Kawan baik bulan ni sudah habis. Nampaknya berat badan semakin senang menurun. Terbuktilah bahawa red flag memang mempengaruhi penurunan berat badan. Jadi, silalah jangan frust and disappointed kalau berat susah nak turun pada masa itu malah kadangkala naik pula. Gigih jangan tak gigih ya.
Disebabkan Mar rasa penurunan makin hari semakin macam kura-kura, Mar telah tukar menu untuk lunch. Kalau sebelum ni Mar makan nasi 1/4 pinggan, protein 1/4 pinggan dan sayur-sayuran 1/2 pinggan tapi kali ni untuk lunch, Mar makan salad sahaja. Salad Mar terdiri daripada lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island). Sepatutnya tak perlu guna coleslaw dressing dan sos thousand island tapi disebabkan Mak dah terbeli, maka terpaksalah Mar terguna. Hehehehe. Mar ada baca dalam majalah Rapi (muka depan gambar Dira Abu Zahar), dalam tu tulis, kita boleh gantikan mayonis dengan low fat yogurt (natural flavour). Berangan nak guna yogurt tapi terpaksa cancel dulu la. Takkan nak membazir pulak kan. Mampus kena cekik dengan Mak kang. Semalam Mar baru mula dengan menu lunch yang baru ni. Perasaan yang sangat best tambahan pula baru kejap ni timbang dan berat adalah 78.9kg.
Menu pilihan yang dirancang buat masa ini:
BREAKFAST :
HL Shake
LUNCH :
Lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island).
DINNER:
HL Shake
In between: A lot of plain water and 1000ml Teamix
Tapi Mar tak ada la extreme sangat menahan nafsu. Bila ada makanan merapu depan mata Mar cuit jugak sikit untuk rasa. Bukan apa, kalau tahan sangat nanti, nafsu makan jadi membuak-buak, tu yang bahaya tu. Nanti tiba-tiba tak boleh tahan perasaan tu terus pergi makan sepinggan hentak kan susah. So, cuit sikit supaya dapat rasa sahaja bagi mengelakkan kehancuran diet pada masa hadapan. Hehehehe.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on " "
Post a Comment