Thursday, December 24, 2009

Sup Ayam Cendawan

Posted by Mar at 12:00 PM 3 comments
Banyak pulak entri pasal makanan dalam blog ni. Sebenarnya Mar dah tak tau nak update pasal apa. So, kita update la pasal masak memasak ni. Biasa la kan menu kena la tukar-tukar sikit nanti bosan pulak Encik Suami hari-hari dok goreng jer. Hari ni menu adalah sup ayam cendawan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, kulit kayu manis dan sup bunjut hingga naik bau dan sedikit garing. (Kalau berdiet tak payah tumis, lebur jer semua dalam air, tak payah guna minyak. Tapi sebab Mar nak masak kasi sedap untuk Encik Suami, Mar tumis tapi guna vegetable oil.)

2. Masukkan carrot dan kentang.
3. Masukkan air secukupnya. Tunggu mendidih.

4. Masukkan kiub ayam.

5. Masukkan cendawan yang diracik-racik.

6. Masukkan tomato yang dipotong 4.

7. Biar mendidih sekejap. Tutup api.



Encik Suami request nak makan dengan telur dadar. Jadi menggoreng la telur dadar sekejap sebelum dia makan. Telur dadar kosong jer. Dia tak nak letak bawang ke apa-apa. Senang kerja patik. Hehehe. Yang berdiet jangan makan telur dadar tau. Perhatikan minyak yang berlinangan itu. Kalau nak jugak, rasa la secubit buat hilang kempunan.

Wednesday, December 23, 2009

Barang nak expired (lagi???)

Posted by Mar at 12:12 PM 4 comments
Ni ada lagi satu barang hampir expired. Chocolate chip. Apa nak buat dengan chocolate chip ni? Belek-belek barang yang ada kat rumah ni. Ada tepung. Ada vegetable oil. Ada telur. Mula-mula ingat nak buat chocolate chip cookies tapi buat biskut guna butter yang best. Butter tak ada pulak. So, end up Mar bakar muffin saja. Tak ingat daripada mana Mar ambik resepi ni. Mintak maaf sangat dengan empunya resepi ni. Kalau ada yang tau, bagitau Mar ek. Nanti Mar link kat sini. Sebenarnya kalau ikut resepi asal yang Mar salin tu, ni resepi vanilla muffin. Tapi sebab Mar nak guna chocolate chip yang dah nak expired tu, Mar tabur jer chocolate chip kat atas adunan. Resepi kat bawah ni adalah resepi yang Mar dah ubahsuai sendiri berpandukan resepi asal atau dengan kata lain Mar memandai-mandai end up Encik Suami kata sedikit keras tapi masih boleh ditelan. Bukanlah keras sampai boleh baling kat dinding, ok.

Bahan:
1/4 cawan vegetable oil
1 cawan susu cair
2 biji telur
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula
2 cawan tepung (diayak)
Chocolate chip

Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

2. Masukkan minyak, susu cair dan telur. Kacau guna whisk.

3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan gula. Kacau lagi.

4. Sudukan adunan ke dalam paper cup. Mar letak adunan lebih kurang 1/2 paper cup lebih sikit untuk dapat effect membukit itu.

5. Tabur chocolate chip sepenuh-penuhnya sebab nak habiskan chocolate chip punya pasal kan.

6. Masukkan dalam oven hingga masak dan kekuningan. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan muffin dah masak. Kalau cucuk, licin jer tester tu kira dah masak la. Kalau melekat-lekat lagi adunan yang tak masak tu, biar dulu dalam oven sampai masak.

Adunan ni Mar dapat 12 biji muffin. 5 biji bagi neighbour sebelah rumah sebab nak pulangkan pinggan dia bagi apam balik hari tu. Baki 7 biji untuk rumah ni punya. Rezeki Makcik Elly dan kawan dia yang kebetulan datang melawat Mak kat rumah. Haruslah ada yang masuk ke mulut Mar jugak kan. Hahaha.

Sebelum masuk oven


Selepas keluar oven

Buurrrppp....selesai sudah.

Mak cakap kat Mar,"Haaaa..pergi gym cepat!!!"

Haiiii... 8 jam brisk walk pon tak tentu lagi kalori muffin tu hilang.

Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Tuesday, December 22, 2009

Kari Ayam Sesuka Hati

Posted by Mar at 12:47 PM 4 comments
Encik Suami cuti. Jadi hari ni masak special sikit. Yer la kang dok goreng-goreng jer hari-hari bosan pulak jadinya kan. Silap-silap dia pergi cari bini lain. So, hari ni Mar masak kari ayam. Kenapa kari ayam? Sebab serbuk kari dan santan kotak hampir expired. Lama sangat dah dalam fridge tak bersentuh. Jadi mari kita gunakan supaya tidak membazir dan dapat shopping kat Giant lagi supaya dapat sticker lagi supaya dapat lekat banyak-banyak sticker itu supaya dapat beli kuali atau periuk mahal dengan harga murah. Banyak betul perkataan supaya ni.

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga.
2. Dah naik bau dan garing sikit letak carrot dan kentang sebab dua-dua ni ambik masa nak empuk. So, kita letak awal sikit dalam periuk.
3. Letak serbuk kari. Kacau-kacau rata.
4. Letak ayam.
5. Letak serbuk kari lagi sikit. Kacau rata lagi sekali.
6. Letakkan santan dan air secukupnya.
7. Letak garam dan gula secukup rasa.
8. Letak bawang besar yang dipotong 4.
9. Biarkan mendidih.
10. Letak tomato yang dipotong 4. Biarkan sekejap dan tutup api.


Siap.

Jangan salah sangka. Pinggan yang ada nasi ni Encik Suami yang punya.

Monday, December 21, 2009

Dating dengan Cik Ina di Ampang Waterfront

Posted by Mar at 12:21 PM 2 comments
Lepas Encik Suami makan semua we all pun siap-siap la nak keluar. Sambil tunggu bininya ni bersiap, Encik Suami layan bola, Malaysia vs Laos. Dia cakap dia tak kira nak pergi kedai yang ada tayang bola jer.

So, sampai kat Ampang Waterfront we all pun intai-intai la kedai mana yang ada tayang bola. Akhirnya we all decide untuk lepak kat Kosas River Bank (KRB). We all order air dulu sebab Cik Ina belum sampai. Encik Suami order teh tarik. Mar order jus belimbing tanpa ais dan tanpa gula.

Tunggu punya tunggu Cik Ina pun sampai dengan lenggang kangkungnya. Encik Suami saja kenakan Ina dok ambik gambar dia menuju ke meja kitorang siap dengan flash sekali dah jadi ala-ala kat red carpet pulak. Duduk jer jenuh si Ina fikir nak makan apa. At last dia order air bandung cincau dan meatball platter selepas termakan hasutan kitorang tentang kesedapan meatball itu. Minah tu siap order soya cincau pulak lepas makan tapi at last tak habis sebab kekenyangan melampau. Tapi meatball platter order 2 jer. 1 untuk Ina dan 1 lagi untuk Encik Suami dan bininya. Tak boleh nak tahan bila tengok kesedapan meatball itu. Mesti nak cucuk seketul dua jugak kalau tak nanti teringat-ingat bawak dalam mimpi. Hehehe. Alasan sungguh kan. Sebab tu order satu share berdua supaya boleh control portion. Hehehe.


Bila meatball sampai jer terus we all belasah tak toleh kiri kanan punya. Meatball platter tu diorang serve dengan sos blackpepper, sos cili, sos tomato, fries dan coleslaw. Licin licau pinggan meatball kami kerjakan. Tiba-tiba....


.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........
.........

Huwaarrrggghhh lupa nak ambik gambar meatball ituuuuuu!!!!!!!!!!!!



Frust ok sebab awal-awal memang dah aim nak ambik gambar meatball tu tapi sebab nafsu tak tertahan-tahan nak makan meatball, langsung lupa pasal nak ambik gambar. Lepas tu sedih dan frust gila. Encik Suami kata, "Pergilah order lagi satu." Dah tak payah, tak payah. Diet kan. Redha sajalah. Huwaaarrrgggghhh.

Muka Mar yang frust sebab tak dapat ambik gambar meatball




Muka Ina tukang belanja yang sedang menggelakkan daku
Posted by Mar at 5:36 AM 0 comments

WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)
Week 11: 7 Disember: 74.4kg (-2.9kg)
Week 12: 14 Disember: 75.6kg (+1.2kg)
Week 13: 21 Disember: 75.1kg (-0.5kg)
TOTAL LOSS as at 21 Disember 2009: 11.9kg
MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November: 77.3kg (-0.6kg)

Sunday, December 20, 2009

Ayam Goreng Kunyit Ekspres Cincai

Posted by Mar at 12:00 PM 2 comments
Ina, my BFF call kata nak jumpa. Dia suruh ajak Encik Suami sekali. Nak belanja katanya. Mar pun sms la Encik Suami. Tujuannya nak tau dia nak pergi ke tak. Kalau nak pergi nak makan kat luar ke nak makan kat rumah dulu. Tunggu punya tunggu dia tak balas-balas. Jam dah nak dekat pukul 6pm. Encik Suami balik pukul 7pm. Mar pun decide jer sendiri. Mar terus masak nasi. Lepas tu buat ayam goreng kunyit.

1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.


2. Panaskan minyak.


3. Goreng ayam sampai masak dan kekuningan.


4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.


5. Tunggu sampai layu. Terus padam api.




Encik Suami makan macam tu jer cicah dengan budu. Kalau nak best lagi, masa letak bawang tu letak la cili merah dihiris nipis dan kacang panjang.

Lepas Encik Suami selesai makan semua barulah we all keluar jumpa Ina kat Ampang Waterfront.

Sesuatu telah terjadi di Ampang Waterfront.

Akan bersambung....

Saturday, December 19, 2009

Snek

Posted by Mar at 12:41 PM 8 comments
Dulu kalau sebut snek mesti terbayang coklat, ais krim, biskut coklat, kuih-muih, fries, burger, hot dog dan seangkatan dengannya. Kira tu semua makanan ringan la kononnya. Padahal makanan tu la yang berat sebenarnya sebab lagi banyak lemak daripada khasiatnya. Sebab tu berat makin naik walau pun makan yang ringan-ringan jer. Ringan-ringan apanya kalau makanan itu yang dok dilantak. Sendiri mau ingat la kan.

Picture taken from http://www.stanforddrivein.com/Snack%20Bar.htm


Tapi sejak kononnya dah celik diet ni maka snekku kini pun makin berubah. Kalau in between meal Mar lapar, Mar akan makan buah. Mostly stok buah yang Mar beli adalah guava dan epal hijau. Buah lain Mar makan jugak kalau ada kat rumah. Biasanya Mar akan potong-potong buah tu masuk bekas letak dalam fridge. Senang. Bila nak makan jer terus ambik tak payah nak potong-potong lagi dan mengurangkan risiko mengambil makanan lain yang lebih mudah dan sedap tetapi menggemukkan. Hehehe.




Kalau teringin nak snek yang sedap sikit Mar makan biskut. Biskut yang berada di carta teratas sekarang ialah Oat Krunch dan IKO. Oat Krunch Mar dah rasa tiga-tiga flavour. IKO Mar dah rasa flavour yang kat bawah ni jer. Yang lain tak pernah rasa lagi. Mar prefer IKO kot sebab tak manis sangat. Tapi makan biskut ni kena berpada-pada gak sebab sedap kan. Bila dah mula makan tu susah nak berhenti.


Picture taken from http://foodbizdaily.com/articles/93240-product-oat-krunch-buiscuits-by-munchy-food-industries-sdn.aspx
Picture taken from http://www.iko.com.my/catalog/details.php?id=178


Bila rasa nak menguyah jugak kadang-kadang Mar kunyah almond. Tapi bukan Mar yang beli la. Mahal la almond ni. Selalu Mar rembat Mak punya. Kalau ada almond tu, Mar pun tumpang sekaki la mengunyahnya. Almond ni elok beli yang mentah lepas tu goreng atas non-stick pan atau bakar dalam oven. Sebabnya kalau beli yang dah siap proses dalam pek tu mesti dah letak garam atau gula bagai. So unhealthy. Cheewaahh. Cakap pasal kekacang ni, Mar sangat suka makan honey cashewnuts. Encik Suami suka makan benda ni. Bila dia beli jer Mar confirm tumpang sekaki. Kadang-kadang Mar yang lebih makan daripada dia. Yang tak bagusnya sebab dah diproses dan manis tapi sedaaappp. Hehehe.



Kalau craving nak makan benda manis Mar akan makan granola bar. Tapi ni bahaya kalau letak stok banyak-banyak kat rumah. Almaklumlah sangat manis dan sangat sedap macam brand yang Mar dah rasa, Nature Valley dan Special K. Sama la macam biskut tadi. Adalah lebih selamat kalau sediakan stok buah banyak-banyak kat rumah. Lebih afdhal. Hehehe. Tapi kalau makan sebelum workout bagus jugak sebab perut tak rasa penuh dan kenyang sangat tapi ada energy dan nanti tak ada la pengsan atau pitam kat gim. Granola bar ni kalau buat sendiri lagi bagus. Kita sendiri boleh adjust apa nak letak dan boleh sukat supaya tak manis sangat. Lebih healthy kan.




Friday, December 18, 2009

Menonton filem Papadom di panggung wayang persendirian

Posted by Mar at 12:27 PM 2 comments
Orang lain dah berkurun berabad tengok Papadom ni. We all baru terkedek-kedek nak tengok. Tak sangka masih ditayangkan di private cinema ni. Bertuah rasanya. Kalau tak melepas la nak tengok.




Private cinema ni best sangat. Tak ada kerusi panggung bagai tapi disediakan sebuah katil queen size dengan 4 biji bantal, 2 kusyen kecil dan selimut tebal. Waduuuuuhh...tak pernah rasanya menonton wayang seenak ini. Sangat comfortable. End up Mar tertidur separuh jalan membuatkan partner di sebelah bengang. Nasib baik tak berdengkur. Kalau tak lagilah dia rasa macam nak ketuk kepalaku. Hahahaha.




(Private cinema la sangat kan. Padahal tengok kat bilik yang dah macam tongkang pecah tu. Encik Suami tak ada kerja pergi set up LCD projector semata-mata nak tengok Papadom. Layankan ajer la kan janji dia happy dan yang penting dia tak serabutkan kepala Mar suruh set up dan simpan balik LCD projector tu. Hehehe.)

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti menunggu kereta siap diservis

Posted by Mar at 12:24 PM 6 comments
Memandangkan awal pagi dah keluar rumah untuk servis kereta hari tu, maka tak sempat la Encik Suami nak breakfast kat rumah atau dengan kata lainnya bininya tak kuasa nak berpeluh-peluh kat dapur, melaram lagi baik. Hahaha. Mar pulak sebelum keluar rumah dah telan HL shake. Jadi tahap kebuluran Mar kurang la berbanding Encik Suami.
Seperti biasa bila nak tunggu kereta siap selalunya we all pergi la lepak kat kedai mamak belakang service centre tu. Encik Suami order teh tarik dan roti tampal. Bini beliau pulak order Metro Ahad sebab nak baca feedback pujaan hatinya Remy Ishak pasal kes pukul hari tu.
Untuk mengisi kebosanan, ketik-ketik la gambar apa yang patut kan. Kalau tak kang tak pasal-pasal nanti ter"order" roti tampal untuk diriku pulak. Hehehe.



Feeling konon-konon di alam percintaan.



Roti tampal sudah sampai



Menu lengkap Encik Suami yang sungguh tidak sihat. Sayang, bila nak stop smoking ni? (Ya, dia selalu baca blog ini, hehe)


Roti tampal setelah dipecahkan telur kuningnya.


Kaki isteri yang bosan dan bengang tak dapat makan roti tampal

Kaki suami yang kekenyangan selepas menyantap roti tampal, teh tarik dan Dunhill 14

Wednesday, December 16, 2009

Posted by Mar at 12:42 PM 4 comments
Encik Suami cuti hari Ahad hari tu. Memandangkan kereta dah sampai waktu untuk diservis, maka dating berdua-duaan la kami ke tempat servis kereta. Pukul 9.30am dah gerak dari rumah supaya ngam-ngam pukul 10am service centre bukak boleh terus servis tak payah nak tunggu sampai 2-3 jam. Bosan wooo nak menunggu. Bukan ada shopping complex kat area tu.

Pukul 10am sampai sana terus Encik Suami bagi buku rekod servis kereta kat staf kat situ(bukan budak sekolah jer ada buku rekod tau, kereta pun ada). Encik Suami suruh servis macam biasa. Macam biasa tu tukar minyak hitam kot. Entah ler. Tak pernahnya Mar nak ambik tau. Tau bawak saja. Lepas tu Encik Suami suruh jugak tukar 2 biji tayar yang dah botak. Tayar belah kanan (driver's side). Tayar depan dan belakang.

Pukul 11am dah selesai semuanya. 1 hour only.

Maka kopaklah RM513.55 pada hari itu. Tayar sebiji jer dah RM186. 2 biji RM372. Next service kurang sikit kot kosnya sebab tak payah tukar tayar lagi la kan. Tapi servis selepas tu kena tukar timing belt pulak. Timing belt tu untuk apa pun Mar tak tau. Hahahaha.


Yang kiri bengang sebab kena bangun awal pagi di hari cuti yang permai beliau. Yang kanan gembira sakan sebab dapat keluar jalan-jalan walau pun sekadar ke car service centre. Ekekeke.


Sedang digodek-godek dengan jayanya.

Tuesday, December 15, 2009

Daging Masak Kicap

Posted by Mar at 12:54 PM 10 comments
Selalunya masak untuk Encik Suami main goreng-goreng bodoh jer. Encik Suamiku sangat simple kalau bab makan ni. Masak nasi putih, goreng ayam atau daging atau ikan. Kalau ada cendawan Mar goreng sekali buat lauk tambah. Pastu goreng bawang besar sikit dan tabur atas gorengan tadi untuk kasi cantik. Lepas tu dia makan la dengan budu atau sambal belacan. Budu tu biasanya letak cili padi jer. Kalau ada limau nipis atau limau kasturi, perah sekali. Tak pun letak durian dalam budu dan cili padi tadi. Makan pulak sekali dengan ulam petai. Berselera dia makan. Encik Suami suka makan kering-kering. Tak gemar dia kalau makan berkuah sangat ni.

Biasanya Mar masak nasi cukup-cukup untuk dia makan jer. Kadang-kadang angin berselera dia datang nak menambah nasi tak ada pulak nasi lebih sebab bini dia memang dah masak banyak tu jer. Nak masak lagi dia tak nak sebab jenuh nak menunggu pulak. Kadang-kadang angin tak berselera dia datang, tak habis pulak nasi tu. Serba-salah dibuatnya tapi nak buat macam mana kan. Lain la kalau dia bagitau awal-awal nak makan berapa banyak hari tu. Hehehe.

Tapi masa nak pergi FRIM hari tu, Encik Suami masuk kerja pukul 3pm. Mar nak keluar pergi FRIM pukul 12.30pm macam tu. Sebelum tu Mar siap-siap la masak nasi tapi rasa macam tak sesuai pulak nak menggoreng lauk awal sangat sebab selalunya Mar goreng lauk bila dia nak makan. Goreng awal-awal tak syiok la kan. Jadi isteri beliau ini telah ubah sedikit menu. So, Mar masak la daging masak kicap.

Mar kalau masak memang main campak-campak jer la ikut bahan apa yang ada kat rumah.

1. Mula-mula Mar tumis bawang besar dan bawang putih. Kalau ada halia boleh letak sekali tapi kat rumah hari tu tak ada halia. So Mar tak letak halia hari tu.

2. Lepas tu Mar letak pulak cili merah yang dihiris nipis.

3. Kemudian masukkan pulak daging.

4. Dah tu letak la sos tiram, kicap masin, kicap manis (ikut la segala kicap yang ada kat rumah ni. Hehehe).

5. Masukkan pulak bawang besar yang dihiris bulat.

6. Dah agak-agak bawang layu, Mar letak pulak tomato yang dihiris nipis. Jangan biar lama sangat nanti lembik tak best nak makan tomato tu. Lepas tu terus la tutup api.

Siap.

Tadaaaaa.

(Seperti biasa kualiti gambar sangat tidak memuaskan. Harap maaf.)

Monday, December 14, 2009

Malay Tea House at FRIM

Posted by Mar at 12:54 PM 5 comments
Lepas trekking kat canopy walkway hari tu, anak dara 2 orang yang bersama-samaku itu nak menyinggah minum-minum dan melepaskan tekak. We all pun singgah la Malay Tea House kat dalam FRIM tu jugak. Cantik tempat dia. Teringin nak ada rumah yang ala-ala kampung macam tu. Mar dan Mimie order air asam paya (roselle). Kucik order teh ais (wangi dan rasa special and different). Makanan yang Mar order adalah lempeng kelapa + gulai lemak. Lempeng tu not bad la tapi gulai lemak tu macam tak sesuai. Better kalau diorang serve dengan sambal kosong atau sambal ikan bilis ke, lagi best. Kucik order mee rebus. Sedap. Mimie order laksa. Pun sedap. Kitorang makan siap pas-pas pinggan keliling meja adalah dekat 5-6 kali share rasa semua-semua tu. Harga agak mahal la. Total kena bayar RM41 berapa sen tah. Tapi agak berbaloi sebab tempat dia sangat cantik dan makanan pun sedap.

Actually kat sini tak boleh ambik gambar tapi sebab we all tak tau dan dah terambik gambar maka halal ajer la kan. Lepas dah kena tegur terus stop ambik gambar. Tak sempat nak snap picture lempeng kelapa itu.

Laksa

Mee rebus


Posted by Mar at 8:16 AM 4 comments
Berat adalah naik yang melampau minggu ni. Tak boleh nak marah sebab memang diakui salah diri sendiri. Sila ketuk kepala diri sendiri. Disebabkan perasaan tak stabil (nak jugak salahkan perasaan tu), ada sedikit (ke sebanyak melampau haha) kemelantakan minggu lepas. Asyik naik turun jer berat ni. Salah sendiri sila tanggung sendiri la ya. Heerrmm.



Baru nampak weight scale ni dah berhabuk rupanya. Kejap lagi nak kena pergi lap sikit. Hehehe.



WEEKLY PROGRES
Starting weight: Early August: 87kg
Week 1: 28 September : 85.1kg (-1.9kg)
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg (-1.6kg)
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg (-2.8kg)
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (+0.2kg)
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg (-3.0kg)
Week 6: 2 November: 79.1kg (+1.2kg)
Week 7: 9 November: 77.5kg (-1.6kg)
Week 8: 16 November: 75.9kg (-1.6kg)
Week 9: 23 November: 76.3kg (+0.4kg)
Week 10: 30 November: 77.3kg (+1.0kg)
Week 11: 7 Disember: 74.4kg (-2.9kg)
Week 12: 14 Disember: 75.6kg (+1.2kg)



TOTAL LOSS
as at 14 Disember 2009: 11.4kg



MONTHLY PROGRESS
Early August 2009: 87kg
28 September 2009: 85.1kg (-1.9kg)
26 October 2009: 77.9kg (-7.2kg)
30 November: 77.3kg (-0.6kg)
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal