Bosan kan update pasal masak-memasak dan makanan jer. Hari ni kita tukar sikit. Hari Isnin we all pergi Cameron Highlands. Tak tidur sana pun. Bertolak pergi lepas Subuh. Bertolak balik rumah dalam pukul 5pm. Sampai rumah dekat pukul 8pm jugak la selepas sesi pecut-memecut Encik Suami. Jangan dapat saman ekor sudah. Ina (my BFF) pun ikut jugak. Tapi kerja dia asyik membuta kat seat belakang. Bila terjaga asyik nak pergi kencing. Lain kali tobat tak mau bawak dia lagi. Hahahaha. Gurau ajer. Kalau dia tak ada bosan la tak dapat nak kutuk-kutuk dan buli dia. Hahaha.
Matlamat utama nak pergi Cameron Highlands sebab nak terjah Boh Tea Centre yang cantik tu tapi sesuatu telah terjadi. So kena baca sampai habis ok.
Sampai-sampai Cameron Highlands, we all terjah Brinchang. Tempat yang ada jual macam-macam tu sebab Encik Suami dah kebulur nak makan. Pusing kejap kat pasar tu. Tak pusing sangat la sebab tak aim nak beli apa-apa pun. Dalam perjalanan singgah ladang strawberi, bunga dan sayur. Beli strawberi dan makan ais krim strawberi. Share la tapinya kan sebab tak nak rasa bersalah melupakan diet seketika. Hehe. Lepas tu terus pergi Tanah Rata. Berhenti kejap kat situ sebab Ina nak kencing (ni tak ingat dah kali ke berapa sebab dah lost count dah).
Lepas tu we all teruskan la perjalanan nak ke Tea Boh Centre tu. Sebelum pergi hanya survey map kat http://www.cameronhighlands.com/Destination-Guide/About/Maps/ sahaja. Print out dan kalau tengok kat map tu, Boh Tea Plantation adalah di Habu. Jalan punya jalan tak jumpa langsung signboard nak ke Tea Boh Centre tu end up we all dah sampai kat Ringlet dah nak menuju Tapah baru Ina cakap dia ada nampak signboard tu kat area Habu tapi tak confident itu tempatnya. Muka Mar confirm la dah kelat sebab datang sana aim tempat tu jer pun. Ina dah tak berani bersuara sebab dia yang nampak signboard tapi tak bagitau. Encik Suami buat tak tau terus jer jalan. Lepas tu dia nampak orang Asli jual petai. Berhentilah kejap nak beli petai. Nampak pulak durian, dia beli durian jugak. We all bukak sebiji makan kat situ. Lepas tu masih terus jalan menuju ke Tapah sebab Encik Suami tak nak patah balik.
Tapi disebabkan muka bininya yang kelat dan senyap-sunyi maka dia patah balik jugak. We all pun sampai la kat Habu dan ikut la signboard Tea Boh Centre yang Ina cakap tu. Jalan sangat scary ok. Kalau Mar yang drive haruslah tak lepas. Gigih la we all ni masuk ke dalam. Siap naik anak tangga sejauh 174m naik ke view point semata-mata nak pergi kafe tergantung Boh tu. Sangat kecewa ya bila sampai kat puncak, tak ada apa-apa pun. Sekadar tempat untuk tengok ladang teh. Tapi memang cantik sangat. Terpegun sekejap dengan keindahan dan kehijauan alam. Beberapa minit lepas tu we all pun turun. Sambil turun sambil call kawan-kawan yang dah pernah sampai tempat sebenar yang we all nak pergi tu. Call Kucik tak dapat. Call Mimi dia cakap kat Brinchang. Lepas tu dia cakap nanti dia try cari kat Google. Lepas tu dia call balik kata tempat tu kat Sungai Palas menuju ke Gunung Brinchang. Padan la muka we all kan sebab tak survey betul-betul kat mana tempat tu sebelum pergi. Main redah jer pergi, inilah padahnya.
Dah alang-alang kat Cameron Highlands maka kami pun patah balik pulak ke Sungai Palas semata-mata nak ke kafe tergantung tu. Memang jumpa la tempat tu. Jalan lagi scary dari Boh Tea Centre kat Habu tu. Lagi kecik jalan dia. Lagi bahaya. Sampai memang sampai tapi TUTUP on Monday ok. Memang macam Lebai Malang betul we all hari tu. Nak buat apa lagi kan. Balik dengan hati yang sedih dan kecewa jer la.
Apa pelajaran yang kita dapat yer anak-anak?
1. Kalau nak pergi satu-satu tempat tu sila la survey betul-betul terutamanya kalau nak pergi jenis balik hari. Survey kat mana. Bukak pukul berapa. Tutup pukul berapa. Tutup hari apa dan seumpamanya.
2. Encik Suamiku sangat baik dan penyabar orangnya kerana melayan kehendak bininya yang pelik dan mengada-ngada ni walaupun dia dah ala-ala hilang sabar gak rasanya. Hehe. Sayang, I love you tau. Ni betul-betul punya. Sila percaya.
3. Berat masih turun walau pun makan agak melampau pada hari tu. Mungkin gara-gara naik dan turun anak tangga 174m tu. Naik dan turun, 348m tuuu. Jadi laaaaa. Yang penting control portion. Kalau ikut cara Mar, sila cuit-cuit makanan Encik Suami atau share meal 2 atau 3 orang. Jangan share meal dengan strangers pulak ek. Nak kena debik try la. Hahaha.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
2 comments on "Sudah jatuh ditimpa tangga"
sempat ga posing yek kt pokok teh tu..hmmm xnyanyi lagu hindustan ker? mesti dh bnyk berubah kn CH? kite dh panjat Gunung Brinchang tu...masa kite g Sg Palas Boh Plantation xde pun tempat yg tergantung mcm u tulis tu cik mar.. anyway mesti enjoy kn...
tak sempat nk nyanyi lagu hindustan sbb mengah naik tangga hehe. kafe tergantung kat sg palas tu maybe baru buat kot.ntah la. mar pn last pergi masa sekolah rendah rasanya hehe. x enjoy sgt sbb x dpt pergi kafe tergantung tu :(
Post a Comment