Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Posted by Mar at 11:39 PM
Silakan untuk klik-klik kalau nak tengok dengan lebih jelas dan terang.

First time tengok DiGi iPhone 4 Plans ni, saya terus jatuh cinta. Boleh dikatakan 100% apa yang ada dalam plan ni membuatkan saya jatuh cinta. Tak payah cakap banyak, senarai kat bawah menjawab sebab-musabab saya jatuh cinta pandang pertama pada DiGi iPhone 4 Plans. Jatuh cinta dengan suami pun saya tak senaraikan sampai macam gini sekali tau. Membuktikan bahawa DiGi iPhone 4 Plans memang cinta sejati saya. Of course la lepas suami kan. Hehehe.

Ok. Jom tengok apa yang saya suka sangat dengan DiGi iPhone 4 Plans ni.



PILIHAN PAKEJ - Pakej yang ada tak terhad pada satu sahaja sebaliknya ada tiga, ok. Ada iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238. Kita boleh pilih yang mana sesuai dengan budget kita.


MONTHLY FEE - Sangat la murah. Memang harga asal mahal sikit tapi sekarang DiGi bagi harga promosi. Siap ada potongan lagi lepas auto-billing siap diproses. Masa apply kita apply sekali dengan auto-billing tapi bukan efektif serta-merta la kan. Bank ambik masa jugak nak proses auto-billing tu. Jadi sebelum auto-billing efektif, kita bayar RM63 untuk iDiGi 88 atau RM93 iDiGi 138 atau RM163 untuk iDiGi 238. Tapi once auto-billing mula, DiGi akan reduce lagi harga plan kepada RM58, RM88 dan RM158 (ikut plan yang kita ambik). Tergoda tak?


Monthly FREE Usage - Perhatikan perkataan FREE di situ. PERCUMA ok. Untuk sebulan. Nak call boyfriend sampai Subuh ke, nak berSMS sampai gangren jari ke, nak MMS sampai ke bulu hidung sekali pun tetap PERCUMA. Semua tu dah termasuk sekali dalam monthly fee. Tapi pastikan la tak lebih daripada kuota yang dia bagi sebulan tu. Kalau lebih of course la ada addtional charges. Tapi tetap murah.


Lowest rate after monthly FREE usage - Jangan risau kalau guna terlebih daripada kuota pakej yang DiGi bagi tu. Sebab DiGi kan popular dengan kadar terendah di Malaysia. Baik charge untuk call, SMS ataupun MMS. Masih paling murah dalam Malaysia. Paling penting bagi saya yang kemaruk dan tak boleh hidup tanpa internet ni ialah kalau kita guna internet terlebih kuota, penggunaan yang melebihi kuota takkan dikenakan sebarang charge (no extra charge after monthly quota). Jadi, takkan jadi la kita akan terkejut beruk tengok bill mencanak-canak naik bila guna terlebih. Don't worry, be happy.

Cheaper calls to my Friends & Family - Kita boleh letak 6 nombor telefon as Friends & Family untuk dapat kadar yang lagi murah. Dah murah boleh dapat lagi murah. Untung tak untung?


FREE calls, SMS & MMS to supplementary lines - Kalau kita ada supplementary lines, semua call, SMS, MMS kepada nombor supplementary tu adalah PERCUMA. Terlopong tak dengar?

Banyak kan sebab saya boleh jatuh cinta pandang pertama dengan DiGi iPhone 4 Plans ni. Kalah jatuh cinta pada suami. Hehehe. Mana ada telco lain yang boleh tawarkan plan sehebat ini selain DiGi.


Yes, I'm in love.


DiGi iPhone 4 Plans, I LOVE YOU!!!

0 comments on "DiGi iPhone 4 Real"

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal