Wednesday, December 28, 2011

Baik macam Dr. Hamid juga

Posted by Mar at 11:08 PM

Pagi tadi. Kali pertama check up di Hospital Selayang. Kali pertama jumpa gynae baru. Bukan lagi Dr. Hamid Arshat.

Saya dan suami buat keputusan untuk bersalin di Hospital Selayang. Kami memilih untuk bersalin di bawah skim Full Paying Patient (FPP). Bermaksud segala kos perubatan dibayar sendiri, bukan subsidi kerajaan. Sebab utama kerana saya mahu bersalin di hospital kerajaan dan dalam masa yang sama mahu suami menemani saya sepanjang masa di wad. Kalau bersalin di hospital kerajaan lain, suami tidak dibenarkan berada di wad pada waktu malam. Oh, tidak. Saya tak sanggup. Saya yang manja dan mengada-ngada ni perlukan suami sebagai tempat untuk merengek, menangis dan sebagainya. Hospital Putrajaya pun ada skim ini tapi lagi lagi la jauh dari rumah saya. Selayang dekat sikit.

Sebelum ke Hospital Selayang, suami dah call bertanya tentang prosedur pendaftaran. Tak perlu buat temujanji. Terus saja datang pada hari Isnin atau Rabu.

Kami sampai lebih kurang pukul 8.00 pagi. Terus diberi penerangan dan mendaftar di kaunter FPP. Kami diminta memilih pakar gynae yang diingini. Dr. Roslan, Dr. Param, Dr. Philip, Dr. Arifah atau Dr. Yu. Sebelum tu memang dah survey kat internet. Ramai yang kata Dr. Roslan paling best. Jadi, kami berdua sepakat memilih Dr. Roslan sebagai gynae baru saya. Kemudian, perlu isi beberapa borang dan buku merah rekod kesihatan ibu.

Jururawat di kaunter terus menghubungi Dr. Roslan. Katanya, Dr. Roslan boleh berjumpa kami pada pukul 10.00 pagi sebab waktu itu dia sedang bertugas di wad. Memandangkan memang hari ini dikhaskan untuk berada di Hospital Selayang, jadi kami setuju untuk tunggu. Lepaklah kami di kafe hospital.

Pukul 9.25 pagi, saya dapat panggilan daripada jururawat tadi. Dr. Roslan sudah ada katanya. Kembali ke kaunter FPP tadi, perlu serahkan kad pengenalan dan bayaran RM110. RM100 untuk consultation fee dan RM10 untuk pendaftaran.

Seterusnya, check air kencing, timbang dan check bp. Kemudian, terus berjumpa dengan Dr. Roslan. Saya beri dia laporan perubatan daripada Dr. Hamid. Dia tanya saya beberapa soalan. Lepas tu saya diminta baring untuk scan. So far, baby ok. Masih girl :-)

Memandangkan parents saya ada diabetes, doktor suruh check darah. Random test saja bukan MGTT sebab saya dah minum air mangga di kafe. Kalau result lebih daripada 8, kena repeat dengan MGTT. Result tak tau lagi.

Lepas proses ambil darah, terus ke kaunter ubat. Next appoinment lagi 2 minggu. Pukul 10.30 pagi, selesai segala urusan. Tak payah jenuh menunggu. Semuanya cepat. Sediakan saja duitnya.

So far, saya selesa dengan Dr. Roslan. Nampak dia jenis relax, cool dan mesra. Baik macam Dr. Hamid juga :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments on "Baik macam Dr. Hamid juga"

melur.roslan on 1:58 PM said...

salam..nak tanya sikit..

so u akan check everymonth kat hospital selayang la ek?? tak pergi ke klinik kesihatan ke?

sy mcm nak bersalin di hospital putrajaya..due jun 2012..mmg patient Dr. Hamid jugak same with u..

so, utk bersalin di hospital kene booking ke ape ek? pls advice me ek..hehe

Mar on 3:17 PM said...

Saya akan bersalin di hospital kerajaan under skim full paying patient.sebab tu terus check up dgn hospital tempat nak bersalin. Saya tak payah buat di klinik kesihatan sbb under full paying patient punya skim, saya direct jumpa gynae specialist yg dah dipilih di hospital selayang. Ini proses kalau di hospital selayang. Hospital lain saya tak pasti. Kalau bkn under full paying patient punya skim pun saya tak pasti mcm mana.

Anonymous said...

I'd like to find out more? I'd love to find out morе details.


My websitе; losing weight

Anonymous said...

constаntly i used to read smaller poѕts which also cleаг thеіr motiѵe, and that is also hаppenіng wіth this ρaragraph which I am reading
here.

my blog; payday loans

Anonymous said...

Great gοods from you, man. I havе
understаnd your ѕtuff previous to anԁ you're just extremely excellent. I actually like what you've acquired herе, rеally lіke what уοu arе stating аnd the ωay in ωhich you say it.
Υou maκе it entertаining аnԁ you ѕtill care fοr to keeр it wіse.
ӏ cаnt wait to гead much mоre from you.

This is actually a grеat ωeb ѕite.

Here iѕ my wеblog; Payday Loans

yanmaneee on 8:22 PM said...

curry 6 shoes
jordans
yeezy
kobe 9
jordans
kyrie 4
hermes handbags
fila shoes
nike kd 11
adidas nmd

Anonymous said...

yeezy
off white outlet
supreme
off white t shirt
supreme
hermes
supreme outlet
off-white
jordan shoes
golden goose sneakers

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal