Bukan niat saya mahu berahsia dengan semua rakan TTC di alam maya ini. Saya masih dalam keadaan mahu percaya atau tidak. Lagipun rasa terlalu awal untuk mengkhabarkan pada sesiapa. Takut. Khuatir. Risau. Teruja. Gembira. Semuanya bercampur-baur. Saya juga khuatir berita gembira ini akan mengguris perasaan rakan TTC yang lain. Namun ada juga yang dapat mengagak berita gembira ini. Kan kak kan :).
Perkara ini telah saya ketahui sejak 19 Julai yang lalu rentetan minggu sebelum itu saya letih-seletihnya tanpa sebab yang munasabah. Minggu sebelumnya, apabila balik dari gym, saya terlentang atas katil lalu tidur tanpa sempat buka stoking sebab rasa letih yang melampau. Semasa di sekolah, setiap kali naik dan turun tangga, kaki saya jadi terlalu lenguh sedangkan biasanya naik turun tangga bukan satu masalah pada saya.
Hari sebelum saya check guna UPT, saya masih pergi gym. Namun saya pelik sebab saya mula dengan kelajuan yang sederhana pada treadmill tetapi saya rasa ia bergerak sangat laju hingga saya sukar untuk kejar. Saya fikir mungkin treadmill itu rosak. Namun saya masih tetap habiskan sesi satu jam itu.
Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya minta suami belikan UPT. Awal pagi 19 Julai, terungkailah segalanya. Pertama kali UPT tunjuk tanda positif selepas berpuluh-puluh UPT selama 3 tahun ini tak pernah mahu berbaik dengan saya. Tiada kata-kata yang terungkap. Hanya air mata tanda kesyukuran yang mengalir. Syukur, Alhamdulillah.
Pagi itu saya terus hubungi klinik. Saya maklumkan mengenai perkara itu. Staf klinik minta saya datang keesokan harinya. Waktu di klinik, doktor scan dan karung sudah nampak tetapi masih terlalu halus dan terlalu kecil. Doktor meminta saya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti lasak. Window shopping pun doktor tak benarkan. 5 suntikan yang saya terima sebelum ini sebenarnya bertujuan untuk menguatkan kandungan dan rahim saya.
Setelah 3 tahun melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Allah akhirnya memakbulkan doa kami. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan hati saya selama ini. Hanya masa yang menentukan. Saya tidak akan berhenti berdoa agar Allah sentiasa melindungi saya dan insan istimewa dalam rahim saya ini. Hingga saat ini, sekali-sekala air mata ini pasti menitis kerana terasa betapa kerdilnya saya di sisi Allah namun Allah tetap memakbulkan doa saya.
Bukan niat saya untuk mewar-warkan kepada semua orang tentang ini. Ini sekadar catatan buat kenangan saya. Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya catatan saya ini mengguris perasaan anda. Tidak terniat walau sedikit pun. Maafkan saya.
7 minggu. Sudah ada heartbeat. Semoga selamat semuanya.
Fish oil. Obimin. Kalsium.
Temujanji seterusnya selepas Raya. 7 September 2011.
Doakan moga segala-galanya dipermudahkan. Moga segalanya akan berjalan lancar. Semoga semuanya akan selamat.
18 comments on "Moga Allah Permudahkan Segalanya"
tahniah dear.. syukur Alhamdulillah.. zana doakan semuanya baik2 & sihat2 saja.. jangan terlalu lasak di awal kehamilan ni yer.. banyakkan berdoa agar Allah permudahkan proses kehamilan & bersalin nnti yer..
Terima kasih, Zana :)
tahniah dear...
alhamdulillah..
suka sangat setelah doa dan usaha dilakukan dimakbulkan ALLAH...
amin....
perkhabaran yg gembira untuk hari ini.....
take care ye Mar.....lalui sweet preggy moment ya dear dengan tabah
YA ALLAH,,sungguh agung pemberianmu
pnsusu,
Terima kasih :)
haaaa.dah agak dah....mesti positif ni...mya dah dpt agak masa akak tunjuk ubat kat klinik tu...apepun tahniah skali lagik wat akak..jaga diri dan kandungan bebaik.jgn skip mkn ubat k..hope everything will be ok.
seronoknya ramai ttc da berjaya
hurm...hani masih lagi berharap agar ada rzeki hani bulan ni....tahniah ye
jaga baby bebaik..bkn senang nak dpt....
tahniah. alhamdulillah. sesungguhnya Allah dah tulis cntik untuk kita. di bulan Ramadhan ni akak diberi rezeki yang tak ternilai. Allah Maha mendengar kan? sesungguhnya rezeki itu ada. masa yang menentukan.....
tahniah...
smoga allah melindungi keselamatan n kesihatan anda..
jaga diri bebaik ok...
berdoa juga smoga ade rezeki utk kami puasa ni... amin...
Tahniah Mar.. bila la masa saya =)
saya gembira dengan perkhabaran ini..
doakan saya pulak..
Mar..boleh buat satu post.. tentang usaha-usaha dari A -smpi sekarang la..so justreview balik je.. just nak baca..manatau leh share petua =)..
:)
Alhamdulillah...Tahniah Mar...jaga diri elok2 k...so happy for u. smoga kita berdua dilindungi dari sbrg perkara yg membawa kemudaratan kepada diri sendiri ataupun kandungan..Alhamdulillah..congrats again dear...
myazara,
terima kasih :)
hani,
terima kasih. teruskan berdoa. insyaallah. mana tahu berkat bulan Ramadhan ni
qasehqaleef,
terima kasih. semuanya kuasa Allah.
cikbedahlaser,
terima kasih. insyaallah doa akak sentiasa bersama anda semua :)
nurhusna,
terima kasih. Insyaallah nanti saya usahakan.
kak reen,
terima kasih atas sokongan kak reen selama ni :)
tinie,
terima kasih. tahniah buat anda juga :)
mengalir airmata baca entry ni. besarnya kuasa Allah :)
Lady Mira,
Ya. Kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya.
Alhmdulillah, tahniah mar..anugerah yg xternilai bg org2 seperti kita, pecaya atau x,nani bc entry mar, nani nangis, sebak rasenya bile tringat kisah pregnancy 2thn dulu, alhmdulillah usaha n doa mar berhasil Allah makbulkan..
takecare mar, nikmati saat2 pregnancy yg terlalu indah, nani masih mncuba mngulangi saat2 pregnancy lalu tp blm ada rezeki dr allah..insyallah mgkn nnti..
Ya Allah sungguh besar Anugerah-Mu buat kami yg kerdil ini..
Terima kasih, Nani. Doakan Mar ya
TAHNIAHHHHH! TAHNIAH DAN TAHNIAH.
hana
Terima kasih, hana
Post a Comment