Saya makan dengan mewah waktu sarapan sahaja. Sejak awal minggu ni saya bersarapan dengan ikan, tomato dan salad. Tengahari tak makan. Thanks to Adipex. Malam makan buah limau atau sesudu dua nasi kalau digoda Sang Suami. Saya wajib makan pagi dan malam sebab nak makan ubat. Tengah hari tak wajib makan sebab tak payah makan ubat.
Pagi tadi saya kukus ikan tongkol putih. Guna ikan tongkol sebab itu antara ikan yang harganya murah di NSK Wangsa Maju.
Sebenarnya ikan yang paling murah masa saya pergi hari tu ikan patin. RM1.99 sekilo tapi saya tak beli sebab tak tau nak uruskan ikan patin. Takut nanti hanyir ke apa bila bakar atau kukus nanti.
Nampak pulak ikan keli dah siap siang. RM3.99 sekilo. Saya siap dah pegang plastik nak masukkan ikan keli tu. Tiba-tiba boleh pulak seekor tu tergedik-gedik bergerak. Langsung cancel.
Sebab tu la saya beli ikan tongkol putih tu. Tak ingat berapa ringgit. Harganya lagi mahal daripada ikan patin dan ikan keli tadi.
Jom tengok resepi ikan kukus campak-campak saya pagi. Pukul 6.30 pagi dah melantak ikan kukus. Haha.
Bahan:
1 ekor ikan tongkol putih
1 biji tomato - dipotong bulat
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1/2 inci halia - dihiris nipis
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air
Hiasan/ulam:
2 helai daun salad
Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam satu bekas.
Letakkan bekas tadi dalam tempat pengukus.
Kukus antara 15 - 20 minit atau hingga ikan masak.
Hidangkan bersama daun salad.
Sekarang dah boleh makan. Makan macam tu jer. Jangan makan dengan nasi sepinggan pulak.
Tak payah garam bagai ya. Diet katanya kan.
Published with Blogger-droid v1.7.2
6 comments on "Ikan kukus"
huishhhh sodapp ni,,.,,
su ni nak diet,,tapi kelaut je memanjang...
su su datang dari rumah baru...
http://susugebu.blogspot.com
ooo sudah tukar ek. ok nnt nak update link :) diet Mar pun kadang ke laut jugak. tak tahan godaan hehehe
wah sedap nye..terliur tgk ikan kukus ni..esk rasa cm nk terai ja...mmg nmpk sedap..lgpun mya sgt suka kan ikan tongkol..hmmm...dap dap..
Mar, kalau kita dekat..boleh join skali kan? Tgh td.. check bp kt klinik au2, bp tinggi bangat! En suami kata.. sah, mulai hari ni kena jg diet, turunkn berat bdn n kurangkn garam... huarghhhhh!
Errr.. kek pisang ada lg? Nakkkkk.... ;)
Myazara:
Try la.sedap jugak walaupun tawar sbb x letak garam.
Kak eda:
Aiyoooo.knp tinggi?sbb stress kot.chill,babeehhh. Chewah pandai tak i nasihatkan org hehe.
Tapi betul la kak. Garam,mak aji,sos2 smua tu faktor la. Saya sejak2 sedar diri ni bp stabil sikit. Tapi check sndiri kat rumah jer tumpang melenjan gadget baru abah tersangat. Hahaha gadget la sgt kaaann.
Oooo kek pisang mintak.ikan kukus x mintak pun.diet diet. Shuaib, tgk mummy ni haha
Abah tersangat pulak....abah tersayaaaaang hehe
Post a Comment