23 minggu.
Dia tanya dah pasti ke nak bersalin di mana. Bila kami kata sudah, dia pun beritahu, jangan risau. Dia akan sediakan laporan perubatan untuk dibawa ke hospital nanti. Dia pesan, kalau ada apa-apa dan perlukan nasihat dia, beritahu saja bila-bila dia akan tolong. Serius sedih gila masa ni. Rasa macam nak nangis.
Dia dah macam bapa sendiri. Ya la kan. Daripada kosong terpinga-pinga dengan masalah kesuburan, tak mengandung walaupun dah 3 tahun kahwin masa jumpa dia sampailah dah mengandung boyot macam ni, tiba-tiba terpaksa berpisah dengan dia. Memang sedikit terkesan di hati apatah lagi bila dia cakap, apa-apa masalah nanti beritahu jer. Bila-bila, insyaallah dia akan tolong. Sebak ok.
Minggu depan laporan perubatan saya, dia akan siapkan dan keluarkan. Selepas itu, saya akan buat temujanji dengan Hospital Selayang. Check-up seterusnya adalah di Hospital Selayang. Insyaallah, mungkin akan bersalin di sana juga. Kalau bukan Selayang pun mana-mana hospital kerajaan la. Yang pasti, Hospital Selayang adalah pilihan utama.
Tak lama dah lagi. Takut. Berdebar. Macam-macam. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.
Published with Blogger-droid v1.7.4
5 comments on "Check-up terakhir"
InsyaAllah..semoga semuanya dipermudahkan olehNya
dah prepare segala doa2? insyallah...kene kuatkan semngat..yakin boleh teran...xnak czer2...yakin boleh buat..
jgn cepat panik..sakit bersalin tu kejap je..ingat nak keluarkan baby je...:) saya doakan semuanya selamat
amin..insyaAllah semua selamat dan dipermudahkan,doakan noora dapat zuriat ye=)
sedihnya bila baca..saya pon sekarang nie still ngan doc hamid lagi..hmm..nnt sy pon maybe mcm awk jugak..sedih nak pisah..hmm..nak wat ngan dia..kos mahal sgt la pulak..hmm..all the best ek..
Terima kasih atas doa semua :-)
Post a Comment