Saturday, October 31, 2009

Posted by Mar at 11:30 AM 3 comments
Semalam menangis menonton drama Nur Kasih di TV3. Menangis waktu ni ==>http://www.facebook.com/video/video.php?v=1238477235924&oid=107850046496.










Touching dowh.

Friday, October 30, 2009

PENGUMUMAN PENTING (INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN)

Posted by Mar at 10:14 AM 0 comments
Nokia 5200 yang kokak sudah jahanam. Sekarang beliau sedang guna Motorola W218 yang kokak jugak. Disebabkan Marliza Mokhtar terlalu genius kerana menyimpan semua nombor telefon kawan-kawan, musuh-musuh, bekas kekasih, bekas mak mertua tak jadi, bekas pujaan hati, bekas moyang tak jadi dan sewaktu dengannya HANYA di dalam phone memory telefon kokak yang jahanam itu SAHAJA, maka sekarang beliau tidak mempunyai nombor telefon kawan-kawan yang disayangi kecuali nombor telefon kawan-kawan beliau yang turut menjadi kawan-kawan Encik Suami sahaja. Sila sms nombor telefon anda kepada beliau. Jangan lupa letak nama sekali. Kalau anda tidak mahu letak nama kerana takut privacy dicabuli, anda dinasihatkan untuk tidak langsung menghantar sms tersebut. Ini bukan paksaan. Tak wajib pun. Boleh dikira makruh sahaja. Hanya jika anda tidak berbuat demikian, sila JANGAN salahkan Puan Marliza Mokhtar jika, apabila anda menghubungi nombor telefon beliau dan beliau dengan suara kerek menjawab tidak mengenali anda. Pilihan terletak di tangan anda. Sila laksanakan tanggung jawab anda dengan rela hati tanpa paksaan. Puan Marliza Mokhtar masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

PENGAJARAN: Lain kali dalam simcard pun kena simpan jugak nombor-nombor telefon tu ya tuan-tuan dan puan-puan. Paling afdhal kalau simpan dalam buku 555.

SEKIAN PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARIPADA PUAN MARLIZA MOKHTAR.

SEKALI LAGI, INI SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN.

Hati berbunga riang

Posted by Mar at 9:31 AM 2 comments

Sangat happy bila pagi-pagi buta dapat tengok Abang Remy Ishak (dan dan panggil Abang Remy bwahahaha). Thank you, Hotfm. Thank you, 8TV. I lap u la, Abang Remy.


Gambar dicuri dari Facebook Remy Ishak.

Thursday, October 29, 2009

Posted by Mar at 6:10 PM 0 comments
Memang ke laut sungguh diet minggu ni. Mula dengan pitam hari Isnin, interview hari Selasa, jamuan kelas hari Rabu, Puan Lecturer sedekah carrot cake hari Khamis (tadi ler tu). Macam berpotensi untuk naik jer berat badan minggu ni. Haiisshh moga-moga tidak. Amin.

Esok tak ada kelas, potensi untuk diet ke laut sangat kurang. Moga dapat back on track selepas beberapa hari hilang arah. Hehehe.

Minggu depan exam. 3, 4 dan 5 November. Kena start baca buku nih. Lemah betul kena baca buku untuk exam nih.

Tuesday, October 27, 2009

Posted by Mar at 11:52 PM 0 comments
Selesai sudah sesi temuduga dengan SPP pagi tadi. Harap berjayalah hendaknya. Disebabkan kes semalam maka semalam dan hari ni diet ke laut sebentar kerana tidak mahu memudaratkan diri. Insyaallah esok akan kembali berdiet dengan HL.

Baru kejap tadi siapkan puding cocktail berkuah untuk dibawa ke jamuan esok. Tukang rasa ialah Encik Suami. Dia kata sedap. Selesai satu cup puding masuk perut dia.

Monday, October 26, 2009

Malang tak berbau

Posted by Mar at 9:40 PM 2 comments
Pagi ni macam biasa minum HL shake pukul 7.00 pagi. Lepas tu drive ke school yang dicintai. Pakai uniform sebab ada majlis perhimpunan sempena Minggu Unit Beruniform. Mar kena kawad untuk perbarisan tapi tak ada la berkawad ke mana pun. Kawad gitu-gitu jer. Berdiri jer lebih. Mar kena berdiri di barisan depan sekali. Cuaca makin lama makin panas terik. Punya la lama berdiri tunggu perhimpunan habis. Dekat 1 jam jugak la. Mana nak control ayu jelita lagi. Hehehehe. Kaki makin lenguh dan kebas tapi ambil langkah berjaga-jaga dengan menggerak-gerakkan kaki dan ibu jari. Tiba-tiba rasa macam ringan terawang-awang. Rasanya nak kena keluar barisan ni sebab macam dah tak larat nak berdiri lagi. Tapi tak sempat nak keluar Mar suddenly jatuh tersembam ke depan. Kelam-kabut semua orang. Tiba-tiba Mar jadi tumpuan semua orang masa perhimpunan tadi. Glamour I sekejap gitu. Rasanya Mar macam blackout kejap tadi. Tapi sedar dan ingat la masa jatuh dan ada orang bangunkan bawa ke bilik untuk rehat kejap.

Langsung tak jadi pergi kelas pun hari ni. Muka bengkak dan bercalar merah-merah. Diana, Linda dan lecturer semua suruh balik ambik MC. At last, Linda drive kereta Mar sampai rumah and Diana drive kereta dia follow kat belakang. Lepas tu diorang rushing pulak balik school sebab ada kelas. Thanks a lot my dear friends. Mmmuuaahh.

Encik Suami asalnya dah pergi keja tapi kena halau balik dengan boss dia sebab boss dia nampak muka dia macam risau sangat masa kat office. Encik Suami berstatus EL hari ni kerana Puan Isteri pitam. Kecoh jer kan. Hahaha. Encik Suami balik terus la kitorang pergi klinik. Gusi luka yang agak besar dan berdarah. Doktor suggest untuk pergi jumpa dentist for further check-up tapi tak pergi pun lagi sebab besok ada interview dengan SPP. Takut dentist jahit ke gusi tu nanti kang langsung tak boleh nak bercakap masa interview nanti. Nanti-nanti la kot. Doktor kat klinik bagi ubat kurangkan bengkak, ubat tahan sakit dan krim untuk luka.

1st time dalam hidup blackout macam ni. Puan lecturer suspect Mar pregnant tapi baru jer lepas period hari tu. Nak kata Mar tak cukup makan padahal semalam siap makan nasi goreng dan mee hokkien lagi tu. Benda dah nak jadi kan. Pasti ada hikmahnya.

Diet Progress

Posted by Mar at 6:26 AM 0 comments
Starting weight: Early August: 87kg

Lepas tu diet main-main ikut mood ikut suka saja sebelum kembali pulang ke pangkal jalan.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (RED FLAG) - perhatikan naik sebanyak 200 gram di situ ggrrr...
Week 5: 26 Oktober : 77.9kg

TOTAL LOSS : 9.1kg

Sunday, October 25, 2009

Posted by Mar at 9:12 PM 0 comments
Rezeki rumah Mar ni memang murah betul. Boleh dikatakan hampir setiap kali ada tempahan katering, jiran sebelah rumah Mar ni mesti akan hulur sepinggan dua pada kami. Hari ni dihulurnya pula sepinggan nasi goreng cina dan 2 ketul ayam goreng berempah. Tak lama lepas tu Busu, Pak Usu dan Athirah pulak datang rumah. Bila jiran sebelah nampak je Busu and family datang terus dia hulur pulak lagi sepinggan nasi goreng cina.

Petang pulak Acu datang rumah bawa mee hokkien. Memang tak membeli atau masak makanan langsung hari ni. Beras kat rumah ni pun kebetulan dah habis. Elok sangat la tu kan. Rezeki jangan ditolak. Malam bila Encik Suami balik kerja, dinner dia adalah nasi goreng cina, telur goreng, mee hokkien, keropok, teh O di samping biskut raya (ya, biskut raya Mar ada yang tak habis lagi).

Namun yang pasti Mar masih gigih dengan menu salad. Makanan yang Acu dan jiran sebelah bagi Mar cuit sikit je untuk rasa.

Saturday, October 24, 2009

Posted by Mar at 3:43 PM 0 comments
Jiran sebelah rumah bagi sup tulang tadi. Encik Suami masuk kerja pukul 2pm hari ni. Jadinya, Mar panaskan sup tulang, masak saja nasi, goreng telur dadar, goreng keropok dan buat teh tarik sebagai breakfast+lunch dia. Misi salad Mar masih lagi diteruskan.

Oh, ya. Beras dah habis. Nanti nak kena beli ni.

Friday, October 23, 2009

Posted by Mar at 7:10 AM 0 comments
Kawan baik bulan ni sudah habis. Nampaknya berat badan semakin senang menurun. Terbuktilah bahawa red flag memang mempengaruhi penurunan berat badan. Jadi, silalah jangan frust and disappointed kalau berat susah nak turun pada masa itu malah kadangkala naik pula. Gigih jangan tak gigih ya.

Disebabkan Mar rasa penurunan makin hari semakin macam kura-kura, Mar telah tukar menu untuk lunch. Kalau sebelum ni Mar makan nasi 1/4 pinggan, protein 1/4 pinggan dan sayur-sayuran 1/2 pinggan tapi kali ni untuk lunch, Mar makan salad sahaja. Salad Mar terdiri daripada lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island). Sepatutnya tak perlu guna coleslaw dressing dan sos thousand island tapi disebabkan Mak dah terbeli, maka terpaksalah Mar terguna. Hehehehe. Mar ada baca dalam majalah Rapi (muka depan gambar Dira Abu Zahar), dalam tu tulis, kita boleh gantikan mayonis dengan low fat yogurt (natural flavour). Berangan nak guna yogurt tapi terpaksa cancel dulu la. Takkan nak membazir pulak kan. Mampus kena cekik dengan Mak kang. Semalam Mar baru mula dengan menu lunch yang baru ni. Perasaan yang sangat best tambahan pula baru kejap ni timbang dan berat adalah 78.9kg.

Menu pilihan yang dirancang buat masa ini:

BREAKFAST :
HL Shake

LUNCH :
Lettuce, tomato dan homemade coleslaw (campuran carrot, kobis, coleslaw dressing dan sos thousand island).

DINNER:
HL Shake

In between: A lot of plain water and 1000ml Teamix

Tapi Mar tak ada la extreme sangat menahan nafsu. Bila ada makanan merapu depan mata Mar cuit jugak sikit untuk rasa. Bukan apa, kalau tahan sangat nanti, nafsu makan jadi membuak-buak, tu yang bahaya tu. Nanti tiba-tiba tak boleh tahan perasaan tu terus pergi makan sepinggan hentak kan susah. So, cuit sikit supaya dapat rasa sahaja bagi mengelakkan kehancuran diet pada masa hadapan. Hehehehe.

Thursday, October 22, 2009

Confirm, operation needed

Posted by Mar at 5:09 PM 0 comments
Doktor pakar dah bagi tarikh untuk operation. 25 November 2009. Doctor will proceed with the operation. Sedikit tulang belakang Mak yang dah rosak dan patah akan dibuang. Kemudian doktor akan masukkan besi sebagai ganti. We are hoping for the best. Amin.

Tuesday, October 20, 2009

Posted by Mar at 2:24 PM 0 comments
Baru selesai buat group presentation tadi. Perasaan sangat la best sampai Puan Pensyarah tak ada bagi apa-apa komen sebab katanya semua kami dah bagitau. Sekarang sedang fokus untuk perkara lain pulak. Minggu depan ada interview session dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan). Sangat takut woooo. Kalau sesiapa ada apa-apa tips sila share. Sharing is caring. Mmmuuaahh.

Monday, October 19, 2009

Posted by Mar at 3:47 PM 0 comments
Minggu lepas punya penurunan sangat la teruk malah naik pulak lagi. Rasa nak marah diri sendiri pun ada jugak ni. Mungkin cheating sana sini plus kawan baik tiap-tiap bulan pun sedang mari. Anyway, tetap jugak nak tulis kat sini walaupun rasa macam malu. Kalau tak nak malu diet betul-betul la Mar oiiiii.

Starting weight: Early August: 87kg

Lepas tu diet main-main ikut mood ikut suka saja sebelum kembali pulang ke pangkal jalan.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg
Week 4: 19 Oktober : 80.9kg (RED FLAG) - perhatikan naik sebanyak 200 gram di situ ggrrr...

TOTAL LOSS : 6.1kg

Sunday, October 18, 2009

Posted by Mar at 8:54 PM 0 comments
Jalan-jalan di Berjaya Times Square dengan famili Encik Suami. Lepas tu ke Kampung Bharu makan nasi campur di pintu gerbang. Then, ke Serdang pulak hantar adik Encik Suami di UPM. Sampai Keramat dah 6.30pm. Singgah Jusco AU2 kejap cari blazer untuk interview next week. Sampai rumah uruskan hal-hal domestik. Bawak Mak pergi withdraw duit, tapau makanan untuk Mak, angkat kain baju, lipat kain baju. Ni dah ala-ala lembik melepek hatta nak pergi toilet bukak contact-lens pun macam malas. Habis cemana ni?

Saturday, October 17, 2009

Posted by Mar at 8:24 AM 0 comments
Ibu mertua, bapa mertua dan 4 orang adik ipar datang ke rumah malam tadi. Mar bersilat masak gulai lemak nenas ikan masin, sambal udang, sotong goreng sos tiram, sayur campur dan ayam goreng. Abang ipar and family tak ada. Adik ipar yang belajar di UPM pun tak ada. Ingatkan diorang ada. So, banyak lauk dan nasi yang berlebih. Pagi ni bangun Mar masak nasi goreng dan panaskan lauk-pauk. Boleh diorang buat lauk makan tengah hari ni.


Kawan baik sudah mari. So, berat badanku kini adalah ting tong. HARAP MAKLUM.

Friday, October 16, 2009

Posted by Mar at 8:16 AM 0 comments
Strategi yang dibuat semalam berjaya dilaksanakan.

Hasilnya juga tak mengecewakan. Bangun pagi ni berat adalah 79.9kg.

Makanya strategi itu akan diteruskan hari ini. Semoga berjaya hendaknya.

Thursday, October 15, 2009

Posted by Mar at 8:08 AM 0 comments
Encik Suami kata, "I dah tak ada teman makan malam dah sekarang..." sambil buat muka merajuk sedih la konon.

Puan Isteri pun bagi kata dua, "You nak teman makan ke you nak I kurus?"

Encik Suami jawab, "I cakap jer. Nak mengadu kat you. Tak suruh pun you makan malam."

Alolololololo.... I love you lah hehehehe
Posted by Mar at 7:49 AM 0 comments
Weight reduce sangat slow. Malah naik ada la. Hari Isnin 80.7kg. Hari ini adalah 81.0kg. Naik 300 gram yer kawan-kawan. Why? Why? Why?

(EDITED: Baru lepas membuang yang besar tadi. Berat selepas membuang ialah 80.7kg. Mar consider berat adalah maintain. Hahahaha. Tetap tak nak kata berat naik. Yer la, kalau kata berat naik, self-motivation nanti turun tau. Tapi strategi tetap strategi jugak.)

Mungkin hari ni nak tukar strategi.

Breakfast: HL Shake
Lunch: HL Shake
Dinner: HL Shake

Moga strategi ini dapat direalisasikan hari ini. Paling penting moga hasilnya tidak mengecewakan.


PENGAJARAN:
1. JANGAN tak tidur malam (dengan kata lain siapkan la assignment awal-awal, jangan last minute).
2. JANGAN tidur petang yang kononnya untuk qada' tidur malam tuh.

Wednesday, October 14, 2009

Posted by Mar at 6:49 PM 0 comments
Selesai berseminar sehari suntuk tadi. Maka hari ini tiada lagi sesi qada' tidur di siang hari. Semoga jadual tidur kembali seperti sedia kala agar kadar penurunan berat badan yang montel ni terus berlaku.

INI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI:
Bila tak cukup tidur qada'nya melampau-lampau. Bila tak cukup solat qada'nya sambil lewa saja. Marliza, sila insaf. Jangan nak lewat-lewatkan sembahyang. Cukup time, berdesup terus pergi sembahyang. Jangan nak mengada-ngada kata kejap lagilah, kejap lagilah... lepas nilah, lepas nilah. Umur dah memang layak jadi mak orang. Ni macam mana nak jadi mak orang kalau perangai macam ni? Marliza, lu pikir la sendiri!!!
Posted by Mar at 3:17 AM 2 comments
Sejak masuk minggu ni asyik susah nak tidur malam. Ni bahana siapkan assignment sampai pagi dan qada' tidur hari tu la ni.

Maka akibatnya berat badan sangat sukar untuk turun.

Benci la macam ni.

Kudap-kudapan di malam hari memang berjaya dihindari sebab asal lapar saja teguk air kosong.
Happy jugak la walaupun berat macam susah jer nak turun minggu ni. Tak boleh stress sangat nanti asyik nak makan saja kerjanya. So, be happy. Slow and steady.

Tuesday, October 13, 2009

Posted by Mar at 3:44 PM 2 comments
Bengang betul dengan cik kak seorang tu.
Bila dia buka mulut jer rasa nak sekeh-sekeh kepala dia.
Jalan terbaik adalah diam.
Malas nak layan.

Monday, October 12, 2009

Posted by Mar at 3:37 PM 1 comments
Selamat menghantar 3 assignment hari ini.

2 individual task.

1 group task.

Next task is a group presentation.

Power Point slide presentation (not yet done).

Diet Progress

Posted by Mar at 3:28 PM 2 comments
Starting weight: Early August: 87kg

Selepas tak sampai sebulan tapi hampir sebulan diet dengan agak berdisiplin, diet Mar mula tak konsisten atas sebab-sebab peribadi. HL shake pun tak berapa ambil. 1 week after Raya (28 September to be exact), Mar start diet semula.

Week 1: 28 September : 85.1kg
Week 2: 05 Oktober : 83.5kg
Week 3: 12 Oktober : 80.7kg

TOTAL LOSS : 6.3kg

Mar tetapkan hari menimbang rasmi adalah pada setiap hari Isnin.

Sesi menimbang tidak rasmi masih lagi setiap hari supaya Mar boleh keep track my weight dan sentiasa berwaspada.

Moga azam kali ini untuk kurus bukan separuh jalan. Amin.

Sunday, October 11, 2009

Posted by Mar at 7:38 AM 0 comments
Walaupun diet tengah hari semalam ke laut, dengan makanan yang mengandungi lemak semata-mata lemak tiada yang tidak lemak melainkan lemak masuk ke tekak, namun bila timbang pagi ni berat adalah 80.6kg.

Terima kasih pada HL Shake dan Teamix yang membawa Mar ke jalan yang benar malam tadi.

Saturday, October 10, 2009

Posted by Mar at 8:54 PM 0 comments
Misi chicken pie, mashed potato dan coleslaw berjaya.

Siap dengan puding kastard kuah cocktail pula.

Puji-pujian merata.

Hati gembira tak terkata.

Diet pun ke laut juga.




(Resepi mashed potato dan coleslaw adalah ihsan Cik Daun, http://cikdaun.blogspot.com/2007/05/resepi.html )

Friday, October 09, 2009

Posted by Mar at 7:15 AM 2 comments
Berat 1 minggu selepas Raya ialah 85.1kg.
Berat pagi ini ialah 80.9kg.
Jumlah penurunan setelah 2 minggu berdiet kembali ialah 4.2kg.
Minggu depan berazam mahukan angka 8 itu berubah ke 7.
Tak nak la aim jauh-jauh sangat. Nanti tak tercapai sendiri yang frust dan stress.

Hari ini rasa sangat happy.

Yippieeee.

Thursday, October 08, 2009

Durhakakah Puan Isteri?

Posted by Mar at 1:22 PM 0 comments
Baru lepas membeli-belah di TESCO Ampang bersama Encik Suami.

Hajat di hati nak buat chicken pie, mashed potato dan coleslaw. Mungkin nak buat agar-agar juga sebab nak habiskan agar-agar dan susu cair yang masih berbaki (beli masa bulan puasa hari tu).

Inilah menu yang bakal dijamu kepada Kucik dan Mimi yang bakal bertandang ke rumah Sabtu ini di samping memenuhi hajat Encik Suami yang mengidam nak makan chicken pie SEJAK TAHUN LEPAS.
Posted by Mar at 1:25 AM 2 comments
2 assignment kena submit Isnin ni.

Sempat ke tak nak buat ni?

Wednesday, October 07, 2009

Posted by Mar at 12:51 AM 0 comments



Encik Suami dapat increment. Terima kasih, ASTRO. I love you, ASTRO.


Boleh Puan Isteri ni tumpang sekaki berjimba-jimba. Senyum daku sampai ke telinga.


Sayang, I dah setahun lapar TGI Fridays. Sayang jangan lupa tau. Kalau sayang lupa I tak kira. I tetap tuntut jugak.


Yabedabeduuuuu!!!!!


Orang lain dapat increment, orang lain yang seronok sakan.


Almaklumlah, kita kan suami isteri.

Tuesday, October 06, 2009

Posted by Mar at 6:59 PM 0 comments
Disebabkan saya ini makhluk pemalas, saya sangat suka hati riang ria apabila semester ini tidak perlu ambil subjek Pendidikan Jasmani walaupun Encik Haji itu sangat kacak persis Remy Ishak. (Encik Haji tu bukan ajar Mar pun. Dah dalam satu padang kan. Rugi la kalau tak jeling-jeling manja. Tapi dia pernah dera kami lari naik turun tangga astaka tah berapa kali masa Encik Ishak tak ada tau. Nasib baik handsome, kalau tak I pancitkan tayar kereta you. Ekekeke. Gurau ajer.)

Maka, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana tidak bersenam, saya menggunakan idea untuk tidak memasang kipas mahupun air-cond dalam bilik ini sementelah bilik ini memang ala-ala panas seperti sauna. Bukan sekadar mengeluarkan peluh, malah menjimatkan elektrik dan juga tidak perlu mengeluarkan duit membeli set sauna.

Disebabkan saya makhluk pemalas bersenam, saya dengan baik hati dan rajinnya men"volunteer"kan diri untuk membeli hadiah hari lahir untuk 14 rakan sekelas kami walaupun assignment-assignment saya menjerit-jerit minta disiapkan. Langkah pertama hari ini ialah survey barang di Taman Melawati, Taman Permata, Carrefour Wangsa Maju dan Keramat Permai.

Bijak kan saya?

Monday, October 05, 2009

Posted by Mar at 2:05 PM 0 comments
Hari ada class 1 jam sahaja.

Selebihnya berseronok-seronok sahaja.

Lepas tu dapat makan free pulak.

Yeeeeehaaaaaa!!!!!!

Sunday, October 04, 2009

To A Dear Friend

Posted by Mar at 9:19 AM 2 comments
Dear,

I've been there. When we reached certain ages, we feel afraid to be alone. Dengan relationship yang asyik tak menjadi. Confident level jadi sangat rendah. Macam-macam. Yes, Mar pernah rasa.

It was about 2 years ago. 2007. Mar ada masalah dengan Mr N. I can't accept he want to end the relationship. Padahal dia bukanlah baik sangat pun yang Mar nak kecewa sangat kan. But I still felt frustrated at that time just because I'll became alone again. Itulah fasa di mana I'm so afraid to end up alone in this world.

Sampai satu tahap, Mar bagitahu pada diri sendiri bahawa Mar tak perlukan lelaki dalam hidup. I can have my own life without a man. Mar boleh berdikari. Mar ada Abah dan Mak yang akan sentiasa bersama Mar. Mar tak perlukan orang lain lagi dalam hidup ni. That's how I move on. Tak nak fikir hal remeh-temeh lagi. I managed to handle everything. My life back to normal when I just accept what I have in life. Masa tu dah tak nak fikir dah kahwin ke tak. Most important is I have my own creation life. Remember, masa tu kan Mar tengah gila buat kek, brownies, muffin, cookies. Macam-macam la. Serius macam Izzie Stevens dalam Grey's Anatomy. That's also how I move on. Do what I like most. Divert all the sadness towards baking. Padahal bukannya pandai pun. Semua resepi tengok kat internet. Belajar kat situ jer. Sampaikan officemate pakat-pakat asyik order sebab sedap sangat. I'm happy. At least I felt appreaciated in a different way.

Dalam keadaan dah boleh terima kehidupan yang Mar create sendiri dan bersedia untuk hidup sendiri tanpa lelaki, suddenly someone appeared in my life. That was suddenly Mr Ahzahafiz knocked my heart. Padahal dah 2 tahun kerja satu office. Workstation sebelah-sebelah pulak tu. Hari-hari gaduh. Hari-hari bertekak. Siap kadang-kadang tak bertegur-sapa. Bertepuk-tampar. Bergelak-ketawa. Macam-macamlah. Officemate kan. Entah macam mana one day dia kata dia ada hati pada Mar. Can you imagine that? Someone you did not expect at all. Dan entah macam mana jugak suddenly we end up together. Suddenly jugak rombongan merisik sampai kat rumah. Akhirnya tahu-tahu Mar dah jadi someone's wife. It all happened so fast. Mar langsung tak terfikir pun akan jadi sebegitu pantas.

So dear, just enjoy what you have now. Don't think too much of what will happen next. You wouldn't know what will happen or whom you will meet later in your life. Do whatever you want when you still have time. In between maybe you will meet someone special. I'll pray for you.

Dear,
The most important thing is, be patient and don't stop praying.


Regards,
Mar.

Saturday, October 03, 2009

Posted by Mar at 9:36 AM 0 comments
Hujan dan nyaman pagi.
Mujur tak membasuh.
Sejuk-sejuk begini yang sedapnya tidur.

Selamat bekerja, Encik Suami.

Friday, October 02, 2009

Posted by Mar at 1:54 PM 0 comments
Group presentation done was superb. Our lecturer was impressed.

The best part is she recognized and remember my name only after 2 session with her.

I'm happy.

Thursday, October 01, 2009

Posted by Mar at 7:26 AM 0 comments
Hari ini tak ada class.

Horrayyyy!!!!
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal