Sunday, January 22, 2012

Dugaan dan cabaran

Posted by Mar at 2:32 PM
Mungkin Allah nak uji saya. Macam-macam jadi dua tiga hari ni.

Rentetan kisah semalam, saya pergi hospital lagi pagi tadi untuk suntikan ubat dos kedua.

Selesai suntik, saya dan suami balik rumah. Saya tidur sebab mengantuk sangat. Pagi-pagi dah bangun kan.

Bangun tidur, saya pergi tandas nak kencing. Selesai kencing, saya turun tangga sebab nak hidupkan mesin basuh kat bawah. Saya tak tahu tukang cuci Mak saya baru lepas mop tangga. Terduduk saya kat tangga tadi. Sedih sangat. Rasa nak nangis. Kenapalah clumsy sangat saya ni. Risau sangat.

Lepas tu, saya duduk dan baring kat sofa ruang tamu. Selepas dua jam. Tak ada air keluar. Tak ada darah keluar. Baby masih bergerak. Kencing masih kerap.

Suami tak ada di rumah sekarang. Saya tak call pun beritahu. Nanti dia balik baru nak beritahu. So apa-apa tunggu arahan suami la sama ada nak pergi hospital ke tak.

Baby, please be strong. Mommy takut sangat ni. Terus gerak-gerak yer kat dalam.

Doakan kami ya.

Ya Allah. Engkau lindungilah anakku semoga selamat semuanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments on "Dugaan dan cabaran"

mag on 9:53 PM said...

insyaallah..semuanya slamat....yakin kpd Allah..doa banyak2..tenangkan hati..even dah keluar tanda nanti ..darah or pech air ketuban..relax..jgn kelam kabut..anak pertama biasanya ambik masa nak keluar..nasihat dr pglman saya 5 thn lps:)

Mar on 10:05 PM said...

Insyaallah. Harap2 macam tu la. Terima kasih atas doa dan ingatan :)

TiNie on 8:53 AM said...

mar, sy doakan x ada apa2 yg boleh mencederakan mar n baby mar..doa bnyk2 k..bnykkan rest..take care dear..

Mar on 4:12 PM said...

Thanks, Tinie. Harap2 selamat semuanya

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal