Wednesday, January 18, 2012

Pembaziran atau pelaburan?

Posted by Mar at 5:35 PM

Bila saya kata saya beli breastpump Medela Freestyle, saya tahu ada yang bersuara sinis kata ia satu pembaziran. Saya anggap ini pelaburan. Saya lebih rela keluarkan duit untuk breastpump ini daripada keluar duit beribu-ribu untuk stroller. Breastpump tolong saya keluarkan susu untuk kenyangkan perut anak saya. Stroller ribu-ribu untuk apa? Saya tak beli stroller pun. Tengok keadaan. Kalau betul-betul perlu baru saya beli. Sekarang saya masih rasa belum perlu.

Ya, saya emosi sebab ada orang pertikaikan keputusan saya untuk beli breastpump ini. Memang saya akui gigil untuk keluarkan duit sebanyak itu untuk ini. Tapi saya mahu fikir positif. Saya beli barang mahal, sudah pasti saya mesti usaha juga agar pembelian saya berbaloi. Kalau saya culas dan malas, memang bodohlah saya.

Saya bertekad untuk breastfeed anak saya nanti. Insyaallah. Moga Allah permudahkan dan makbulkan hasrat saya. Walaupun breastpump ini hanya membantu, sudah pastilah saya mahu sesuatu bantuan yang berbaloi dan memberi keselesaan kepada saya.

Ini pendapat, pendirian, keinginan dan hasrat saya. Saya tidak minta duit daripada orang. Jadi, tolong jangan pertikaikan apa yang saya mahu. Sila hormati keputusan saya kerana saya tak pernah masuk campur urusan anda.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments on "Pembaziran atau pelaburan?"

~S~ on 6:17 PM said...

no. i dont think it as a pembaziran.

i am thinking of fully bf as well. tp tula, medela out of my price range. cume bole pandang je, sambil usap perut dan kata, takpe la baby, skang ni mummy belum mampu. kite beli yg lain je la ye.

so bagi i, itu bukan pembaziran. u just want the best for your child. sape taknak? i pun nak.

abaikan je mereka dgn persepsi mereka. as a mother, u know what best for ur child.

Anonymous said...

kak mar..tak membazir ok!!!kalo ada rezeki dpt 3-4 org anak,pump ni bole pakai utk dorang gak nti..mmg satu pelaburan bijak..insyaAllah..abaikan kata2 sinis tu kak mar..dorang tak rasa kemanisan bfeed baby & say no to Formula milk..sy doakan Allah permudahkan hasrat akak nti..hati mesti cekal ok!!!banyak lagi halangan & rintangan nak menjayakan bfeed ni..kiranya ni cam permulaan ujian utk akak la..

b4 baby sy lahir,sy beli pump spectra 3 da..tapi lepas baby lahir & seronok sgt dpt fully bfeed baby, sy beli medela freestyle ni..mesti org kata membazir kan..pada sy,TAKKKK!!ia keperluan & sy sgt happy ada dua2 breast pump tu..

~keen~

Mar on 12:07 AM said...

Thank S. Thanks keen.
Kdg2 tak faham dgn mentaliti sesetengah org. Spend duit utk bnda lain yg kurang penting diorang tak pertikaikan pun. Tapi bila bab2 breastpump ni jadi bhn pertikaian pulak. Pelik.

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal