Alkisahnya, kisah seperti ini terjadi 4 tahun lepas semasa majlis perkahwinan saya. Baru-baru ni makcik saya pun cerita perkara dan situasi yang lebih kurang sama. Saya, being a typical teacher, naluri nak menegur dan mendidik tu tetap terselit walau di mana pun. Sebagai peringatan kepada kita semua.
Perasan tak dalam sesetengah kad jemputan tak kira jemputan pekahwinan, kenduri, hari lahir dan sebagainya, kadang-kadang meminta kita memaklumkan kehadiran kepada tuan rumah. Bukanlah untuk menyusahkan tetamu tetapi sebagai persediaan kepada tuan rumah untuk menerima tetamu supaya tidak berlaku pembaziran atau tidak cukup makanan. Agar memudahkan lagi pihak tuan rumah berurusan dengan pihak katering.
RSVP adalah daripada perkataan Perancis "
répondez, s'il vous plaît" yamg bermaksud "please reply". Jadi apabila telah dinyatakan dalam kad agar menjawab jemputan tersebut, maka wajarlah pihak penerima jemputan untuk menjawab. Kalau tidak menjawab, tuan rumah boleh menganggap anda tidak akan hadir.
Namun, apa yang menyedihkan adalah apabila jemputan tidak berjawab langsung tapi alih-alih anda bawa 10 orang ke majlis tersebut? Lebih pelik apabila tuan rumah hanya menjemput anda suami/isteri sebaliknya yang datang adalah suami, isteri, anak, menantu dan cucu hingga penuh satu meja dengan kaum kerabat dia sahaja. Tuan rumah mungkin tak akan cakap apa-apa tapi hati tuan rumah pasti risau kalau tetamu lain yang dijemput dan mengikut protokol yang betul pula tak dapat tempat duduk. Kasihan kan pada tetamu yang tidak bersalah sedangkan tetamu yang tidak menyatakan kehadiran langsung tadi menguasai meja tanpa rasa bersalah.
Jadi ambil iktibar. RSVP untuk dijawab bukannya memandai-mandai sendiri.
3 comments on "RSVP"
jordan retro
cheap jordans
calvin klein underwear
curry 6
adidas superstar
kobe shoes
ralph lauren uk
offwhite
yeezy boost
air max 2018
kyrie 6 shoes
supreme new york
louboutin shoes
moncler
nike cortez
supreme hoodie
nike 270
timberland shoes
authentic jordans
cheap jordans
hermes outlet
jordan shoes
hermes belt
golden goose
off white nike
jordan 12
alexander mcqueen outlet
giannis shoes
OFF-White
bape clothing
Post a Comment