Minggu lepas. Hari Selasa. Lebih kurang 6pm. Dapat panggilan daripada Kak A**i. Dia kata isteri S**d meninggal dunia. Menggigil lutut saya dapat berita tu. Hampir luruh jantung saya.
S**d juga guru seperti saya. Kami rakan sekerja. Sama-sama mengajar Tahun 4 tapi subjek yang berlainan. Saya tahu isteri dia mengandung anak sulung. Bunting pelamin orang cakap. Dia kahwin bulan Disember tahun lepas. Sepanjang isteri dia mengandung, selalu nampak S**d dan isteri dia turun naik pejabat sekolah mungkin uruskan GL untuk masuk wad sebab isteri dia ada sedikit masalah kesihatan sepanjang hamil. Lelah. Low BP. High BP. Macam-macam.
Hari Isnin. Cukup 38 minggu. Isteri S**d kena induce. Doktor memang tak bagi tunggu cukup bulan sebab masalah kesihatan dia. Memang doktor arahkan untuk bersalin awal.
Hari Selasa. Pagi. Isteri S**d selamat bersalin. C-section. Baby boy.
Menjelang tengah hari, arwah mengadu dengan ibunya yang dia rasa susah nak bernafas. Ibunya pujuk dan tenangkan dia supaya berehat. Mungkin itu kesan ubat bius.
2.30pm. Guard datang melawat wad minta S**d dan ibu mertuanya keluar kerana waktu melawat dah tamat. Guard pesan, "Janganlah risau. Kat sini ramai nurse boleh tengokkan." Jadi S**d dan ibu mertuanya pun balik ke rumah.
Lebih kurang 4pm. S**d dapat panggilan daripada hospital.
Arwah sangat bertuah. Mati syahid melahirkan si kecil. Paling buat saya tersentuh, arwah sempat mohon maaf dengan suaminya seolah-olah tahu yang umurnya tak panjang. Kesian tengok ibu arwah. Arwah rupanya anak tunggal. Dah ditakdirkan Allah beri peluang pada arwah untuk merasai nikmat perkahwinan, nikmat untuk hamil, nikmat untuk melahirkan anak sendiri, nikmat menyusukan anak. Walaupun hanya seketika cuma.
Moga arwah tenang bersemadi di sana.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
5 comments on "Tenanglah kamu di sana"
Al-Fatihah buat arwah....takziah utk keluarga arwah....sedihnyer...lagi sedih bila terpikirkan baby yg arwah lahirkan tu....semoga keluarga arwah sabar dan tabah dgn dugaan ni....
Sedih sangat, Kak Eynda. Moga anak itu akan jadi anak yang soleh.
sedihnya... al fatihah buat arwah..
berita sedih yang sangat mengejutkan. al-fatihah.
Good day!This was a really exceptional blog!
I come from roma, I was fortunate to search your theme in digg
Also I get a lot in your theme really thanks very much i will come later
Post a Comment