Saturday, January 09, 2010

Posted by Mar at 8:06 AM

Hari tu pergi Restoran Jumma kat Setiawangsa. Restoran mamak la ni. Teman Encik Suami nak pekena teh tarik dan roti canai. Mar tak teringin pun nak makan atau minum. Bila mamak tu tanya nak order apa, Encik Suami pun bagitau la dia nak makan roti canai dan teh tarik. Mamak tu tanya Mar pulak, "Kakak mau apa?" Mar senyap jer sebab masa tu baru bertekak dan ala-ala merajuk dengan Encik Suami. Dalam beberapa saat jugak la Mar senyap.

Lepas tu mamak tu cakap,"Biasa ke? Belimbing?"

Mar dan Encik Suami dua-dua tergelak (dan tiba-tiba Mar dah tak merajuk lagi) sebab memang sebelum ni pernah order jus belimbing suam tanpa gula kalau datang minum kat situ tapi bukan selalu pun. Mungkin 2 atau 3 kali. Tak pasal-pasal Mar order jugak jus belimbing suam tanpa gula tu sebab terharu dengan kepekaan dan keprihatinan beliau. Hehehe.

6 comments on " "

xxx said...

oooooooooo........ jadi mamak tu la pujuk, bkn abg? yg abg bagai nak rak pujuk tu ape? majuk la mcm ni, x nak pujuk lg

Mia-Ina on 7:11 AM said...

wah wah..bagus mamak tu..nsb dia ingat mar nye order selalu....klu x, melepas order pe mar???

ayobkelubi on 1:17 AM said...

hello mar!..apa khabar?..masih ingat kat aku lagi tak?. kali terakhir aku baca blog ko ialah bila mana ko kata dah tak nak menulis lagi. then aku saja2 baca entri2 lama aku, jumpa komen kau,then try klik url blog ko,dan..walllah!. rupanya hidup lagik!. hooraayyyy for an old fren!. i will update your into my link. nice to see you back mar!

idahani on 5:48 PM said...

kenapa sampai januari jer eh? ke mana hilang di bln feb. & mac?

salam cik puan cempakasari..moga sihat hendaknya..

Ida chubby on 9:44 PM said...

lama x update...da sibuk ye cikgu...hehehe :)

Anonymous said...

Political jokes are in style as a result of they're lies about liars.


Here is my weblog :: legal drugs (legaldrugsforsale.com)

 

.T.e.n.t.a.n.g.A.k.u.D.a.n.D.i.a. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal