Friday, January 01, 2010

Masak lemak recycle pon sodap

Posted by Mar at 12:11 PM
Seperti biasa bila Encik Suami cuti Mar pun masak la menu susah sikit. Susah la sangat kan. Poyo jer statement. Hari ni masak gulai lemak ayam.

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.

2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai yang diketuk (tapi serai kat rumah ni kehabisan stok, so Mar tak letak serai pun).

3. Dah agak-agak garing sikit, masukkan santan secukupnya. Kalau rasa pekat sangat boleh letak air sikit.

4. Masukkan kentang.

5. Dah mendidih, masukkan ayam.

6. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk dan masak.

7. Dah agak-agak masak boleh tutup api.



Siap.


Bila dah malam ada balance kuah dan kentang. Ayam dah selamat. Abah pergi letak belimbing buluh kat dalam kuah tu. Tu yang tajuk entri ni jadi "Masak lemak recycle pun sodap". Tapi tak sempat pulak nak ambik gambar gulai versi recycle tu. Tengok-tengok Abah dah gantung periuk. Nampak sangat sedap kan. Hahahaha.

5 comments on "Masak lemak recycle pon sodap"

Mia-Ina on 8:18 PM said...

hehe...suke la cerita bab memasak ni...mia pun same mar..klu mak balik sesekali masak...wallah la...makan je...sukenya tgk kehidupan mar & suami..semoga dilimpah kebahgiaan selalu ye ...selamat tahun baru mar...mia br balik cuti ni...lps ni leh singgah sini selalu la

Mar on 8:23 PM said...

thanks, mia. mar pn harap moga mia pun bahagia selalu.

tapi kalau bab masak ni best kalau ada org mkn. kalau tak ada org mkn naya jer nnt org yg masak pulak terpaksa mkn. kang tukang msk jugak yg gebu nnt hehe

tu la lama dah sunyi blog mia tu. update selalu nnt boleh mar singgah jugak :)

Ieza on 8:43 AM said...

sedap tul tu..masak lemak cili padi letak belimbing..terliur dh ni..kt sini susah nk cari belimbing..ada pn kt kt kmpung..apa pn selamat tahun baru..

Mar on 4:43 PM said...

ieza, jiran mar ada tanam pokok belimbing buluh tu. bila rasa teringin nak makan mintak la kat dia segenggam dua hehehe

Anonymous said...

Privatcams

Amateur Cams

sex webcam

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal