Saya tak ingat saya ambil resepi ni di mana. Kalau ada sesiapa yang tahu bagitau saya ya. Boleh saya letak link tuan punya resepi.
Ini kali kedua saya buat fruit tartlets kalau tak silap. Kali pertama rasanya dah lama sangat sampai saya tak ingat bila.
Kalau nak buat pastri tart ni, pastikan tekan betul-betul, nipis-nipis. Saya tak tau yang doh dia akan naik lepas dibakar. End up pastri saya agak tebal. Tapi 2nd batch bakar saya tekan sampai hampir ke acuan. Jangan risau sebab doh tu tetap akan naik sikit lepas bakar.
Bahan Pastri:
250g butter
60g gula halus
1 biji kuning telur gred A
400g tepung gandum
Bahan Filling:
250g cream cheese
50g butter
50g gula halus
(semua bahan di atas dipukul hingga lembut dan sebati)
Buah-buahan hiasan
Cara:
- Gaul butter dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan kacau rata.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan nipis-nipis.
- Bakar dalam pre-heated oven 170 darjah celcius selama 15-20 minit (ikut kesesuaian oven)
- Keluarkan tart dan sejukkan.
- Letakkan filling.
- Letakkan buah-buahan hiasan seperti buah strawberry, kiwi, peach dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
0 comments on "Fruit Tartlets"
Post a Comment