Selepas sebulan setengah disuruh oleh gynae untuk menurunkan berat badan, inilah hasilnya.
Jumlah penurunan setakat ini secara rasminya adalah 8 kilogram.
Apa usaha yang saya buat untuk buang 8 kilogram yang degil itu?
Sarapan saya akan ambil yang berat. Dulu tortilla + ikan atau telur + sayur. Sekarang ikan kukus + sayur. Minggu depan mungkin tambah menu iaitu ayam kampung + sayur. Pagi saya akan makan adipex dan saw palmetto extract yang gynae bagi.
Lunch saya tak makan. Tapi saya workout di gym. Isnin hingga Jumaat. Itupun kalau saya habis kerja sebelum 5 petang. Kalau habis kerja lepas 5 petang memang saya tak jejak kaki di gym sebab ramai sangat orang.
Dinner saya makan buah atau nasi sesudu dua atau roti sekeping dua. Malam saya akan makan metformin dan saw palmetto extract yang gynae bagi.
Hari Sabtu dan Ahad selalunya diet saya akan ke laut sebab terlalu banyak godaan plus nafsu iblis bermaharajalela. Sekarang anda tahu kan kenapa saya masih obese. Hahaha.
Nak pregnant punya pasal sanggup ikat perut nak kurus walaupun makin lama penurunannya makin slow.
Moga saya tak patah semangat.
6 comments on "Masih Obese"
wow. sgt kuat utk tahan makan ok!
tahniah. ermm, if only nafsu mkn sy cam awak.
hohoh
8kg?? wah, banyak tu!!! zana nak diet jugak la.. tp x taulah berjaya ke x.. hihihi
S,
Mula2 mmg susah tapi bila fikir nak anak,redah jugak :-)
Adieyza,
Insyaallah. Mesti boleh. Chaiyok!
aduhh..bulan depan kena jmp gynea.. tp berat x turun2 lg nih..
knpa la sy x de smgt yg kntal mcm akak..owh
Memang kena kuat semangat dik sbb fikir nk anak punya pasal kan. Walaupun doktor bagi ubat utk kurangkan selera mkn still kena tahan nafsu jugak. Tapi kdg2 akak ke laut jgk. Lepas tu mula la menyesal dan pulang ke pangkal jln. Haha
Hello matte great blog
Post a Comment