Pagi ni macam biasa minum HL shake pukul 7.00 pagi. Lepas tu drive ke school yang dicintai. Pakai uniform sebab ada majlis perhimpunan sempena Minggu Unit Beruniform. Mar kena kawad untuk perbarisan tapi tak ada la berkawad ke mana pun. Kawad gitu-gitu jer. Berdiri jer lebih. Mar kena berdiri di barisan depan sekali. Cuaca makin lama makin panas terik. Punya la lama berdiri tunggu perhimpunan habis. Dekat 1 jam jugak la. Mana nak control ayu jelita lagi. Hehehehe. Kaki makin lenguh dan kebas tapi ambil langkah berjaga-jaga dengan menggerak-gerakkan kaki dan ibu jari. Tiba-tiba rasa macam ringan terawang-awang. Rasanya nak kena keluar barisan ni sebab macam dah tak larat nak berdiri lagi. Tapi tak sempat nak keluar Mar suddenly jatuh tersembam ke depan. Kelam-kabut semua orang. Tiba-tiba Mar jadi tumpuan semua orang masa perhimpunan tadi. Glamour I sekejap gitu. Rasanya Mar macam blackout kejap tadi. Tapi sedar dan ingat la masa jatuh dan ada orang bangunkan bawa ke bilik untuk rehat kejap.
Langsung tak jadi pergi kelas pun hari ni. Muka bengkak dan bercalar merah-merah. Diana, Linda dan lecturer semua suruh balik ambik MC. At last, Linda drive kereta Mar sampai rumah and Diana drive kereta dia follow kat belakang. Lepas tu diorang rushing pulak balik school sebab ada kelas. Thanks a lot my dear friends. Mmmuuaahh.
Encik Suami asalnya dah pergi keja tapi kena halau balik dengan boss dia sebab boss dia nampak muka dia macam risau sangat masa kat office. Encik Suami berstatus EL hari ni kerana Puan Isteri pitam. Kecoh jer kan. Hahaha. Encik Suami balik terus la kitorang pergi klinik. Gusi luka yang agak besar dan berdarah. Doktor suggest untuk pergi jumpa dentist for further check-up tapi tak pergi pun lagi sebab besok ada interview dengan SPP. Takut dentist jahit ke gusi tu nanti kang langsung tak boleh nak bercakap masa interview nanti. Nanti-nanti la kot. Doktor kat klinik bagi ubat kurangkan bengkak, ubat tahan sakit dan krim untuk luka.
1st time dalam hidup blackout macam ni. Puan lecturer suspect Mar pregnant tapi baru jer lepas period hari tu. Nak kata Mar tak cukup makan padahal semalam siap makan nasi goreng dan mee hokkien lagi tu. Benda dah nak jadi kan. Pasti ada hikmahnya.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
2 weeks ago
2 comments on "Malang tak berbau"
slm mar, jg diri baik2 jgn sampai black out lg..tkt masa jth tu kt tmpt yg tajam ke, yg xde safety ke..nnt awk yg ssh..fm the reading, next time awk kene bfes dolu..itu plg penting nk start life...happy dieting..ngeh3x..n slm perkenalan
tu la. nasib baik tak injured teruk sgt. thanks, sis :)
ya, saya berikrar tak akan sekali2 tak breakfast.
happy dieting!!
Post a Comment