Thursday, December 10, 2009

Spaghetti Olio Campak-campak

Posted by Mar at 12:15 PM
Teringin nak makan spaghetti dah lama. Sejak dari belum diet sampai dah diet sekarang. Kat dalam fridge memang dah lama nampak spaghetti tah tahun bila punya. Tak baik membazir kan. Kena la guna.

Dulu mengidam nak makan Seafood Alfredo tapi memandangkan tengah diet, silalah sedar diri kan. Jadi Mar buat Spaghetti Olio Campak-campak ni. Entah betul entah tak cara masaknya. Janji ada rupa sikit-sikit ok la kan. Hehehe.

1. Mula-mula Mar letak olive oil dalam kuali.
2. Bila dah panas Mar tumis bawang besar, cili kering dan bawang putih.
3. Lepas tu Mar letak pulak carrot, daging dan ayam.
4. Letak jugak kiub ayam dan garam secukup rasa tekak.
5. Letak pulak spaghetti yang dah direbus dan ditoskan airnya.
6. Gaul-gaul rata.
7. Kalau suka dan tekak selera Melayu boleh jugak tabur bawang goreng sikit (kalau tengah diet jangan letak laaaa hehehe).

Siaaappp.



Versi dalam pinggan

Versi dalam kuali.

Mar makan dengan salad dan tomato yang dihiris nipis. Orang lain kat rumah ni makan gitu ajer.

Wallaaaaa...

(Kamera Mar lately ni produce gambar yang tak best. Kelabu asap jer. Menyampah betul. Ada sapa-sapa nak bagi hadiah kamera? Hehehehe)

2 comments on "Spaghetti Olio Campak-campak"

Mia-Ina on 11:43 PM said...

best..best..boleh cuba nanti

Mar on 8:06 AM said...

yaaa...haruuss :)

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal