Dik, kalau perlukan penjelasan lanjut nanti tanya ek.
Harap maklumat ini dapat membantu anda yang masih teragak-agak untuk mendapatkan rawatan sebab khuatir memikirkan soal kos. Saya pernah rasa sangat risau dan khuatir untuk jumpa doktor. Takut nak dengar apa yang doktor nak cakap. Takut tak cukup duit. Risau tak tentu hala. Tak percaya boleh tanya kakakku itu macam mana tak ada semangatnya saya nak start treatment. Macam-macam alasan saya bagi. Kan kak kan.
Pada pendapat saya, kos rawatan dan ubat sepanjang mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat tidaklah semahal yang disangka. Rawatan di hospital swasta rasanya berlipat kali ganda lebih tinggi harganya. Namun tidaklah juga murah seperti di hospital kerajaan.
Bagi saya harganya sangat berpatutan bersesuaian dengan pengalaman dan kredibiliti beliau yang kita memang sedia maklum sangat dikagumi. Rasanya kalau setakat rawatan biasa harganya tidaklah terlalu mahal. Namun jika perlu melalui prosedur tertentu seperti pembedahan dan sebagainya harganya pasti tinggi.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai anggaran kos mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat, boleh klik di sini.
Kos yang saya dan suami bayar sepanjang mendapatkan rawatan dengan Dato' Dr Hamid Arshat adalah seperti berikut:
24 Mei 2011
Consultation fee RM120
Scan RM50
Semen analysis RM50
Adipex RM30
Metformin RM9
Saw Palmetto Extract RM50
28 Mei 2011
X-ray HSG (Klinik Daya, Jalan Raja Laut)
Bayaran RM190
30 Mei 2011
Clomid-untuk 3 cycle RM60
24 Jun 2011
Adipex RM30
Metformin RM9
Saw Palmetto Extract RM50
20 Julai 2011
Consultation fee RM35
Scan RM40
Proluton (5 kali) RM150
Folic Acid RM12
Vitamin E RM29
Habatus-sauda RM20
Metformin RM9
Jumlah RM943. Tapi sebab saya hanya makan clomid untuk 1 cycle sahaja iaitu selama 5 hari, jadi saya boleh pulangkan clomid yang saya belum makan lagi. Selepas pulangkan clomid, saya dapat kembali RM40.
Oleh itu, jumlah setakat ini adalah RM903.
9 comments on "Kos Rawatan dan Ubat di Klinik Dr. Hamid Arshat"
doctor prescribe habatussauda pun? bagusnya :)
Iya :)
tahniah!!
sy doakan semuanya selamat..
boleh tahu awak makan clomid berapa mg? lepas tu ada cucuk utk pecahkan telur x?
thanks. doakan yg terbaik ajer la ya :)
Mar makan clomid 5 hari masa cycle yg lepas. Mar tak cucuk utk pecahkan telur pun sbb doktor tak suruh n kata apa2 pasal tu
waaa... time kasih kak..
info berguna..
sy aritu de sepupu bgtaw pasal hamid arshad ni.. die kata 1st time pergi die kena 500..
tu yg nk tny akak lak..
n baru2 ni..suami bru bgtaw...akak die pon dlu guna khidmat dr.hamid..
sy skrg ikut treatment kt ipoh.. buat masa ni amik ubat.. dh 2kali cycle..
tp doktor x de buat HSG.. cume scan je..then bgtaw.. ovari tebal.. klu lps 3rd cycle xde lekat ak..die nk buat cucuk ovari bg telur pecah.. klu x silap...
mungkin klu x jd dgn yg ipoh ni.. try dr.hamid lak kot..
tq ye kak
(eh sudah berjaya ye..tahniah..jaga diri baik2 ye)
congrats congrats congrats :)
Cikbedahlaser,
Akak rasa mahal murah tu bergantung pada ubat yg kita perlukan.depends pada masalah kita. Doa yg baik2 la utk kita smua ok :-)
LadyMira,
Doakan ya :-)
Thiѕ is my first time pay a visit at here and i am actually
hаppy to read eνerthing at sіngle place.
Mу homeρage; You will need Reliable Hcg Diet Details To Effectively Prepare For The actual.
nike cortez
nike jordans
cheap jordans
golden goose
nike shox for men
cheap nfl jerseys
adidas tubular shadow
moncler outlet
adidas tubular
golden goose outlet
Post a Comment