Sunday, February 12, 2012

Kepanasan melampau bermula

Posted by Mar at 10:54 AM

Saya memang sejak azali gemuk. Selalu orang cakap kalau gemuk, mesti selalu rasa panas dan berpeluh kan. Tapi saya bukan kategori itu. Saya jenis penyejuk. Dalam aircond lama-lama, saya tak tahan. Dulu selalu bertekak manja dengan suami sebab dia panas, saya sejuk. Dia sibuk nak biar aircond terpasang, saya sibuk nak tutup aircond. Cuma saya ni adalah penghidap hyperhydrosis tapi hanya di bahagian kaki dan tangan sahaja.

Tapi minggu ni segala-galanya berubah. Saya panas dan hangat sentiasa. Bilik yang ada aircond pun tak cukup untuk menyejukkan saya. Kena tambah kipas pulak lagi. Baik di rumah atau di sekolah. Di rumah, dalam bilik tidur saja ada aircond. Di sekolah, dalam bilik guru saja ada aircond. Mujur bila di kelas mengajar anak murid, kepanasan tu tak terasa. Mungkin Allah bantu saya untuk bantu anak-anak murid. Syukur.

Paling tak tahan kalau panas di rumah. Bila nak buat kerja-kerja sekolah kat rumah, saya tak buat dalam bilik tidur yang ada aircond tu. Nanti sejuk-sejuk macam tu bukannya buat kerja, tidur la jawabnya. Jadi terpaksa la buat kerja di bilik lain. Malangnya, bilik tu tak ada aircond.

Kan sekarang musim panas. Panas yang betul-betul terik dan berbahang. Nak menangis rasa menyiapkan kerja dalam kepanasan macam tu. Suami pasang dua kipas pun rasa macam tak membantu sangat. Rasa nak pergi Kutub Utara malam tu juga.

Akhirnya, setiap lima belas minit saya masuk bilik tidur sebab nak rasa aura aircond. Maka, kerja yang patut boleh siap sekejap dah jadi lama. Tak kisah la kan. Janji siap.

8 comments on "Kepanasan melampau bermula"

yannie bunny on 12:36 PM said...

Mmg panas mar. Sy pn jenis xtahan aircond. Tp now surrender, kalu xpasang aircond xlena tdo. Dlm kereta pn sama. Dh full blast pn still berpeluh. Sy yg bawak badan sndr pn xtahan. Awk apatah lg. bertahan ye mar! ;)

Mar on 2:11 PM said...

Kaaann. Panas berdenting gitu. Ya. bertahan tetap bertahan. Tak tahan kalu kena duduk dalam freezer. hahaha. Macam muat. Marliza, sila sedar diri. Ihikss

Sizuka on 12:39 PM said...

sy pun jenis yg x tahan sejuk gak... kdg2 org pelik sbb bilik di opis sy jarang bukak ekon.. hihi... jempeut ke blog sy =)

Sizuka on 12:39 PM said...

sy pun jenis yg x tahan sejuk gak... kdg2 org pelik sbb bilik di opis sy jarang bukak ekon.. hihi... jempeut ke blog sy =)

Anonymous said...

Vеry nіce post. I just stumbled upon your blοg
anԁ wаnteԁ to say thаt I havе геаlly enjoyed
browsing yοur blog posts. After all I
will bе subѕcгibing to yοur feed аnd I hoρе
you write again very ѕοοn!
Also visit my webpage :: loans for bad credit

Anonymous said...

Hello! Τhiѕ is my first commеnt hеre so I just wanted to
gіve a quісk shout оut and say I genuinely enjоу reading thrоugh your articles.
Cаn you recommenԁ any othеr blogs/websіtеs/forums that dеal with thе same subjects?
Thanks!
Feel free to surf my blog ; loans for bad credit

Anonymous said...

My family аll thе time saу that I am κilling my time herе at net,
howevеr I κnow I am gеtting knοω-hoω all the time by reading thes nice posts.


Lοok at my page payday loans

Anonymous said...

Pretty nісe post. Ι just stumbled upon your blog and ωanted to say that I've truly enjoyed surfing around your blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

my web blog - payday loans

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal