Sunday, January 01, 2012

Ada ke patut?

Posted by Mar at 9:56 PM

Saya batuk dah seminggu. Batuk paling teruk pernah saya alami. Batuk tahap sampai terkencing-kencing. Batuk sampai tahap muntah-muntah. Sakit tekak sampai tahap telan air liur macam telan duri. Serius. Sumpah. Tak tipu.

Asal baring jer batuk. Asal baring jer batuk. Seminggu saya tidur-tidur ayam. Tidur 15 minit, batuk. Tidur 15 minit, berkejar pergi bilik air. Kan batuk saya sampai tahap terkencing-kencing dan termuntah-muntah. Moody dibuatnya seminggu ni. Sebab tak puas tidur malam.

Dalam dok batuk-batuk ni rasa bertanggungjawab pulak untuk tak nak menyebarkan virus kat orang lain. Mencari la saya mask untuk tutup mulut dan hidung. Tak mau yang jenis sangkut kat telinga. Nak yang jenis ikat sebab tak mau ganggu keayuan tudung. Kegedikan terserlah di situ.

Dua tiga hari cari mask jenis ikat tak jumpa-jumpa. Dari Selayang cari sampai Taman Permata. Sebab malas nak melayan kerenah bini agaknya, suami beri cadangan suruh guna barut baby sebagai mask. Ada ke patut? Dia kata cantik apa barut tu. Siap bunga-bunga lagi. Merepek kan dia. Nasib baik saya masih waras.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments on "Ada ke patut?"

yannie bunny on 2:37 PM said...

tmn permata area umah mak sy tu ;)

Lady Mira on 4:19 PM said...

comelnya barut... beli kt ner?

Mar on 6:21 PM said...

Yannie. Dekat la dgn rumah saya :-)

Mira. Barut ni beli kat uptown danau kota. 3 helai, rm10.

Mar on 6:21 PM said...

Yannie. Dekat la dgn rumah saya :-)

Mira. Barut ni beli kat uptown danau kota. 3 helai, rm10.

Lady Mira on 11:55 AM said...

ooh kt uptown danau kota.. dekat dah tu.. tp nk tunggu tmpt tu buka punyala lambat... slalu dah tido dah..

Mar on 8:41 PM said...

Memang lewat pun tapi gigih la jgk pergi. Mar selalu pergi dlm pukul 9.30 atau 10.00 kedai jual barut tu bukak dah

Anonymous said...

It's nearly impossible to find educated people about this topic, but you seem like you know what you're talking about!

Τhanκs

Ηere is my wеb sіte; bad credit payday loans

Anonymous said...

Very nіcе post. I simply stumblеd upon youг blog anԁ wanted to saу that
I havе really enјoуed browѕing your blog
pοstѕ. After all I'll be subscribing in your feed and I'm hoping you write οnce moгe
soon!

Heгe is my weblog; personal loans

Anonymous said...

Нey there, You've performed a great job. I'll
definіtely ԁigg іt and in my view ѕuggest to my
friends. I'm confident they will be benefited from this web site.

My blog post payday

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal