Tuesday, December 15, 2009

Daging Masak Kicap

Posted by Mar at 12:54 PM
Selalunya masak untuk Encik Suami main goreng-goreng bodoh jer. Encik Suamiku sangat simple kalau bab makan ni. Masak nasi putih, goreng ayam atau daging atau ikan. Kalau ada cendawan Mar goreng sekali buat lauk tambah. Pastu goreng bawang besar sikit dan tabur atas gorengan tadi untuk kasi cantik. Lepas tu dia makan la dengan budu atau sambal belacan. Budu tu biasanya letak cili padi jer. Kalau ada limau nipis atau limau kasturi, perah sekali. Tak pun letak durian dalam budu dan cili padi tadi. Makan pulak sekali dengan ulam petai. Berselera dia makan. Encik Suami suka makan kering-kering. Tak gemar dia kalau makan berkuah sangat ni.

Biasanya Mar masak nasi cukup-cukup untuk dia makan jer. Kadang-kadang angin berselera dia datang nak menambah nasi tak ada pulak nasi lebih sebab bini dia memang dah masak banyak tu jer. Nak masak lagi dia tak nak sebab jenuh nak menunggu pulak. Kadang-kadang angin tak berselera dia datang, tak habis pulak nasi tu. Serba-salah dibuatnya tapi nak buat macam mana kan. Lain la kalau dia bagitau awal-awal nak makan berapa banyak hari tu. Hehehe.

Tapi masa nak pergi FRIM hari tu, Encik Suami masuk kerja pukul 3pm. Mar nak keluar pergi FRIM pukul 12.30pm macam tu. Sebelum tu Mar siap-siap la masak nasi tapi rasa macam tak sesuai pulak nak menggoreng lauk awal sangat sebab selalunya Mar goreng lauk bila dia nak makan. Goreng awal-awal tak syiok la kan. Jadi isteri beliau ini telah ubah sedikit menu. So, Mar masak la daging masak kicap.

Mar kalau masak memang main campak-campak jer la ikut bahan apa yang ada kat rumah.

1. Mula-mula Mar tumis bawang besar dan bawang putih. Kalau ada halia boleh letak sekali tapi kat rumah hari tu tak ada halia. So Mar tak letak halia hari tu.

2. Lepas tu Mar letak pulak cili merah yang dihiris nipis.

3. Kemudian masukkan pulak daging.

4. Dah tu letak la sos tiram, kicap masin, kicap manis (ikut la segala kicap yang ada kat rumah ni. Hehehe).

5. Masukkan pulak bawang besar yang dihiris bulat.

6. Dah agak-agak bawang layu, Mar letak pulak tomato yang dihiris nipis. Jangan biar lama sangat nanti lembik tak best nak makan tomato tu. Lepas tu terus la tutup api.

Siap.

Tadaaaaa.

(Seperti biasa kualiti gambar sangat tidak memuaskan. Harap maaf.)

9 comments on "Daging Masak Kicap"

Anonymous said...

wah jadi isteri solehah ni mar...semoga suami makin dekat di hati kerana masakan mar ya...Kata org, masakan ni sentuhan kasih isteri buat suami

Ida chubby on 2:52 PM said...

suami kita lak kalo makan mesti ada tempoyak hehehe :)

Mar on 3:47 PM said...

mia, mar buat mana yg termampu jer. nak buat yg extravaganza sgt x berapa reti :)

ida, mcm2 selera ada kan. budu la, tempoyak la, cencaluk la...mcm2 adaaa hehe

Kaseh on 4:50 PM said...

mar..kaseh pantangggg masak kicap ni.. pantang nampak..hahha tak kira la masak kicap daging ke..ayam ke..ikan ker.. nak2 kalau mama kaseh yg masak...pheww.. ilangterus diet nasi aku..haha...

Mar on 4:54 PM said...

mama kaseh masak mesti ada secret resepi tu sbb tu sedap menyengat..mar punya campak2 asal ada rasa jer. hehe

masakan mak sendiri mmg tiada tandingan kan

Mr ProPiTo on 8:46 AM said...

harap kualiti gambar je tak memuaskan..hehehe...

Bagus ni pandai masak, untuk sape dapat

Mar on 8:51 AM said...

TQ

ida napi on 9:43 AM said...

kicap pun sodap yo mar..hehehehe [membalas kunjungan walaupun selalu berkunjng senyap2]

Mar on 9:46 AM said...

sodaaaappp, smpai menjilat jari hehehe

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal