Rakan saya bersalin. Bila orang tanya tentang dia, saya pun bercerita la. Tapi lepas dengar respon yang mendengar cerita saya tu, saya jadi menyesal bercerita dengan dia.
Rakan saya sakit nak bersalin dah seminggu. Bukaan hanya 2cm dan lepas tu terhenti setakat itu sahaja. Akhirnya doktor induce. Selepas dua kali induce bukaan jadi 9cm. Memang doktor suruh dia cuba bersalin normal. Doktor cuba untuk vakum. Tapi bila check air ketuban memang dah kering langsung dan baby dah mula lemah, DOKTOR ambik keputusan untuk buat C-section sebab nak selamatkan baby sebab baby pun dah buang najis kat dalam tu.
DOKTOR sendiri cakap, nasib baiklah rakan saya cepat melahirkan anaknya, kalau tak mungkin baby tak dapat diselamatkan.
Yang buat saya marah dengan orang yang mendengar cerita saya tu, boleh ya dia respon, "Laa, kenapa operate kalau dah bukak 9cm? Dia tak larat kot ek? Nampak dia kat sekolah pun macam lemah jer."
Helloooo. Tahulah ko tu dah beranak 6 kali senang ya amat beranak kan. Tak payah la nak pertikaikan orang tu kena operate ke hapa sebab dia lemah la, tak larat la. Ya, ko memang kuat gagah perkasa. Janganlah samakan diri ko yang hebat tu dengan orang lain.
Maaf, saya sangat emo.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
2 comments on "Itu pun nak dipersoalkan ke?"
sila lempang orang yang cakap tu, pls.
Sakit jiwa gua dengar.
Serius memang rasa nak lempang. Ikutkan memang nak laser dia sedas dua. Tapi malaslah nak layan org sengal macam tu.
Post a Comment