Dulu masa aku belajar di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibina Dalaman, antara subjek yang perlu aku ikuti ialah subjek "History of Art and Architecture". It's quit an interesting subject. Aku belajar tentang senibina Islam, Roman, Gothic, Baroque, Renaissance, Rococo, Arts and Crafts, Art nouveau, Bahaus, Art Deco dan segala macam mak nenek lagi. Selain tu ada juga diajar tentang senibina dan cara hidup pada zaman tamadun Mesopotamia, Egyptian, Greek dan Roman.
Antara salah satu yang aku minat ialah senibina constructivism. Senibina ini muncul pada awal abad ke-20 (somewhere in 1918). Waktu itu Rusia mengalami revolusi sosial yang hebat akibat pemerintahan komunisme (fahaman kebendaan, rasionalisme, humanisme yang menafikan hak-hak manusia sebagai individu dan menafikan keperluan manusia kepada agama). Fahaman ini berteraskan pencapaian suatu konsep kesamarataan masyarakat, pembasmian ke atas hak-hak individu dan penyusunan sistem pengeluaran yang bersifat kolektif. Ciri yang paling utama dalam komunisme ialah perjuangan untuk mencapai kebebasan masyarakat melalui penindasan individu. Sumber kekayaan dan punca pengeluaran berada dalam tangan pemerintah.
Hasil-hasil karya seni dan senibina constructivism banyak dipengaruhi oleh pergerakan revolusi sosial. Ia bermula dengan karya-karya lukisan yang kemudiannya berkembang kepada rekabentuk senibina. Hasil-hasil karya ini menggambarkan cetusan perasaan rakyat terhadap cengkaman komunisme. Antara pelopor kepada perkembangan senibina constructivism di Rusia ialah Vladimir Thatin, Kasimir Malerich dan Aleksandr Rodchenko. Hasil karya mereka mencapai penghayatan seni yang tinggi kerana terbentuk secara semulajadi berdasarkan pengaruh revolusi sosial.
Umumnya, senibina constructivism mengambil elemen-elemen geometrik yang sangat ekstrem bentuknya. Rebentuk senibinanya langsung tidak menggunakan bentuk atau imej organik. Elemen geometrik yang ekstrem ini merupakan pengaruh dari pergerakan revolusi sosial yang berlaku akibat pemerintahan komunisme itu tadi. Penggunaan elemen geometrik itu tadi tidak terbatas pada facade(bahagian hadapan) bangunan sahaja tetapi meliputi hingga ke ruang dalaman (interior space). Jalinan dan susunan (penggunaan) elemen geometrik tersebut adalah tidak tersusun (bebas dan tidak terhad) tetapi masih mengutamakan fungsi serta mempunyai maksud dan nilai penghayatan seni yang tinggi. Mereka memperjuangkan suara rakyat melalui rebentuk senibina bangunan. Bahan utama yang biasa digunakan dalam senibina constructivism ini ialah besi, aluminium, zink dan kayu.
Antara nama-nama arkitek yang berusaha memperkembangkan idea-idea baru yang menerapkan elemen-elemen constructivism dalam karya seni dan rekabentuk senibina pada hari ini ialah Frank O.Gehry, Daniel Libeskind, Rem Koolhaas, Peter Eisenman, Zaha M.Hadid dan Morphosis.
(diadaptasi dari nota "History of Art & Architecture" - Encik Hamidon Abdullah)
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on "Senibina Constructivism "
Post a Comment