Saturday, August 20, 2011

Operasi Mengemas

Posted by Mar at 1:43 PM 2 comments

Menjelang Hari Raya.

Orang lain sibuk mengemas rumah.

Tapi saya sibuk mengemas meja kerja di sekolah.

Tak tahu la sampai bila boleh bertahan kemas macam ni. Tak lama lagi bersepah balik rasanya.

Gasaklah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 19, 2011

Pelik tapi benar

Posted by Mar at 8:25 AM 2 comments

Beg tangan sebesar bekas pensel.

Anda ada?

Saya ada.

Anda cemburu?

Tak payah la. Berat nak mengangkutnya hari-hari.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Talam Mambo

Posted by Mar at 1:05 PM 2 comments


Seorang kawan pernah kata. Bulan-bulan puasa ni sedap kalau makan kuih talam. Sejuk jer bila masuk tekak dan perut.

Kali ni buat talam mambo.

Unik kan nama talam ni.

Sedap. Menarik. Jarang jumpa orang jual.

Resepi talam mambo dari sini.







Wednesday, August 17, 2011

Talam Jagung

Posted by Mar at 12:52 PM 6 comments

Seperti biasa, resepi Kak Hanieliza tak pernah mengecewakan.

Sedap sangat.

Lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk baru keluar daripada peti ais.

Resepi talam jagung ada di sini.





Tuesday, August 16, 2011

Bingka Roti + Jagung

Posted by Mar at 12:45 PM 0 comments

Bingka roti ni sedap sangat.

Makan macam tu jer pun sedap.

Kalau buat sos tuang atas bingka roti ni lagi sedap rasanya. Tapi tak buat sebab tak mau menambahkan lemak yang sedia banyak ni.

Resepi saya ambil dari Mat Gebu.







Monday, August 15, 2011

Resepi Sardin Roll

Posted by Mar at 12:44 PM 5 comments
Ini sardin roll versi malas.

Guna roti saja.

Gulung-gulung.

Siap.




Bahan inti:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 sudu kecil cili boh
3 biji cili merah (dibuang biji & dihiris nipis)
1 tin sardin (dibuang sosnya)

Bahan kulit:
Roti (1 buku - dipotong dua)
Sedikit tepung gandum
Sedikit air

Cara (inti):
1. Sediakan inti dahulu. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis hingga cili boh masak.
3. Masukkan cili merah. Kacau hingga cili merah layu.
4. Masukkan ikan sardin. Kacau hingga ikan sardin hancur.
5. Padamkan api dan biarkan sejuk. Setelah betul-betul sejuk barulah diletak atas roti untuk digulung.

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bancuhan ini berfungsi sebagai gam untuk melekatkan roti.
2. Gelek roti hingga nipis.
3. Letakkan sedikit inti.
4. Gulung roti.
5. Lekatkan dengan sedikit bancuhan tepung tadi.
6. Setelah siap semuanya boleh digoreng dengan api sederhana hingga masak.





Sunday, August 14, 2011

Talam Suji

Posted by Mar at 12:17 PM 7 comments
Kali pertama buat talam suji saya guna resepi Kak Hanieliza sebab saya yakin dan percaya resepi dia mesti jadi sedap.

Alhamdulillah.

Kali pertama buat terus jadi.

Dah banyak kali jugak la buat talam suji ni. Rasa seketul dua jer. Selebihnya bagi pada saudara-mara dan jiran-jiran.

Resepi talam suji Kak Hanieliza ada di sini.

Mesti cuba. Gerenti sedap.








Wednesday, August 10, 2011

Moga Allah Permudahkan Segalanya

Posted by Mar at 11:33 AM 18 comments
Bukan niat saya mahu berahsia dengan semua rakan TTC di alam maya ini. Saya masih dalam keadaan mahu percaya atau tidak. Lagipun rasa terlalu awal untuk mengkhabarkan pada sesiapa. Takut. Khuatir. Risau. Teruja. Gembira. Semuanya bercampur-baur. Saya juga khuatir berita gembira ini akan mengguris perasaan rakan TTC yang lain. Namun ada juga yang dapat mengagak berita gembira ini. Kan kak kan :).

Perkara ini telah saya ketahui sejak 19 Julai yang lalu rentetan minggu sebelum itu saya letih-seletihnya tanpa sebab yang munasabah. Minggu sebelumnya, apabila balik dari gym, saya terlentang atas katil lalu tidur tanpa sempat buka stoking sebab rasa letih yang melampau. Semasa di sekolah, setiap kali naik dan turun tangga, kaki saya jadi terlalu lenguh sedangkan biasanya naik turun tangga bukan satu masalah pada saya.

Hari sebelum saya check guna UPT, saya masih pergi gym. Namun saya pelik sebab saya mula dengan kelajuan yang sederhana pada treadmill tetapi saya rasa ia bergerak sangat laju hingga saya sukar untuk kejar. Saya fikir mungkin treadmill itu rosak. Namun saya masih tetap habiskan sesi satu jam itu.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya minta suami belikan UPT. Awal pagi 19 Julai, terungkailah segalanya. Pertama kali UPT tunjuk tanda positif selepas berpuluh-puluh UPT selama 3 tahun ini tak pernah mahu berbaik dengan saya. Tiada kata-kata yang terungkap. Hanya air mata tanda kesyukuran yang mengalir. Syukur, Alhamdulillah.

Pagi itu saya terus hubungi klinik. Saya maklumkan mengenai perkara itu. Staf klinik minta saya datang keesokan harinya. Waktu di klinik, doktor scan dan karung sudah nampak tetapi masih terlalu halus dan terlalu kecil. Doktor meminta saya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti lasak. Window shopping pun doktor tak benarkan. 5 suntikan yang saya terima sebelum ini sebenarnya bertujuan untuk menguatkan kandungan dan rahim saya.

Setelah 3 tahun melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Allah akhirnya memakbulkan doa kami. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan hati saya selama ini. Hanya masa yang menentukan. Saya tidak akan berhenti berdoa agar Allah sentiasa melindungi saya dan insan istimewa dalam rahim saya ini. Hingga saat ini, sekali-sekala air mata ini pasti menitis kerana terasa betapa kerdilnya saya di sisi Allah namun Allah tetap memakbulkan doa saya.

Bukan niat saya untuk mewar-warkan kepada semua orang tentang ini. Ini sekadar catatan buat kenangan saya. Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya catatan saya ini mengguris perasaan anda. Tidak terniat walau sedikit pun. Maafkan saya.

7 minggu. Sudah ada heartbeat. Semoga selamat semuanya.

Fish oil. Obimin. Kalsium.

Temujanji seterusnya selepas Raya. 7 September 2011.



Doakan moga segala-galanya dipermudahkan. Moga segalanya akan berjalan lancar. Semoga semuanya akan selamat.

Friday, August 05, 2011

Debaran itu

Posted by Mar at 12:03 AM 2 comments

Berdebar nak jumpa doktor minggu depan.

Harap semuanya berjalan lancar.

Harap semuanya ok.

Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 01, 2011

Mabuk kuih dan talam

Posted by Mar at 8:02 AM 2 comments
Angin pus pus merasuk jiwa dan minda saya.

Saya buat 4 jenis kuih. Ini kali pertama saya buat kuih-kuih ini.

Sengaja bereksperimen. Sebagai buah tangan untuk dibawa ke kenduri doa selamat masuk rumah baru sepupu di Setapak.

Ini keputusan eksperimen saya.

Talam mambo. Lulus.

Kuih bakar. Lulus.

Kuih lapis. Gagal. Tak tau kat mana silapnya. Mungkin kerana silap cara mengukus. Kalau rajin akan cuba lagi lain kali.

Talam suji. Lulus.

Resepi semua saya cari di internet.

Resepi talam mabo dari sini.

Resepi kuih bakar dari sini.

Resepi kuih lapis dari sini.

Resepi talam suji dari sini.


Selamat mencuba.

Dari kiri : Talam mambo, kuih bakar, kuih lapis, talam suji, talam mambo, kuih bakar.


 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal