Masa cuti semester yang lepas, aku call X(classmate aku masa buat diploma di Shah Alam dulu). Dia bagitau aku Y(juga classmate kitorang dulu) bakal mengajar di sebuah IPTA di Perak. Aku jadi terkejut beruk. Camner dia boleh dapat peluang mengajar kat sana sedangkan dia hanya berkelulusan diploma dan tiada pengalaman kerja. Kalau dia ada pengalaman kerja berpuluh-puluh tahun mungkin aku boleh consider lagi.Takkanlah hanya kerana husband dia lecturer kat sana dia dapat peluang yang memang susah nak dapat tu? Bagi aku ini tak adil. Aku dengan kengkawan yang lain mcm Mimie, Jidol & Kucik yang sekarang ni dok tonggang terbalik nak dapatkan segulung ijazah ni pun tak tentu lagi bole mengajar di IPTA tu dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda kami bila grad nanti sebab setahu aku la, nak jadi lecturer kat sana sekerang-kurangnya mesti ada Masters.
Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Life is so cruel. Orang lain terpaksa berhempas-pulas berusaha nak baiki kehidupan tapi ada setengah orang senang-senang je dapat segala yang dia nak dengan sekelip mata jer. Terlalu emosional ke aku? Cemburu ke aku dengan dia? Mungkin tu dah rezeki dia... (ayat nak menyedapkan hati yang selalu aku cakap kat Kak K, Mimie & Kucik)...
p/s Misi mendapatkan bed sheet aku berjaya. Malam ni aku mungkin bakal bermimpi yang indah-indah :-)..
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
2 comments on "Di Manakah Keadilan?"
Cemburu mungkin ya mungkin tidak. Tapi kalo saya, saya pun hairan.
Sabar jer la ek. Nak hangin satu badan pun bukan dapat apa, sakit hati lagi ada. Mungkin kalo orang biasa-biasa macam kita ni kena melaui pelbagai kerenah birokrasi untuk dapat peluang camtu. Tu pun tak tentu lagi dapat ke tak.
Post a Comment