Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Posted by Mar at 1:19 PM 7 comments
Hidup ni memang tak lengkap tanpa DiGi iPhone 4. Cinta pada DiGi iPhone 4 memang saling tak tumpah umpama cinta sejati. Tanpa DiGi iPhone 4, tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Pendek kata memang serba tak kena la hidup ni tanpa DiGi iPhone 4. Cinta pada DiGi iPhone 4 sangat mendalam umpama mendalamnya cinta saya pada Encik Suami. Hakikatnya, DiGi iPhone 4 adalah pelengkap kecintaan saya pada minat dan kesukaan saya.

Cinta pada Dunia Masakan. Saya suka memasak. DiGi iPhone 4 lah peneman waktu saya memasak. DiGi iPhone 4 la yang membantu saya daripada sesi membeli barang memasak, tengok resepi sampailah langkah-langkah memasak satu demi. Tak mustahil nanti Encik Suami kagum dan bangga dengan skill memasak isterinya ni. Semuanya atas nama cinta saya pada DiGi iPhone 4.

Cinta pada Muzik. Saya suka dengar lagu. Dalam kereta. Kat gym. Kat bilik. Kat dapur. Kat pasar raya. Dengar lagu buat jiwa saya tenang. Tanpa muzik susah saya nak kawal stress saya selepas berhempas-pulas sehari suntuk dengan anak-anak murid kesayangan saya. Tanpa DiGi iPhone 4, mampukah saya setenang ini? Jawapannya, mungkin tidaaakk.

Cinta pada Dunia Pendidikan. Sebagai guru, ilmu saya mesti lebih daripada ilmu anak murid. Perasaan ingin tahu murid-murid zaman sekarang memang tak terjangkau dek akal. Nampak bodohlah saya kalau tak mahu update diri sendiri dengan maklumat yang macam-macam. Komet tu apa cikgu? Rupa dia macam mana? Kita boleh tengok komet tak? Kita boleh pegang komet tak? Kalau saya ada DiGi iPhone 4, haruslah saya berterima kasih pada penyelamat saya iaitu DiGi iPhone 4.
Cinta pada Kanak-kanak. Saya tak ada anak. Buat masa ini. Sangat mengidam untuk ada anak sendiri tapi belum ada rezeki lagi. Pada anak-anak buah Encik Suami, anak-anak sepupu saya dan anak-anak kawan, saya menumpang kasih. Bukan mudah untuk tackle budak-budak zaman sekarang. Rasanya lagi mudah nak tackle bapak budak kot. Oppss terlebih sudah. Kalau ada DiGi iPhone 4, lagi mudah saya tackle budak-budak. Tunjuk Elmo. Tunjuk Dora. Tunjuk Old MacDonald. Budak mana yang tak nak dekat kan. Senang kerja saya. Yeaayy. Again, thanks to DiGi iPhone 4.
Cinta pada Diet dan Senaman. Hakikat. Dah bertahun-tahun saya diet dan bersenam. Walaupun masih sukar untuk kurus, saya seboleh mungkin tak mahu meninggalkan rutin senaman dan diet saya. Demi kesihatan. Bukan kecantikan mahupun kekurusan semata-mata. Kalau ada DiGi iPhone 4, saya boleh track semua kalori yang saya ambil dan kalori yang saya bakar. Jenis makanan dan jumlah kalori bagi setiap makanan yang saya masukkan dalam mulut, boleh saya logkan dalam DiGi iPhone 4. Bila saya bersenam, DiGi iPhone 4 akan tolong saya berikan maklumat sama ada saya sudah membakar segala kalori yang saya makan hari tu. Dengan DiGi iPhone 4, makin mudah rutin diet dan senaman saya.


Cinta pada Games. Saya selalu berebut nak main game dengan Encik Suami. Berebut laptop. Berebut PS2. Game yang dia suka main, saya tak suka. Game yang saya suka, dia tak suka. Kalau ada DiGi iPhone 4, pasti kami tak berebut lagi. Kalau bosan menunggu pun, saya boleh main game.

Cuba bayangkan kalau impian saya untuk dapatkan DiGi iPhone 4 tak kesampaian. Haruslah hidup saya sunyi dan sepi. Hidup saya pasti tiada indahnya. Hidup saya pasti tiada warna.

Kalau saya ada DiGi iPhone 4, pasti hidup saya ceria, gembira, indah dan penuh warna-warni.

IMPIAN TERKINI: Mahu DiGi iPhone 4

Posted by Mar at 6:21 AM 3 comments
Ada satu hari tu. Tunggu Encik Suami kat rumah. Tunggu punya tunggu dia tak balik-balik. Alih hujan lebat. Risau saya dibuatnya. Saya hantar sms dia tak jawab. Suami kan. Mestilah risau. Sayaaaang. Sebab dia tak jawab sms, saya pun call dia.

"Sayang kat mana ni? Kenapa tak balik lagi? Hujan lebat ni?"

Tau tak apa dia jawab?

"Abang kat tepi loji ni. Tengah leka tengok kereta terbakar?"

Harus tak saya geram?


Ni la kereta terbakar yang dia dok tengok tu. Dia kata MPV ni. Exora kot. tak tau la kenapa terbakar. Temperature naik kot.

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Posted by Mar at 11:39 PM 0 comments
Silakan untuk klik-klik kalau nak tengok dengan lebih jelas dan terang.

First time tengok DiGi iPhone 4 Plans ni, saya terus jatuh cinta. Boleh dikatakan 100% apa yang ada dalam plan ni membuatkan saya jatuh cinta. Tak payah cakap banyak, senarai kat bawah menjawab sebab-musabab saya jatuh cinta pandang pertama pada DiGi iPhone 4 Plans. Jatuh cinta dengan suami pun saya tak senaraikan sampai macam gini sekali tau. Membuktikan bahawa DiGi iPhone 4 Plans memang cinta sejati saya. Of course la lepas suami kan. Hehehe.

Ok. Jom tengok apa yang saya suka sangat dengan DiGi iPhone 4 Plans ni.



PILIHAN PAKEJ - Pakej yang ada tak terhad pada satu sahaja sebaliknya ada tiga, ok. Ada iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238. Kita boleh pilih yang mana sesuai dengan budget kita.


MONTHLY FEE - Sangat la murah. Memang harga asal mahal sikit tapi sekarang DiGi bagi harga promosi. Siap ada potongan lagi lepas auto-billing siap diproses. Masa apply kita apply sekali dengan auto-billing tapi bukan efektif serta-merta la kan. Bank ambik masa jugak nak proses auto-billing tu. Jadi sebelum auto-billing efektif, kita bayar RM63 untuk iDiGi 88 atau RM93 iDiGi 138 atau RM163 untuk iDiGi 238. Tapi once auto-billing mula, DiGi akan reduce lagi harga plan kepada RM58, RM88 dan RM158 (ikut plan yang kita ambik). Tergoda tak?


Monthly FREE Usage - Perhatikan perkataan FREE di situ. PERCUMA ok. Untuk sebulan. Nak call boyfriend sampai Subuh ke, nak berSMS sampai gangren jari ke, nak MMS sampai ke bulu hidung sekali pun tetap PERCUMA. Semua tu dah termasuk sekali dalam monthly fee. Tapi pastikan la tak lebih daripada kuota yang dia bagi sebulan tu. Kalau lebih of course la ada addtional charges. Tapi tetap murah.


Lowest rate after monthly FREE usage - Jangan risau kalau guna terlebih daripada kuota pakej yang DiGi bagi tu. Sebab DiGi kan popular dengan kadar terendah di Malaysia. Baik charge untuk call, SMS ataupun MMS. Masih paling murah dalam Malaysia. Paling penting bagi saya yang kemaruk dan tak boleh hidup tanpa internet ni ialah kalau kita guna internet terlebih kuota, penggunaan yang melebihi kuota takkan dikenakan sebarang charge (no extra charge after monthly quota). Jadi, takkan jadi la kita akan terkejut beruk tengok bill mencanak-canak naik bila guna terlebih. Don't worry, be happy.

Cheaper calls to my Friends & Family - Kita boleh letak 6 nombor telefon as Friends & Family untuk dapat kadar yang lagi murah. Dah murah boleh dapat lagi murah. Untung tak untung?


FREE calls, SMS & MMS to supplementary lines - Kalau kita ada supplementary lines, semua call, SMS, MMS kepada nombor supplementary tu adalah PERCUMA. Terlopong tak dengar?

Banyak kan sebab saya boleh jatuh cinta pandang pertama dengan DiGi iPhone 4 Plans ni. Kalah jatuh cinta pada suami. Hehehe. Mana ada telco lain yang boleh tawarkan plan sehebat ini selain DiGi.


Yes, I'm in love.


DiGi iPhone 4 Plans, I LOVE YOU!!!

Luruh jantung ok!

Posted by Mar at 12:28 AM 0 comments
Malam tadi. Encik Suami tengok bola. Manchester City lawan Chelsea. Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi sorakan dan pengulas sukan di ESPN. Minit ke-59. Tiba-tiba. Encik Suami jerit bergegar tak ingat satu dunia. Kelekukkk. Terlepas bekas air baruku. Nasib baik tak pecah. Terkejut gila ok. Kalau ada sakit jantung dah lama mati. Kalau mengandung silap hari bulan boleh gugur.

Haiiissshhh.

Babab kannng.

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Posted by Mar at 10:12 PM 0 comments
Saya suka memasak. Itu menerangkan kenapa saya sedikit bam-bam. Sedikit??? Bukan banyak ke? Hahaha. Saya tak nak dah bam-bam sebenarnya. Jadi sekarang saya cuba memasak untuk jamu orang makan. Kalau nak jamu orang makan, rasa makanan mestilah tip top tahap dewataraya punya. Kalau tak sedap malulah weiii.



Nak harapkan saya sorang untuk jadikan makanan rasa terangkat? Mungkin tidak. Sebab tu saya perlukan Apps for Cooks daripada iTunes App Store sebagai pembantu. Paling best kat dalam ni sebab ada 20 Minute Meals-Jamie Oliver. Martha's Everyday Food: Fresh & Easy Recipes pun ada. Bukan setakat resepi tapi ada sekali dengan step-by-step instructions beserta gambar sekali. Pendek kata semua ada la. Sedap dan cepat. Kombinasi yang sangat best dan penting untuk wanita berkerjaya dan sudah berkahwin.



Saya ni kalau boleh semua benda nak cepat sebab banyak kerja menanti kat rumah atau pun kat sekolah. Selama ni saya dok salin resepi atas kertas. Tak pun hangkut laptop atau notebook kat dapur. Payah... payaaahh. Banyak buang masa.



Bila nak pergi beli barang masak, salin pulak shopping list dalam kertas nota kecil. Silap-silap sampai kedai, nota tu pun dah lunyai. Pernah sekali saya dah sampai hypermarket, pastu cari shopping list dalam handbag, boleh tak jumpa la pulak. Nak tak nak kena balik rumah check balik resepi dan salin. Leceh... leceeehhh. Kalau guna Epicurious Recipes & Shopping List kan senang. Bila pergi hypermarket, bawak keluar jer iPhone 4 idaman kalbu, sekelip mata shopping list keluar. Stylo pun stylo, ye tak? Terserlah ciri-ciri wanita urban yang stylish gitu. Hahaha. Perasaaaaaann.

Kalau guna apps ni senang. Resepi semua ada kat dalam ni. Bila nak masak, bawak jer iPhone 4 tu turun dapur. Letak atas meja dapur atau letak dalam poket apron. Tak payah guna kertas. Tak payah buang masa salin menyalin. Atau tak payah nak print resepi. Semua ada kat hujung jari.



Kalau nak masak banyak atau nak masak sikit Kitchen Calculator PRO boleh tolong convert jumlah bahan ikut jumlah serving kita. Contoh, resepi yang kita nak buat tu untuk 5 servings, tapi kita nak masak 2 servings atau 10 servings atau 100 servings sekali pun, apps ni boleh tolong kirakan berapa jumlah bahan yang kita perlu based on resepi asal. So, tak payah la nak guna kertas atau kalkulator semata-mata nak kira darab-bahagi-tambah-tolak untuk pastikan jumlah bahan tepat. Bila guna apps ni, apa saja makanan pasti akan jadi sedap sebab bahan-bahan yang disediakan sangat tepat jumlahnya kan. Hasil bantuan siapa? Tentulah Kitchen Calculator PRO.

Mar ni jenis tak suka sangat guna kitchen scale sebab leceh nak kena timbang-timbang bagai. Mar lebih suka guna cup. Jadi, Kitchen Calculator PRO ni boleh tolong convert daripada weight kepada volume atau vice versa (e.g. grams to cups). Contohnya, resepi kata perlu 300gram tepung, tapi kita tak ada kitchen scale. Jadi, unit gram tepung tu kita tukar kepada cup guna Kitchen Calculator PRO ni.

Jimat masa.
Jimat wang.
Jimat tenaga.
Alam sekitar pun selamat kan.

Semua benda pun jadi mudah dengan apps dari iTunes App Store.

Yeaayyy.

Kelas 4 Aman (2010)

Posted by Mar at 5:56 AM 0 comments













First time as a class teacher.

Walaupun cikgu selalu marah dan membebel kat awak semua, bukan bermaksud cikgu benci tapi sebab cikgu sayang semua. Cikgu nak semua orang jadi manusia yang berakhlak baik dan berjaya dalam hidup. Tahun depan dah nak masuk darjah lima. Dah besar dah. Jangan nakal-nakal lagi ok.

Cikgu sayang awak semua.

Friday, September 24, 2010

Carrot Walnut Cake

Posted by Mar at 7:13 PM 0 comments



Tengah hari tadi Kak Ina jemput datang rumah dia. Dia ada buat makan-makan sikit. Takkan nak datang bawak perut jer kan. Jadi gigihlah saya membuat kek yang tak berapa cantik ni malam tadi. Sebiji jer pun tapi rasa macam nak patah pinggang lepas dah siap frosting yang tah ye tah tak bagai. Ok la kan. Bukan profesional pun.

Resepi kek saya ambil di sini.

DiGi iPhone 4 Me

Posted by Mar at 5:57 PM 3 comments



Saya dulu tak berapa berkenan dengan DiGi. Nak nak dengan yellow man yang suka follow-follow tu. Gedik. Padahal dalam hati saya meronta-ronta nak kata si kuning tu comel. Tapi sebab ego punya pasal saya cuma cakap dia gedik walaupun hakikatnya yellow man sangat comel lagi cute.

Pernah sekali saya nak sangat switch to DiGi sebab call rate DiGi sangat la murah compare dengan telco lain tapi sebab kawan-kawan hasut saya supaya jangan switch, maka saya tak jadi switch. Saya tak pernah pun ada pengalaman buruk angkara DiGi tapi sebab orang cakap macam-macam pasal DiGi, saya patuh dan akur juga macam patung cendana yang tak ada pendirian. Senang terpengaruh saya ni rupanya ek. Dan ya, saya memang ego dan tak ada pendirian.







Jauh di sudut hati saya, naaaak sangat guna DiGi. Sebab bila sebut DiGi, automatik saya rasa sangat happening dan gembira. DiGi kan target urban market. Saya orang KL, mestilah nak feeling urban gitu. Hahaha.

Jadi, sebab tu la saya perlukan iPhone 4 ini. Supaya saya boleh feeling urban overdose gitu plus ada peluang la saya menjalin hubungan mesra dengan DiGi. Dapat la saya tukar status saya dengan DiGi daripada "jauh-tak-berapa-mesra" kepada "dekat-lagi-mesra-forever". Kalau saya dapat iPhone 4, confirm saya akan sayang DiGi selama-lamanya. Kalau saya tak dapat iPhone 4, saya akan terus menyukai DiGi dari jauh saja. Bak kata orang, malu tapi mahu. Kalau tak nak saya malu, sila beri iPhone 4, pasti saya mahu tanpa ragu.

Saya nak sangat dengan iPhone 4 ni supaya saya dapat makin aktif berkomunikasi dengan kawan-kawan. Kalau dah dapat iPhone 4 daripada DiGi ni, haruslah saya pukul canang satu dunia tentang betapa baik hatinya DiGi dengan semua orang. Daripada kawan-kawan, sedara mara, sepupu sepapat, jiran tetangga, hatta kat semut cute dalam bilik saya pun kalau boleh saya nak bagitau. Silap haribulan, semua orang termasuk semut cute nak guna DiGi. Nanti tak pasal-pasal semut cute pulak ganti yellow man nanti.

Saya ni bukan pengguna DiGi. Tapi kalau DiGi bagi saya iPhone 4, pasti saya pasti akan bertukar ke DiGi dan setia selama-lamanya menggunakan DiGi sebab bak kata pantun ni,

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Kalau dapat iPhone 4 pasti meriah,
Budi baik DiGi dikenang juga.

Pasti saya akan kenang jasa DiGi selama-lamanya. Saya ni setia orangnya. Sekali dah setia, selama-lamanya dalam hati.



Amacam? Ada berani, DiGi?


So, give me... give me... iPhone 4 ya, DiGi.

Grand Nak Mamp*** Ok

Posted by Mar at 11:01 AM 0 comments
Dah nama pun orang berada dan kaya raya. Kaum kerabat NAZA kan. Haruslah wedding anak dara Allahyarham SM Nasimuddin si Nur Nadia ni sangat mewah. Kahwin pulak dengan Hamzah Alang Azman Shah (anak owner Holiday Villa Hotel). Kalau wedding nampak cikai haruslah akan jadi bahan kutukan orang pulak. Sedangkan wedding meriah, mewah, best gila macam ni pun orang kutuk inikan pulak kalau buat tak semenggah.

Video clip couple ni kahwin boleh tengok kat sini.

Musim Orang Bersalin

Posted by Mar at 12:51 AM 0 comments
Dah sampai pun turn Bunga Citra Lestari. Hari Rabu, 22 September 2010. Selamat dah dia. Kena operate. Bersalin kat Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta pukul 3 petang waktu Malaysia. Baby boy. Harap-harap handsome macam Ashraf Sinclair. Hahaha.

Ini gambar baby itu. Nampak macam lebih rupa BCL kan?

Thursday, September 23, 2010

Gemuk

Posted by Mar at 5:47 PM 1 comments


Dulu cincin-cincin ni memang muat di jari-jari gebu saya. Namun hasil diet dan senaman yang gigih, cincin-cincin ini longgar di jari-jari mulus saya hingga memaksa saya membuat keputusan untuk tidak memakai cincin kerana dikhuatiri akan tercicir dari jari mulus itu. Malangnya, kini ia kembali muat di jari gebu saya. Apakah maksudnya itu?

Serius saya memang dah gemuk tahap melampau. Siap dah 2 orang GPK kat sekolah tegur ya. Sangat prihatin mereka dengan saya. Terharu ok.

Jadi .......

Jom kita panaskan enjin untuk kembali berusaha mengurangkan lemak di badan.

Harap-harap kuat la semangatku kali ini. Amin.

Bekas Air

Posted by Mar at 12:29 PM 0 comments
Sebenarnya dah lama cari. Memang berlambak-lambak orang jual malah di rumah saya ada segala macam tok nenek bekas air. Tapi saya cari yang versi beserta dengan straw sekali. Susah sangat nak jumpa. Yang jumpa pun versi fancy gila yang hanya sesuai untuk anak murid saya guna. Alih-alih jumpa kat Jusco AU2. Haruslah rembat kan.

Kenapa saya sibuk cari bekas air yang berstraw bagai ni padahal dulu tak kisah pun nak tonggang air tanpa rasa malu? Hahaha. Nak jadi ayu dan sopan. Mengada tak?

Pencarian selama berbulan-bulan kini berakhir :)

KWIK CUT

Posted by Mar at 6:11 AM 0 comments
Rambut memang dah lama panjang berjela. Rasanya kali ni paling panjang dalam sejarah hidup. Rasa dah serupa Pontianak harum Sundal Malam versi bukan rebonding sebab rambut jadi sangat kusut kerana susah nak sikat. Tapi masih degil tak mahu potong rambut sebab konon nak jimat duit (dengan kata lainnya kedekut).

Sebenarnya petang semalam saya dah sangat penat tapi sebab Mak ajak pergi AEON Jusco AU2, kuturutkan juga. Tapi tak larat nak jalan sangat sebab kaki dah sakit gara-gara lama sangat tak bersenam sekali pergi gym sakit nak mamp** bila start balik. Nak duduk sesaja saya bosan nanti. Nak duduk sambil makan sedap atau sedut strawberry milkshake, nanti stress sebab semakin hari semakin ramai yang tegur saya semakin gemuk.

Oleh itu, makanya saya heret kaki pergi Kwik Cut. Kasi potong sama itu rambut sambil duduk merehatkan kaki yang manja mengada itu.

Ini kali pertama saya potong rambut di Kwik Cut tapi pernah teman Encik Suami potong rambut di sini. Jadi kurang la kejakunan saya apabila perlu masuk duit kat mesin sebanyak RM13, ambil kad dan nombor giliran. Paling best kat sini boleh request untuk tempat yang tertutup khas untuk wanita Muslim. Hanya sekadar menarik tirai tutup sekeliling tempat saya digunting-gunting rambutnya. Jadi la kan. Walaupun semalam saya macam rasa ada orang cuba mengintai-intai saya saya di sebalik tirai itu. Perasaan jer kot. Hehe.

Dah selesai potong rambut saya cari Mak dalam Jusco. Mak cakap, "Eh, cepatnya potong rambut?"

Nama pun Kwik Cut, haruslah quick kan.

Wednesday, September 22, 2010

Snow Ice @ 100 Yen Shop

Posted by Mar at 6:07 PM 0 comments
Encik Suami tanya, "Bila nak buat pizza ni?". Saya bagi alasan tak ada pizza cutter, so tak boleh buat pizza lagi.

Ada satu hari kami saja jalan dalam 100 Yen Shop. Pertama kali singgah di 100 Yen Shop, terus jumpa pizza cutter ok. Wajib la Encik Suami suruh sambar satu supaya saya tak ada alasan untuk tidak membuat pizza.

Tapi saya jadi pelik sebab berduyun-duyun orang masuk kedai ni. Bukan nak beli pizza cutter macam saya tapi berebut-rebut nak beli Snow Ice semata-mata. Lalu saya berkicau di Twitter. Mrsazi kata, "Sedap!" Disebabkan saya sangat bernafsu terhadap apa saja bentuk makanan, maka saya bertandang kali kedua ke 100 Yen Shop. Sekarang orang lain pula pelik tengok saya yang datang semata-mata mahu rasa Snow Ice itu (cheettt... perasan).

Asalnya saya mahu perisa mangga tapi dah habis. Perisa susu pun dah habis. Lalu saya cuba perisa kacang. Sedap. Ini ais parut versi lembut gila yang ringan, meresap lalu lesap di lidah dan anak tekak. Mak cuba perisa kopi. Pahit. Encik Suami cuba perisa strawberi. Manis sangat.

Lepas dah ada pizza cutter ni Suami kata, "So boleh la buat pizza sekarang." Saya dah ada alasan baru untuk tidak membuat pizza buat masa ni lalu saya balas, "Eh, tak boleh lagi. Tepung roti dah habis. Kena pergi beli dulu." Bab bermalas-malasan dan bagi alasan sila serah pada saya. Haha.














Ayam Kurma Halia Bermadu

Posted by Mar at 11:53 AM 0 comments
Saya bersms manja dengan Encik Suami. Dia juga saling membalas sms. Lepas tu saya sms Encik Suami tanya dia nak makan apa sebab selera saya dan dia jauh berbeza (cheewaah). Bila saya masak ikut tekak saya, tak menepati selera tekak dia pulak. Jadi haruslah saya tanya dia nak makan apa kan. Alih-alih lepas tanya soalan tu langsung dia tak reply sms ya. Masak air jer kang baru dia tau. Hahaha.

Nasib baik ada internet cap Streamyx yang hebat tahap dewataraya ni. Dan saya jumpa resepi ini.

Encik Suami kata sedap. Adakah sedap sebab perkataan "bermadu" itu? Langkah mayat saya dulu ya, sayang.


Tak rupa ayam pun kan. Lebih kepada rupa ikan walaupun sebenarnya itu ayam. Ah, janji laki gua kata sedap kan. Hahahaha.

Strawberry Gergasi

Posted by Mar at 6:04 AM 4 comments







Ini maskot strawberi gergasi yang saya buat sempena sukan sekolah hingga berpeluh ketiak dan hampir mencetuskan perang dingin dengan Encik Suami. Tapi ini versi yang belum siap. Yang dah siap pun tak semenggah mana. Rangka stawberi gergasi ni saya guna tudung saji cantum dengan bakul laundry tu.

Tapi strawberi ni rupa epal pun ya jugak. Hentam la labu.

Tuesday, September 21, 2010

Bread Maker

Posted by Mar at 6:41 PM 3 comments
Suami belikan saya breadmaker sebab isterinya beriya-iya nak buat roti sendiri.





Ini roti pertama yang saya buat. Roti kentang. Tak lembut sangat sebab tak letak bread softener. Gambar memang kelabu asap sebab ambil guna handphone cap ayam saya. Kamera yang canggih tak berapa canggih saya kehabisan bateri.

Roti kedua saya ialah mix vege sausage bun. Tak sempat ambil gambar sebab sedap sangat. Terus telan tanpa belas kasihan. Kali ni lembut sebab letak bread softener. Cuma mix vege tu jadi keras sebab bakar lama sangat kot.

Roti ketiga saya ialah coconut butter bun. Rasa dia ok la kot. Mungkin tak menepati tekak saya. Gambar tak ada sebab malas nak ambil.
Semua resepi roti saya ambil daripada sini.

Saya rasa badi roti ni membuatkan badan saya pun kini gebu seperti roti. Ya, sila salahkan breadmaker dan roti kerana kegebuan badan saya ya.

Pilihan Hati

Posted by Mar at 12:36 PM 0 comments

Antara (1) katil dengan tilam empuk dan cadar baru, (2) tv Astro full channel, (3) kipas yang bagi sejuk tak sejuk dan (4) buku anak murid yang belum ditanda. Agak-agak yang mana satu pilihan hati saya?

Pinky Girl

Posted by Mar at 5:31 AM 3 comments


Feeling konon perempuan paling ayu, jelita serta gedik tidak dilupa. Pakai kain batik warna pink dengan t-shirt warna pink juga. Feminin sangat kaaannn. Bluuuweekk.

Monday, September 20, 2010

Maggi Ayam + Cili Padi + Telur

Posted by Mar at 6:20 PM 1 comments


Badan yang montel dah bertambah montel. Tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Dok melantak Maggi perisa ayam letak cili padi hijau dan telur yang telur kuningnya cair tak cair di kala sangat rasa nak muntah tengok ketupat, lemang, rendang dan kuah kacang. Ini sangat nikmat ok.

Pillow Talk

Posted by Mar at 12:31 PM 0 comments
Dah lama tak pillow talk dengan Encik Suami. Sama ada saya yang lelap dulu atau dia sibuk main game atau tengok bola. Malam tadi sempat la ber"pillow talk" dengan dia. Macam-macam perkara yang disembangkan. Tak terlepas kisah tentang zuriat. Encik Suami kata officemate dia dan isterinya lagi gemuk daripada kami berdua. Senang dapat anak. Saya tak terkata apa-apa.

Saya cuma cakap pada Encik Suami, "Allah bagi ujian pada kita sebab Allah sayang kita."

Dr. Jekyll and Mr. Hyde

Posted by Mar at 6:30 AM 0 comments

Picture taken from here.


Semalam layan cerita ni. First time tengok dengan khusyuk dan tawaduk. Rasanya semua orang ada bayangan jahat dan bayangan baik masing-masing. Kalau tak semua orang pun, saya memang ada bayangan tu.


Ada masa saya rasa saya orang yang sebaik-baik umat. Senyum, mesra, rela mendengar, suka nak tolong. Bak kata orang pijak semut pun tak mati. Tapi ada masanya saya boleh jadi orang dikategorikan jahat. Buat tak layan dengan orang, malas nak peduli semua benda, menyampah dengan orang tak pasal-pasal. Bayangan baik itu bagus tapi kalau bayangan jahat yang menguasai, itu bahaya. Sebab itulah kawalan itu penting. Kawalan ada di tangan kita. Bak kata orang, remote Astro ada di tangan. Jadi pandai-pandailah. Nasib baik dunia moden hari ni ada blog, FB dan twitter. Sekurang-kurangnya adalah medium for escapism.


Ya, saya merapu. Abaikan :)

Sunday, September 19, 2010

Air Mata Nur Salina

Posted by Mar at 12:00 AM 2 comments
Bila tengok drama ni terus terbayangkan anak-anak murid di sekolah. Lelaki-lelaki seperti Afka (Remy Ishak) ni la yang menyebabkan ramai budak-budak sekarang bermasalah. Ramai budak-budak bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah. So parents, be more responsible. Jangan buat sesuatu ikut kepala sendiri saja. Jika tidak, anak-anak yang akan jadi mangsa. Kesian sangat.

p/s Terubat rinduku pada Remy Ishak. Hehehe.

Saturday, September 18, 2010

Kalau Saya Wan Chik Daud...

Posted by Mar at 10:15 PM 5 comments
...mungkin saya pun akan ambil tindakan yang sama. Dah terang-terang keluarga yang satu lagi tak suka dengan kehadiran kita. Jadi pandai-pandailah bawa diri supaya orang tidak mengeji dan diri pun tidak dikeji. Walau kasih dan sayang terhadap suami sangat mendalam, doa masih boleh dititipkan walaupun dari jauh. Esok-esok pun masih boleh menziarah ke kubur.

Kalau Wan Chik Daud hadir pun waktu pengkebumian M. Rajoli tadi, orang akan bercakap macam-macam juga. Daripada hati sakit, tengok dari jauh pun cukuplah.

Berita lanjut boleh baca di sini.

Cadar Baru

Posted by Mar at 3:54 PM 2 comments

Baru basuh cadar. Pasang cadar baru. Tapi tak cukp tegang la. Macam mana nak jadi askar ni? Jadi askar tilam kena tegang. Kan? Tak apalah. Lepas tu nak berlingkar macam ukar sawa jugak atas tu. Hehe.

Marion vs SM Faisal

Posted by Mar at 1:22 AM 6 comments
Malas nak komen panjang. Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Restu keluarga juga sangat penting. Kalau tak dapat restu keluarga takut terjejas pula hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Satu lagi, wanita-wanita, tolonglah jangan jadi pergi cari timba. Ya, saya memang sedikit kuno.

Friday, September 17, 2010

Spekulasi Tak Sudah-sudah

Posted by Mar at 10:47 PM 0 comments
Saya masih tak faham kenapa ramai sangat orang suka buat spekulasi sendiri. Jangan kata spekulasi terhadap orang-orang popular saja, golongan marhaen macam saya pun kadang kala tak terlepas daripada jadi bahan spekulasi orang terutamanya tentang sistem peranakan saya. Sistem peranakan saya menjadi topik paling sensasi oleh orang kampung suami saya. Kalau boleh diselak kain saya ni, mungkin itulah yang mereka akan buat. Itu belum masuk lagi sindiran sinis bahawa orang luar (bukan dari negeri mereka) ni banyak menyusahkan mereka. Helloooooo. Sejak bila pula saya minta beras buat makanan saya semasa berada di kampung dengan mereka.

Panjang betul intro kan. Yang sebenarnya ni rentetan kegeraman saya tentang orang buat pula spekulasi kononnya M. Rajoli sudah meninggal dunia padahal dia cuma sakit tenat dan masih dirawat di hospital. Serupalah macam sakit hati saya bila orang buat spekulasi Siti Nurhaliza mengandung semalam. Ingat tak dulu kes Radio Era umumkan kemangkatan Sultan Selangor padahal waktu tu Sultan Selangor hanya gering dan masih belum mangkat. Berita-berita tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut dan rezeki semua bukan untuk dipermain-mainkan.

Apa tujuan semua ni sebenarnya? Mahu jadi no. 1 dalam segala-galanya? Sudah-sudahlah spekulasi yang bukan-bukan dan tak mendatangkan faedah macam ni. Henti-hentikanlah.
Posted by Mar at 1:02 PM 3 comments
Jadi kesian pulak dengan Siti Nurhaliza bila orang buat spekulasi kononnya dia mengandung. Kalau betul dia mengandung tak apa. Tapi kalau sekadar andaian yang bukan-bukan macam mana? Apa perasaan Siti? Sebagai perempuan yang dah berkahwin dan masih belum ada cahaya mata seperti Siti, aku sangat faham apa yang Siti Nurhaliza rasa. Isu ni tak sepatutnya diperbesar-besarkan sebab ia sedikit menyakitkan.

Puan Mar, ko ingat ko Siti Nurhaliza nak banding-bandingkan dengan dia pulak? Oppss.. terlebih sudaaahh.

Wednesday, September 15, 2010

Juadah Raya yang Sempat Diambil Gambarnya

Posted by Mar at 4:19 PM 0 comments
Nampak tempting tak? Hehehe. Kalau teringin silalah buat sendiri ya. Resepi boleh ambik kat sini. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak buat tuan punya resepi.

Yang ni pulak lontong. Kak Peah bagi. Saya tukang susun saja. Gigih kan saya susun cantik-cantik macam tu. Sebab tengahnya dah lopong saya susun pulak ketupat mini segera yang Mak rebus. Ya, saya memang gigih dan rajin. Hehe.

Tuesday, September 14, 2010

Dah bersalin rupanya

Posted by Mar at 8:30 PM 0 comments
Serina Redzuawan anak si Chef Wan dah bersalin semalam petang rupanya. Dok belek FB Chef Wan tadi. Comel sangat. Baby boy. Namanya Tristan Tareef. Berat 2.4kg. Bersalin di Prince Court Medical Centre semalam (13 September) pukul 6.13pm. Menitik air mata bila baca apa yang Chef Wan tulis kat FB dia.

Tengok la gambar cucu Chef Wan yang comel ni .
Posted by Mar at 1:36 PM 0 comments
Orang belakang ni dari bulan puasa sampai dah Raya dok bertukang tak habis-habis. Boleh tak korang sambung bulan depan? Nak bercakap manja-manja romantis pun susah. Asyik kena menjerit barulah Encik Suami dengar. Hilang ayu saya ok. Grrr...

Are You Moist Enough?

Posted by Mar at 11:13 AM 0 comments
Tapak tangan dan tapak kaki memang cukup moist. Sebabnya Mar ni daripada kecil ada hyperhidrosis. Berpeluh yang melampau pada tapak tangan dan tapak kaki. Disebabkan masalah ni Mar selalu mengabaikan soal nak pakai losyen ke apa sebab rasa yakin sangat seluruh badan pun dah cukup moist padahal yang moist tahap gaban tu tapak kaki dan tangan SAHAJA.

Jadi selalulah berlaku perdebatan dengan Mak yang selalu suruh sapu losyen tapi anak dia ni selalu buat-buat tak dengar. Maklumlah, Mar ni jenis peminum air masak yang tegar. Kalau banyak minum air masak kan akan membantu mencantikkan kulit. Tapi sangkaan ku meleset sungguh. Mar pernah cuba garu lengan guna kuku. Sekali hambik ko. Keluarlah garis-garis putih. Confirm kulit kering ok. Selama ni yakin sangat. Sekarang baru nak panik.

Nak tak nak memang kena dapatkan bantuan pakar. Siapa pakarnya? Haruslah Vaseline kan. Nanti serta-merta orang tegur, "Cantiklah kulit sekarang. What's the secret?" Now everyone knows the answer.


Moral of the story,
1. Jangan bertekak dengan Mak sebab menderhaka tu berdosa. Kan terbukti kulit kering. Tu la degil tak nak dengar cakap Mak.

2. Hyperhidrosis Mar pada tapak tangan dan tapak kaki sahaja tapi bahagian lain kering. Lain kali jangan memandai-mandai sendiri. Bila kering haruslah cari Vaseline.

Jadi sekarang ni, cuba tanya diri sendiri. Are you moist enough?

Buat satu entri bertajuk "Are You Moist Enough?". Lepas tu cuba hantar kat http://www.nuffnang.com.my/vaseline . Mana tau kalau ada rezeki boleh menang hadiah-hadiah kat bawah ni. Sebabnya entri yang terbaik akan diberi hadiah.

1st Prize : RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize : RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize : RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes : RM200 + Vaseline products

75 entri terbaik akan dapat jemputan ke poolside party. Yang datang tu pulak, ada peluang dapat Coach Handbag bernilai RM2,000. Hadiah istimewa untuk blogger wanita dengan "The Most Vibrant Skin" gitu.

Tak sia-sia kan jaga kulit dengan Vaseline :)

Monday, September 13, 2010

Posted by Mar at 6:43 PM 0 comments
Dah lama tak update kan. Macam-macam jadi. Yang manis, yang masam, yang masin, yang pahit. Semua ada. Cukup lengkap. Cuba untuk hidup gembira tapi kadang-kadang susah. Tapi bila difikirkan balik, ada orang yang lebih sukar hidupnya. Saya dan suami hanya diuji dengan kesukaran mendapat cahaya mata. Nikmat-nikmat yang lain Allah tetap beri.

Ya. Adik ipar baru saja kahwin bulan Jun. Isterinya dah pun mengandung. Bunting pelamin. Kami berdua sedikit tersentuh hinggakan status di FB suami membuat saya makin tersentuh. Isteri mana yang tak tersentuh bila suami tulis .... "Direntap takdir."

Mungkin Allah sudah pun merencanakan yang terbaik buat kami. Allah lebih mengetahui. Kami tetap percaya. Yang pahit pasti akan manis akhirnya. Kan?
 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal