Tuesday, December 22, 2009

Kari Ayam Sesuka Hati

Posted by Mar at 12:47 PM
Encik Suami cuti. Jadi hari ni masak special sikit. Yer la kang dok goreng-goreng jer hari-hari bosan pulak jadinya kan. Silap-silap dia pergi cari bini lain. So, hari ni Mar masak kari ayam. Kenapa kari ayam? Sebab serbuk kari dan santan kotak hampir expired. Lama sangat dah dalam fridge tak bersentuh. Jadi mari kita gunakan supaya tidak membazir dan dapat shopping kat Giant lagi supaya dapat sticker lagi supaya dapat lekat banyak-banyak sticker itu supaya dapat beli kuali atau periuk mahal dengan harga murah. Banyak betul perkataan supaya ni.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga.
2. Dah naik bau dan garing sikit letak carrot dan kentang sebab dua-dua ni ambik masa nak empuk. So, kita letak awal sikit dalam periuk.
3. Letak serbuk kari. Kacau-kacau rata.
4. Letak ayam.
5. Letak serbuk kari lagi sikit. Kacau rata lagi sekali.
6. Letakkan santan dan air secukupnya.
7. Letak garam dan gula secukup rasa.
8. Letak bawang besar yang dipotong 4.
9. Biarkan mendidih.
10. Letak tomato yang dipotong 4. Biarkan sekejap dan tutup api.


Siap.

Jangan salah sangka. Pinggan yang ada nasi ni Encik Suami yang punya.

4 comments on "Kari Ayam Sesuka Hati"

I want to lose weight on 2:38 PM said...

Cam senang je kan..
Tapi aku dah serik bab kari utk 2009 ni..

tahun depan laa cuba lagi

Mar on 4:17 PM said...

takper..tahun 2010 bakal menjelma. boleh cuba lagi

Kaseh on 8:48 PM said...

lapar terus tgk kari...adeh...

Mar on 9:33 PM said...

tak sedap mana pun kaseh..abaikan. chaiyok2

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal