Tuesday, December 28, 2004

Tawa dalam Tangisan

Posted by Mar at 8:20 AM 0 comments
Menghadiri Gathering Geju besar-besaran buat kali pertama, secara peribadinya telah meninggalkan kenangan manis buat diri aku. Berjumpa dengan mereka yang sebelum ini hanya dikenali melalui tulisan-tulisan yang menusuk kalbu, kali ini bertentangan mata pula. Nama-nama yang biasa didengar tapi tak pernah kenal siapa orangnya kini di depan mata.

Tahniah buat AJK Gathering Geju 2004/05 ini. Penat lelah anda tak sia-sia. Dan yang paling seronok bila balik terasa berat bahu memikul door gift balik ke rumah. Pendek kata "macam-macam ada" dalam beg comel yang boleh aku bawak pergi class tu.

Ramai yang aku jumpa hari tu. Yang dah pernah jumpa dan jumpa semula hari tu pun ramai juga. Yang pertama kali aku jumpa di alam nyata...Kak Nis, Walid, Uncle EP, Petz, Lapan, Kak Rosram, Sultan Muzaffar, Afzal, Ayares, Sera Honeybiru, Abg Rudy Bluehikari & wife, Tipah, Kak Nett, Aisyah, Kelambu, Irja, Wkdin, Op, Tok Rimau, Attokz, Kak Nida, Kak Dona, Airiz, Mie, CtZie, Manmoncang, Basri, Ina, Baim, Cik Lebah, Kak Seriadriani, Marilyn, Laili, Kak Engku, Fajar, Khairusy, Spyz. Nak sebutkan semua nama mungkin ada yang tertinggal. Maaflah kalau ada yang tercicir.

Yang jumpa kali kedua, Lin, Yan, Wira, Eisya, Lan & partner, Langsat, Purbe (sorry kalau ada nama yang tercicir).

Terima kasih tak terhingga buat yang sudi "menumpangkan kasih" (baca:kereta)...
Abang Rudy - dari Stesen Komuter Serdang ke The Mines. Terima kasih Abang Rudy.Turut sama "menumpang kasih", Kak Nis (Ratu Bowling Geju),Walid(pemenang Anugerah Pakaian berseri lagi, tak sia-sia ukur KLCC ek), Lin(yang terkejut dengan kemunculan magic aku), Nana(sakit mata sebab mengintai tuttt.Tak pasal-pasal jadi minah vogue petang tu sebab main bowling pakai sunglasses, dalam dewan pakai sunglasses padahal matahari tak nampak bayang pun. Time tu la jugak nak sakit mata ek Nana. Sabor je la).

Yan dan Wira - dari The Mines ke kolej Eisya, UPM (aku tak ingat apa nama kolej Sya ni). Lin pun "menumpang kasih" kasih sekali. Terima kasih Yan & Wira.

Ina - dari kolej Eisya ke Dewan Sri Pulasan Kolej Keenam, UPM. Lepas tu dari dewan ke Restoran Utama (tak sure, rasanya Restoran Utama kot). Kali ni Eisya dan Lin pun ada sekali. Kira-kiranya aku menumpang kasih Lin jugak la. Lin jugaklah informer aku yang paling hebat. Segala berita tentang gathering ni dia bagitahu aku. Sampaikan macam mana aku nak datang The Mines pun dia tolong arrangekan. Terima kasih Ina, Lin & Sya(menumpangkan bilik untuk bermalas-malasan seketika sebelum gathering bermula).

ND - dari Restoran Utama hingga ke pintu rumah. Merasa jugak naik kereta baru ND yang amatlah selesa tu. Thanks ND.

Tahniah buat pemenang-pemenang anugerah...

Anugerah Projek Terbaik - Gangguan Teksual I, II, III
Anugerah Fotoblog - Airiz
Anugerah Catatan Terbaik - Encik Khairul
Anugerah Blog Inggeris Terbaik - Kak Dona
Anugerah Pakaian Berseri - Tipah dan Walid
Anugerah Rekabentuk Weblog Terbaik - Meertaro
Anugerah Weblog Tercanggih - Mie
Anugerah Blog Hikmah/Dakwah/Muslim Terbaik - Paichowan
Anugerah Khas Juri - Tok Rimau
Anugerah Geng Paling Aktif Semasa Gathering - Afzal
Anugerah Weblog Harapan 2004 - Op
Anugerah Weblog Wanita Terbaik - Mak Andeh
Anugerah Weblog Lelaki Terbaik - D'arkampo
Anugerah Weblog Terbaik -Sultan Muzaffar

Jangan tak tau. Aku pun menang anugerah jugak. Anugerah tempelan la. Aku pun kira menempel kat situ jugak. Nak tau apa anugerahnya?Hahaha. Menang meja paling meriah. Hebat tak hebat la.


Ni la "kepala meja" nya, Lin sedang menerima hamper dari Tok Rimau. Turut sama memeriahkan meja, Aku, Eisya, Ina, Yan & Wira. Nak tengok gambar lagi? Meh la melawat fotopages aku... http://chempakasari.fotopages.com



* Salam takziah buat semua keluarga mangsa tragedi "tsunami". Semoga tragedi yang berlaku ini memberi keinsafan buat kita semua. Al-fatihah.

Tuesday, December 21, 2004

He is so rude!

Posted by Mar at 11:04 AM 0 comments
Simpati terhadap apa yang berlaku pada saudari Norlida Abdul Rahman yang ditinggalkan tunang di saat-saat menghampiri hari bahagia. Apa yang dilakukan oleh bekas tunangnya, Hasmawi Hassan, pemain bolasepak Kedah tu memang kejam dan tidak berhati perut. Kenapa dia perlu bersetuju melangsungkan perkahwinan sedangkan hati berbelah bagi? Kenapa dia mesti tersenyum bersetuju dan gembira sedang hati langsung menafikannya? Kalau tak mahu katakan tak mahu. Kan itu lebih mudah daripada membiarkan perkara sebegini berlaku.

Ini tidak. Si lelaki lebih rela membabitkan kesemua ahli keluarga termasuk keluarga pihak perempuan untuk menerima aib dan malu. Bukan setakat malu, malah wang ringgit turut lebur begitu sahaja. Hari yang sepatutnya membahagiakan semua ahli keluarga menjadi medan linangan air mata dan mungkin juga pertikaman lidah serta luahan marah dan dendam. Itukah yang si lelaki mahu? Malah dia sendiri turut menerima akibat daripada perbuatan tak bertamadun itu (Hasmawi Hassan akan ditamatkan kontrak bermain untuk pasukan Kedah-Berita Harian, Selasa, 21 Disember 2004). Rasakan. Itu mungkin padah dan balasan yang harus diterima akibat membuat keputusan tanpa memikirkan hati dan persaan orang lain. Sekarang diri sendiri menanggung akibat. Tidak semena-mena hilang mata pencarian.

Buat saudari Norlida. Bersabarlah. Ini dugaan yang memang seperti satu tamparan buat saudari. Tetapi percayalah. Apa yang berlaku ini memang satu rahmat daripada Allah s.w.t. Bersyukurlah kerana perkara ini berlaku sebelum menjadi isteri si lelaki durjana itu. Terang-terangan telah terserlah bahawa dia bukanlah lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami dan nakhoda mengetuai kapal untuk melayari bahtera alam perkahwinan. Jika peristiwa hitam ini tidak berlaku dan dia terus dibenarkan menjadi nakhoda, mungkin saudari akan lebih menderita dan berendam air mata.

Semoga saudari terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang ini. Usahlah saudari risau. Gadis secantik dan semanis saudari ini pasti ramai jejaka yang lebih baik budi pekertinya sudi menghulur tangan memimpin saudari menempuh ke alam bahagia. Hanya masa yang akan menentukan. Saudari seorang jururawat, satu tugas yang mulia, yang sudah pasti sering berhadapan dengan saat-saat genting dengan pesakit setiap hari. Anggaplah ini salah satu daripada saat genting yang pernah saudari hadapi. Kuatkan semangat. Tabahkan hatimu.

Get lost with that man. He is so rude!

Friday, December 17, 2004

Mak Aku Dah Terima Menantu

Posted by Mar at 9:40 AM 0 comments
Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba Mak aku dah terima menantu. Tak semena-mena segala bendul, tiang, pasak dan segala macam dah dilanggar (langkah bendul aku la tu). Mak sedih campur gembira. Sedih sebab majlis yang sepatutnya meriah dan dihadiri sanak-saudara tidak berlaku. Seolah-olah macam majlis ni dibuat sebab terdesak atau sebab kena cekup dengan JAIS. Dulu setiap hari dia akan balik tidur di rumah. Kemudian, dua tiga hari lepas tu dia tak balik. Musykil dan risau juga kenapa agaknya dia tak balik. Merajuk ke dia? Kemalangan ke dia? Lari dari rumah ke? Nak kata Mak dan Abah tak setuju dengan gadis pilihan dia, dia tak pulak pernah bawa balik tunjukkan pada kami. Alih-alih, tup-tup dia bawak balik isteri. Entahlah, Mak pun tak tau nak marah atau apa. Tak apa la. Yang penting dia selamat dan gembira serta dia pun dah selamat kembali ke rumah. Maaflah, sebab tak ada majlis kenduri untuk menghebahkan berita gembira ini.


Teratak indah kediaman pasangan dua sejoli @ pokok Mak aku.






Pasangan bahagia yang masih berbulan madu.


Burung ni dah bertahun-tahun tinggal di pokok Mak aku tu. Ada la dalam 2 atau 3 tahun rasanya. Sekarang dia dah berpasangan pulak. Setiap malam mesti dia akan balik ke rumah. Cuma kalau hujan lebat dia tak balik tapi keesokan harinya mesti dia akan balik juga. Kira dah jadi macam anak angkat dalam keluarga Encik Mokhtar. Adik aku la tu kiranya. Dulu masa dia mula-mula datang, dia kecil jer. Sekarang dah montel sikit sampai senget pokok Mak aku. Ada orang cakap mungkin burung ni bawa rezeki pada kami.

p/s Ada sesiapa tahu apa nama spesis burung ni?

Tuesday, December 14, 2004

Rambut vs Berus Dawai

Posted by Mar at 10:47 AM 1 comments


Bila baca tentang rambut toncet Mak Andeh, aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu. Zaman jadi budak kecik dan budak sekolah dulu-dulu, aku memang tak ada peluang nak simpan rambut panjang. Paling panjang pun rambut aku masa tu hanya menutupi leher jer. Lepas tu terpaksa zassss atas arahan Mem Besar.

Aku ingat lagi, masa tu aku belum masuk sekolah lagi rasanya. Umur aku masa tu adalah dalam 3 atau 4 tahun. Zaman tu aku tak pergi potong rambut kat kedai. Yang potong rambut aku semua kaum-kerabat. Kalau tak nenek aku, datuk aku. Kalau tak Mak aku, Abah aku. Kalau tak Busu aku, Pak Usu aku. Macam gitulah pusingannya.

Tapi ada satu kes yang paling aku ingat sampai hari ni. Ada sekali tu Mak aku potong rambut aku. Potong punya potong. Zass punya zass...Mak aku sudah terzass telinga aku. Tapi tak adalah sampai mencederakan dan mencacatkan telinga aku yang kecik comel tu. Tak adalah sampai nak kena report kat Teledera. Mungkin disebabkan telinga aku yang terlalu comel dan cute tu membuatkan Mak aku tak perasan lalu termahu gunting dengan telinga-telinga aku sekali. Sabar jer la kan. Tapi kalau korang tanya Mak aku sekarang pasal kes tu sure dia macam ingat-ingat lupa atau buat-buat lupa. Malu la tu kot. Hehehe. Dan sejak peristiwa berdarah yang tak mengeluarkan darah tu aku langsung tak nak kalau Mak aku offer diri nak potong rambut aku.

Sejak peristiwa tu jugalah aku pun mula menjejakkan kaki ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut. Kalau tak silap aku first hair stylist yang sentuh rambut aku ni nama dia Kak Peah. Dia kira pangkat makcik sebenarnya sebab anak-anak dia semua kira baya-baya aku jugak tapi sebab Mak aku panggil Kak Peah, aku pun panggil dia Kak Peah jugak. Hehe.

Disebabkan dari kecik aku dah dilatih berambut kontot, maka sampai sekarang pun aku selesa dengan potongan rambut yang kontot jugak. Cuma sekarang ni aku dah mula nak simpan rambut panjang kononnya. Tak tahulah sampai bila boleh bertahan.

Aku simpan rambut panjang ni bukannya apa. Bukannya nak bagi nampak ciri-ciri kegadisan Melayu terakhirnya. Cuma aku malas nak pergi kedai potong rambut. Selalunya aku pergi potong rambut kat Shah Alam. Aku suka pergi kedai ni sebab dia potong rambut kira menepati la citarasa dan apa yang aku cakap kat dia. Tapi sekarang aku dah malas nak pergi situ lagi sebab bila aku pergi sana mesti dia sibuk suruh aku buat hair treatment. Dia kata rambut aku dah rosak, dah nampak perang-perang, keras macam dawai berus lantai. Tu semua simptom-simptom rambut rosak la tu dia kata.

Aku bukannya apa. Bukan tak nak buat treatment tu. Kalau dia kata buat hair treatment tu tanpa bayaran, nak jugak aku buat. Ni nak kena bayar sampai nak dekat RM100, mana aku nak cekau duit. Tu yang aku malas nak pergi potong rambut tu. Tapi rasanya sekarang rambut aku dah tak keras macam berus dawai lagi kot. Dah jadi selembut sutera. Muahahaha (perasan).

Monday, December 13, 2004

Renjis-renjis Dipilis

Posted by Mar at 9:45 AM 0 comments


Hujung tahun. Musim orang naik pelamin. Musim makan nasi pengantin. Seronok bila tengok kawan-kawan dan sepupu-sepapat malangkah ke alam baru. Tapi yang tak bestnya bila orang lain yang kahwin, orang lain pulak terpaksa kena tempias jugak.

Bila semua orang sibuk-sibuk nak kahwin, Nenek aku pulak sibuk bertanya bila aku nak kahwin. Dia siap cakap, "Mak Mar dengan Busu (makcik aku, adik Mak paling bongsu)umur 24 dah kahwin dah." Sesuka hati je kan Nenek aku ni. Dia ingat cari suami macam cari baju kat shopping complex agaknya. Asal berkenan sambar jer. Bila pergi kenduri kahwin pulak ada jer yang tanya, “Mar bila lagi?”. Yang Mak aku pulak nanti akan ditanya, “Zah bila lagi nak terima menantu?” Risau betul diorang dengan aku yang tak kahwin-kahwin ni ek. Tapi perlu ke risau? Entah. Aku belum sampai tahap risau lagi kot.

Aku hairan bin ajaib sebenarnya la. Relax la. Umur aku baru jer 23. Muda sangat rasanya nak melangkah ke alam yang lagi satu tu. Belum puas rasanya aku explore dunia ni. Banyak lagi cita-cita yang belum kesampaian. Banyak lagi benda yang aku excited nak buat. Banyak lagi masa aku nak habiskan bersama kawan-kawan.

Kahwin tu bukan kerja senang. Kahwin tu kan satu tanggungjawab. Buat apa kahwin kalau kita rasa kita belum bersedia untuk pikul tanggungjawab tu? Seriously, I think I’m still young to think about this kahwin-kahwin thing. Hehehehe. Muda ke aku? Perkahwinan bagi aku adalah perkongsian hidup sepanjang hayat bersama seorang manusia bergelar lelaki. Sikap baiknya, tabiat buruknya akan menjadi satu perkara yang perlu aku hadapi seumur hidup. Itu bukan kerja mudah. Am I ready for that? Entahlah. Aku sendiri pun tak pasti.

Bila aku cakap macam ni ramai kawan-kawan yang kata, “Ala Mar…Mulut cakap lain, hati cakap lain. Betul tak? Jangan tipu diri sendiri la Mar.” Aku tipu diri sendiri ke? Memang semua orang mengimpikan kehidupan mempunyai keluarga sendiri bersama suami dan anak-anak. Aku pun tak terkecuali. Cuma mungkin pengalaman lalu dan impian masa silam yang tak kesampaian buat aku lebih berhati-hati dan tidak mahu mengambil serius perkara-perkara sebegini. Mungkin aku agak pentingkan diri sendiri kerana terlalu menjaga hati sendiri. Tapi siapa lagi yang nak jaga hati kita kalau bukan kita sendiri. Ye tak?

Bagi aku jodoh semua di tangan Allah. Siapa yang memang telah ditentukan untuk jadi teman hidup aku nanti akan aku terima dengan hati terbuka. Aku bukanlah manusia yang mahu diri sendiri dibiarkan terus dilanda kecewa sebab aku tahu ada sinar bahagia bakal menanti di hujung sana. Hanya masanya belum tiba lagi.

Thanks to Busu. She said something that really touches my heart...

“Mar jangan risau la. Insya-Allah ada jodoh nanti kahwin la. Ignore la cakap Nenek tu.”

Saturday, December 04, 2004

Letih Den...

Posted by Mar at 11:33 AM 0 comments
Dua tiga hari ni aku terseksa jiwa dan raga. Mana taknya. 24 jam aku asyik terkejar-kejar cari toilet. Cirit-birit melanda. Perut memulas-mulas dan bergelora tak usah cakap la. Siap keluar bunyi ala-ala orkestra lagi. Letih den. Ni semua gara-gara makan kat restoran mamak glamour kat Wangsa Maju tu.

Al-kisahnya, hari Rabu hari tu, Mak aku teringin nak makan tose rawa. Lebih kurang pukul 8 malam, aku, Mak dan Abah pun pergi la sana. Mak order tose rawa + teh tarik, Abah order capati + teh tarik. Disebabkan aku tak berapa nak lapar dan nak diet konon (cheh, diet konon tapi badan makin montel macam dipam-pam, kembang-membang), aku pun order la Garden Salad + ais kosong.

Sambil tengok berita sensasi Kak Pah kat screen besar restoran tu, makanan kitorang pun sampai. Sesi sumbat-menyumbat makanan ke mulut pun bermula la. Bila tengok Mak makan tose rawa tu aku teringin la pulak. Aku pun cubit la sikit tose tu dan disodokkan ke kuah kari lalu disumbatkan terus ke mulut aku. Disebabkan kari dia yang sungguh menjilat sudu aku pun sodok kuah kari tu semata-mata dan disumbatkan terus ke mulut aku. Aku rasa ada la dalam dua tiga sudu aku hirup kuah kari tu.

Cabaran bermula dalam pukul 3 pagi. Badan aku jadi tak tentu hala. Macam seram sejuk. Loya-loya rasa macam nak muntah. Terjeluwek sana terjeluwek sini. Disebabkan mata aku tertutup rapat dan rasa sungguh sayang nak bangun dari katil sebab hujan turun dengan lebatnya, aku tak ada la pergi bilik air mengeluarkan segala apa yang rasa macam nak keluar tadi tu. Last-last aku tertidur balik.

Pukul 6.30 pagi aku terjaga untuk sembahyang Subuh. Masuk bilik air jer, terus segalanya-galanya terkeluar. Aku tak nampak kari, aku tak nampak Garden Salad. Yang aku nampak cecair-cecair berlendir yang berwarna kekuning-kuningan dengan rasa yang payau pahit. Dan selepas tu bermula la cabaran-cabaran seterusnya.

Segala-gala yang ada dalam perut aku ni menjerit-jerit dan meronta-ronta nak keluar sama ada ikut mulut (muntah) mahupun saluran yang lagi satu tu (faham-faham la ek). Keluar masuk bilik air dah jadi aktiviti paling aktif hari Khamis tu. Last-last aku surrender. Daripada pakai seluar track aku tukar pakai kain batik. Senang sikit. Hehehe. Sampai demam-demam aku hari tu. Nasib baiklah hari Khamis memang aku tak ada class.

Yang paling sadis semalam la. Dalam pukul 7.30 pagi Mak tumpangkan aku sampai kat KL Sentral sebab pukul 10 pagi aku ada appointment dengan Prof S nak bincang pasal tesis aku. Disebabkan aku rasa awal lagi, aku pun pergi la beli teh o kat McD. Konon nak mengurangkan kadar kekerapan ke bilik air ler. Minum punya minum,dalam pukul 8 aku pun turun ke platform Komuter ke Shah Alam. Entah macam mana aku rasa tekak aku ni dah rasa lain macam. Rasa macam nak muntah. Ah, haru ni. Kat mana aku nak muntah ni. Aku bukan bawak plastik. Aku pun pi la cari port yang sesuai. Tapi tarak tahan punya hal aku dah termuntah atas rel Komuter. Lepas tu baru aku nampak tong sampah. Aku lari pulak ke tong sampah. Mintak mahap la. Emergency maaa. Yang keluar, teh yang baru sat tadi tu aku minum. Cheh, rugi RM1.67 aku tadi. Dah macam rupa orang morning sickness pulak aku ek. Hehe. So, kalau ada yang nampak gadis berbaju kurung biru yang muntah terbelahar pagi semalam, buat-buat la macam tak ada apa-apa yang berlaku ek. Malu aku sih.

Alhamdulillah, hari ni aku rasa dah ok sikit. Cuma masih lagi ke tandas tapi dengan kadar kekerapan yang makin berkurangan. Rasanya ok kot, tak payah la pergi klinik kan (alasan orang yang takut pergi jumpa doctor).

Andaian dan kesimpulan (chewah) :

Garden Salad yang aku makan mungkin telah disembur dengan bergelen-gelen racun serangga dan tak dicuci bersih.

Kari mamak tu mungkin kari minggu lepas yang dah berpuluh kali kena perangat (yang peliknya Mak dengan Abah aku pun makan kari tu tapi tak ada apa-apa pun).

Kalau nak muntah kat bilik air, jangan muntah dalam sinki. Sila muntah dalam toilet bowl sebab kalau keluar benda-benda berupa pepejal mungkin akan menyebabkan sinki tersumbat dan terpaksa mencuci balik sinki tu. Kalau muntah dalam toilet bowl senang, flush jer lepas tu.

Monday, November 29, 2004

3 Hari yang Kelam

Posted by Mar at 9:15 AM 0 comments
Termasuk semalam, genap 3 hari aku kehilangan harta paling penting dalam hidup aku. Mana mungkin aku boleh hidup tanpanya. Tanpanya hidupku tak lengkap. Tanpanya hidupku kelam. Hidupku gelisah dan tak keruan seperti cacing kepanasan. Kenapalah aku diuji sedemikian rupa? Kini aku faham erti kehilangan yang sebenar. Kehilangan kali ini sungguh menyakitkan. Sungguh memedihkan. Aku tak sanggup menghadapinya untuk hari-hari yang seterusnya.

3 hari yang kelam mengajar aku untuk menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri pada aku. Mungkin aku diuji dengan hanya sedikit dugaan tapi kesannya terhadap diriku sangat hebat. Aku terbayang bagaimanalah agaknya kehidupan orang yang lebih teruk diuji. Yang lebih malang nasibnya dari aku. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmatMu. Aku redha dengan dugaanMu kerana dugaanMu membuatkan aku lebih mengerti insan lain yang lebih kekurangan dan lebih malang nasibnya.
__________________________________________________________

29 NOVEMBER 2004, 7.35 AM

Abah : Mar, tu ha awak punya cermin mata.

Aku : Yayy. Thank you. Mana Abah jumpa?

Abah : Ada la. Mana awak letak ari tu? Tu la letak merata-rata. Lepas tu tak ingat kat mana. Fikir sendiri kat mana awak letak ari tu.

Sampai la ni aku masih tertanya-tanya kat mana Abah aku jumpa cermin mata aku tu. Aku cuba juga ingat-ingat kat mana tempat aku selalu letak tapi Abah cakap bukan. Entah kat mana la cermin mata aku tu tersadai selama 3 hari tu gamaknya.

Kesian dia, sesat tak bertuan dalam rumah pulak tu. Tapi aku pun kesian juga sebab tak keruan. Kelabu asap jer dunia aku. Tengok TV pun tak puas sebab tak berapa clear. Yer la kan, takkan dalam rumah pun nak pakai contact-lens. Mata aku pun nak rest gak dari pakai contact-lens tu. Kalau kat rumah cermin mata la teman aku yang paling setia especially bila tengok TV.

Aku rasa mungkin dia merajuk kot sebab aku pernah cakap nak tukar cermin mata lain sebab dia ni dah uzur sangat. Almaklumlah, dah banyak kali kena pijak. Sebab tu dia lari gamaknya.


Monday, November 22, 2004

Oh Zahid....

Posted by Mar at 12:02 AM 0 comments
Cayaq bayaq aku dibuatnya bila dapat e-mail kad raya dari Zahid (lantak pi la kalau bukan dia sebenarnya yang hantar janji hatiku berbunga gumbira hehehehe). Oh Zahid... Mungkin malam ini aku tak dapat tidur terkenangkanmu. Mungkin juga malam ini aku tidur ditemani mimpi bersamamu. Itupun kalau Mak aku tak ambik mop dan mop aku yang dah cair.




Date: Sun, 21 Nov 2004 01:25:56 -0800 (PST)

From: "Ahmad Zahid Baharuddin" zahid_za8fc@yahoo.com

Subject: Kad Raya Za8 Untukmu mar.....

To: chempaka_sari1@yahoo.com


Sori zahid lambat bagi kad raya... Sibuk sikit... Keep supporting zahid n za8fc okay... Ahcunnyaa!! babai ...




Thursday, November 11, 2004

Hadiah Raya

Posted by Mar at 1:31 PM 0 comments


Syukur, alhamdulillah. Hadiah paling istimewa untuk Raya kali ini. Yabedabeduuuu!!!! Debaran telah berakhir. One more semester to go. Tahun ni boleh beraya sakan. Yeeeehaaaaa.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, November 09, 2004

Raya Serba Baru

Posted by Mar at 12:23 PM 0 comments
Aku sakit gigi dan gusi dah lama. Sejak 2/3 bulan yang lepas. Sakit kejap-kejap. Simptom macam nak tumbuh gigi bongsu. Tapi aku belek-belek tak nampak pulak gigi tumbuh. Aku assume gigi aku dah tumbuh semuanya la. Padahal aku tak kira pun cukup ke 32 batang. Selalunya, hari ni sakit, esok dah ok. Minggu depan sakit balik. Aku pun buat derk jer. Macam tu la berulang sampai la kelmarin aku rasa dah sakit sangat. Nak makan pun susah. Sakit ya amat. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk gusi dan seluruh bahagian dalam mulut aku ni.

Kali ni aku rasa sakit aku ni bahana ulser. Kat tepi bibir, dalam mulut kat bahagian pipi, gusi tah kat mana lagi tah. Tapi yang pasti seluruh bahagian dalam mulut aku ni memang sakit yang terlampau. Bila dah sakit macam ni mood aku pun tak baik la. Rasa nak naik angin jer. Moody tak tentu hala. Bercakap pun aku malas. Ditambah pulak dengan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) aku, menjadi-jadi la mood tak baik @ ketidakseimbangan hormon aku.

Mak aku balas dendam dok gelakkan aku sebab dulu masa dia sakit gigi aku gelakkan dia sebab dia nangis tengok cerita Hindustan. Padahal dia nangis sebab sakit gigi rupanya. Ampun, Mak. Aku ingat lagi Mak aku cakap, sakit beranak pun dia tak nangis tapi sakit gigi dia sampai menitiskan air mata.

Berbalik pasal ulser aku tu tadi. Mak aku sibuk suruh pergi klinik Sebab dia kata rasanya aku dah lama asyik dok cakap sakit tak baik-baik. Aku cakap tak payah la sebab ulser jer. Esok lusa ok la kot. Last-last terpaksa akur jugak la dengan cakap Mem Besar.

Bila masuk klinik jumpa doktor, doktor pun tanya aku sakit apa. Aku pun cakap la ulser mulut. Dia pun suruh aku buka mulut nak check. Lepas check mulut aku dia senyum dan cakap, "Ni bukan ulser ni. Ni nak tumbuh gigi bongsu." Aku pun cakap kat doktor tu, "Tapi doktor saya nampak putih-putih kat gusi saya. Bukan ulser ke tu?" Dia sengih lagi, "Yang putih-putih tu la gigi bongsu awak yang baru nak tumbuh tu. Kat pipi dan bibir awak tu ye la saya nampak ulser tapi yang kat gusi tu nak tumbuh gigi bongsu. Memang sakit sangat, saya tau." Doktor tu sengih lagi. Malunya aku.

Doktor bagi aku pain killer dan ubat sapu untuk ulser. Sekarang, sakit pun hilang.

Eeeemmm..seronok tau raya kali ni. Bukan sebab dapat baju baru, kasut baru, handbag baru. Tapi aku raya dengan gigi baru. Yayyyy. Korang ada gigi baru?

Tapi seronok lagi si dia tu. Dia beraya dengan anak baru.

Thursday, November 04, 2004

Melayu II

Posted by Mar at 10:43 AM 0 comments
Dulu aku pernah tulis tentang keinginan aku nak tukar perkataan Melayu tu supaya jadi satu perkataan yang nampak lebih positif dengan harapan mentaliti dan sikap orang Melyu juga turut berubah. Klik sinidulu untuk baca entry aku tentang itu.

Dua tiga hari lepas aku baca majalah MASSA keluaran 8-14 Mei 2004 (sedih sebab majalah ni dah pun berkubur). Rupa-rupanya perkataan Melayu tu sendiri sebenarnya memang berasal daripada perkataan yang memang positif. Menurut artikel tu, sejarawan British mendefinisikan perkataan Melayu berasal daripada 'melaju' yang bermaksud cepat , deras, atau tangkas iaitu merujuk kepada sifat semulajadi orang Melayu dalam segala perlakuan seharian yang sentiasa cerdas berfikir dan pantas bertindak.

Aku dah tak mahu ulas tentang sikap orang Melayu zaman kini. Aku tak mahu kutuk bangsa aku sendiri. Aku mahu bersikap positif. Bangsa Melayu hebat, cerdik, pandai, berfikiran jauh, penuh dengan nilai sopan-santun, mementingkan ikatan kekeluargaan. Kalau tok nenek moyang kita dulu hebat, tangkas, penuh semangat juang mempertahankan negara dan akhirnya mencapai kemerdekaan, kita juga perlu buktikan yang kita anak Melayu yang akan merealisasikan dan meneruskan impian kemerdekaan mereka. Buktikan pada mereka yang irihati pada kita, yang kita tak perlu lagi tongkat untuk berjaya.

Aku tak mahu sebut Malaysia Boleh sebab aku rasa konsep tu dah tersasar jauh. Apa kejadahnya kalau pecah rekod itu ini boleh dapat gelaran Datuk la itu la ini la. Mungkin lepas ni kalau ada orang Malaysia yang boleh telan durian atau tempoyak 80 kilogram akan dapat gelaran Datuk juga (ni aku dah merapu cerita lain ni).

Tak perlulah aku membebel tak tentu hala lagi. Nanti ada pulak yang meluat. Mungkin tulisan aku ni agak emosi. Meminjam kata-kata Kak Max, wanita makhluk penuh emosi. Harap-harap korang faham.

Berikut adalah petikan daripada majalah MASSA keluaran 8-14 Mei 2004 :

DEFINISI MELAYU

SEJARAWAN TEMPATAN :
Istilah Melayu lahir sebaik sahaja kerajaan Kesultanan Melaka diasakan pada tahun 1400 dan ia juga merujuk kepada Jambi sebagai asal tempat bermulanya ketamadunan masyarakat Melayu sekitar awal kurun ketujuh Masihi.

SEJARAWAN BRITISH :
Perkataan Melayu berasal daripada 'melaju' yang bermaksud cepat, deras atau tangkas iaitu merujuk sifat semulajadi orang Melayu dalam segala perlakuan seharian yang sentiasa cerdas berfikir dan pantas pula bertindak.

SEJARAWAN BELANDA :
Terminologi Melayu bermaksud penyeberang, pengembara atau penjelajah dari satu tempat ke satu tempat lain kerana masyarakat Melayu direkodkan asalnya dari wilayah Yunan di selatan China sebelum berhijrah ke Asia Tenggara.

SEJARAWAN ASIA :
Kata nama Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'Malaya' atau perkataan Tamil iaitu 'Malai' yang bermaksud bukit/tanah tinggi atau perkataan Parsi kuno iaitu 'Mahaluyah' merujuk daerah ramai guru yang digelar sebagai 'Mulaya'.

STANDARD ANTARABANGSA :
kaum peribumi dominan di Malaysia, indonesia, Brunei dan Filipina yang digelar Melayu Nusantara juga merujuk suku kaum Aceh, mandailing, Jawa, Sunda, Banjar, Sulawesi, Iban, Kadazan, Tagalog, Tausug dan Visayan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA :
Mestilah pertama individu itu beragama Islam, diikuti tahu berbahasa Melayu dan ketiga ada mengamalkan adat istiadat budaya norma masyarakat Melayu yang diiktiraf sejak dari turun-temurun.




Tuesday, November 02, 2004

Nota Rayuan

Posted by Mar at 1:28 PM 2 comments
Waktu cuti macam ni banyak yang aku rindu sebenarnya. Rindu nak naik bas pakcik sengal, rindu nak puji (baca:mengumpat) Mr. S yang best, rindu pada Dr. M yang suka bagi latihan banyak sangat, rindu pada Kak K 'roomate'ku yang jelita, kiranya rindu macam-macam la.

Tapi yang paling aku rindu mesti la Mr. S yang superb tu. Bebelan, kemerapuan dia. Oh, Mr. S...tapi itu bukan la bermakna aku rela berjumpa dia lagi semester depan untuk belajar subjek yang sama. Kalau kena mengulang pun rasanya aku nak masuk kelas lecturer lain. Malu seh kalau kena jumpa dia lagi. Mintak disimpangkan le ek.

Aku ingat lagi masa nak dekat exam hari tu, sebelum sesi kuliah habis, Mr. S aku ni sempat la bagi wasiat dan pesanan terakhir sebelum kami nak exam. Antaranya ialah jangan makan maggi nanti rambut gugur + susah nak mengingat, tulisan jangan cakar ayam dan boleh buat dia marah dan pening kepala sebab kalau dia pening kepala semua orang fail nanti dan macam-macam lagi la. Almaklum la, Mr. S aku ni kaki bebel. Bebelan dia tu kengkadang buat aku gelak tak ingat dunia. Mr. S memang best.

Yang paling aku ingat sekali dia pesan pada siapa-siapa yang berhasrat nak buat nota rayuan. Korang tau kan nota rayuan tu macam mana. Alaaaa, kadang-kadang adalah hamba Allah yang blank tak dapat jawab soalan akan tulis kat kertas jawapan merayu-rayu kat lecturer/pemeriksa supaya meluluskan diorang. Aku tak pernah la buat. Bukan sebab dah terror sangat menjawab tapi aku malu kalau-kalau lecturer tu ingat lagi pasal nota rayuan tu. Sahih la aku takkan bertentang muka dengan lecturer tu lagi. Atas alasan ni la aku terpaksa berfikir 800 kali untuk buat nota rayuan tu.

Berbalik pada pesanan Mr. S tu tadi. Dia pesan, "Kalau you all nak buat rayuan ke apa kat saya, sila buat kat first page yer. Kat first page tu nak tulis apa tulis la. Encik, saya nak kahwin dah semester depan, tolonglah luluskan saya. Encik, semalam saya putus cinta frust menonggeng, hari ni saya blank tak dapat jawab. Encik, tolonglah saya dah final year, paper ni dah tiga kali saya ambik. Tu contoh-contoh ayat la kalau you all nak tulis. Ingat, kat first page tau. InsyaAllah saya akan consider sebab saya dah rasa kesian kat awak sebelum tanda kertas awak. Kalau kat last page, mintak maaf. Masa tu saya sure dah habis tanda kertas awak kan. Tak ada kerja la saya nak tengok balik, reconsider markah awak. Awak tinggalkan air mata darah kat last page tu pun saya tak layan yer."

Aku rasa kan mungkin tips ni sesuai untuk mereka yang nak ambik SPM minggu ni kot. Hehehehehe. Aku main-main jer la. Tapi kalau nak ikut jugak tips ni, aku tak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan dan kecelakaan yang bakal berlaku ek. GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES!!!

Thursday, October 28, 2004

Mari Belajar Bahasa Mandarin

Posted by Mar at 1:39 PM 0 comments
Selama aku belajar Bahasa Mandarin sampai level 3, tak pernah aku nak cuba bercakap dengan manusia lain yang boleh berbahasa Mandarin kat luar. Paling hebat pun aku boleh bertegur sapa dengan laoshi (cikgu/pensyarah) Mandarin aku. "Laoshi,zaoshang hao." Tu maksudnya "Selamat pagi, cikgu." Eh, ada yang lagi hebat. Masa jawab oral test. Segala jenis benda dia tanya kat aku. Ada yang aku dapat tangkap ada yang aku tak dapat tangkap. Yang tak dapat tangkap aku pun main belasah jer la. Tapi yang bestnya tu, masa oral test untuk lulus level 2, aku rasa laoshi yang dok menyoal aku tu merapu-rapu sebab dia cakap laju macam LRT/ERL/Monorail bla..bla..bla.. Dalam satu ayat aku rasa aku boleh tangkap satu perkataan jer. Yang lain hancur. Tapi yang pelik tapi best, bila habis jer oral session tu dia terus cakap kat aku sambil senyum, "Hen hao" yang bermaksud, "Sangat bagus." Kiranya kemerapuan aku dan kemerapuan dia tu ada chemistry la ek.hehehe.

Habis jer belajar Bahasa Mandarin Level 3, tak ada la lagi aku cakap guna bahasa ni melainkan kalau terserempak dengan laoshi yang pernah mengajar aku dulu. Itupun kadang-kadang aku menyorok dan lari-lari kalau ternampak dia.hehehe. Bukan apa, aku kesian nanti dia pening lalat nak faham apa yang aku cakap memandangkan aku "terlampau fasih" berbahasa Mandarin yang dia dok ajar kat aku tu. Kang tak pasal-pasal benda yang dia tak pernah ajar pun aku sebut. Ishh..tu tak boleh sebut kat sini. Tak baik..tak baik. Bulan puasa ni. hehehe.

Tapi kan, masa cuti 31 Ogos ari tu, aku pergi Melaka dengan Jidol, Kucik dan Mimi. Kitorang pun masuk la satu kedai ni. Belek punya belek kitorang dah berkenan dengan satu beg ni. Kitorang pergi la kat cashier nak bayar. Entah kuasa apa yang merasuk aku, aku pun spontan jer tanya, "Duoshao qian?" Mamat kat cashier tu senyum dan interview aku macam-macam. Dia tanya, aku ni Cina ke? Belajar bahasa Mandarin kat mana? itu ini begitu begini segala macam la. Last-last dia bagi aku discount 20%. Jadi la kan. Yang penting dapat discount. Yayyy. Si Mimi dengan Kucik pun sibuk la tunjuk skill Bahasa Jepun diorang (diorang ni ambik Bahasa Jepun supaya senang nanti nak tengok drama Jepun hehehe). Ni semua gara-gara jealous aku dapat discount la ni.hehehe.

Moral of the story :
Lepas ni kalau pergi kedai Cina, jangan tanya "How much?" atau "Nyonya, ini barang berapa you mau kasi saya?" atau seangkatan dengannya sebab kalau tanya macam tu kebarangkalian untuk dapat potongan harga adalah rendah. Sebaliknya tukar ayat tersebut kepada "Duoshao qian?" di mana kebarangkalian untuk dapat potongan harga adalah tinggi.

AMARAN :
Sila pastikan orang yang ditanya itu pandai berbahasa Mandarin. Jika tidak dia akan terpinga-pinga dan tak pasal-pasal anda dicop kurang siuman, serta bakal digelakkan.


p/s "Duoshao qian" disebut sebagai "tuoshao chian"

Wednesday, October 27, 2004

Kau Kembali

Posted by Mar at 10:08 AM 0 comments
Lagu di bawah ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Lagu ini juga tiada kena-mengena dengan diri penulis. Penulis sekarang hanya mengalami ketagihan yang amat sangat terhadap lagu ini. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

p/s Lelaki impian aku saat ini hanyalah Benjamin Bratt, David Duchovny (X-Files), Antonio Banderas, Zahid, Kaer...hahahahaha


KAU KEMBALI

Saat pertemuan itu
Menghadirkan keindahan
Menafikan hakikat sebuah perpisahan
Bila
Senyuman manis bertemu
Bicara kan terganggu
Renunganmu dipaut pohonan kerinduan yang dulu

Mengapa harus resah tika bertemu
Sedangkan dulu kau tetap pilihanku
Seperti mimpi dirimu muncul kini
Namun segalanya tersurat buat kita
Tetap bersama

OoOh....

Sejak tidak melihatmu
Hidupku serba keliru
Harapanku hanya wujud dalam bayangan
Oh bila
Senyuman manis bertemu
Bicara kan terganggu
Renunganmu dipaut pohonan kerinduan yang dulu

Mengapa harus resah tika bertemu
Sedangkan dulu kau tetap pilihanku
Seperti mimpi dirimu muncul kini
Namun segalanya tersurat buat kita
Tetap bersama

Sekiranya dulu
Kau masih disampingku
Impian kasih berbunga mekar dihatiku
Ku harapkan kau kembali bersama diriku
Tak guna engkau mencemarkan diri

Kasih...

Kasih.... OoOhh...

Seperti mimpi dirimu muncul kini
Namun segalanya tersurat buat kita
Tetap bersama
Segalanya tersurat buat kita
Tetap bersama


Vokal : Kaer (AF2)
Ciptaan : Johan Farid Khairuddin
Lirik : Omar Khan



Sunday, October 24, 2004

Nurse Marliza

Posted by Mar at 1:25 PM 0 comments
Nenek tak berapa sihat. Baru keluar hospital. So, minggu lepas aku dok ulang-alik kat rumah Nenek. Satu lagi kampung aku selain rumah Mak Abah aku kat Keramat. Korang ingat korang jer ada kampung. Aku pun ada laaaa. Kat mana kampung @ rumah nenek aku tu? Jeng..jeng..AMPANG JAYA. Haaa..jangan nak gelak. Kang kena sumpahan Tun Teja, Tun Fatimah segala macam tun kang aku tak tau. hehe :). Aku gelak takpe.

Disebabkan sekarang bulan puasa, bila petang jer lebih kurang pukul 5 aku pun masuk dapur. Heyyy, aku bukan puasa yang yok pagi-pagi..uppss petang-petang bukak periuk ek. Aku kena masak la. Masak air...masak nasi...masak "campak-campak ntah jadi ntah tidak ikut sesedap rasa sapa nak makan buleh makan sapa taknak dia kelaparan".

Tengah aku dok sibuk kat dapur aku dengar Nenek aku panggil sepupu aku Athirah. Athirah ni darjah dua tapi mulut mengalahkan orang tua. Malas aku nak layan sebab dia suka merapu. Boleh bikin "my blood go upstairs" "mutton cross the road". hehe.

"Doktor Athiraaaaahh.. meh sini tolong bawak cawan ni pergi dapur. Tolong basuh sekali yer." Nenek aku yang konon-konon pesakit panggil
si Doktor Athirah. Dia pun dengan senang hati bawa cawan tu ke sinki. Buka paip air. Aku ingat dia nak basuh. Dalam hati aku cakap, "Rajiiiinn si Athirah bulan-bulan puasa ni."

Tak sempat aku habiskan ayat aku tu budak bertuah ni tiba-tiba buka mulut. "NURSE MARLIZAAAAAAAAA!!" (sambil buat isyarat tangan, mulut, dengan muka-muka sekali suruh aku basuh cawan tu). Sabor jer la. Athirah mengekek-ngekek gelakkan aku. Aku pun mengekek jugak. Nenek kat depan pun terkekeh-kekeh gelak. Yer laaaa...dia doktor. Aku nurse jer.. :)

Wednesday, October 20, 2004

Pergilah....

Posted by Mar at 11:43 PM 0 comments
"I dah jadi daddy hari ni. Baby boy."

Kiriman SMS yang aku terima awal pagi tadi. Air mata aku bergenang. Impian dia untuk bergelar ayah dah tercapai. Tahniah. Tapi mengapa perlu diberitahu itu semua pada aku? Aku tahu dia bahagia. Aku tumpang bahagia kerana dia bahagia. Tapi rasanya aku tak sekuat mana untuk mendengar berita-berita sebegini lagi daripada dia. Pergilah. Lenyapkanlah perasaan sebegini yang bisa mengganggu jiwaku. Mengapa hati aku tersentuh? Cemburukah aku?

Pergilah...jangan kembali lagi...

Monday, October 18, 2004

Harapan Ramadhan

Posted by Mar at 6:10 PM 0 comments
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin

Thursday, October 14, 2004

Tolonglah...

Posted by Mar at 10:39 AM 0 comments
Aku tak habis exam lagi. Last paper on Sunday morning tapi aku dah angkut barang balik kampung(kampung aku kat Keramat, KL la). Boring ler dok sana lama-lama sebab ada gap seminggu antara last paper dengan previous paper (baca:takut dok sorang-sorang kat sana sebab Kak K dah balik kampung).Oh, Kak K..aku bakal merinduimu. Semester depan aku akan duduk di rumah sebab Kak K dah tak dok hostel lagi. Semester depan dia nak buat practical training kat Ipoh. So, aku tak nak dok hostel tanpa partner/roomate/kakak/kaunselor/etc yang hebat. I'm really gonna miss this 36 years old lady yang selalu perasan jelita. Yaaa, you memang jelita la Kak K. Selalu malas nak puji sebab nanti you asyik senyum jer. Nanti orang ingat meroyan pulak, hehehe.

Aku teruja nak menulis sebab tadi aku nampak aksi melampau yang menyakitkan mata aku. Selalu aku dengar orang cakap jer. Hari ni aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Pagi tadi aku lari (baca:naik PUTRA-LRT ) ke KL Sentral nak cari magazine kesayangan aku, EH!, walaupun sepatutnya sekarang aku kena baca buku untuk exam Ahad ni. Apa nak jadi dengan aku ni. Sekarang dah tengah bulan, aku takut dah sold-out, so, aku pi sana sebab kat sana aku rasa sure ada lagi. Yayyy, EH! (bumper issue) bulan ni ada 20 perempuan cantik dan 10 lelaki handsome. Aku selak-selak nampak Sharifah Amani(yang berlakon Sepet tu). Cutenya dia. Comel. Cantik sangat.

Semata-mata beli magazine tu, aku pun terus beli tiket balik. Aku dengar bunyi train, aku berjalan sepantas kilat menonong ke bahagian depan train. Taktau atas sebab apa, bahagian depan train memang jadi tempat favourite aku. Aku rasa mungkin sebab bahagian depan selamat sikit kot. Kalau aku dok kat tengah or belakang, kalau tetiba train ni putus, bahagian depan aku rasa teruja ke depan dan aku masih di depan. Kira selamat dan cepat sampai lagi la kiranya.hehe.

Ada seat kosong. Aku duduk. Train lengang. Sampai di Central Market, ada couple masuk. Nampak muda belia lagi. Mesranya bukan main. Aksinya macam orang laki bini. Taktau la aku kot diorang tu memang laki bini. Aku geram. Kalau korang tengok pun korang geram. Aksi-aksinya buat aku meluat dan jelak. Kalau ye pun laki bini, this is not the place you patut buat macam tu. Dengan ekspresi muka dan tangan yang menjalar si teruna tanpa rasa malu buat aksi tak senonoh. Yang si dara semacam merelakan perbuatan si teruna. Tak ada riak marah mahupun geram. Aku rasa dia suka. Aku perempuan. Aku malu sebab aku nampak depan mata aku. Aku lagi malu sebab diorang orang Islam. Yang perempuan bertudung labuh, bukan singkat. Berpakaian sopan sekali. Bukan la aku kata perempuan pakai skirt pendek ada lesen untuk buat tak senonoh. Perangai budak perempuan sorang ni lah yang membuatkan imej gadis bertudung tercalar.

Please behave yourself. Everybody, especially yang perempuan. Jangan mudah sangat nak serah macam-macam kat lelaki yang entah apa niatnya.

Sampai di stesen Dato' Keramat, sorang pakcik tegur couple tu dengan nada marah. "Kamu tak malu ke? Kamu orang Islam. Bertudung. Tapi buat benda tak senonoh. Tolong jaga sikit perangai tu." Couple tu merah padam. Tiba-tiba kaku jadi patung cendana. Harap mereka dapat pengajaran dan tersedar dari lamunan. Niat pakcik tu baik walau nampak kasar. Terima kasih, pakcik sebab tegur. Saya nak tegur takut pulak nanti diperli balik oleh couple tu sebab penampilan saya "tak sehebat" mereka.

Sunday, October 03, 2004

Tak jejak bumi?Hantukah?

Posted by Mar at 3:51 AM 0 comments
Berjalan tak jejak bumi

"Exam season" kembali

Aku menanti

Moga Oktober cepat berlalu pergi

Agar aku dapat bercuti lagi

Hihihi...

Sekarang ni memang aku dok rasa macam jalan tak jejak tanah. Rasa macam di awang-awangan jer. Macam melayang-layang jer. Kadang-kadang orang bercakap dengan aku pun aku tak pay attention. Kena mintak diorang buat siaran ulangan lagi. Takutkah aku? Gabrakah aku? Nervouskah aku? Nanti hari exam sok ada "butterfly in a stomach" pulak (sibuk jer nak masuk dalam perut aku kan.Tapi nasib tak masuk dalam telinga ke hidung kan. Kalau tak, bertambah besar la lubang hidung aku yang penyek ni). Yang pasti "macam-macam adaaaa...." dan aku tetap control comel (muahaha).

TANDA-TANDA DEMAM 'FINAL EXAM' MELANDA AKU :

1. Bila nak minum air kotak, aku pi buang straw, pastu ambik plastik straw nak cucuk kat kotak air. Apa kejadahnya kan? Last-last air kotak jadi air cawan la sebab aku kena tuang masuk dalam cawan air tu. Kalau tak mati kempunan la aku.

2. Serta-merta aku jadi gadis pingitan yang pemalu, pendiam, control ayu, cun, jelita, comel, cute, ayu, cun, jelita, comel, cute, ayu, cun, jelita, comel, cute.uppss..ada yang dah nak bunuh aku?ok..ok..aku stop.

3. Tak ada lagi gelak ketawa macam hantu mengilai. Kalau gelak pun gelak malu-malu kucing. Almaklumlah, gadis pingitan kan.

4. Rasa macam nak flying-kick orang yang tanya soalan, "TENGAH STUDY UNTUK FINAL EXAM KE?"

5. Tiba-tiba aku jadi burung hantu tiap-tiap malam walaupun sebelum ni tidur adalah aktivitivi rutin paling utama.

6. Berubah menjadi manusia dengan kuasa Gaban, Superman, Ultraman, Batman, fireman, policeman....STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT-STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT-STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT-STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT-STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT-STUDY-ASSIGNMENT-PROJECT-LAB REPORT.

7. Jadi penunggu setia kerusi dan meja study sedangkan sebelum ni merupakan penunggu setia tilam dan bantal.

8. Jadi emosional, sensitif, marah tak tentu pasal. Hatta, orang yang buat lawak pun dicop gila dan mereng.

9. Kalau dulu basuh baju tiap-tiap hari. La ni tunggu nak basuh baju lepas habis exam (busy la kunun).

10. Mee segera dan biskut mayat jadi menu santapan paling enak dalam planet ini sebab tak nak keluar beli makanan (konon nak memaksimakan / tak nak membazir masa study la tu..cheh)


p/s Sepeninggalan aku ke medan perang ni, aku tutup shoutbox aku buat sementara waktu. Sebarang pesanan dan luahan rindu dendam (muahaha), sila tinggalkan di sini

Wednesday, September 22, 2004

Kasut Kaca Cinderella

Posted by Mar at 1:03 PM 0 comments
Sekarang ni, di celah-celah kesibukan (chewah) menyiapkan assignment, projek dan menelaah (waaahhhh rajinnya aku…tiba-tiba menjadi Gaban, Superman, Spiderman bla3) aku sempat gak la secara sambilan menyelak satu buku yg aku dok seronok baca sebagai meredakan kemerengan dan kesewelan di kala exam menjelang (hehehe). Tajuk buku tu ialah The Dictionary of Misinformation. Segala macam fakta yang kita biasa disogokkan rupanya ada kisah lain di sebaliknya. Kiranya buku ni membetulkan fakta yang sedia ada la. Betul tak betul, itu wallahulam. Tu korang kena tanya penulis dia, Tom Burnam. Dia panggil buku ni dictionary mungkin sebab fakta-fakta dalam buku ni disusun mengikut alphabet.

Apa yang aku nak kongsi dengan korang ni ialah pasal cerita Cinderella tu. Sure, korang tau kan siapa Cinderella tu especially yang perempuan sebab kita sejak dari kecil dah disogokkan dengan cerita-cerita macam tu. Cinderella la, Sleeping Beauty la, Snow White la dan segala macam lagi. Best jugak bila teringat zaman dolu-dolu nih. Tinggi sungguh imaginasi waktu tu. Kalau boleh nak jadi macam watak-watak tu juga. Ayat yang last atau penamat cerita paling aku ingat dalam buku-buku cerita tu mesti ada “Live happily ever after..”. Macam best jer ek. Sekarang pun aku suka berimaginasi jugak tapi bukanlah nak jadi macam watak-watak tu. Kira sekarang berangan pun benda-benda yang nampak matured sikit la (wah..wah..wah).

Balik pada cerita Cinderella tadi. Korang kan tahu yang kasut Cinderella yang tercicir tu ialah kasut kaca kan. Tapi dalam buku tu kata, sebenarnya kasut yang Cinderella pakai tu bukan kasut kaca sebaliknya kasut tu dibuat daripada bulu binatang. Hanya cerita Cinderella versi Perancis sahaja yang mengatakan kasut Cinderella tu ialah kasut kaca.

Mengikut buku ini, “vair” adalah perkataan Bahasa Perancis lama/klasik yang bermaksud “ermine”. “Ermine” kalau aku tengok dalam kamus bermaksud bulu putih sejenis binatang kecil dengan bulu kelabu yang bertukar kepada putih bila musim sejuk. Dalam Bahasa Perancis baru/moden kaca ialah “verre”. Same pronounciation but with different word and meaning.

Ramai yang mengatakan bahawa Charles Perrault yang menulis kisah Cinderella ini pada tahun 1697 telah tersalah anggap dengan menulis dan mengatakan bahawa “vair” (bulu putih) adalah “verre” (kaca). Ini bererti bahawa kekeliruan antara perkataan “vair” dan “verre” telah membuatkan kasut bulu Cinderella telah ditukarkan menjadi kasut kaca tanpa disedari.

P/s Aku bukan pandai bahasa Perancis ni. Kalau aku kena tipu dengan buku ni, dengan korang-korang sekali ler kena tipu. Tapi tak apa, idolaku Mr. Mat Jan dulu pernah ambil bahasa Perancis kat UiTM kan? Mr. Mat Jan mungkin boleh tolong atau bagi pendapat?

Wednesday, September 15, 2004

Posted by Mar at 5:38 PM 0 comments
Gambar-gambar sekitar SEMBILAN:The Interior Design Student's Saturday, sila klik di sini


KHAS BUAT MEREKA YANG TAK PERCAYA : Inilah buktinya aku pemegang Lesen Memandu Malaysia. yayyy


Posted by Mar at 5:37 PM 0 comments

KHAS BUAT MEREKA YANG TAK PERCAYA : Inilah buktinya aku pemegang Lesen Memandu Malaysia. yayyy

Tuesday, September 14, 2004

Driving License

Posted by Mar at 9:15 AM 0 comments
Entry ini ditujukan khas buat Cik I*a. Buat mereka yang berhasrat nak kutuk aku selepas membaca entry ini, sila lupakan hasrat anda kerana aku keturunan Tun Teja, Tun Fatimah dan segala macam Tun yang ada (hahahaha). Kang korang terkena sumpahan Tun-Tun tu semua kang sapa nak menjawab?

Ini kisah 5 tahun yang lalu…

Aku : I*aaaaaa….aku dah dapat driving license. Yayyyyyyyy. Mar hari ini adalah Mar yang lagi hebat dari kau. Hahahahaha (gelak jahat). Lihatlah dunia (sambil menayang-nayangkan driving license yang sangat cantik itu kepada saudari I*a).

I*a : Eemmm..setakat ada driving license tapi nak bawak aku pi kedai depan tu pun penakut baik takyah. Ko ni kan Mar, aku rasa la, bakal meng”frame”kan lesen ko tu la. Pastu letak kat muzium. Betul tak? Kucing pun takut inikan pulak nak bawa kereta. Cheh.

Aku : Statement ko tu macam bernada cemburu jek. Hehe. Eh, kalo aku memang ambik driving licence tu untuk letak kat muzium apa salahnya. Bomba tak tangkap aku rasa. Yang penting aku ada driving license untuk ditayangkan kat ko. Huhuuuu

I*a : Aku pun pelik macam mana Pegawai JPJ tu boleh bagi ko lulus. Ke ko ada main-main mata dengan dia…goda-goda dia?

Aku : Tak main la goda-goda. Tu taktik perempuan zaman kuno. Aku perempuan zaman millennium maaa. Tapi kalau dah dia tergoda, aku takleh nak buat apa la…hehehe.


Ini pula kisah beberapa tahun selepas itu….

I*a : Lihatlah driving license ku…cantik kaaaannnn. Ini baru betul. Aku dapat lesen untuk bawak kereta bukan untuk “frame”kan letak kat muzium macam ko.

Aku : Aku berbangga dengan ko I*a. Walaupun slow, ko tetap berjaya. Hahaha. Takper. Yang penting aku yang dapat lesen dulu daripada ko, aku tetap juara. Eh, nanti boleh la kita ronda-ronda, cuti-cuti Malaysia ke kan..kan..kan

I*a : Ko cakap jer ko nak pegi mana. Ke hujung dunia hatta ke lubang cacing pun akan kubawa kamu.

Aku : Yayyyyyyyy…I*a baik, I*a cun, I*a cute (ayat tambahan : tapi Mar lagi baik, Mar lagi cun, Mar lagi cute)


Ini pula kisah yang terbaru lagi terkini hiburan sensasi….

Aku : Bila kita nak gi cuti-cuti Malaysia ke shopping-shopping Malaysia ni I*a?

I*a : Anytime. Tapi kita naik bas la. LRT ke, komuter ker apa-apa la. Bawak kereta mintak mahap la ek. Aku fobia maaa.

Aku : Looorrr, kenapa pulak? Apa yang dah terjadi dengan ko ni? Ke manakah hilangnya sifat ke“ tun tejaan dan tun fatimahan”an ko nih?

I*a : Aku accident ari tu. Langgar divider. Nasib tak langgar orang. Tapi aku memang fobia la lepas tu. Trauma beb.


Moral of the story : Lain kali jangan kutuk-kutuk member anda yang menjadi tukang renew driving license untuk di”frame”kan di muzium paling setia. Kalau kutuk gak inilah jadinya. Pada sesiapa yang nak kutuk aku tu, sila tarik balik dan simpan kenyataan anda dan masukkan ke dalam poket kembali. Jika tidak, buruk padahnya. Ingat, aku keturunan Tun Teja, Tun Fatimah dan segala macam Tun yang ada (hahahaha)

Friday, September 10, 2004

Sedih

Posted by Mar at 10:30 AM 0 comments
Ini kisah tentang Dia. Dia seorang kawan mungkin juga sahabat. Dia bukan lelaki tetapi sejantina dengan aku. Aku rasa aku rapat dengan dia sebab aku selesa bercakap dengan dia. Aku selesa berbual dan meluahkan rasa hati serta masalah pada dia. Ini mungkin rentetan satu peristiwa besar yang pernah berlaku dalam hidup aku membuatkan aku hanya akan rasa lega bila dapat bercakap dan meluahkan apa saja yang terbuku di hati hanya pada dia. Aku sayang dia kerana sikap dia yang ambil berat walau kadang-kadang aku rasa dia suka juga memperlekehkan keupayaanku. Namun aku lebih nampak dan menghargai rasa prihatin dan ambil berat dia pada aku.

Kisah ini berlaku semalam. Mungkin minggu ini minggu emosional dan tekanan aku. Selalunya aku cool dan masih bergurau-senda walau tekanan makin melanda jiwa. Tapi semalam telah sampai ke klimaks bila mana aku terlalu tertekan. Terlalu depress. Rasa terlalu down. Macam-macam yang berlaku minggu ini dan semalam adalah kemuncaknya. Aku tak dapat kawal perasaan.

Mulanya aku hanya ambil tindakan dengan berdiam diri. Tiba-tiba aku jadi manusia pendiam sedang selalunya akulah yang paling banyak bercakap, paling pedas bercakap, paling out-spoken. Tapi minggu ni aku jadi pendiam, manusia paling moody, terlalu sensitif. Benda-benda yang sebelum ini aku langsung tak kisah dah menjadi satu benda yang sangat menyentuh perasaan aku. Emosi aku terlalu terganggu. Hati aku tiba-tiba jadi terlalu fragile. Tak boleh tersentuh sedikit maka hati aku akan tersentap dan tindakan refleks aku adalah diam. Ya, diam kadangkala lebih baik daripada bercakap. Tapi aku diam supaya air mata aku dapat ditahan supaya tidak mengalir kerana aku fobia untuk menangis pada diri sendiri sebab aku dah berjanji pada diri aku supaya tiada lagi air mata yang perlu mengalir lagi. Aku kena kuat. Lagipun aku tak ada shoulder to cry on.

Cuma semalam aku rasa dia yang paling memahami aku. Aku teringin dan rasa terdesak sangat untuk bercakap dan meluahkan rasa tekanan aku pada dia. Aku tak minta yang pelik-pelik. Aku cuma minta dia dengar sahaja. Tapi belum sempat aku sampaikan apa yang terbuku di hati talian telefon tiba-tiba terputus. Aku assume mungkin batery dia habis. Aku sms dia minta dia call aku balik. Dua sms, baru dia balas sms aku. Dia kata dia engage dengan kawannya yang mahu sponsor dia bercuti ke Australia.

Tiba-tiba air mata aku mengalir. Ya, mungkin aku bukan kawan dan sahabat yang baik. Aku tak ada duit untuk belanja dia macam-macam. Mungkin sebab itu dia rasa dia tak perlu melayani aku yang kebudak-budakan ini. Mungkin dia bosan dengan sikap aku yang mengada-ngada ini. Mungkin aku ini sekadar membuang masa dia. Selama ini dia layan aku mungkin kerana rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap aku.

Entah la. Dulu waktu dia dah buat satu kesalahan yang aku rasa sangat besar, memang aku sukar memaafkan dia. Aku benci dia. Aku maki dia dan segala macam bentuk kebencian aku suarakan pada dia. Dia merayu mohon agar diri dia dimaafkan. Dia berjanji takkan ulangi kesalahan itu lagi. Dia kata dia sudah insaf. Dia mahu jadi orang baik-baik sebab dia takut bila-bila masa nyawa dia mungkin akan diambil dan dia mungkin tak sempat minta maaf pada aku.

Kini, aku sudah mula menerima dia. Aku sudah memaafkan segala kesalahan dia walau aku rasa kesalahan itu sangat mengguris hati aku. Tak apa la sebab aku rasa yang sudah tu sudahlah. Aku mahu berbaik dengan semua orang. Lagipun aku rasa selesa dan rapat dengan dia. She is comfortable person for me to talk to. Dia pun pernah meluahkan rasa hati dan tekanan dia pada aku. Aku sedia jadi pendengar walau mungkin tak sesetia mana pada pandangan dia. Tapi bila aku sangat-sangat perlukan dia semalam, dia hilang. Berseronok dan bercuti lebih menggembirakan dia daripada melayan aku yang tak membawa apa-apa faedah dan manfaat pada dia.

Malam semalam aku tekap muka di bantal sambil menangis semahu-mahunya. Aku tak sedar bila aku tertidur. Bila aku bangun aku rasa pipi aku masih basah. Sedih sangat aku semalam....

Wednesday, September 08, 2004

MENGAPA?

Posted by Mar at 8:44 AM 0 comments
Aku benci padamu
Aku marah padamu
Aku meluat dengan tingkahmu

Jangan muncul lagi dalam kamus hidupku
jika sekadar untuk menyakitiku
memperlekehkan keupayaanku

Walaupun sesekali aku tewas dengan perasaanku sendiri
Walaupun sesekali hatiku merintih sendiri
Walaupun sesekali air mata dukaku mengalir sendiri

Namun...aku tetap aku
yang masih berjiwa kental
Kerana aku bukan insan lemah

Mana mungkin aku tunduk
hanya kerana kelancangan lidahmu
Mana mungkin aku mengalah sebelum berjuang
hanya kerana insan keji sepertimu yang hanya tahu mempermainkan perasaan suci dan tulusku

Aku benci
Aku marah
Aku jelak
Aku meluat

Mengapa kau hadir dalam hidupku?
Mengapa kau kasihi hati ini?
Mengapa kau belai jiwa ini?
Mengapa kau pupuk segala harapan menggunung tinggi?
jika ia hanyalah untuk mempermainkan hatiku
mempermainkan perasaanku yang tulus suci terhadapmu

Mengapa kau lahir ke dunia ciptaan Allah ini
jika sekadar ingin menjadi haiwan karnivor
yang hanya tahu merobek hati mangsanya?
MENGAPA?

Friday, September 03, 2004

Hang Tuah dari Kaca Mata Aku

Posted by Mar at 9:17 AM 0 comments
Menonton Puteri Gunung Ledang telah menambahkan satu lagi tanggapan / persepsi aku terhadap lelaki umumnya dan lelaki Melayu khususnya. Atau lebih tepat responden dalam filem ini adalah Hang Tuah.

Hang Tuah dalam siri Hikayat Hang Tuah sering digambarkan sebagai hero, wira dan pahlawan yang hebat hingga diberikan tanggungjawab sebagai Laksamana Melaka. Dialah Laksamana Melaka yang paling diingati dalam sejarah politik dan pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, dalam filem ini, aku tak nampak Hang Tuah yang gagah dan perkasa.

Dalam filem ini, aku lihat Hang Tuah dari sudut yang berbeza. Aku lihat Hang Tuah sebagai pahlawan yang lemah, takut, kecewa, keliru, menghadapi konflik dan “GEMAR MENGECEWAKAN HATI WANITA”. Mengapa Hang Tuah yang dianggap wira itu sanggup berkelakuan begini? Adakah hati wanita yang hadir dalam hidupnya itu sekadar untuk disakiti?

Dalam filem ini sahaja ada dua wanita yang pernah disakiti oleh Tuah iaitu Gusti Putri Retno Dumillah (Puteri Gunung Ledang) dan Tun Teja. Kedua-duanya dikecewakan hanya kerana kesetiaan yang tak berbelah-bahagi dan membuta-tuli Tuah terhadap Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Aku mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan Tuah terhadap dua insan kaum sejenisku ini. Adakah cinta yang dihulurkan Tuah itu cinta yang tulus dan suci yang lahir dari sudut hatinya yang mulia ataupun Tuah menggunakan tarikan dan karisma kepahlawanannya untuk memancing jiwa wanita yang benar-benar menyintainya semata-mata untuk kepentingan dirinya agar dipandang tinggi di mata Sultan?

Jika benarlah tujuan Tuah adalah kenyataan yang kedua itu, aku dengan tanpa rasa bersalah, kesal dan belas-kasihan mengkategorikan Tuah sebagai lelaki yang keji, kejam dan tak berperikemanusiaan. Keji, kejam dan tak berperikemanusiaan dalam konteks cinta, hati, perasaan dan hubungannya dengan insan bergelar wanita.

Dalam filem Puteri Gunung Ledang ini, sudah terang lagi bersuluh yang Tuah memberi harapan menggunung tinggi (setinggi Gunung Ledang mungkin) terhadap Gusti Putri. Bermadu kasih, bersumpah setia, menyulam mimpi…namun, itu hanyalah pada kata-kata Tuah yang manis hanya seperti menanam tebu di tepi bibir. Gusti Putri sanggup berkorban banyak perkara semata-mata kerana menurut kata hatinya serta perasaan cinta yang mendalam terhadap Tuah yang durjana.

Gusti Putri meninggalkan Majapahit, mempertaruhkan nyawa rakyat dan negaranya, ingkar pada kekandanya (abangnya Gusti Adipati Wira Namtani), kehilangan Mbok si pengasuhnya (Mbok membunuh diri kerana rasa bersalah terhadap Gusti Adipati akibat membawa Gusti Putri ke Melaka dan menyembunyikannya di Gunung Ledang).

Lihatlah betapa besar pengorbanan dilakukan oleh sang kekasih buat pahlawan yang dicintainya. Ini semua didorong rasa cinta dan kasih yang mendalam, tulus, ikhlas dan suci. Namun berbaloikah memberi cinta yang agung itu pada si Tuah yang tak pandai menilai dan menghargai?

Ditegaskan di sini, ini bukanlah kali pertama Tuah berkelakuan begini terhadap wanita. Sebelum ini, Tun Teja rela memperjudikan kehidupan, masa depannya serta mengorbankan cintanya pada Tuah demi menjaga darjat Tuah dan memenuhi kesetiaan Tuah pada Sultan Melaka. Dalam konteks ini Tuah kejam bukan?

Cuma satu yang kuharapkan, moga lelaki Melayu zaman millenium ini takkan mengikut jejak langkah dan sifat Tuah yang satu itu. Hati wanita bukan untuk disakiti, untuk diperkotak-katikkan, untuk diberikan mimpi-mimpi yang tak pasti…tetapi hati wanita yang lembut dan penuh kasih sayang ini adalah untuk dikasihi, disayangi, dibelai dan dilindungi kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Bukan di kepala untuk disanjung atau bukan juga di tapak kaki untuk dipijak.

Thursday, September 02, 2004

Posted by Mar at 5:48 PM 0 comments
Posted by Mar at 5:47 PM 0 comments

Bumi Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakit dirasa! - Sultan Mahmud Shah Posted by Hello
Posted by Mar at 5:44 PM 1 comments

Pura-pura mencari ayam..ekor mata di anak orang - Tun Teja Posted by Hello
Posted by Mar at 5:43 PM 0 comments

Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga - Bendahara Posted by Hello
Posted by Mar at 5:41 PM 0 comments

Apakan daya...tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad tidak setanding mimpi - Hang Tuah Posted by Hello
Posted by Mar at 5:39 PM 0 comments

Kita harus ngalakoni yang seharusnya kita jalani. Jangan ingkari takdir yang kita miliki - Gusti Adipati Wira Namtani Posted by Hello

Wednesday, September 01, 2004

Tips Membelai Komputer

Posted by Mar at 5:43 PM 0 comments
Ini cerita beberapa minggu yang sudah…

Encik lecturerku Dr. M (yang tersayang..hehe..) masuk ke kelas dengan penuh gaya, mutu, Muthusamy, putu mayam, keunggulan sambil mengangkut / memikul laptop hak milik mutlak Fakulti S***s G****n, U**M, S**h A**m. Setelah dia menggodek/merobek/merapek/meraban ala-ala gaya McGyver…maka menyala la Encik Laptop dan Encik LCD Projector…dan bermula la kelas Strength Dr. M yang sungguh menyeronokkan (baca: menyesakkan kepala otak).

Gedebak-gedebuk…boring…gedebak-gedebuk…mengantuk…gedebak-gedebuk..tak paham…gedebak-gedebuk..tekan calculator…gedebak-gedebuk…buat lukisan setaraf artis agung (baca:sketches gila di kala keboringan)…gedebak-gedebuk..tutup pen jatuh…

Tiba-tiba…’GELAP’…’HANG’… Dr. M sengih sambil menggodek apa yang patut dan tak patut dengan harapan laptop yang sengal itu waras semula. Tiada harapan Encik Laptop yang sengal itu waras semula. Lalu, Dr. M terus meng”shut down”kan Encik Laptop. Dan tanpa rasa bersalah ditambah dengan “special effect” (baca:nada-nada gembira dan senyuman perli) dia memberikan tips yang hebat untuk menjaga/membelai komputer…

“I’ve read in one magazine..mention that after we shut down the computer we should give them a break for about 30 seconds..if not, your computer will “mengong” like this la in future…Tapi tu untuk komputer sendiri la..kalau komputer orang tak payah la tunggu 30 saat..saat itu juga kita ‘on’ balik (dia sengih sambil meng’on’ kembali Encik Laptop tanpa rasa bersalah…huhuu :-)

Friday, August 27, 2004

Sesi Cakap-cakap bersama U-Wei Haji Saari

Posted by Mar at 4:05 PM 0 comments
Aku bukan penulis hebat seperti Kak Sri Diah. Aku bukan penulis maha agung. So, aku taknak menulis benda yang aku tak tau. Berikut adalah catatan-catatan daripada buku nota yang aku bawa semalam semasa sesi cakap-cakap bersama U-Wei Haji Saari. Just want to share it with all of you.

Pengarah yang bagus akan memilih pelakon yang tepat.

Methaphysically, space is very important. Ia memberi nafas dalam bentuk atau hasil kerja itu.

Proses membikin filem bermula dengan mengenal naskhah itu terlebih dahulu. Kemudian kita mesti sedar perkaitan ruang antara pengarah, pelakon dan pekerja. Semua pembikin filem bekerja dengan ruang. U-Wei sangat concious tentang ruang (space). (Nota:Ruang adalah fokus utama yang paling penting dalam senibina dan rekabentuk)

Landscape define society...Houses define people.

U-Wei hanya akan membuat filem yang latarnya tentang alam beliau sendiri, apa yang beliau biasa lalui, apa yang beliau kenali. Not beyond his capability and limitation. Contohnya, tiada cerita tentang spaceship yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.

Tema adalah masalah utama dalam menghasilkan sesuatu filem itu. Masalahnya ialah bagaimana hendak melakukan penegasan ke atas tema itu. Jika terlalu menekankan tema, mungkin propaganda akan berlaku. U-Wei lebih selesa bergerak melalui naluri dan NIAT (perkataan yang beliau sering ulang sepanjang sesi ini). Beliau lebih gemar menggunakan "character driven".

Biasanya, dalam filem atau pementasan, sekurang-kurangnya kita ada "3 act play" (normal) atau "2 act play" (pembikin yang hebat). Untuk mewujudkan unsur drama di dalamnya, pengarah atau penulis skrip akan mewujudkan perselisihan dalam watak-watak itu. Jika tidak, plot filem itu akan mendatar dan bosan atau tiada cabaran.

NIAT U-Wei membikin filem, pertama, sebab beliau ingin mengenali ramai perempuan (ketawa) dan, kedua, kerana ingin melafazkan kemarahan dan emosi terhadap wanita. Kerana itulah kita dapat lihat dalam filem-filem U-Wei sering memfokuskan kepada kisah wanita.

Satu soalan sempoi daripada seorang pelajar lelaki : Mengapa banyak filem Melayu, contohnya seperti Perempuan, Isteri & Jalang dan Pontianak Harum Sundal Malam gemar menggunakan tajuk-tajuk yang kontroversi sedangkan setelah ditonton filem tersebut tidaklah sesundal mana pun

Ada 2 jenis filem pada pandangan U-Wei iaitu :

1. Filem yang mengajak penontonnya bermimpi.

2. Filem yang menggambarkan kehidupan sendiri. Ia seolah-olah menanyakan pada penonton "Hidup aku macam ni, hidup kau?"

Tajuk filem yang bagus mampu menangkap zat filem dalam suku kata ayatnya itu. Pandangan peribadi U-Wei tentang tajuk-tajuk filem Melayu :

BERLARI KE LANGIT - Waaahhh, tajuk filem paling hebat (aku tak pasti sama ada ia dalam nada perli atau puji). Sambil bertanya kepada kami apakah lagi tajuk filem yang boleh menandingi kehebatan tajuk filem itu. U-Wei juga mempersoalkan, ada ke yang berlari ke langit? Kalau terbang ke langit mungkin masih relevan dan saya boleh terima.

AKU NO. 1 - Filem Melayu paling yakin. :)

MEMBAKAR MALAIKAT - Tajuk yang paling hebat dan menandingi Berlari Ke Langit. Malaikat dibakarnya? (sambil ketawa).

U-Wei kini sedang menyiapkan skrip PENAT JADI MELAYU.

Tajuk adalah pembayang maksud. Konsepnya sama seperti pantun Melayu. Dua pembayang maksud itu menggambarkan keistimewaan Melayu itu sendiri.

Kesenian itu kehidupan atau kehidupan itu kesenian? Yang mana datang dulu? Pemikiran atau perkataan? Naik tangga rumah Melayu dan kaki kanan akan sampai di muka pintu, muzik atau bunyi-bunyian asalnya adalah untuk salah satu bentuk komunikasi seperti orang Islam di kampung-kampung memukul tabuh bagi memberitahu berita kematian. Dengan pukulan itu sahaja kita boleh mengetahui sama ada yang meninggal dunia itu lelaki atau wanita. Maka, jelaslah bahawa kehidupan kita itulah kesenian. Contohnya, kesenian Melayu itu ialah tekun, tertib, ikhlas dan fungsi (functional).

Seni itu keindahan.

Pendapat tentang "censorship". Untuk melahirkan filem yang hebat memerlukan penapis filem yang hebat. Untuk melahirkan filem yang bijak memerlukan penapis filem yang bijak. Beliau kecewa kerana kerja-kerjanya selama 2 tahun dihakimi dalam masa 2 jam sahaja. Bagaimanapun, beliau tidak pernah kesal tetapi cuma sedikit marah.

Artist lies to get to the truth. Tapi keikhlasan masih wujud kerana baginya manusia takkan sesat sebab dunia ini bulat.

Percintaan yang berakhir dengan perkahwinan itu bukan cerita yang menarik - Hishamuddin Rais

Perkahwinan adalah seperti menempah tiket ke neraka dunia - Hishamuddin Rais

Pengakhiran cerita penting untuk santapan batin berbanding cerita yang tergantung penghujungnya.

Warna dalam filem hanyalah kosmetik.

Why you keep on working? Because a good director is a working director + that is all i can do to survive.

Mencari wang adalah kerja yang lebih kreatif daripada mengarah.

U-Wei menyerahkan tubuh badan untuk kemurahan hati orang asing (rentetan mengapa orang asing yang menaja filemnya).

Karya U-Wei banyak memfokus pada subjek wanita kerana beliau ingin mengenali diri dan sifat wanita itu sendiri.

Proses dalam membikin filem...NIAT...idea..skrip..

Apa yang membunuh saya akan menguatkan saya - U-Wei haji Saari.

Pengarah bukan sekadar mengarah pekerja dan pelakonnya tapi juga mengarah cahaya, props penulis dan dirinya sendiri.

Filem itu hiburan kerana fungsi sebenar filem pada masyarakat adalah sebagai penghibur.

JOGHO adalah filem yang dibuat untuk membuktikan bahawa belum hebat lelaki kalau belum kalah pada isteri kerana lelaki Melayu sangat mementingkan isterinya. Perjalanan cerita dan plot dalam Jogho masih licin walau telah dipotong beberapa adengan yang tidak diluluskan kerana U-Wei sendiri yang melakukan pemotongannya untuk mengelakkan ke"hancur"an.

Yang penting, "Less is More".

PENUTUP : Biarkan filem itu berjalan sendiri, tanpa propaganda kerana ilmu itu bukan bijaksana, bijaksana itu bukan kebenaran, kebenaran itu bukan yang terbaik. Yang terbaik itu adalah filem :D

Filem terbaru U-Wei Haji Saari, BUAI LAJU-LAJU

Antara penyertaan filem ini di festival filem asing ialah di Singapore Film Festival 2004, Cinemanila Film Festival, Filipina 2004 dan Cinemaya Film Festival, India 2004.

Dari Penerbit Filem Afghanistan Osama (Anugerah BFI Sutherland Award London, Special Mention Camera D'Or Cannes, Anugerah Filem Asing Terbaik Golden Globe 2004).

Dari Pengarah U-Wei bin haji Saari (Perempuan, Isteri dan Jalang, Kaki Bakar, Jogho).

Pelakon :

KHALID SALLEH (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Film Asia Pasifik 1998)

EMAN MANAN (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Film Malaysia ke-17 2004)

BETTY BANAFE

"Godaan Betty" - Harian Metro

"Lakonan hebat....Eman Manan" - Metro Ahad

"Buai Laju-laju" akan ditayangkan di pawagam bermula 9 September 2004.

GAMBAR-GAMBAR SILA KLIK DI SINI


Thursday, August 26, 2004

Posted by Mar at 7:47 PM 0 comments
26 Ogos 2004.

6.00 petang.

Bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.

Menghadiri "talk" bersama U-Wei Haji Shaari.

Berbicara tentang filem, senibina, ruang dan masyarakat.

Anjuran Jabatan Senibina, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam.

7.45 malam...sesi tamat.

Review bakal menyusul kemudian.. (kalau aku rajin..)



Wednesday, August 25, 2004

Pak Cik Bas yang Sengal

Posted by Mar at 9:28 AM 0 comments
Sekarang kat U**M musim konvo. Bas untuk student kurang (baca:semakin-makin-makin-makin kurang) sebab depa guna bas untuk mengangkut (baca:membawa) ibu bapa, sedara-mara, kaum kerabat, jiran-jiran, cucu cicit, sepupu sepapat, aweks, balaks etc..para graduan dari P****g K***d ke D*B. Kalau ada pun bas untuk student padat macam tin sardin especially masa peak hours. Tin sardin pun aku rasa ada ruang ventilation lagi. Ni nak bernafas pun terpaksa curi-curi di celah-celah ketiak manusia yang dok pegang segala menatang yang boleh dipegang sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak terhumban bila pak cik bas tekan brek mengejut. Kalau ketiak tu wangi macam bau Lavender sedap gak. Boleh dapat ketenangan abadi. Ini tak. Bau “macam-macam ada” tu boleh bikin aku migrain/mereng/sengal/lupa ingatan etc. Lain la kalau aku tinggi seperti galah macam Mat Jan idolaku…mungkin aku akan dapat udara segar lagi bersih dalam bas tu.

Tang itu semua aku tolak tepi la kan. Mungkin tu semua cabaran nak pegi menuntut ilmu. So, sabar, Mar…Anggaplah itu semua sebagai latihan ala komander + latihan mengkebalkan hidung kau dari anasir-anasir/bendasing yang mungkin mendatang di kemudian hari. Relax yer Mar sayang…

Bila bas datang dah tak ikut jadual..dah tu asyik padat jer pulak..laluan pun jadi dah bercelaru la. Bas yang selalu dok lalu tempat yang patut dilalu tak lalu tempat yang patut dilalu tu (banyak benor perkataan lalunya…:). Jadi, untuk mengelakkan kemengongan kepala aku ni..aku pun tanya la kat pak cik bas tu.."Pakcik, bas ni lalu kat A******* tak?”. Pakcik bas diam…pakcik bas statik..kepala pakcik bas tegak ke depan…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip..pakcik bas jadi patung cendana. Aku naik gak bas tu. Tawakal jer la.

Lagi sorang student naik bas tu. Dia tanya kat pakcik bas.. “Pakcik, bas ni lalu H** tak?” Pakcik bas diam (lagi)…pakcik bas statik (lagi)..kepala pakcik bas tegak ke depan (lagi)…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip(lagi)..pakcik bas jadi patung cendana (lagi). Mamat tu pun tawakal gak macam aku. Belasah jer la naik bang oii.

Nasib aku baik sebab bas tu lalu kat tempat yang aku nak berhenti. Nasib mamat tadi tu aku tak tau ler camner. Masa nak turun, akak kat depan aku cakap kat pakcik bas…"Terima kasih, pakcik.” Pakcik bas diam (lagi dan lagi)…pakcik bas statik (lagi dan lagi)..kepala pakcik bas tegak ke depan (lagi dan lagi)…mata pakcik bas merenung ke cermin depan tanpa berkedip(lagi dan lagi)..pakcik bas jadi patung cendana (lagi dan lagi).

Aku ke’confuse’an. Pakcik bas ni pekak ke sengal? Pakcik bas U**M ada yang pekak ke? Ada sesiapa yang tahu?

Monday, August 23, 2004

Tak Malu Kerr?

Posted by Mar at 5:27 PM 0 comments
Perbualan SMS antara aku dan Mak malam tadi...

Mak : Zahid nak belanja pengAFUNDI-AFUNDI dia makan roti canai

Aku : Dia nak belanja betul-betul ke? Bila? Kat mana?

Mak : Betul. Dia bagitau dalam suratkhabar. Nanti Mak tunjuk surat khabar tu

Aku : Ye la..tapi..bila? Kat mana? Orang pun nak gak makan roti canai Zahid belanja

Mak : Ok. Nanti kita pegi sama-sama. Tapi kan...tu untuk pengAFUNDI Zahid jer tau. Tak malu ke nak join jugak?

Aku (dalam hati) : Sabor jer la Mak aku ni. Perli tak ingat. Tau la aku AFUNDI Zahid guna handphone dia :(

Thursday, August 19, 2004

Posted by Mar at 8:59 PM 0 comments
Gambar-gambar sekitar Laman Seni Kuala Lumpur, sila klik di sini

La ni semua dok berteka-teki gambar sapa yang kat atas tu. Gambar akukah itu?Aku taknak jawap. Kalau korang alert korang akan jumpa gambar aku yang sejelas-jelasnya (bukan gambar aku masa dolu-dolu tu tau) dalam fotopages aku tu berdasarkan klu dalam entry-entry terdahulu. So, teruskan jejak anda. Ala-ala treasure hunt la ni kira-kiranya.hehehe. Kalau rasa dah jumpa nanti, korang bandingkan la. Sama ada gambar kat atas tu gambar aku atau bukan. Cepat..mari mencari Mar.hehehehe...Kalo rajin la. Kalo malas takyah la cari :)

Cecair Pemadam

Posted by Mar at 2:11 PM 0 comments
Malam tadi di dalam bilik bersama roomate aku, Kak K yang perasan jelita dari aku konon...

Kak K : Mar, pinjam liquid paper jap.

Aku : Sibuk la..orang tengah busy ni, tak nampak ke?

Kak K : Pinjam la kejap.

Aku : Mana boleh.Liquid ni nak simpan sampai grad tahun depan. Kang habis kang. Takleh, takleh

Kak K : Kedekut taik idung masin la budak ni. Nyampah betul.Bukan boleh bawak masuk kubur pun sok kalau mati. Pinjam la.

Aku : Sapa kata tak boleh?Sukati orang la nak bawak sekali liquid paper masuk kubur..hehehe

Kak K : Oooo..nak bawak liquid paper masuk kubur..Apsal ek?Oh yer..nak padam semua dosa-dosa yang banyak tu ek.huhuuu

Aku : Ambik la..Nah (dengan muka penuh keinsafan selepas diperli dengan kaw-kaw)

Wednesday, August 18, 2004

Nak hisap rokok tengok-tengok tempat la jugak beb..

Posted by Mar at 9:18 AM 0 comments
Semalam bertempat di sebuah tempat berhawa dingin (exact tempat dan masa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan hehe :), risau wooo sekarang banyak kes bunuh, kang tak sempat aku nak kahwin huhuuu), aku dah buat dosa yang aku sendiri tak pasti dosa kering atau dosa basah. Masa kat sana aku dah memaki-hamun satu mamat ni (dalam hati jer la, nak mampus maki-hamun dia betul-betul, silap-silap aku dah arwah di tempat kejadian semalam). Yang aku bengang tahap cipan / tapir / cimpanzi / orang utan etc bila dia yang macam tak ada otak pi hisap rokok kat dalam tempat air-cond yang bertutup tanpa ada rasa bersalah sampai asap dah berkepul-kepul dalam bilik yang sekangkang kera tu. Siap semua orang dok terbatuk-batuk macam orang sakit tibi atau batuk kering, dia still buat muka pandai (baca: bodoh).

Geram betul aku tengok muka dia yang tak handsome langsung tu. Tak guna common sense langsung. Dah tahu tempat tu kecik sekangkang kera jer, bertutup, berhawa dingin, tak ada air ventilation, circulation dan macam-macam menatang lagi tuh, ko pandai-pandai la fikir sure la tempat tu tak boleh merokok walaupun tak ada signboard “Dilarang Merokok”. Budus betul la. Tak respect kat orang langsung. Bila orang dah hint tak selesa dengan perbuatan ko, pi la berambus kat luar. Haa, kat luar tu ko hisap la rokok sampai hitam paru-paru ko tu, tak ada sapa nak kisah atau bengang.

Aku bukanlah anti sangat dengan orang yang hisap rokok ni tapi tengok tempat la kan. Kengkawan aku pun ada jugak yang hisap rokok, aku taklah bermasam muka dengan diorang. Kamceng jugak. Bakal suami aku tak jadi dulu pun hisap rokok gak. Kalau kat luar, tempat yang ada ventilation, ok la kan. Tak ada la sesak sangat nafas aku dan orang-orang di sekeliling. Aku pantang betul kalau orang hisap rokok dalam tempat berhawa dingin ni. Selain asap dia yang berlegar-legar kat dalam tu jer dan boleh menyebabkan aku mengalami kesesakan nafas sampai boleh arwah, bau asap tu jugak buat baju aku melekat dengan bau rokok seolah-olah macam aku pulak yang hisap rokok.

Dulu masa aku kerja, officemate aku pun jenis suka hisap rokok dalam office. Sesuka hati jer diorang tanpa rasa bersalah. Memang sahlah diorang tak rasa bersalah sebab boss aku pun dua kali lima hisap rokok macam makan nasi. 24 jam (macam kedai tujuh sebelas) rokok tak lekang daripada tangan. Biar tak makan tak minum asal rokok dalam genggaman (macam bunyi peribahasa baru la pulak :)). Sampaikan Mak aku boleh bising dan merungut sebab bila aku balik rumah sure baju dan badan aku melekat bau rokok. Silap-silap Mak aku ingat aku yang hisap rokok. Tapi disebabkan aku ni anak yang baik, sopan, ayu, comel, cute, jelita dan sewaktu denganya..hehe..maka Mak aku tak la syak aku yang merokok. Kalau tak mungkin Mak aku dah buat immediate report kat Abah aku dan aku dah kena sembelih dengan Abah aku walaupun Raya Korban lambat lagi. Dan mungkin aku juga...

Takkan menulis blog

Tak dapat berkenalan dengan korang semua yang best dan hebat ni

Tak dapat baca blog Mat Jan idolaku yang suka merapek meraban, tinggi macam galah, perasan handsome, yang belajar law untuk isi masa lapang, tulis lawak yang sungguh dalam maknanya, yang glamer tahap agung, yang minat Juliana Banos (kenapa ek Mat Jan minat Juliana Banos?) - statement untuk Mat Jan panjang sikit la ek sebab dia idolaku..huhuuuu...

Tak dapat baca kisah cinta Mal (Detik Jantung Waktu) dan Yun

Tak dapat kenal orang yang kongsi nama dengan aku (Am - Marliza’s Heart Beat)

Tak dapat kenal geng 3 serangkai UTM Skudai (Ateh, Achik & Rakel)

Tak dapat usik Wawa yang perasan comel daripada aku konon

Tak dapat ahli gebang paling aktif kat shoutbox aku + sifu Junaidix

Tak dapat kenal Mydinz yang kesunyian tapi happy sebab jadi weekend husband + weekdays bachelor

Tak dapat kenal Petz yang asyik cakap pasal nasi lemak tapi tak pernah nak belanja aku nasi lemak

Tak dapat kenal AyAres yang perasan Superman

Tak dapat kenal Mr. Lapan yang bijak pandai AUTOCAD

Tak dapat kenal Airiz yang senasib dengan aku

Tak dapat ajak Ana pi lunch or high-tea walaupun sekadar ajak di angin lalu (puasa lagi ke hari ni Ana?)

Tak dapat kenal Jerung yang kaki skodeng

Tak dapat jumpa balik kawan sekolah menengah yang satu kelas dengan aku, Cik Nana, yang makin vogue & sexy

Tak dapat kenal Wizurai yang update blog 10 tahun sekali

Tak dapat kenal Iwan yang dilanda “sindrom tak dapat dikenal pasti” (cuba tengok blog dia yang tiba-tiba jadi putih bersih tu - dia pakai whitening cream kot)

Tak dapat kenal loving couple yang macam Tokei Pajak - Kak P-Nut & Op - Mulan

Tak dapat baca kisah hidup Mak Andeh walaupun hikayat awal dia aku dah terlepas

Tak dapat baca kisah hikayat dan lipurlara D’arkampo

Tak dapat baca kisah hidup seorang Gynaecologist (Dr. Max) yang kini menyepi

Tak dapat kenal kenalan dari seberang seperti Muring-Wien

Tak dapat kenal Cik Lebah yang mula-mula aku ingat sejantina dengan aku

Tak dapat kenal Zam yang ke”jepun”an

Tak dapat kenal Aiza yang kerja sebumbung dengan cousin aku ropanya (kecik sungguh dunia ni)

Tak dapat kenal Adreen @ Kudin yang brutal (pada pandangan aku la :))

Tak dapat kenal Purbe yang classic namanya (bila nak siap rumahnya?)

Tak dapat kenal Shahadah yang berdarah manis menunggu hari bahagia

Tak dapat kenal Basri dan Geng Mak Itamnya

Tak dapat kenal Idham yang dah menyepikan diri

Tak dapat baca blog favourite pelakon aku Ako Mustapha

Dan juga yang lain-lain macam Jiwarasa, HE, SultanMuzaffar, Nizam Zakaria, Dobot, Budak Tembam, Paichowan, Mimi, Amy, Hilmy, Ilah, Faizall, Bro Naz, Mat, Sync, Brother Big, Oyen serta semua la yang baca blog aku... :)

Apa yang aku merapek meraban ni? Habih dah sesi penghargaan pada member-member blog yang gempak.Tadi asal-asalnya aku cakap pasal apa ek? Haaa, pasal rokok. So, kesimpulannya...orang-orang yang merokok, tolonglah jangan heret aku untuk jadi arwah sebelum waktunya dengan korang sebab aku masih sayang untuk bersama kengkawan aku tuh. Kasihanilah aku wahai perokok-perokok sekalian. Kalau kamu wahai perokok-perokok masih tak mahu insaf, tak sayang pada nyawa sendiri, nak memendekkan jangka hayat, sila baca fakta di bawah ni :

RESEPI SEBATANG ROKOK

Acetone - bahan yang digunakan dalam penanggal varnish kuku.
Ammonia - boleh didapati dalam bahan penyental lantai.
Arsenik - ada dalam racun pembunuh semut.
Methylamine - bahan aktif losyen penggelap kulit
Methanal - cecair dalam minyak kapal terbang
Kadmium - bahan cecair dalam bateri
Mercury atau Raksa - bahan dalam termometer

(Fakta dipetik daripada artikel dalam majalah EH! keluaran Ogos 2004)

Tuesday, August 17, 2004

Posted by Mar at 9:51 AM 0 comments
SEPI ITU MENYAKITKAN...

Monday, August 16, 2004

Posted by Mar at 12:23 PM 0 comments
No female wants a one-minute man; and no man should wanna be a one-minute man - Missy Elliot

Aku :
Pengalaman aku, selalu sangat bertemu dengan 'one-minute man' ni. Depa ingat kita ni penglipurlara ke hanya menghiburkan dia di kala duka. Bila kita berduka...nak cari diorang punya la susah. Nak kata kawan macam bukan kawan, nak kata kekasih macam bukan kekasih, nak kata bukan kawan macam kawan, nak kata bukan kekasih macam kekasih...Aku keliru..buntu..

Sunday, August 15, 2004

Rindu Datang Lagi

Posted by Mar at 12:42 AM 0 comments
Kau muncul tanpa kupinta

Kau pergi tanpa kurela

Kini kau kembali tanpa kuduga

Namun apalah gunanya

Kau bukan milikku lagi

Kau kini miliknya

Kau kembali....

Haruskah kugembira?

Haruskah kutangisi?

Yang pasti...

Rinduku datang lagi...

Saturday, August 14, 2004

Seksi

Posted by Mar at 12:26 PM 0 comments
Semalam petang aku ke rumah nenek. Mak balik office terus ambik Abah dan aku pergi rumah Nenek di Ampang. Nenek nampak happy nampak muka aku yang comel ni.huhuuuu :D. Dia kata badan aku dah makin kecik.huhuuu lagi. Mata nenek aku dah makin kabur atau aku memang makin slim (kihkihkih..perasaannya aku). Mak aku cakap tekak dia tetiba loya dengar statement superb Nenek aku tu. Mak aku jealous la tu takde orang nak cakap badan dia dah kecik.hehehe. Takpe, Mak. Keep on dieting.

Mak aku tu selalu sangat aku bila aku call (baca:aku miss call dan dia call aku balik) tanya dah makan ke belum. Selalunya sangat dia jawab belum. Aku tanya kenapa tak makan lagi? Diet ke? Dia mesti menafikan. Alaaaa..malu-malu pulak Mak ni. Tersipu-sipu pulak kat situ.hehehe.

Cakap pasal diet ni, teringat nenek aku. Nenek aku ni selalu tak sihat. Maklumlah dah tua-tua ni memang selalu sakit. So, dia selalu tak berselera nak makan. Kadang-kadang tu sampai pengsan sebab orang yang ada kencing manis ni tak boleh kurang sangat gula dalam darah (lebih gula pun tak boleh). Kalau kurang tu yang buat dia pengsan tu. Sebab selalu sangat masuk hospital sebab masalah tu, semalam aku pun sakat la Nenek aku. "Nek, apsal Nenek selalu tak nak makan? Diet ke?" Nenek aku buat muka malas nak layan gila aku. Dalam hati gamaknya dia nak lepuk kepala aku. hehehe. Sorry la Nek. Gurau-gurau kan membawa bahagia :).

Yang paling best sangat semalam ialah sepupu aku, Athirah yang perasan cantik, kurus macam model tu (tengok gambar dia kat fotopages aku) dah puji aku (tak tau la aku puji ke perli). Dia ni memang susah sangat nak puji orang. Dia nak orang puji dia jer. Statement tak ada insuran yang dia selalu bagi kat aku ialah "Kak Long ni gemuk la." Asam kedut betul la budak ni. Dia tak sedar badan dia tu penuh dengan gitar jer. Cheh. Dia ingat cantik sangat la tulang-temulang dia tu. Yang menghairankan aku, semalam masa dia balik sekolah dia nampak muka aku dia terus cakap, "Waaahhhh...seksi nampak ari ni" sambil angkat-angkat kening kat aku. Aku tanya balik, "Seksi jer? Cantik ke tak?". Dia jawab, "Cantiiiikk". Taktau la aku dia jawab ikhlas ke tak. Budak ni bukan boleh percaya sangat. Aku pun tanya la ibu dia, "Is she ok?". Mak dia jawab, "Entah, dia kata pening kepala." Sah budak ni pening lalat tahap melampau. Tu yang dia boleh bagi statement kata aku seksi tu. Cheh.

Laman Seni Kuala Lumpur

Posted by Mar at 12:18 AM 0 comments
TARIKH : 15 Ogos 2004 (Ahad)

MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

TEMPAT :
Balai Seni Lukis Negara (National Art Gallery Malaysia)
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
(Bersebelahan Istana Budaya dan berhadapan dengan Hospital Bersalin Kuala Lumpur)

ANJURAN :
Balai Seni Lukis Negara (National Art Gallery Malaysia)
Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia


LAMAN SENI KUALA LUMPUR (LSKL) memeberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati dan membeli hasil karya seni dan kraf dari pelbagai bangsa dan budaya dalam suasana yang diserlahkan dengan pelbagai persembahan seni yang menarik.


AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG HARI :

Jualan Produk Seni & Kraf (sepanjang hari)

Jualan "Car Boot" (sepanjang hari)

Pertandingan & Demonstrasi Seni

Persembahan Muzik & Tarian Jalanan

Cabutan Bertuah

Senam Tari untuk Semua (8.00 pagi)

Orkestra Simfoni Remaja (8.30 pagi)

Karikatur Potret Ibu/Ayah (11.00 pagi)

Jom Teka Gambar (11.00 pagi)

Tayangan Filem
- Paloh (1.00 tengah hari)
- Pontianak Harum Sundal Malam (3.15 petang)

Kembara Seni (Art Treasure Hunt) (3.00 petang)

Persembahan kolaborasi antara kumpulan seni Indonesia 'the house of natural fibre' dengan penggiat seni Malaysia (8.00 malam)

Persembahan Wayang Kulit (Pak Nasir) (8.00 malam)


MASUK PERCUMA!!


Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-40254990 atau layari http://www.artgallery.org.my



p/s I'll be there. See you there.

Friday, August 13, 2004

Kepong Bridge is Falling Down

Posted by Mar at 4:01 PM 0 comments
Berikut adalah forwarded message yang aku dapat daripada Mohd Khamel Esa (mohdkhamel.esa@epcos.com) :


KEPONG BRIDGE IS FALLING DOWN

10/08/04

In years to come, our children may be singing this nursery rhyme in the
tadikas...

Parody sing along to "London Bridge Is Falling Down"


Kepong Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
Kepong Bridge is falling down,
My fair Samy.

Take a gag and shut us up,
Shut us up, shut us up.
Take a gag and shut us up,
My fair Samy.

How will we build it up,
Build it up, build it up?
How will we build it up again,
My fair Samy?

Build it up with tax and toll,
Tax and toll, tax and toll.
Build it up with tax and toll,
My fair Samy.

Roads and bridges bend and break,
Bend and break, bend and break.
Roads and bridges bend and break,
My fair Samy.

Blame it on an Act of God,
Act of God, Act of God.
Blame it on an Act of God,
My fair Samy.

Rocks and blames will wash away,
Wash away, wash away.
Rocks and blames will wash away,
My fair Samy.


( AKU : Huhuuuuu :D )

Thursday, August 12, 2004

Lagi-lagi AF

Posted by Mar at 12:49 PM 0 comments
"Sementara itu, Ketua Puteri Umno Sabah, Rosnah Rashid berkata pergerakan itu akan terus memberi sokongan kepada Linda sehingga dia menjadi juara Sabtu ini."

(Petikan daripada Berita Harian 12 Ogos 2004)

* Tak kebah-kebah lagi rupanya demam depa ni..alaaaahai.. :)
Posted by Mar at 11:22 AM 0 comments
KUALA LUMPUR : Ahli lembaga pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaaffar, mempertahankan penggunaan perkataan 'infotainmen' oleh RTM sambil menyatakan beliau tidak nampak hujah untuk menolak perkataan itu.


KUALA LUMPUR : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tetap menganggap penggunaan perkataan 'infotainmen' pada slogan baru Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagai tidak sesuai kerana salah dari aspek pembentukan istilah serta tidak mendukung makna yang jelas. Ketua Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Noresah Baharom, berkata jika RTM ingin menggunakan perkataan itu sekalipun, sebutannya sepatutnya sebagai 'in / fo / tain / men' dan bukannya 'info / ten / men.'


(Petikan daripada dua artikel Berita Harian 12 Ogos 2004)


Dua individu daripada satu organisasi yang sama memberikan dua pendapat berbeza. Perlukah mereka bertelagah sesama sendiri untuk menangani isu yang sekecil ini? Sudah kehabisan isukah mereka untuk diselesaikan?

Wednesday, August 11, 2004

Posted by Mar at 7:40 AM 0 comments
"Failure is the beginning of growth, not the beginning of the end."


Dalam dunia tak ada orang nak menghadapi kegagalan. Kegagalan itu memedihkan. Kegagalan itu menyakitkan. Kegagalan itu boleh memusnahkan segala-galanya. Itu semua kesan negatif kegagalan. Tak kiralah kegagalan dalam kerjaya, akademik, cinta dan sebagainya.

Aku juga pernah mengalami kegagalan. Kegagalan dalam cinta. Kegagalan dalam akademik. Aku pernah hilang semangat. Aku pernah terduduk. Aku pernah tersungkur. Tak siapa yang ada di sisiku. Aku bangkit sendiri tanpa sesiapa memaut lenganku. Hanya Mak dan Abah kekuatanku walau mereka tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Aku pernah kehilangan punca. Semua yang aku buat tak memberi apa-apa makna dalam hidupku. Waktu tu aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku terlalu menderita, merintih pada diri sendiri. Aku menghadapi tekanan yang maha hebat. Aku betul-betul lemah waktu tu. Itu semua bahana kegagalan yang melanda dalam hidup aku.

Aku bersyukur kerana kegagalan itu tidak terus menghantui jiwa aku. Aku bersyukur diberi kekuatan untuk bangkit semula. Aku bersyukur tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memakan diri aku sendiri. Aku bersyukur kerana mampu mengubah kegagalan itu kepada kejayaan dan kegembiraan walaupun bukan sepenuhnya. Aku masih lagi dalam proses menggapai impian/kejayaan yang aku idamkan :).

Membaca kisah Irawadi Muhammad, 23, pemuda yang dituduh membunuh pelajar Sarjana Bioteknologi Genetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Norzi Ayu Md Noor, aku mengeluh sendiri. Kenapalah Irawadi boleh sampai ke peringkat itu? Kenapa dia buat tindakan melulu itu? Dia bukan bodoh. Dia sepatutnya menerima ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada Konvokesyen UKM Ke-32 baru-baru ini. Dia telah punya lesen untuk bersinar dalam dunia kerjayanya. Tapi malangnya dia memilih untuk meranapkan masa depannya. Dia tanpa berfikir panjang telah memilih untuk hidup dalam dunia yang gelap. Itu semua didorong oleh kegagalan dalam percintaannya dengan Norzi Ayu.

Aku sedih Irawadi tidak berfikiran rasional. Aku mengeluh kerana Irawadi terlalu mengikut rasa hati. Benarlah kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Irawadi telah pun membinasakan kehidupan dan masa depannya. Wahai, Irawadi..Alangkah bagusnya jika kau dapat menghayati kata-kata ini.."Failure is the beginning of growth, not the beginning of the end." Kau gagal dalam bercinta bukan bererti kau akan gagal dalam perkara lain juga. Kau gagal dalam percintaan kali ini bukan bererti kau akan gagal dalam percintaan akan datang. Malangnya kau menganggap kegagalan itu penamat segala-galanya. Sungguh malang sekali :(.

Aku harap semua yang di luar sana (termasuk diri aku sendiri) takkan jadikan kegagalan dalam hidup ini sebagai penamat kepada segala-galanya. Jadikan kegagalan itu satu motivasi untuk memajukan diri..memperbaiki kehidupan. Jadikan kegagalan itu satu proses pembelajaran. It's a process of learning. A process to be more matured. Kita patut bersyukur jika mengalami kegagalan kerana hanya manusia yang disayangi Allah akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Semua itu sebagai persediaan untuk mengahadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Bayangkanlah jika kita tak pernah langsung menghadapi kegagalan. Apabila cabaran mendatang, kita pasti panik dan hilang punca dan mulalah membuat perkara-perkara yang di luar dugaan kerana sebelum ini perjalanan hidup kita terlalu mudah.

Pilihlah antara dua.. "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" atau "bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian."
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal