Thursday, December 06, 2012

Bergurau biar la bertempat

Posted by Mar at 11:24 AM 6 comments
Perkara-perkara berkaitan dengan kuasa Allah ni bukan sesuai untuk dibawa bergurau. Yang pasti akan ada hati yang terhiris dan terguris. Sebelum bercakap atau menulis, fikir dahulu. Fikir guna otak dan akal. Bukan guna kepala lutut.

Niat saya hanya satu, supaya dia faham soalan sebegini bukan sesuatu yang boleh diajukan sewenang-wenangnya.

Friday, November 02, 2012

Penampar mauuu?

Posted by Mar at 9:53 PM 5 comments

Baru sebulan dua kahwin kau dah merempan tak tentu hala. Siap cakap, "Bosan la kat rumah tak ada anak."

Ok. Memang aku emo. Mungkin sebab aku pernah TTC, aku jadi emo melampau-lampau. Mungkin orang lain anggap statement tu biasa jer. Tapi aku tetap ada perasaan nak bagi penampar.

Aku tak cakap pasal orang lain. Aku cakap pasal aku. Aku kahwin 4 tahun baru Khadeeja lahir tapi tak pernah aku merempan kat orang lain bagi statement macam tu. Kau baru sebulan dua kahwin dah sibuk. Mahu aku tak sentap?

P/s Bila marah kena tulis aku kau baru gempak. Hahaha. Eh eh... Aku masih rasa nak bagi penampar ni. Grrrr.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 31, 2012

WW

Posted by Mar at 9:38 PM 5 comments

Wednesday, October 03, 2012

WW

Posted by Mar at 4:14 PM 1 comments

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 18, 2012

Seumur hidupku, ini kali pertama

Posted by Mar at 9:21 AM 14 comments
Kena chicken pox.
Gila. Dah tua-tua kena chicken pox.
Merasa laaaa.

Gatal melampau. Tak kisah.
Tergaru-garu. Tak kisah.
Tak boleh peluk Khadeeja. Itu kena kisah.

Huwaaaaa. Rinduuuuu.




Saturday, September 15, 2012

Dah Makan

Posted by Mar at 1:22 PM 0 comments

Baru 5 bulan 2 minggu. Belum pun 6 bulan lagi. Kalau ikutkan Mommy dia yang skema ni memang nak tunggu 6 bulan nanti baru nak mula. Tapi 2 hari berturut-turut pengasuh kat taska kata Permaisuri Kenit ni asyik merengek-rengek. Hari kedua merengek, pengasuh rendam biskut marie 1/2 keping dalam air kosong bagi dia makan. Dia seronok sangat siap jilat biskut marie yang jatuh atas baju.

Balik dari taska terus la Mommy pergi AEON beli broccoli dan kobis bunga. Terus steam, blend dengan ebm jadikan puree.

Lazaaaaattt. Hahahaha.

Setakat lima hari ni Permaisuri Kenit dah rasa broccoli, kubis bunga dan carrot. Dia paling tak suka carrot. Rasanya sebab carrot paling manis. Dua lagi tu tak ada rasa sangat.

Wednesday, August 29, 2012

WW

Posted by Mar at 9:34 PM 9 comments

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 05, 2012

True Inspiring Story : Keperitan perlu dilalui dengan penuh kesyukuran

Posted by Mar at 8:05 AM 0 comments


Wani Ardy dan Syafiq.
Sangat kagum dengan pasangan ini.

Wani Ardy.
Wanita yang kuat.
Tabah.
Menikmati kehidupan dengan sepenuhnya walau ada kekurangan dalam diri.
Seorang yang sangat berfikiran positif.
Punya ibu dan ayah yang menjadi penyokong setia.
Punya makcik-makcik yang baik hati (bukan kepochi).
Punya mertua yang sangat memahami jiwa, keadaan dan takdirnya.

Syafiq.
Lelaki yang berhati mulia.
Menerima Wani seadanya.
Mencintai Wani sepenuh hatinya.

Moga cinta mereka kekal selamanya.
Kerana mereka insan istimewa.

Kebahagiaan seharusnya milik mereka.
Kerana keperitan dilalui oleh mereka dengan penuh kesyukuran.

Saturday, July 14, 2012

Miracle Baby

Posted by Mar at 5:52 PM 3 comments

Buah hati pengarang jantung yang dinanti-nantikan oleh ayah dan ibunya.

Moga terus membesar, sihat dan menjadi anak yang soleh.

Saya pernah bercerita tentang mereka di sini dan sini.

Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Sunday, July 08, 2012

Pertama kali

Posted by Mar at 4:24 PM 2 comments

Jiran depan rumah bagi ikan patin. Tanya suami, sesuai nak masak apa? Dia cakap gulai tempoyak.


Dia pun beli la bahan kat pasar malam. Saya pun belasah la masak dengan bantuan resepi daripada google. Amaran penting, jangan letak bawang. Bawang dikatakan akan mengganggu dan mengubah rasa tempoyak.


Suami saya agak cerewet soal makanan ni. Tapi kali ni dia kata sedap. Maknanya sedap la tu kot.


Bahan:

Ikan patin

Tempoyak

Cili padi

Kunyit hidup

Air

Daun kesom


Cara:

Siang ikan patin dan rendam dengan asam keping untuk hilangkan hanyir.


Kisar kunyit hidup dan cili padi.


Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi. Masukkan tempoyak. Kalau mahu kuah pekat, letak tempoyak lebih. Kacau hingga sebati.


Masukkan ikan patin.


Pasang api. Renehkan atas api. Tunggu hingga mendidih dan ikan masak.


Masukkan daun kesom.


Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 05, 2012

Tiada lagi

Posted by Mar at 8:03 AM 2 comments

Tiada lagi "kurang zat makanan."

3 bulan, 4.6kg.

Kenaikan berat badan kembali normal.

Yahuuuuuuu....


Lalu tiadalah adengan mommy budak ni menyorok bawah meja klinik.


Syabas, Khadeeja.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 28, 2012

Penantian 6 tahun berakhir

Posted by Mar at 11:13 PM 19 comments
Ingat tak lagi kisah ini?

Alhamdulillah. Dia sudah pun selamat melahirkan seorang putera yang dinanti-nanti selama ini. Penantian 6 tahun itu berakhir dengan kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Hamil hingga usia kandungan 28 minggu sahaja. Si kecil seolah-olah tidak sabar mahu menemui ibu dan ayah yang ternanti-nanti kehadirannya yang cukup istimewa itu. Berat si kecil hanya 1.020kg. Moga si kecil terus kuat, sihat serta membesar menjadi insan yang bakal menggembirakan hati ibu dan ayah.

Tuesday, June 26, 2012

Selamat Hari Raya???

Posted by Mar at 11:01 PM 4 comments

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 20, 2012

Sayu

Posted by Mar at 10:35 PM 4 comments

Masanya sudah tiba untuk meninggalkan Khadeeja di taska. Isnin, 25 Jun 2012. Saya akan kembali bertugas selepas cuti bersalin selama 90 hari.


Esok dan lusa, Khadeeja akan mula dihantar ke taska. Sengaja hantar awal supaya Khadeeja mesra dengan orang-orang di sana. Harap-harap serasi la dia di sana. Awal dua hari jer. Tak sampai hati nak hantar awal sangat.


Harap-harap Khadeeja selesa di sana. Semoga Allah sentiasa melindungi Khadeeja.


Mommy will miss you, sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 19, 2012

Perlukah risau?

Posted by Mar at 5:53 PM 4 comments

Setiap kali pam, susu daripada breast kanan sangatlah sedikit. Kurang daripada separuh kalau nak dibandingkan susu daripada breast kiri. Saya syak breast kanan punya tangki dan paip kecil kot. Dan ya, ia besar sebelah. Tidak begitu ketara tapi saya yang dok mengadap hari-hari rasa pelik juga sesekali.


Saya dah cuba 2 bulan dahulukan breast kanan untuk diberi pada Khadeeja supaya dapat merangsang pengeluaran susu pada breast kanan tapi keadaan masih sama.


Perlukah risau? Atau pasrah saja?


Yang pasti saya bersyukur dengan rezeki daripada Allah untuk Khadeeja ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 14, 2012

Say NO to handbags

Posted by Mar at 10:21 AM 4 comments

MUKTAMAD.

Pergi kerja dengan segala aneka beg. Sanggup? Sanggup tak sanggup memang kena mengangkut.

Beg pam.
Cooler bag.
Beg buku lagi.

Nak tambah handbag pulak lagi?

Tak payah. Buat menyeksa diri jer. Nanti ada la yang tercicir kalau banyak-banyak tu nanti.


Jadi, penyelesaiannya adalah ini.


Sunday, June 10, 2012

Lemau

Posted by Mar at 9:44 AM 6 comments
Lagi 2 minggu nak mula kerja.

Senyum.
Tak perlu kata apa-apa.

Senyum.
Tak perlu kata apa-apa.



Friday, June 08, 2012

Anak Tomok

Posted by Mar at 5:18 AM 0 comments

Comel sangat ok.

Dengan pipi gebu.

Putih merah.

Geram sangat tengok.


Terus rindu nak pregnant dan beranak lagi. Ehhh....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 03, 2012

Kekurangan zat makanan

Posted by Mar at 2:44 PM 4 comments

Itulah yang nurse cakap masa pergi check up 2 bulan. Dah 2 bulan tapi berat cik mek ni naik tak sampai 1kg pun. Masa lahir 2.98kg. Sekarang 3.95kg. *duusshh kat batang hidung mommy awak*


Tak tahu nak sumbat ketet celah mana lagi dah. Nak kata saya diet, selera saya macam naga. *musykil* Sah la lemak-lemak tu pergi kat mommy bukan kat anak. *matik laa*


Harap-harap masa check up 3 bulan nanti berat naik banyak. Kalau tidak, mommy awak yang trauma nak pergi klinik nanti. Haiisshh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

Berpada-padalah

Posted by Mar at 1:54 PM 10 comments

Tak perlu kot nak cerita.

Makan itu.

Minum ini.

Jamah jenama tu.

Cuit jenama ni.

Buat petua tu.

Amalkan petua ni.


Kemudian....


Dengan bangganya beritahu segalanya yang dilalui mudah. Senang itu. Senang ini. Yada yada yada.


Tidakkah dia tahu bahawa segalanya kuasa Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Berapa banyak pun petua dan amalan yang dibuat, kalau Allah dah tentukan perjalanan kita sukar, maka sukarlah ia.


Maka, saya rasa tak perlu nak beriya-iya sangat bergebang beritahu yang awak mudah melaluinya kerana macam-macam petua dan amalan itu.


Kesusahan, kesenangan, kesulitan, kesihatan, kesakitan, kesengsaraan mahupun kebahagiaan, segalanya telah ditentukan oleh Allah. Setiap insan akan ada bahagian masing-masing. Itu janji Allah.


Maka cukuplah jika kita ucapkan kesyukuran. Cukup. Itu sudah cukup.


Tak perlu bergebang tak sudah-sudah.


Sudah-sudahlah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

4 Tahun

Posted by Mar at 7:01 AM 4 comments



29 Mei 2008.
Ketika itu, saya berusia 27 tahun. Dia berusia 26 tahun.
Bahagia. Sangat bahagia.



Kini, saya berusia 31 tahun dan dia 30 tahun. Sudah 4 tahun kami melayari kehidupan berumahtangga. Tidak selalunya indah. Pastinya sering diulit onak dan duri. Sedangkan lidah lagi tergigit. Namun kami yakin cinta kami ikhlas. Yang lain kami serah pada Allah.

Moga Allah mengizinkan kami bersama-sama melalui tarikh ini pada tahun-tahun akan datang. Insyaallah.

Thursday, May 24, 2012

Alhamdulillah

Posted by Mar at 3:47 PM 10 comments

Rezeki Khadeeja.

Susu saya tidaklah memancut-mancut meriah seperti orang lain. Tapi saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk Khadeeja.

Sejak 13 April 2012 hingga 24 Mei 2012, jam 3.25 petang, saya sudah kumpul 416.5oz untuk Khadeeja.

Alhamdulillah. Syukur kepadaMu, Ya Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Brownies???

Posted by Mar at 1:50 PM 4 comments

Tuesday, May 15, 2012

Perlukah pasrah?

Posted by Mar at 11:23 AM 6 comments

Gambar terbaru.


Tak berani ambil gambar penuh sebab badan masih membadak dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kecut pun. Sedih tahap dewa ni.


Setakat pagi tadi, saya masih ada 3.7 kilo lemak degil yang perlu dihilangkan untuk dapat balik berat sebelum mengandung. Sangat liat tahap dewataraya ya lemak-lemak tu nak berambus. Pfftt.


Untuk dapat berat ideal lagi la JAUUUUUUHHH perjalanannya. Dalam mimpi jer la kot nak dapat berat ideal tu.


Ok. Nak pergi nangis bawah bantal sekarang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 08, 2012

Moga mendung itu berlalu

Posted by Mar at 8:52 PM 4 comments

Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita yang membuatkan perasaan saya sebak, risau, resah dan gelisah.

Dia rakan sekerja sewaktu saya bekerja di Celc*m 7 tahun yang lalu. Dia TTC dah lama. Sudah 6 tahun. Sudah melalui pelbagai jenis rawatan. Dia penghidap PCOS. Jarang-jarang datang haid. Bulan Oktober tahun lalu dia berjumpa Dr. Hamid Arshat selepas dia tahu saya berjaya hamil selepas berjumpa Dr. Hamid.

Dr. Hamid beritahu telur dia semua tidak matang menyebabkan Dr. Hamid memberikan clomid dengan dos yang paling tinggi. Dengan kuasa Allah, tidak lama selepas itu, dia hamil. Kandungan dia sudah pun menjangkau lebih kurang 21 minggu.

Baru saja 3 hari lepas dia beritahu bahawa bayi yang dikandungnya ialah bayi lelaki. Terserlah kegembiraan dia. Masakan tidak, 6 tahun menanti keajaiban ini.

Namun tiba-tiba, pagi tadi saya dikejutkan dengan berita dia mengalami pendarahan semasa sedang tidur. Setelah pemeriksaan dibuat, air ketuban juga kurang. Doktor khuatir kekurangan air ketuban ini akan menyebabkan jangkitan kepada bayi. Dia kata, doktor tidak memberikan sebarang harapan. Tangisan menjadi teman rakan saya itu.

Saya cuba beri semangat pada dia. Saya minta dia tidak putus berdoa semoga keajaiban berlaku. Saya harap dia kuat dan tabah. Hingga jam 3 petang tadi, dia kata pendarahan masih tidak berhenti. Kasihan dia. Saya ingin sangat peluk dia erat-erat.

Ya Allah. Kau permudahkanlah segalanya buat rakanku itu. Kurniakanlah yang terbaik buat dirinya. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alat kawalan jauh

Posted by Mar at 9:48 AM 0 comments
Asalnya saya letak gambar ni di Instagram dengan caption,

"Remote air cond. Remote kipas. Remote tv. Remote???"

Kemudian LinGhazale balas kat twitter,
"LOL remote mak. Tet - nangis - mak pon datang."

Tepat sekali.

*gelak guling-guling*

Wednesday, April 25, 2012

Kembar (kot)

Posted by Mar at 9:57 AM 0 comments

Saturday, April 07, 2012

Kelakar dan suka berseloroh

Posted by Mar at 3:18 PM 7 comments

Love you too, Khadeeja.

Tak tak. Bukan Khadeeja. Khadeeja tak pandai buat kelakar lagi. Juga belum pandai berseloroh. Haha.

Saya bercakap tentang Dr. Roslan. Dalam serius dia terselit sifat kelakar dan lucu. Jadi bila jumpa dia, kurang sedikit rasa stress. Yer la kan. Kalau jumpa doktor yang garang, sumpah tak mahu jumpa lagi doktor tu.

Tak bolehlah nak bandingkan Dr. Roslan dengan Dr. Hamid. Dr. Hamid dah macam pangkat ayah. Dia mungkin tak kelakar tapi sifat kebapaan dan ambil berat dia membuatkan kita rasa hormat dan sayang pada dia.

Khamis hari tu merupakan temujanji terakhir saya dengan Dr. Roslan. Mentang-mentang yang terakhir, segala lawak keluar hari tu. Tak ingat-ingat padahal nak cabut stapler saya. Yang jadi mangsa saya la sebab tak boleh tumpang gelak dengan puas. Kang kalau bantai gelak puas-puas kang ada yang terburai keluar isi perut nanti.

Selain lawak stapler tu ada keluar satu lagi cerita. Dr. Roslan macam pelik tengok kulit Khadeeja yang putih sangat. Dia yang kata, bukan saya. Putih semacam dia cakap. Saya dan suami pun up la diri masing-masing kan sebab tak nak kalah.

Nak tau dia jawab apa?

"Sebenarnya tengok orang yang sambut jugak. Orang yang sambut tu Haji kan. Terpancar cahaya keimanan lebih sikit. Tu yang keluar putih melepak tu."

Ni kalau luka terkoyak ni nak salahkan siapa?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 06, 2012

Kenapa stapler?

Posted by Mar at 4:48 PM 6 comments
Kisahnya setiap kali nurse Klinik Kesihatan datang rumah tengok saya dan Khadeeja mesti pelik tengok luka pembedahan saya di'stapler'. Semua kata kali pertama tengok. Muak juga saya dengar kenyataan yang sama saja setiap kali datang. Dah la datang boleh kata setiap hari. Letih nak bermanis muka. Haha.

Semalam ada temujanji dengan Dr. Roslan untuk buka stapler tu. Suami pun tanya la Dr. Roslan kenapa nurse tu semua pelik tengok stapler tu.

Nak tau apa jawapan Dr. Roslan?

"Sebenarnya sebab saya dah tua. Tak berapa nampak kalau nak jahit. Tu yang nak senang guna stapler jer."

Dan perbualan itu berlangsung semasa stapler saya sedang dicabut. Ngeri. Gigil-gigil saya tahan gelak, ok. Haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, April 01, 2012

Sementara Ingat

Posted by Mar at 10:03 AM 11 comments
Hari Ahad. 25 Mac 2012. EDD. Pukul 3 petang.
Keluar lendir bercampur darah berwarna coklat seperti waktu awal period. Tak ada sakit langsung. Rasa biasa saja. Beritahu Mak nak tanya sama ada perlu pergi hospital atau tidak. Mak suruh tunggu bila sampai rasa sakit dulu. Tanya kawan-kawan di twitter, ada yang suruh pergi hospital, ada yang suruh tunggu sakit makin kerap datang dulu. Lepas tu siap pergi minum kat mamak Ar-Riyad Setiawangsa. Sebelum balik rumah singgah rumah Busu di Ampang Jaya untuk ambil katil baby yang kami tumpang letak masa beli dulu.

Sampai rumah masih tak rasa sakit langsung. Cuma rasa nak berak tapi tak keluar tah* dan lenguh-lenguh pinggang. Saya pergi sidai baju yang baru basuh. Lipat kain baju yang dah kering. Kemudian baring-baring sambil tengok Mentor dan google tentang tanda bersalin. Suami pula telefon ibu mertua dan biras saya untuk bertanya-tanya.

Entah macam mana saya terbaca tentang nipple stimulation untuk mempercepatkan bersalin. Saya pun suruh la suami ehem ehem. Beberapa minit selepas tu, lebih kurang pukul 11 malam, terus rasa sakit senggugut datang. Sakit senggugut tu datang kemudian hilang. Datang balik, hilang. Bila tengok jam, kekerapan adalah 5 minit sekali. Tak adanya 30 minit ke 20 minit ke 10 minit, terus-terus jer 5 minit sekali. Sakit tu boleh tahan lagi. Masih boleh tersenyum. Cuma ada panik dan cuak sikit la.

Jadi, kami ambil keputusan untuk ke hospital. Siap-siap apa yang patut. Tak ada kelam-kabut. Cuba untuk bertenang. Tenang-setenangnya. Mak ikut sekali pergi hospital. Sampai di hospital, terus pergi PAC. Check macam-macam la. Bp, air kencing. Bp memang tinggi la. Sebab sakit kan. Doktor seluk tengok bukaan. Bukan Dr. Roslan sebab doktor tu kata Dr. Roslan baru saja balik dan tidak dapat dihubungi. Dah 3 cm. Doktor kata memang dah kena masuk wad. Tapi sebab bilik untuk FPP penuh, maka saya diletakkan di wad kelas 2 untuk sementara waktu.

Sakit senggugut makin kuat. Sakit contraction la tu. Selama ni tak tau sakit contraction tu macam mana. So, sekarang dah tau. Rasa macam sakit senggugut yang melampau. Masuk wad, saya cuba untuk tidur. Tidur-tidur ayam jer dapat. Pukul 4 pagi, Dr. Yu, doktor pakar yang bertugas malam tu datang untuk tengok bukaan. Sekarang dah 5 cm. Dia cakap separuh daripada proses sudah berlaku. Saya senyum gembira sebab tak payah tunggu lama-lama. Dia kata dah kena masuk labour room. Sebelum masuk, nurse bagi makan ubat untuk turunkan tekanan darah.

Bila masuk labour room, saya rasa masa berlalu terlalu lambat. Kalau tadi bukaan tu macam laju jer saya rasa tapi sekarang perlahan macam siput. Kalau tak salah, bukaan dah 6 cm doktor masukkan ubat untuk pecahkan air ketuban. Tujuannya untuk cepatkan lagi bukaan. Dalam 6 pagi macam tu nurse tanya saya nak ubat tahan sakit atau tidak. Mula-mula saya cakap tak payah sebab sakitnya bagi saya tak teruk sangat. Masih boleh tahan. Tapi dia kata nanti makin sakit, bp lagi tinggi. Saya pun kata ok. Ubat tu cucuk di peha kanan.

Lepas jer ubat tahan sakit tu masuk, memang rasa mengantuk sangat. Rasanya saya tertidur lepas tu. Lepas tu bila terjaga pun memang mamai-semamainya. Dalam hati saya masa tu, cepatlah beranak supaya saya boleh tidur puas-puas lepas tu. Tetaplah tak beranak lagi. Tunggu dan terus menunggu. Sakit memang makin lama makin kuat. Tiap kali sakit tu datang, saya siap mengerang-ngerang dan menggeliat-geliat sikit. Suami usap-usap tangan saya sambil berzikir dan baca macam-macam ayat. Bila dia berhenti sebab kering tekak saya paksa juga dia baca lagi. Itu saja yang dapat menenangkan saya waktu tu.

Masa dalam labour room, ada seorang nurse ni tanya saya ada risau apa-apa ke sebab bp saya tinggi. Macam-macam ubat dah doktor masuk dalam badan saya. Saya beritahu la saya risau sebab baby tak keluar-keluar lagi. Dia pun ceramah saya supaya tak perlu risau sebab zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu satu cara jer nak keluarkan baby. Sekarang ada macam-macam cara. Kalau tak normal, ada vacuum, forcep atau operate. Betul la apa dia cakap tu tapi bercakap dengan orang yang sakit dan sedang stress macam saya umpama mencurah air ke daun keladi jer la. Tambah stress saya rasanya.

Bila saya cakap pada nurse saya sakit dan rasa nak terbera* sangat-sangat, doktor pun masuk. Masih tak nampak bayang Dr. Roslan lagi masa ni. Doktor tengok bukaan. Dah 10 cm. Dah boleh teran. Teran-teran, tah* yang keluar. Dua kali kot. Saya buat tak tau. Lantak la kan. Bukan boleh tahan-tahan. Teran-teran lagi. Saya rasa meneran tu macam susah sangat. Sebab teran-teran tak keluar. Rasa macam buang masa dan tenaga. Teruk kan saya. Pemalas gila nak teran. Tapi tetap teran jugak walaupun rasa macam tak betul jer cara teran tu. Lantak.

Tak lama lepas tu, Dr. Roslan masuk. Saya pun teran-teran depan dia. Dia kata bagus saya teran. Tak tau la dia puji ke nak ambil hati ke nak bagi semangat ke apa kan. Hahaha. Tapi dia kata kedudukan baby tinggi. Ambil masa nak turun. Yer la, baby kan tak engage lagi masa saya jumpa Dr. Roslan hari Jumaat tu. Dr. Roslan kata kita cuba dalam sejam jer lagi. Takut nanti fetal distress. Tak lama lepas tu, Dr. Roslan pun cakap, "Kita operate jer la yer." Saya terus angguk dan cakap ok. Laju jer cakap ok. Dalam kepala saya supaya cepat-cepat la anak saya keluar dengan selamat. Selagi tak keluar selagi tu la saya risau.

Selepas selesai tandatangan borang kebenaran pembedahan semua, saya pun ditolak masuk ke dewan bedah. Kena cucuk epidural kot, terus la kebas separuh badan. Lepas dah cucuk-cucuk dengan jarum kot untuk pastikan saya dah tak rasa sakit, pembedahan pun bermula. Saya sedar perut digodek-godek. Hinggalah saya dengar suara anak saya menangis. Masa tu rasa lega sangat. Rasa mengantuk yang dari labour room tadi makin menjadi-jadi. Dalam hati rasa nak tidur, nak tidur, nak tidur.

Terkelip-kelip mata saya menahan mengantuk sementara tunggu doktor jahit luka pembedahan. Dr. Roslan jenguk saya di sebalik tirai siap tanya, "Mengantuk ke?" Saya jawab, "Ya, mengantuk sangat ni."

Dah siap semua, saya pun ditolak masuk ke recovery room sementara nak tunggu kebas kaki saya hilang. Sementara menunggu, nurse suakan anak saya ke buah dad* untuk disusukan. Saya baru ingat nak tidur. Hahaha. Harapaaaan. Bila kaki saya dah boleh bergerak, barulah saya ditolak masuk ke wad.

Itulah cerita bersalin saya. Kesimpulannya, salahkan ubat tahan sakit tu yang menyebabkan saya nak tidur, tidur dan tidur tanpa nak fikir benda lain lagi dah.



Khadeeja

Friday, March 30, 2012

EDD + 1

Posted by Mar at 12:40 AM 17 comments

Zahra Khadeeja.
Isnin.
26 Mac 2012.
Hospital Selayang.
11.48 pagi.
2.98 kg.
48 cm.


Terima kasih atas doa-doa anda semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, March 24, 2012

39w 6d

Posted by Mar at 5:45 PM 5 comments
Ya. Masih belum beranak. Esok genap masuk minggu ke-40. EDD 25 Mac 2012 dan saya masih bersenang-lenang di rumah.

Semalam check up terakhir dengan Dr. Roslan di Hospital Selayang. Berat badan saya masih naik. Dah nak beranak kan. Jadi makan memang tak kawal punya. Selagi tekak teringin, selagi tu la saya melantak. Orang-orang kat rumah ni pun melayan, maka seronoklah saya. Kencing, ok. Tapi BP macam biasa ting tong. Kali ni paling ting tong kot sebab nurse siap suruh rehat kejap kat ruang tamu/ruang menunggu yang siap ada surat khabar kat situ. Dah rehat beberapa minit, nurse panggil dan check BP lagi sekali. Dah ok. Lega. Semalam sebenarnya saya pertama kali dapat giliran nombor 1 tapi sebab sangkut kat kaunter nurse, maka saya jadi orang nombor dua yang jumpa doktor.

Masuk jumpa Dr. Roslan, dia cakap, "Laaa... bila nak beranak ni?" Dia letih tengok saya, saya lagi la letih dan penat menunggu tak beranak-beranak lagi ni. Tak larat dah nak panjat tangga kat sekolah tapi gigihkan juga demi anak bangsa. Cheewaahh. Doktor pun scan perut saya. Dia siap cakap perut saya dah besar sangat dah. Mahunya tak. Berat baby pun sekarang dah 3.4kg. Semua nampak ok dan normal. Rekod bacaan BP yang saya catat pun doktor kata ok. Dalam lingkungan normal. Tapi baby masih belum engage walaupun kepala memang dah di bawah. Rasanya puas dah berjalan naik turun tangga kat sekolah, tak turun-turun jugak lagi rupanya.

Dalam masa seminggu akan datang ni, kalau ada tanda-tanda bersalin macam keluar darah atau keluar air ketuban atau sakit contraction atau pergerakan baby kurang, maka kena masuk wad terus. Tapi kalau tak ada apa-apa juga, 1 April 2012 saya perlu serah diri di wad untuk proses induce pada 2 April 2012. Dah dapat surat kemasukan ke wad dah pun ni. Kalau lepas 3 dos ubat induce tak ada progress juga, mungkin kena zassss.

Balik dari hospital semalam, saya, suami dan Mak pergi makan. Dalam perjalanan balik saya rasa tak sedap badan dan kepala macam weng sikit. Sampai rumah saya check BP. Memang dah dua minggu saya monitor BP sendiri di rumah setiap hari, pagi, tengah hari, petang dan malam. BP saya masa tu tinggi. Atas dan bawah tinggi. Selalu normal jer. 4 ke 5 kali saya check tetap sama. Panik juga saya masa tu. Saya naik bilik, rehat kejap. Mandi. Solat. Baring. Pukul 8.10pm, suami check BP saya, masih tinggi. Suami suruh catat dalam buku merah. Saya masih rehat sambil baring. Pukul 11.30pm saya check lagi sekali sebelum tidur. Alhamdulillah dah normal. Pagi dan tengah hari tadi pun check dah normal. Syukur sangat. Badan dan kepala pun dah ok.




Moga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah selamatkan saya dan anak yang dikandung ini. Semoga anak saya lahir dengan sihat, sempurna dan selamat. Semoga saya dapat melalui pengalaman getir ini dengan tabah dan kuat. Moga Allah selamatkan kami berdua.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua jika saya ada melakukan sebarang kesalahan yang mengguris perasaan anda semua. Saya mohon agar semua dapat mendoakan saya dan anak ini selamat.

Terima kasih.

All About My 1st Year

Posted by Mar at 11:02 AM 13 comments

Dah redeem. Baru sampai tadi :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, March 14, 2012

Terjebak akhirnya

Posted by Mar at 9:57 AM 2 comments

Baby's First Year Record Book


Masa mula-mula keluar dulu ada juga teringin nak beli. Tapi bila fikir balik, macam membazir jer nanti. Takut macam tu beli macam tu juga terperap. Macam la saya ni rajin sangat.

Semalam baca Kekda punya blog. Kekda dah beli. Saya masih tak rasa nak beli pun lagi.

Pagi ni rasa bosan sangat. Mak dengan Abah nak pergi Tabung Haji. Saya pun menggedik la nak ikut sebab bosan dah duduk rumah. Kalau keluar boleh la jalan-jalan bersenam kononnya.

Saya pun sms la Encik Suami nak minta izin. Memang dia izinkan tapi bunyi sms tu saya tau la dia macam tak berapa restu. Saya sedikit merajuk dan menitis la air mata Syawal sekejap.

Ubat hati yang luka apa ya? Shopping laaaaa. Terus saya register MilkADeal. Dan dan tu juga saya beli buku tu. Puas hati. Hati pun gembira kembali.

Sunday, March 11, 2012

Gembira dan duka

Posted by Mar at 5:09 PM 2 comments
Dalam kegembiraan harus simpan sedikit ruang untuk kedukaan.

Dalam kedukaan harus simpan sedikit ruang untuk kegembiraan.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dilalui dengan penuh kenikmatan, kewajaran, kekuatan dan kesabaran.

Dalam gembira mahupun duka, sesungguhnya Allah sentiasa di samping kita semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, March 10, 2012

Minggu ke-37

Posted by Mar at 12:15 AM 0 comments

Minggu ke-37, 6 hari. Hari Ahad genaplah 38 minggu.

Pergi hospital jumpa nurse yang sama nama dengan saya. Sangat teruja. Jarang jumpa orang yang sama nama dengan saya. Siap ambil gambar bagai. Hahaha. Sengal kan. Kesian nurse tu kena paksa ambil gambar.

Petang tadi sebenarnya sampai hospital lewat daripada biasa sebab suami lewat keluar dari pejabat. Tapi alih-alih dapat nombor 3. Awal pula jadinya. Ok la tu. Rezeki hari ni.

Doktor kata kepala baby memang dah di bawah tapi belum engage lagi. Tak ada tanda-tanda akan bersalin dalam waktu terdekat ni. Tapi berat baby tadi dah 3.08 kg. Seram ok. Berat benar.

Doktor suruh saya catat bp setiap hari untuk pagi, tengah hari, petang. Kalau tinggi sentiasa (above normal) atau keluar air ketuban atau keluar darah atau baby kurang bergerak atau apa saja tanda-tanda bersalin, wajib kena terus serah diri di wad bersalin. Tadi doktor check juga aliran darah dalam tali pusat. Doktor kata ok. Normal.

Next appointment lagi 2 minggu. Kalau masih belum bersalin.

Semoga semuanya selamat. Semoga Allah melindungi dan memberkati segalanya.

Friday, February 24, 2012

Ais krim susu kambing campur kurma

Posted by Mar at 8:24 PM 5 comments

Kisahnya ada satu pagi tu saya blend susu kambing dengan kurma macam biasa. Biasa pukul 5.30 pagi saya blend, lepas tu terus masuk dalam freezer sekejap nak bagi sejuk. Selalunya sebelum pergi sekolah, dalam pukul 6.30 pagi macam tu saya minum terus. Masa tu memang dah sejuk dan sedap sangat.

Tapi entah macam mana, pada hari kejadian ni, saya lupa langsung nak minum. Balik sekolah langsung dah jadi keras macam ais krim.

Tak baik membazir. Telan juga sampai habis.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, February 17, 2012

1/2 kilogram

Posted by Mar at 8:22 PM 13 comments

Minggu ke 34. Secara tepatnya 34 minggu 6 hari.

Check up kali ni bp tak tulis dengan pen merah. Kira ok la lagi. 135/80.

Berat mak naik 1/2 kilo. Berat anak pun naik 1/2 kilo. Berat dia sekarang dah 2.38 kg.

Kepala baby memang dah di bawah. Rasanya tak ada ruang dah kot dia nak pusing lagi. Harap-harap la.

Moga selamat semuanya. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, February 16, 2012

Jualan promosi (lagi)

Posted by Mar at 4:13 PM 0 comments

Saya kan sangat obses dengan breastmilk storage bottles sejak dua menjak ni. Pantang ada promosi mesti nak beli.

Kali ni ada jualan promosi di Fabulous Mom untuk Jingle Jungle Storage Bottles. Malam tadi nampak diorang announce kat FB. Terus la saya terjah kejap ni tadi kat tepi MRR2 Ulu Kelang.

Sekotak ada 6 botol. Biasa harga sekotak RM24.90. Kali ni sebab ada jualan promosi, beli 3 kotak hanya RM60.

Membeli botol susu saja pun buat hati saya gembira.

Hormon tak menentu sejak akhir-akhir ni. Panas hati memanjang. Ini salah satu yang boleh menggembirakan hati saya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 12, 2012

Kepanasan melampau bermula

Posted by Mar at 10:54 AM 8 comments

Saya memang sejak azali gemuk. Selalu orang cakap kalau gemuk, mesti selalu rasa panas dan berpeluh kan. Tapi saya bukan kategori itu. Saya jenis penyejuk. Dalam aircond lama-lama, saya tak tahan. Dulu selalu bertekak manja dengan suami sebab dia panas, saya sejuk. Dia sibuk nak biar aircond terpasang, saya sibuk nak tutup aircond. Cuma saya ni adalah penghidap hyperhydrosis tapi hanya di bahagian kaki dan tangan sahaja.

Tapi minggu ni segala-galanya berubah. Saya panas dan hangat sentiasa. Bilik yang ada aircond pun tak cukup untuk menyejukkan saya. Kena tambah kipas pulak lagi. Baik di rumah atau di sekolah. Di rumah, dalam bilik tidur saja ada aircond. Di sekolah, dalam bilik guru saja ada aircond. Mujur bila di kelas mengajar anak murid, kepanasan tu tak terasa. Mungkin Allah bantu saya untuk bantu anak-anak murid. Syukur.

Paling tak tahan kalau panas di rumah. Bila nak buat kerja-kerja sekolah kat rumah, saya tak buat dalam bilik tidur yang ada aircond tu. Nanti sejuk-sejuk macam tu bukannya buat kerja, tidur la jawabnya. Jadi terpaksa la buat kerja di bilik lain. Malangnya, bilik tu tak ada aircond.

Kan sekarang musim panas. Panas yang betul-betul terik dan berbahang. Nak menangis rasa menyiapkan kerja dalam kepanasan macam tu. Suami pasang dua kipas pun rasa macam tak membantu sangat. Rasa nak pergi Kutub Utara malam tu juga.

Akhirnya, setiap lima belas minit saya masuk bilik tidur sebab nak rasa aura aircond. Maka, kerja yang patut boleh siap sekejap dah jadi lama. Tak kisah la kan. Janji siap.

Tuesday, February 07, 2012

RSVP

Posted by Mar at 8:31 AM 0 comments

Alkisahnya, kisah seperti ini terjadi 4 tahun lepas semasa majlis perkahwinan saya. Baru-baru ni makcik saya pun cerita perkara dan situasi yang lebih kurang sama. Saya, being a typical teacher, naluri nak menegur dan mendidik tu tetap terselit walau di mana pun. Sebagai peringatan kepada kita semua.

Perasan tak dalam sesetengah kad jemputan tak kira jemputan pekahwinan, kenduri, hari lahir dan sebagainya, kadang-kadang meminta kita memaklumkan kehadiran kepada tuan rumah. Bukanlah untuk menyusahkan tetamu tetapi sebagai persediaan kepada tuan rumah untuk menerima tetamu supaya tidak berlaku pembaziran atau tidak cukup makanan. Agar memudahkan lagi pihak tuan rumah berurusan dengan pihak katering.

RSVP adalah daripada perkataan Perancis "répondez, s'il vous plaît" yamg bermaksud "please reply". Jadi apabila telah dinyatakan dalam kad agar menjawab jemputan tersebut, maka wajarlah pihak penerima jemputan untuk menjawab. Kalau tidak menjawab, tuan rumah boleh menganggap anda tidak akan hadir.

Namun, apa yang menyedihkan adalah apabila
jemputan tidak berjawab langsung tapi alih-alih anda bawa 10 orang ke majlis tersebut? Lebih pelik apabila tuan rumah hanya menjemput anda suami/isteri sebaliknya yang datang adalah suami, isteri, anak, menantu dan cucu hingga penuh satu meja dengan kaum kerabat dia sahaja. Tuan rumah mungkin tak akan cakap apa-apa tapi hati tuan rumah pasti risau kalau tetamu lain yang dijemput dan mengikut protokol yang betul pula tak dapat tempat duduk. Kasihan kan pada tetamu yang tidak bersalah sedangkan tetamu yang tidak menyatakan kehadiran langsung tadi menguasai meja tanpa rasa bersalah.

Jadi ambil iktibar. RSVP untuk dijawab bukannya memandai-mandai sendiri.

Monday, February 06, 2012

Telekung Jalan

Posted by Mar at 8:16 AM 0 comments

Tergoda dengan telekung ini. Sebab utama adalah kerana ia kecil dan tidak mengambil ruang yang besar dalam handbag. Almaklumlah, handbag saya penuh dengan khazanah yang entah apa-apa. Jadi tak fikir banyak. Terus saja sambar. Apatah lagi dengan harga yang sangat murah. RM29 saja. Termasuk kos penghantaran. Kat mana lagi nak dapat telekung harga murah macam tu kan. Peluang yang ada perlu direbut segera. Bila dah dapat, gembira tak terkata.

Saya beli telekung ni di sini.

Friday, February 03, 2012

Pantang ada jualan promosi

Posted by Mar at 7:05 PM 0 comments

Nampak kat FB One Baby World semalam ada promosi jualan pakej cooler bag. Terus la teruja nak beli. Saya ni pantang kalau nampak promosi dan benda tu memang saya nak beli, maka wajiblah rembat kan. Selagi tak beli selagi tu jiwa tak tenteram. Hahaha.

Jadi petang tadi saya ajaklah suami pergi One Baby World kat Taman Permata. Hujan lebat pun tetap redah juga. Bila dah dapat beli haruslah hati berbunga riang. Hahaha.

Dalam pakej cooler bag tu ada,

1 x Autumnz Cooler Tote (harga asal RM46.90)
10 x Autumnz Breastmilk Storage Bottles (harga asal RM38.90)
3 pcs x Autumnz Reusable Ice Pack (harga asal RM23.00)
5 pcs x Autumnz Double Ziplock Storage Bag

Semua benda ni saya beli dengan harga promosi iaitu RM87.00. Saya telah berjimat sebanyak RM21.80.

Selagi boleh jimat kita jimat. Ye tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, February 02, 2012

Homemade Quesadillas with Pico de Gallo (Mexican salsa)

Posted by Mar at 10:20 AM 4 comments

Saya suka makan benda seumpama ni. Tapi kalau beli memang harganya bikin gua bankrap kalau bedal hari-hari. Mahal, lepas tu tak puas makan pulak tu. Sedap memang sedap la. Memandangkan benda ni pun senang jer nak membuatnya. Baik la kita buat sendiri. Lagi puas makan. Lebih jimat.

Resepinya saya ambil dari sini.

Wednesday, February 01, 2012

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur

Posted by Mar at 10:50 AM 2 comments
Wajah terkini Tan Sri Dato' Elyas Omar di MHI TV3 pagi tadi.



Hari ni Hari Wilayah Persekutuan. Memandangkan saya bekerja dalam kawasan Kuala Lumpur (walaupun sebenarnya betul-betul di sempadan antara Kuala Lumpur dan negeri Selangor di mana saya boleh letak sebelah kaki di Kuala Lumpur dan sebelah kaki lagi di Selangor), maka, hari saya bercuti.

Pagi tadi saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini. Ada disiarkan temubual dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar. Satu-satunya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang paling popular dan dikenali ramai.

Bak kata Mat Jan, "Ni la datuk bandar yg paling poular, semua org kenal. Sekarang kalau tanya sapa Datuk Bandar KL, sapa pun tak tau."

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal