Saturday, December 19, 2009

Snek

Posted by Mar at 12:41 PM
Dulu kalau sebut snek mesti terbayang coklat, ais krim, biskut coklat, kuih-muih, fries, burger, hot dog dan seangkatan dengannya. Kira tu semua makanan ringan la kononnya. Padahal makanan tu la yang berat sebenarnya sebab lagi banyak lemak daripada khasiatnya. Sebab tu berat makin naik walau pun makan yang ringan-ringan jer. Ringan-ringan apanya kalau makanan itu yang dok dilantak. Sendiri mau ingat la kan.

Picture taken from http://www.stanforddrivein.com/Snack%20Bar.htm


Tapi sejak kononnya dah celik diet ni maka snekku kini pun makin berubah. Kalau in between meal Mar lapar, Mar akan makan buah. Mostly stok buah yang Mar beli adalah guava dan epal hijau. Buah lain Mar makan jugak kalau ada kat rumah. Biasanya Mar akan potong-potong buah tu masuk bekas letak dalam fridge. Senang. Bila nak makan jer terus ambik tak payah nak potong-potong lagi dan mengurangkan risiko mengambil makanan lain yang lebih mudah dan sedap tetapi menggemukkan. Hehehe.




Kalau teringin nak snek yang sedap sikit Mar makan biskut. Biskut yang berada di carta teratas sekarang ialah Oat Krunch dan IKO. Oat Krunch Mar dah rasa tiga-tiga flavour. IKO Mar dah rasa flavour yang kat bawah ni jer. Yang lain tak pernah rasa lagi. Mar prefer IKO kot sebab tak manis sangat. Tapi makan biskut ni kena berpada-pada gak sebab sedap kan. Bila dah mula makan tu susah nak berhenti.


Picture taken from http://foodbizdaily.com/articles/93240-product-oat-krunch-buiscuits-by-munchy-food-industries-sdn.aspx
Picture taken from http://www.iko.com.my/catalog/details.php?id=178


Bila rasa nak menguyah jugak kadang-kadang Mar kunyah almond. Tapi bukan Mar yang beli la. Mahal la almond ni. Selalu Mar rembat Mak punya. Kalau ada almond tu, Mar pun tumpang sekaki la mengunyahnya. Almond ni elok beli yang mentah lepas tu goreng atas non-stick pan atau bakar dalam oven. Sebabnya kalau beli yang dah siap proses dalam pek tu mesti dah letak garam atau gula bagai. So unhealthy. Cheewaahh. Cakap pasal kekacang ni, Mar sangat suka makan honey cashewnuts. Encik Suami suka makan benda ni. Bila dia beli jer Mar confirm tumpang sekaki. Kadang-kadang Mar yang lebih makan daripada dia. Yang tak bagusnya sebab dah diproses dan manis tapi sedaaappp. Hehehe.



Kalau craving nak makan benda manis Mar akan makan granola bar. Tapi ni bahaya kalau letak stok banyak-banyak kat rumah. Almaklumlah sangat manis dan sangat sedap macam brand yang Mar dah rasa, Nature Valley dan Special K. Sama la macam biskut tadi. Adalah lebih selamat kalau sediakan stok buah banyak-banyak kat rumah. Lebih afdhal. Hehehe. Tapi kalau makan sebelum workout bagus jugak sebab perut tak rasa penuh dan kenyang sangat tapi ada energy dan nanti tak ada la pengsan atau pitam kat gim. Granola bar ni kalau buat sendiri lagi bagus. Kita sendiri boleh adjust apa nak letak dan boleh sukat supaya tak manis sangat. Lebih healthy kan.




7 comments on "Snek"

loony on 1:48 PM said...

Hye kak. Best la entry akak ni. Banyak info and berkhasiat pulak. :) Good luck sis!

Mar on 2:20 PM said...

mana yg baik ikut. mana yg tak elok jgn ikut tau..anyway thanks :)

ummu_hanis on 7:13 PM said...

kak ummu pon dah start hepi dah ngan snek baru tu sume. yg paling kak ummu suke ialah kacang kuda. sedap. hihihi.
semoga satu hari nnt kite mencapai mpian kite. amin.

Faizah_Haris on 8:46 PM said...

mar...
sama la kitee....epal ijo n lemon wajib ado wat stokk...hehehe.... sejak amek air lemon tiap pg....senang nak memerottt woo....ahakss

Mar on 11:06 PM said...

kak ummu: mula2 susah jugak nk terima. tapi alah bisa tegal biasa kan.

faizah: mar tak pnh try lemon lagi. kalau dah terbukti lemon menyenangkan proses memerot, wajib la mar try lepas ni.

geraugebang on 12:48 AM said...

oat krunch tu kak gerau tersangatlah sukanya. Betullah tu. Kalau kak gerau boleh habiskan satu kotak sorang. he he he. Lepas tu kena jonging 5km ya? ki ki ki.

Mar on 7:18 AM said...

hehehe..kak gerau, 5km pn x tentu lg terbakar semuanya hehe. kdg2 stress jgk. naik naik bkn main senang. nak turun seksa ya amat

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal