Wednesday, March 14, 2012

Terjebak akhirnya

Posted by Mar at 9:57 AM

Baby's First Year Record Book


Masa mula-mula keluar dulu ada juga teringin nak beli. Tapi bila fikir balik, macam membazir jer nanti. Takut macam tu beli macam tu juga terperap. Macam la saya ni rajin sangat.

Semalam baca Kekda punya blog. Kekda dah beli. Saya masih tak rasa nak beli pun lagi.

Pagi ni rasa bosan sangat. Mak dengan Abah nak pergi Tabung Haji. Saya pun menggedik la nak ikut sebab bosan dah duduk rumah. Kalau keluar boleh la jalan-jalan bersenam kononnya.

Saya pun sms la Encik Suami nak minta izin. Memang dia izinkan tapi bunyi sms tu saya tau la dia macam tak berapa restu. Saya sedikit merajuk dan menitis la air mata Syawal sekejap.

Ubat hati yang luka apa ya? Shopping laaaaa. Terus saya register MilkADeal. Dan dan tu juga saya beli buku tu. Puas hati. Hati pun gembira kembali.

2 comments on "Terjebak akhirnya"

PUANSTOBERI on 10:06 AM said...

Aaaa.... yer, hati bakal ibu ni mmg mudah terguris. Hihi.
Tkpe yer..tak lama lagi kita sesama redeem buku tu. Bleh kita gumbira2 tgk2. (akak je la tgk, Mar da boleh catit2 dah) Huhu :)

Mar on 2:37 PM said...

alaaaaa... jgn cakap macam tu. sedih baca. *hugs*

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal