Bahan:
1/4 cawan vegetable oil
1 cawan susu cair
2 biji telur
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula
2 cawan tepung (diayak)
Chocolate chip
Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
2. Masukkan minyak, susu cair dan telur. Kacau guna whisk.
3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan gula. Kacau lagi.
4. Sudukan adunan ke dalam paper cup. Mar letak adunan lebih kurang 1/2 paper cup lebih sikit untuk dapat effect membukit itu.
5. Tabur chocolate chip sepenuh-penuhnya sebab nak habiskan chocolate chip punya pasal kan.
6. Masukkan dalam oven hingga masak dan kekuningan. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan muffin dah masak. Kalau cucuk, licin jer tester tu kira dah masak la. Kalau melekat-lekat lagi adunan yang tak masak tu, biar dulu dalam oven sampai masak.
Adunan ni Mar dapat 12 biji muffin. 5 biji bagi neighbour sebelah rumah sebab nak pulangkan pinggan dia bagi apam balik hari tu. Baki 7 biji untuk rumah ni punya. Rezeki Makcik Elly dan kawan dia yang kebetulan datang melawat Mak kat rumah. Haruslah ada yang masuk ke mulut Mar jugak kan. Hahaha.
Sebelum masuk oven
Selepas keluar oven
Buurrrppp....selesai sudah.
Mak cakap kat Mar,"Haaaa..pergi gym cepat!!!"
Haiiii... 8 jam brisk walk pon tak tentu lagi kalori muffin tu hilang.
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
4 comments on "Barang nak expired (lagi???)"
hmm delicious...
tapi keras sikit la. tak tau mana silap sbb memandai2 sgt hehe
terujanya aku tgk choc chip yg terjojol-jojol tu..
kak, puas la nak ngabihkan choc chip yg dah nk expired, tu yg tabur tak hengat2 tu hehehe
Post a Comment