Tuesday, December 08, 2009

Air kosong, ketenangan dan tidur yang cukup

Posted by Mar at 12:37 PM
Air sangat penting untuk turunkan berat badan. Kalau orang yang tak turunkan berat badan pun penting jugak. Dulu masa zaman Mar tak tau apa-apa memang Mar tak suka minum air kosong. Kalau minum pun sikit-sikit jer. Sejak dua menjak dah jadi dewasa atau kertu dan mula diet balik ni barulah sibuk minum air kosong banyak-banyak. Banyak maksudnya bukan la sampai 10 liter satu hari tapi untuk Mar selalunya minum 3-4 liter sehari. Kalau banyak-banyak nanti mati pulak. Mar pernah terbaca kat mana tah ada orang pernah buta sebab dia amalkan minum air sampai 8 liter. 2 kali ganda kuantiti air yang patut diminum. Bahaya tu.



Sangat nampak perbezaannya kalau diet + minum air banyak dengan diet tanpa minum air banyak. Masa Mar jaga Mak seminggu kat hospital hari tu, Mar agak kurang minum air sebab segan nak refill kat hospital sebab haruslah air yang ada kat pantry tu untuk patient kan plus leceh nanti asyik nak membuang jer nanti. Nanti terabai pulak ibuku yang sakit itu. Hehehe. Jaga makan tetap jaga makan tapi berat susah nak turun malah kadang-kadang naik pulak tu.

Tidur pun macam tu. Maksud tidur kat sini ialah tidur malam. Tidur siang kan tak bagus sangat. Mar perasan bila tidur malam tak cukup, berat akan naik atau maintain saja. Mar ada terbaca beberapa kes yang orang mati disebabkan tak cukup tidur walaupun menjalani healthy lifestyle iaitu selalu bersenam dan menjaga pemakanan. Mar jugak terbaca yang tidur yang cukup adalah 6 jam ke atas tapi kalau kita bersukan yang melampau contohnya macam atlit tu perlu lebih daripada tu.


Dan yang paling penting kena sentiasa tenang. Tak boleh stress selalu. Sebab Mar perasaan bila Mar stress atau risau pasal exam ke, pasal interview ke, pasal kesihatan Mak ke apa-apa la, mesti rasa malas nak diet dan workout. Jadi ketenangan tu penting untuk pastikan diet dan workout tidak terhenti.

Ini berdasarkan experience Mar jer. Orang lain tak tau la kan.

4 comments on "Air kosong, ketenangan dan tidur yang cukup"

noradzlina.kamdani on 10:57 PM said...

mar..kite suke tp klu nk lg best amik brand OKI sbb lg bnyk choice n tebal skt dr oat krunch

noradzlina.kamdani on 10:58 PM said...

ooo psl tdo..klu kite le xcukup tdo n sook nye bnyk kelas nk kene attend cnfm ms ngajo tu mcm di awang2an...ble menangis kite klu mlm xble tdo...

Mar on 11:08 PM said...

brand OKI lagi best ek..ok nnt mar try.

tu laaa... mar pun kalau takleh nak lelap mata mlm2 tension betul.rasa nak gam mata utk mlm tu hehe

M on 6:51 AM said...

Thank you
Glad to see my link here :)
Keep on posting
:)

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal