Encik Suami tanya, "Bila nak buat pizza ni?". Saya bagi alasan tak ada pizza cutter, so tak boleh buat pizza lagi.
Ada satu hari kami saja jalan dalam 100 Yen Shop. Pertama kali singgah di 100 Yen Shop, terus jumpa pizza cutter ok. Wajib la Encik Suami suruh sambar satu supaya saya tak ada alasan untuk tidak membuat pizza.
Tapi saya jadi pelik sebab berduyun-duyun orang masuk kedai ni. Bukan nak beli pizza cutter macam saya tapi berebut-rebut nak beli Snow Ice semata-mata. Lalu saya berkicau di Twitter. Mrsazi kata, "Sedap!" Disebabkan saya sangat bernafsu terhadap apa saja bentuk makanan, maka saya bertandang kali kedua ke 100 Yen Shop. Sekarang orang lain pula pelik tengok saya yang datang semata-mata mahu rasa Snow Ice itu (cheettt... perasan).
Asalnya saya mahu perisa mangga tapi dah habis. Perisa susu pun dah habis. Lalu saya cuba perisa kacang. Sedap. Ini ais parut versi lembut gila yang ringan, meresap lalu lesap di lidah dan anak tekak. Mak cuba perisa kopi. Pahit. Encik Suami cuba perisa strawberi. Manis sangat.
Lepas dah ada pizza cutter ni Suami kata, "So boleh la buat pizza sekarang." Saya dah ada alasan baru untuk tidak membuat pizza buat masa ni lalu saya balas, "Eh, tak boleh lagi. Tepung roti dah habis. Kena pergi beli dulu." Bab bermalas-malasan dan bagi alasan sila serah pada saya. Haha.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on "Snow Ice @ 100 Yen Shop"
Post a Comment