Tuesday, May 08, 2012

Moga mendung itu berlalu

Posted by Mar at 8:52 PM

Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita yang membuatkan perasaan saya sebak, risau, resah dan gelisah.

Dia rakan sekerja sewaktu saya bekerja di Celc*m 7 tahun yang lalu. Dia TTC dah lama. Sudah 6 tahun. Sudah melalui pelbagai jenis rawatan. Dia penghidap PCOS. Jarang-jarang datang haid. Bulan Oktober tahun lalu dia berjumpa Dr. Hamid Arshat selepas dia tahu saya berjaya hamil selepas berjumpa Dr. Hamid.

Dr. Hamid beritahu telur dia semua tidak matang menyebabkan Dr. Hamid memberikan clomid dengan dos yang paling tinggi. Dengan kuasa Allah, tidak lama selepas itu, dia hamil. Kandungan dia sudah pun menjangkau lebih kurang 21 minggu.

Baru saja 3 hari lepas dia beritahu bahawa bayi yang dikandungnya ialah bayi lelaki. Terserlah kegembiraan dia. Masakan tidak, 6 tahun menanti keajaiban ini.

Namun tiba-tiba, pagi tadi saya dikejutkan dengan berita dia mengalami pendarahan semasa sedang tidur. Setelah pemeriksaan dibuat, air ketuban juga kurang. Doktor khuatir kekurangan air ketuban ini akan menyebabkan jangkitan kepada bayi. Dia kata, doktor tidak memberikan sebarang harapan. Tangisan menjadi teman rakan saya itu.

Saya cuba beri semangat pada dia. Saya minta dia tidak putus berdoa semoga keajaiban berlaku. Saya harap dia kuat dan tabah. Hingga jam 3 petang tadi, dia kata pendarahan masih tidak berhenti. Kasihan dia. Saya ingin sangat peluk dia erat-erat.

Ya Allah. Kau permudahkanlah segalanya buat rakanku itu. Kurniakanlah yang terbaik buat dirinya. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments on "Moga mendung itu berlalu"

B&C on 11:57 AM said...

send our regards to her, Mar..

rasa menumpang sedih dan debaran yang sama..InsyaAllah mudah dipermudahkan dia..semoga selamat ibu dan bayi..

Mar on 6:56 AM said...

Thanks, dear. Insyaallah. Amin.

Nadot on 8:36 PM said...

Sedeynyeeee bace. How's she doing now? Send my regard to her as well. Semoga dipermudahkan walau ape pun kesudahannye.. Sedey.. Sedey..

Mar on 6:38 AM said...

Alhamdulillah. Dia dah keluar wad. Kena byk rehat. Harap2 selamat sampai bersalin nnt. Thanks, nadot.

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal