Friday, January 27, 2012

Hada Labo

Posted by Mar at 10:32 AM

Orang lain dah berkurun tahu pasal produk yang meletup-letup dari Jepun ni. Saya baru tahu dua tiga hari lepas. Agak teruja dan terpengaruh dengar maklum balas baik daripada kawan-kawan di twitter.

Tapi dari sehari ke sehari tak berkesempatan nak pergi jeling kat kedai. Malam tadi kebetulan pergi Jusco AU2 beli barang dapur sikit. Menyinggah la sekejap pergi Watson cari Hada Labo ni. Tak ada pula kat Watson. Saya pergi Guardian kat sebelah. Yeayyy. Ada.

Saya jadi keliru dan pening nak ambil produk yang mana. Belek punya belek, saya ambil jer trial set dia. Harga RM34.90. Dalam tu ada moisturizing make-up remover, moisturizing face wash, moisturizing lotion dan moisturizing milk. Elok juga ambil trial set. Tengok dulu serasi ke tak dengan kulit. Kalau tak sesuai tak ada la rasa rugi sangat nanti kan.

Sekarang saya hanya guna pencuci muka Kose. Dah setahun guna. Boss saya yang cadangkan suruh guna sebab anak dia dulu banyak jerawat tapi lepas guna sabun Kose dah tak tumbuh lagi jerawat baru. Dari Jepun juga Kose ni. Kose serasi dengan kulit saya cuma parut-parut jerawat tetap berdegil nak duduk atas muka. Harga pun ok. Satu buku sabun tu saya potong empat boleh tahan 6 bulan. Harga sebuku RM75.

Nak cuba guna Hada Labo ni bukan niat nak bagi kulit licin, halus dan mulus sangat pun. Sebab sedar muka ni banyak sangat parut jerawat. Tapi kalau ya lagi bagus kan. Harapan saya supaya muka kurang sikit parut dan tak ada lagi tumbuh jerawat baru.

Kalau berkesan produk ni pada saya, saya review semula.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments on "Hada Labo"

si tuan putri kiUt on 10:54 AM said...

1st time tgk produk ni...
nt review yerr ok ke tak?

Mar on 11:29 AM said...

ok. nanti saya bagitau ya

Bouncing and Cherubic on 3:36 PM said...

saya pakai Hada Labo Moisturizing lotion (toner actually, tapi diorang panggil moisturizing lotion) dah botol kedua..memang best sangat sebab tak de bau pewangi, tak buat kulit rasa tegang, dan buat kulit rasa halus dan terjaga..

cubalah, insyaAllah puas hati..

Mar on 8:06 PM said...

Best kan. Saya baru pakai sehari dah terasa kulit lembut dan halus walaupun parut masih merata.

Anonymous said...

Thank you for thе good ωrіteup. It іn fact ωas a
аmusement account it. Look aԁvanced to
fаr added agreeаblе from уou! Βy the way,
hoω cоuld ωе communiсаte?


Here iѕ my hοmepage ... instant cash loans

Anonymous said...

What's up to every , for the reason that I am genuinely keen of reading this blog's pоѕt to be updated dаily.
It cоntains pleasаnt dаtа.


my websіte :: payday loans

Anonymous said...

Hey Τhere. Ι fοund уouг blog
using mѕn. Thiѕ is a νeгy wеll
wгіtten artіcle. I'll make sure to bookmark it and come back to read more of your useful information. Thanks for the post. I'll definitelу гetuгn.


Alsο vіsіt my sіte - payday loans

Anonymous said...

Gгeat web ѕite you havе here.
. It's difficult to find high quality writing like yours these days. I really appreciate people like you! Take care!!

My web-site: Payday Loans

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal