Wednesday, July 14, 2004

Semalam gemuk, hari ni kurus

Posted by Mar at 8:35 AM
Waaaahh...mesti berpusu-pusu semua orang nak tau ubat menguruskan badan jenama apa yang boleh buat camtu. Macam ni ceritanya. Alkisahnya, dulu semalam (kelmarin kot), aku dan Kak K (roomate aku) tengah bersantai-santaian atas tilam dalam bilik. Tetiba dia kata badan aku sem ni dah naik sikit compare to last sem. Dia kata especially kat bahagian lengan. Dia kata lengan aku dah membesar. Ah sudah...orang tua ni(umur dia 36 tahun, anak dua tapi perasan umur 17.cheh) buat aku gabra jer. Aku tau la dia tu perasan badan dia mcm Miss Universe. Sabor jer la. Sukati hang la Kak K. Mungkin dia saja cakap macam tu supaya dia dapat geng untuk temankan dia pergi gym. Cheh, taktik la tu kot. Tapi mungkin gak badan aku dah naik. Ish..tak leh jadi ni.

Keesokan harinya, tengah aku bersiap nak pegi class, tetiba dia kata, "Eh, Mar. Mar nampak kurus la. Mar dah kurus la." Orang tua ni mereng, mabuk atau angau kat laki dia kat kampung? Semalam dia gak yang berdebat dengan aku kata badan aku dah naik. Hari ni dah cter lain pulak. So, sapa-sapa yang rasa diri dia tu dah gemuk dan sibuk-sibuk nak cari ubat kurus, aku syorkan pegi jumpa Kak K. Sebabnya keesokan harinya korang mesti jadi kurus (pada pandangan mata dia jer la kot).

4 comments on "Semalam gemuk, hari ni kurus"

RG on 9:06 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mar on 9:38 AM said...

:-)(sorry la RG, ter tak sengaja terdelete hang punya komen. sorry..)

shahadah on 10:07 AM said...

first time ke sini.tak sangka ada gak cara untuk menguruskan badan dlm masa sehari erk.mcm ni i pun nak kurus gak ler.ahaks."mengapa ler begitu sukar untuk menguruskan badan".ehehe.jenguk-jenguk le ke blog i kay..

shahadah on 10:09 AM said...

shahadah.blogspot.com

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal