Jiran depan rumah bagi ikan patin. Tanya suami, sesuai nak masak apa? Dia cakap gulai tempoyak.
Dia pun beli la bahan kat pasar malam. Saya pun belasah la masak dengan bantuan resepi daripada google. Amaran penting, jangan letak bawang. Bawang dikatakan akan mengganggu dan mengubah rasa tempoyak.
Suami saya agak cerewet soal makanan ni. Tapi kali ni dia kata sedap. Maknanya sedap la tu kot.
Bahan:
Ikan patin
Tempoyak
Cili padi
Kunyit hidup
Air
Daun kesom
Cara:
Siang ikan patin dan rendam dengan asam keping untuk hilangkan hanyir.
Kisar kunyit hidup dan cili padi.
Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi. Masukkan tempoyak. Kalau mahu kuah pekat, letak tempoyak lebih. Kacau hingga sebati.
Masukkan ikan patin.
Pasang api. Renehkan atas api. Tunggu hingga mendidih dan ikan masak.
Masukkan daun kesom.
Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
2 comments on "Pertama kali"
wah..senang ek...tp kak lin xpernah msk gulai tempoyak. biasanye kak lin goreng n msk sambal jek la...
sonang bonar. campak2 jer. tak payah tumis2 apa pun.
Post a Comment