka buat aku sakit hati. Aku tak tahu apa motif dia. Dia ingat bila dia buat macam tu aku boleh jadi tambah kecewa? Dia ingat aku akan cemburu dengan kebahagiaan dia? Boleh blah. Sorry, you failed man. I think you are crazy. I suggest you to see a psychiatrist.


*Ada sesiapa nak menurunkan kadar hormon adrenalin yang membuak-buak keluar dalam badan aku la ni? Beli gula-gula Cloud 9 perasa strawberry tu sebijik cukup la :)

Friday, February 11, 2005

Nak Muntah Sat

Posted by Mar at 3:21 AM 0 comments
Petang semalam aku menonton drama Multimedia Super Cintun buat kali ketiga di NTV7 tanpa rasa jelak, jemu, loya, mual mahupun bosan. Dialog menarik Norman (Azhar Sulaiman) kepada Maya (Norzizi Zulkifli) dalam drama itu sangat menarik perhatian aku.

"Berhenti menangis. Air mata hanya akan membunuh rasa cinta."

Aku : Ya, aku akan berhenti menangis agar rasa cinta dan kasih sayang akan terus subur dalam jiwa. Namun, aku juga tidak akan berhenti menangis agar dapat membunuh terus rasa cinta "yang itu."


Maaf. Aku bermelankolik dan berjiwang-jiwangan bukan kerana dilamun cinta mahupun di-maki-hamun oleh cinta. Aku sekadar meng"divert" kekalutan, ke-kelam-kabutan, kerisauan dan ke-tidak-tentu-halaan menyiapkan final draft thesis yang akan menentukan hidup mati aku di semester akhir ini. Inilah bahananya bila sudah 3 hari ditemani beratus-ratus lagu cinta (dan masih sempat menonton drama cinta) di celah-celah kertas yang bertaburan di atas meja, bawah meja, atas katil, bawah katil, bawah kerusi dan segala bawah yang ada.

Harapan aku agar tidak ada yang berloya-loyaan dan bermuntah-muntahan membaca entry aku ini. Kalau anda masih rasa mahu berloya-loyaan dan bermuntah-muntahan, janganlah menuding jari menyalahkan aku. Saranan aku cuma satu, silalah segera berjumpa doktor di hospital mahupun klinik berhampiran rumah anda. Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

*Aku bermarathon di depan monitor dan keyboard sehingga jam 12 tengah hari Isnin ini. Doakan agar aku tidak rebah sebelum waktunya :)

Thursday, February 03, 2005

Benci Betul

Posted by Mar at 11:47 PM 0 comments
DULU



SEKARANG



Dan maskot yang paling sesuai untuk mewakili dan mempromosikan sistem pengangkutan awam paling "efisien kononnya" ini ialah :



ATAU



Aku marah lagi. Mungkin minggu ni minggu marah sedunia aku. Pagi ni kelas pukul 8.30 pagi. Patut-patut aku boleh sampai pukul 8, pagi tadi aku masuk kelas pukul 9.15 dengan selamba siput @ kura-kuranya. Dah la bas sampai lambat. Lepas tu bila dah jalan buat perangai pulak. Sekejap-sekejap berhenti. Sekejap-sekejap berhenti. Asyik tersengguk-sengguk jer memanjang. Tak cukup tidur agaknya bas ni. Tengok bola la tu agaknya. Tak pun bas ni ada projek besar dengan bini dia si Intrakota malam tadi(eh, tapi malam tadi malam Khamis, malam ni baru malam Jumaat. Musykil).

Nasib baik lecturer handsome aku hanya ambik attendance bila aku dah masuk kelas. Mesti dia sayang aku kan (I love you too). Muahahaha. Hujung semester nanti saya penuhkan borang penilaian encik dengan kata-kata pujian melambung ke planet Musytari ya. Hidup Encik Lecturer!!!!
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal