Monday, July 25, 2011

Dah makan adipex tapi kenapa tak kurus juga?

Posted by Mar at 4:11 PM 28 comments


Perhatikan keywords yang saya gariskan dengan warna merah itu. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan.

"Dah makan adipex tapi kenapa tak kurus juga."

Adipex bukan ubat untuk kuruskan badan. Adipex hanyalah ubat yang membantu kita mengurangkan selera makan. Secara tidak langsung mengurangkan rasa lapar.

Itu sahaja fungsi adipex. Ia bukan ubat magic yang boleh kecutkan badan atau buang berat yang memang degil itu.

Contoh. Jika kita makan adipex kita tidak akan ada selera untuk makan sebab tak berapa lapar. Tetapi kalau kita tetap makan macam biasa, contohnya pagi makan nasi lemak. Tengah hari makan nasi campur. Malam makan nasi goreng. Kita makan sekadar makan sedangkan perut tak rasa lapar pun. Haruslah tak kurus walaupun telan adipex berbotol-botol. Silap-silap berat badan akan naik. Tambah-tambah kalau kita makan clomid. Lagi la membelon sebab clomid menyebabkan water retention.

Adipex hanya akan berkesan jika kita mengawal pemakanan. Kalau ikut cara gynae saya, pagi makan makanan berat. Tengah hari dan malam makan yang ringan saja tapi dengan kuantiti yang sedikit. Senaman adalah sangat penting. Itu kata gynae saya. Seminggu selepas makan adipex, saya turun 2 kilogram tapi gynae saya tak kagum pun malah suruh saya bersenam supaya berat saya turun lebih banyak lagi.

2 bulan saya makan adipex, saya turun 10 kilogram. Sangat susah walaupun dengan bantuan adipex. Berikut adalah menu saya sepanjang mengambil adipex dengan harapan berat badan akan turun.

Dengan harapan selepas itu saya akan hamil.
Dengan harapan gynae saya tidak kecewa dengan saya.
Dengan harapan gynae saya tak marah saya.

Menu untuk sarapan pagi:

Tortilla gulung yang dibakar dan disapu sedikit mayonis + sos cili, berinti 1 biji tomato + 2 helai daun salad + sebiji telur rebus hancur @ sedikit isi ikan rebus

atau

Ikan bakar @ Ikan kukus + 2 helai daun salad + 1 biji tomato

atau

Ayam kampung bakar + 2 helai daun salad + 1 biji tomato

Menu untuk makan tengah hari:

Tiada.

Tetapi saya gantikan dengan senaman di gym. Waktu ni perut biasanya kenyang sebab terpaksa minum banyak air masak akibat peluh banyak keluar.

Menu untuk makan malam:

Buah oren

atau

Nasi 1 sudu @ 2 sudu + sedikit lauk

atau

Roti putih kosong atau roti wholemeal kosong 1 keping @ 2 keping

atau

Makanan lain yang diingini tetapi dalam kuantiti sekadar untuk rasa. Selebihnya serahkan pada suami atau orang di sekeliling.



Saya harap maklumat ini dapat menjawab soalan, "Dah makan adipex tapi kenapa tak kurus juga."

Saturday, July 23, 2011

Proluton

Posted by Mar at 9:09 AM 2 comments

Perlu cucuk di vontot sebanyak 5 kali selama 5 hari.

Suntikan pertama 20 Julai 2011.

Suntikan kedua 23 Julai 2011.

Suntikan ketiga 26 Julai 2011.

Suntikan keempat 29 Julai 2011.

Suntikan terakhir 1 Ogos 2011.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 22, 2011

Kos Rawatan dan Ubat di Klinik Dr. Hamid Arshat

Posted by Mar at 6:35 PM 8 comments
Entri ini saya buat sebagai menjawab soalan cikbedahlaser yang bertanyakan berapa kos yang perlu saya bayar sepanjang mendapatkan rawatan di Klinik Dr. Hamid Arshat.

Dik, kalau perlukan penjelasan lanjut nanti tanya ek.

Harap maklumat ini dapat membantu anda yang masih teragak-agak untuk mendapatkan rawatan sebab khuatir memikirkan soal kos. Saya pernah rasa sangat risau dan khuatir untuk jumpa doktor. Takut nak dengar apa yang doktor nak cakap. Takut tak cukup duit. Risau tak tentu hala. Tak percaya boleh tanya kakakku itu macam mana tak ada semangatnya saya nak start treatment. Macam-macam alasan saya bagi. Kan kak kan.

Pada pendapat saya, kos rawatan dan ubat sepanjang mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat tidaklah semahal yang disangka. Rawatan di hospital swasta rasanya berlipat kali ganda lebih tinggi harganya. Namun tidaklah juga murah seperti di hospital kerajaan.

Bagi saya harganya sangat berpatutan bersesuaian dengan pengalaman dan kredibiliti beliau yang kita memang sedia maklum sangat dikagumi. Rasanya kalau setakat rawatan biasa harganya tidaklah terlalu mahal. Namun jika perlu melalui prosedur tertentu seperti pembedahan dan sebagainya harganya pasti tinggi.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai anggaran kos mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat, boleh klik di sini.

Kos yang saya dan suami bayar sepanjang mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat adalah seperti berikut:

24 Mei 2011
Consultation fee RM120
Scan RM50
Semen analysis RM50
Adipex RM30
Metformin RM9
Saw Palmetto Extract RM50


28 Mei 2011
X-ray HSG (Klinik Daya, Jalan Raja Laut)
Bayaran RM190


30 Mei 2011
Clomid-untuk 3 cycle RM60


24 Jun 2011
Adipex RM30
Metformin RM9
Saw Palmetto Extract RM50

20 Julai 2011
Consultation fee RM35
Scan RM40
Proluton (5 kali) RM150
Folic Acid RM12
Vitamin E RM29
Habatus-sauda RM20
Metformin RM9


Jumlah RM943. Tapi sebab saya hanya makan clomid untuk 1 cycle sahaja iaitu selama 5 hari, jadi saya boleh pulangkan clomid yang saya belum makan lagi. Selepas pulangkan clomid, saya dapat kembali RM40.

Oleh itu, jumlah setakat ini adalah RM903.



Sudah minta cuti

Posted by Mar at 9:33 AM 2 comments

Selalu appointment petang jadi jimat la cuti.

Tapi kali ini appointment pagi sebab sepanjang bulan Ramadhan klinik hanya buka waktu pagi saja.

Harap-harap mem besar luluskan permohonan cuti saya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 21, 2011

Ubat baru

Posted by Mar at 8:47 AM 5 comments

Semangat baru.
Harapan baru.
Masa depan yang baru.
Kegembiraan baru.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 19, 2011

CD 31

Posted by Mar at 2:11 PM 2 comments

Perlukah?
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011

Masih Obese

Posted by Mar at 4:06 PM 5 comments
Selepas sebulan setengah disuruh oleh gynae untuk menurunkan berat badan, inilah hasilnya.

Jumlah penurunan setakat ini secara rasminya adalah 8 kilogram.

Apa usaha yang saya buat untuk buang 8 kilogram yang degil itu?

Sarapan saya akan ambil yang berat. Dulu tortilla + ikan atau telur + sayur. Sekarang ikan kukus + sayur. Minggu depan mungkin tambah menu iaitu ayam kampung + sayur. Pagi saya akan makan adipex dan saw palmetto extract yang gynae bagi.

Lunch saya tak makan. Tapi saya workout di gym. Isnin hingga Jumaat. Itupun kalau saya habis kerja sebelum 5 petang. Kalau habis kerja lepas 5 petang memang saya tak jejak kaki di gym sebab ramai sangat orang.

Dinner saya makan buah atau nasi sesudu dua atau roti sekeping dua. Malam saya akan makan metformin dan saw palmetto extract yang gynae bagi.

Hari Sabtu dan Ahad selalunya diet saya akan ke laut sebab terlalu banyak godaan plus nafsu iblis bermaharajalela. Sekarang anda tahu kan kenapa saya masih obese. Hahaha.

Nak pregnant punya pasal sanggup ikat perut nak kurus walaupun makin lama penurunannya makin slow.

Moga saya tak patah semangat.



Monday, July 11, 2011

Renung-renungkan

Posted by Mar at 5:00 PM 0 comments
Adab Menegur Kemungkaran Pemerintah | Scribd
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 10, 2011

Yang dinanti... adakah pasti?

Posted by Mar at 3:33 PM 6 comments

Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, July 09, 2011

Mizz Nina dan Noh Hujan

Posted by Mar at 4:55 PM 1 comments

Comel kan parents Mizz Nina masa kahwin.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 08, 2011

Temasya Sukan Tahunan

Posted by Mar at 7:27 PM 2 comments

Hiasan khemah.

Dapat nombor dua.

Kira berbaloi la keringat dan peluh yang menitik-nitik tiga empat hari sebelum hari kejadian.

Jadi, jangan salahkan saya kalau pipi saya semakin tembam. Sila salahkan belon-belon yang perlu ditiup secara manual itu.

Tak apa. Anggap saja latihan pernafasan bila nak push masa bersalin nanti.

Entah bila :-(
Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, July 06, 2011

Ikan kukus

Posted by Mar at 5:02 PM 6 comments

Saya dah bosan makan tortilla. Tak kiralah inti telur atau ikan memang saya dah muak. Jadi beralih untuk makan ikan.

Saya makan dengan mewah waktu sarapan sahaja. Sejak awal minggu ni saya bersarapan dengan ikan, tomato dan salad. Tengahari tak makan. Thanks to Adipex. Malam makan buah limau atau sesudu dua nasi kalau digoda Sang Suami. Saya wajib makan pagi dan malam sebab nak makan ubat. Tengah hari tak wajib makan sebab tak payah makan ubat.

Pagi tadi saya kukus ikan tongkol putih. Guna ikan tongkol sebab itu antara ikan yang harganya murah di NSK Wangsa Maju.

Sebenarnya ikan yang paling murah masa saya pergi hari tu ikan patin. RM1.99 sekilo tapi saya tak beli sebab tak tau nak uruskan ikan patin. Takut nanti hanyir ke apa bila bakar atau kukus nanti.

Nampak pulak ikan keli dah siap siang. RM3.99 sekilo. Saya siap dah pegang plastik nak masukkan ikan keli tu. Tiba-tiba boleh pulak seekor tu tergedik-gedik bergerak. Langsung cancel.

Sebab tu la saya beli ikan tongkol putih tu. Tak ingat berapa ringgit. Harganya lagi mahal daripada ikan patin dan ikan keli tadi.

Jom tengok resepi ikan kukus campak-campak saya pagi. Pukul 6.30 pagi dah melantak ikan kukus. Haha.

Bahan:
1 ekor ikan tongkol putih
1 biji tomato - dipotong bulat
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 inci halia - dihiris nipis
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air

Hiasan/ulam:
2 helai daun salad

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam satu bekas.

Letakkan bekas tadi dalam tempat pengukus.

Kukus antara 15 - 20 minit atau hingga ikan masak.

Hidangkan bersama daun salad.

Sekarang dah boleh makan. Makan macam tu jer. Jangan makan dengan nasi sepinggan pulak.

Tak payah garam bagai ya. Diet katanya kan.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 04, 2011

Kek Pisang Karamel

Posted by Mar at 10:31 PM 0 comments
Hari ini.

Di rumah banyak sangat pisang masak yang orang beri. Tambah lagi dengan pisang yang Abah beli di pasar malam Sabtu lalu. Kenduri pisang rumah ni. Bagi mengelakkan pisang tu masak bebek langsung tak dimakan, maka saya telah melakukan operasi membakar kek pisang karamel sebentar tadi.

Rasanya ini kali pertama saya buat kek pisang.

Esok nak bawa sedikit ke sekolah untuk kawan-kawan.

Resepi saya ambil dari sini.


Sunday, July 03, 2011

Best friend forever

Posted by Mar at 7:31 PM 1 comments

Sahabat baik saya bersanding hari ini.

Tahniah.

Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Published with Blogger-droid v1.7.2
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal