Monday, December 28, 2009

Ayam masak merah @ ayam masak tomato @ ayam masak pedas

Posted by Mar at 12:05 PM
Mar punya definisi ayam masak merah dengan ayam masak tomato dengan ayam masak pedas sama jer. Tak ada perbezaan sebab warna sama. Hehehe. Jadi kalau ada orang suruh Mar masak ayam masak merah, inilah resepinya. Kalau suruh Mar masak ayam masak tomato dan ayam masak pedas pun inilah resepinya. Memandai-mandai jer Mar ni kan. Hehehe. Style Mar biasa la kan. Main campak-campak saja.

Mula-mula kahwin dulu Mar beriya ikut resepi untuk masak lauk ni tapi tak pernahnya dapat pujian daripada Encik Suami. Ada jer yang tak kena. Most of the time dia komen pedas sangat. Encik Suami tak tahan sangat makan pedas. Bukanlah tak makan pedas langsung. Makan tapi tak boleh pedas sangat sebab dia kata nanti potong mood dia nak makan.

Jadi memandangkan masak ikut resepi untuk lauk ini menghasilkan komen yang menyentapkan perasaan maka Mar pun try la masak main campak-campak pula untuk ayam masak merah/tomato/pedas ni.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau dan garing sedikit.

2. Masukkan cili boh 1 sudu besar. Biarkan garing.

3. Masukkan carrot.

4. Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit gula dan sedikit garam. Kacau rata.

5. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan empuk.

6. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan layu.

7. Masukkan tomato. Biarkan kejap jer. Terus tutup api.



Inilah hasilnya.

First time Encik Suami kata ayam masak merah/tomato/pedas Mar sedap. Confirm memang lepas ni kalau masak, Mar campak-campak saja. Sebab itulah yang paling sedap sebenarnya. Hahaha.

2 comments on "Ayam masak merah @ ayam masak tomato @ ayam masak pedas"

Mia-Ina on 1:34 PM said...

mmg sedap. tambah klu makan ketika panas...tapi suami klu dh pekena air tangan isteri ..lama2 dia dah ok la..alah bisa tegal biasa....

Mar on 5:59 PM said...

mia, nasi panas kalau mkn dgn kicap pon sodapp hehe

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal