Rambut memang dah lama panjang berjela. Rasanya kali ni paling panjang dalam sejarah hidup. Rasa dah serupa Pontianak harum Sundal Malam versi bukan rebonding sebab rambut jadi sangat kusut kerana susah nak sikat. Tapi masih degil tak mahu potong rambut sebab konon nak jimat duit (dengan kata lainnya kedekut).
Sebenarnya petang semalam saya dah sangat penat tapi sebab Mak ajak pergi AEON Jusco AU2, kuturutkan juga. Tapi tak larat nak jalan sangat sebab kaki dah sakit gara-gara lama sangat tak bersenam sekali pergi gym sakit nak mamp** bila start balik. Nak duduk sesaja saya bosan nanti. Nak duduk sambil makan sedap atau sedut strawberry milkshake, nanti stress sebab semakin hari semakin ramai yang tegur saya semakin gemuk.
Oleh itu, makanya saya heret kaki pergi Kwik Cut. Kasi potong sama itu rambut sambil duduk merehatkan kaki yang manja mengada itu.
Ini kali pertama saya potong rambut di Kwik Cut tapi pernah teman Encik Suami potong rambut di sini. Jadi kurang la kejakunan saya apabila perlu masuk duit kat mesin sebanyak RM13, ambil kad dan nombor giliran. Paling best kat sini boleh request untuk tempat yang tertutup khas untuk wanita Muslim. Hanya sekadar menarik tirai tutup sekeliling tempat saya digunting-gunting rambutnya. Jadi la kan. Walaupun semalam saya macam rasa ada orang cuba mengintai-intai saya saya di sebalik tirai itu. Perasaan jer kot. Hehe.
Dah selesai potong rambut saya cari Mak dalam Jusco. Mak cakap, "Eh, cepatnya potong rambut?"
Nama pun Kwik Cut, haruslah quick kan.
Slot Online Dengan RTP Tertinggi
-
Kala tiba ke slot online https: atau atau hoki99. vip atau, pemeran mau
membenarkan kalau mereka memperoleh ijab yang baik.…
4 days ago
0 comments on "KWIK CUT"
Post a Comment